Outsider’s Edge – kejayaan mereka yang tersisih

outsider.jpgSaya ada baca buku ini yang agak menarik “The Outsider’s Edge” oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!

Dalam buku tersbeut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.

Jawapannya- the Outsider’s Edge.

Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.

Dari perkataan “Outsider” menunjukkan mereka yang “diluar”…

Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.

Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.

Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider’s Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

ps: Klik di sini sekiranya anda ingin menyertai Workshop Jutawan Internet.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “Outsider’s Edge – kejayaan mereka yang tersisih

  1. Saya rasa semangat ini umpama di dalam sebuah cerita aksi seperti Rambo. Orang jahat membunuh orang baik dan Rambo berasa dia patut menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih teruk lagi. Dia berjuang habis-habisan walau beribu halangan sekali pun dia tetap inginkan kedamaian. Situasi ini maybe boleh di terbalikkan kepada cerita di atas 🙂

  2. Salam IK.
    Dari pembacaan saya, kebanyakkan orang yang berjaya pada hari ini, sememangnya pernah gagal dalam usaha mereka.
    Oleh itu mereka telah bangkit dari kegagalan dan berusaha tanpa mengenal erti berputus dan akhirnya mereka berjaya mencapai tahap kecemerlangan pada hari ini.

  3. betol tu, dlm keadaan terdesak n susah manusia akan jd lebih kreatif dan bersmngt untk berjaya…tp kalo dh mmg mls, kesusahan menjadi alasan untuk terus mundur…

  4. Memang benar apa yang perkatakan oleh IK, ramai pelajar-pelajar yang tersisir dari pelajaran dana mereka yang susah pada awalnya kini menjadi senang dan berjaya dalam hidup dibandingkan dengan mereka yang rajin dan baik pencapaiannya pada mulanya kini hidup dalam keadaan sederhana saja.

  5. Kalau selalu dengar dan baca mengenai kepayahan orang berjaya sekarang pada masa dahulu, boleh naikkan semangat untuk menghadapi kepayahan yang mereka alami. for me 🙂

    sebab blueprint utk berjaya ada pada mereka. jadi dengan hanya mengikut blueprint yang telah sedia ada, insyaAllah kita boleh berjaya sama seperti mereka yang telah berjaya.

  6. Buku yang menarik, boleh cari ni.

    Sememangnya kadangkala kita lebih suka berada dalam zon selesa “comfort zone”.

    Sebab itu agak sukar untuk kita maju ke hadapan.

  7. Salam IK.

    Fath amat bersetuju dengan apa yang telah dicapai oleh orang-orang yang pernah merasai kegagalan dalam hidup.

    Manusia akan benar-benar berusaha bilamana mereka berada dalam situasi yang mendesak dan tertekan. Tanpa disedari mereka telah mencapai sesuatu yang diluar kemampuan mereka.

    Kita mampu untuk mencapai apa sahaja yang kita ingini.

    “It’s all about Now or Never!”

  8. Salam..

    AlhamdulilLah..

    Saya setuju dengan kawan2 semua..

    Bila jatuh dalam zon gagal.. Pertama kita mesti cari kawan.. luahkan masalah, dll.. Kedua bila silap pilih kawan (negative minded).. dari gagal menjadi bertambah gagal..

    Hmm, kena b-b-b.. ‘Build-Break-Build’.. balik, insya-ALLAH.

    Kena set minda sifar balik..
    Dan saya perlukan personal mentor! Insya-ALLAH!

    Hmm, tiba-tiba bersemangat bila baca balik matlamat yg saya tulis 5 tahun dulu.. masih x tercapai.. huhuh 🙁

    Insya-ALLAH!

  9. Salam,

    Jika difikirkan tentang sakitnya kegagalan maka kita akan merasa gerun dan hilang semangat meneruskan usaha namun jika memikirkan ganjaran yang akan diperolehi hasil bisnes yang diusahakan maka fikiran akan berjalan bagaimana melaksanakannya.

    Jangan putus asa dan berusahalah sehingga jaya.

  10. Salam,

    Yup, sememangnya ramai yang ingin berjaya didalam apa jua yang mereka perjuangkan. Tetapi, hanya orang yang mempunyai semangat kental boleh berjuang hingga ke akhirnya.

    Sememangya orang yang pernah susah paling mempunyai peluang yang lebih cerah untuk berjaya kerana mereka pernah susah untuk hidup.

    Sifu saya pon duduk kat basement rumah kawannya sebelum setahun kemudian menjadi milionaire iaitu Robert Kiyosaki.

    Paling penting bagi usahawan online ni, kita mesti kerja dari bawah. Xde jalan singkat untuk berjaya…

    Thanks IK

  11. keadaan “gagal” ini pernah saya lalui 3 tahun yang lepas dimana duit poket saya tinggal berapa je sedangkan nak survive kat u ambil masa berbulan2 lagi sebelum dapat loan. dari situ, ada satu kekuatan dalam usaha untuk menjayakan satu biz…memang time tu, tak terasa n tak hiraukan penat,letih, sume kekuatan dan usaha tertumpu pada matlamat untuk lepas dari keadaan “gagal” ini…so, kalau rasa selesa tu menghalang diri untuk lebih berjaya, cari point “gagal” dari setiap sudut supaya boleh temui titik kekuatan untuk memacu kita kearah kejayaan.. 🙂

  12. Salam…

    Saat ni saya sedang bergelut dengan situasi kegagalan. ..emmm…Rasa macam nak pengsan pun ada!! Tapi saya buat2 tabah ajela.

  13. I’ve never been poor,only BROKE.

    Being POOR is a frame of mind.
    Being BROKE is only a temporary situation – Mike Todd

    Ini lah kata2 semangat untuk saya selama ini dah masuk 3 tahun bergelut dengan situasi KEGAGALAN. Tiada KEJAYAAN selepas kegagalan saya YAKIN.

    Terima kasih Puan Zalilah dan Encik Irfan

  14. Aku gagal capai target pd 2010, aku terasing,tiada siapa mahu rapat dgn ku, tiada lagi suara2 kau hebat, u can do it, cayalah. Aku kena pandai2 sendiri nak cipta kejayaan n capai target sales 2011. Buatlah sesuatu krn Allah dan anda tidak akan kecewa…

Leave a Reply

Your email address will not be published.