Otak yang lesu

carbreak.gif

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?

Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.

Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

60 thoughts on “Otak yang lesu

  1. mmmm….amalan membawa buku kecil ini memang amalan yang bagus…sebab idea datang tak menentu….kalau tak tulis memang cepat lupa….

  2. Saya nak mencuba cara . Irfan,bawa buku nota kecil & pen kemana-mana sahaja…
    Tips yang sangat baik…
    Terima Kasih Irfan… 🙂

  3. Sekarang zaman dah canggih, masing-masing ada handset, ada O2,ada iPAQ, ada Dopot, cepat dan mudah ambil note.

    gunakannya sebaik mungkin.

  4. Bila sebut je buku “555” mesti teringatkan buku hutang..ye lah Zaman dulu buku ini memang popular untuk mereka yang berhutang.

    Memang betul kena ada buku catatan dan catatkan segala idea yang timbul pada masa itu juga. Kadang-kadang idea yang timbul hari ini jika tidak ditulis akan hilang ke esokkan hari taupun paling lama dalam 3 hari..selepas tu memang tak jumpa lagilah idea tersebut.

  5. Saya pun setuju jugak klu pakai handheld nie.Boleh disimpan lama,mudah utk storage dan maklumat boleh dicapai dgn mudah.Kalau nak edit pun senang,mana tahu ada idea yg lebih canggih di esok hari.Pendek kata,idea bawak buku nota nie memang boleh berjaya dan dipraktikkan dari zaman sekolah hingga sekarang.

  6. Ya, saya sendiri mempunyai Diari yang saya bawa ke mana sahaja. Di dalamnya saya catat apa jua yang saya rasa perlu (termasukla hutang… heheh..)

    Kalau kita tak tulis, peluang untuk kita lupa 10% idea hebat tu ada… 🙂

  7. asmkm, shueqry here..

    teknik ni memang berkesan.. lebih-lebh lagi kalau dalam keadaan santai dan relaks..

    Untuk idea yang baik, saya selalu tanya diri dengan soalan-soalan ini :

    How can i be different?
    Apa lagi yang belum sempurna?
    Bagaimana nak buat promosi dengan baik?
    Apa lagi bisnes yang boleh saya buat?
    Apa yang hebat tentang model bisnes ni?
    Cemana jutawan tu create multiple streams of income? Apa strategi dia?

    Lepas ttu, gi relaks atau jalan-jalan. Idea akan timbul bila-bila masa dan di mana jua, kena aware. Di sinilah perlunya buku nota kecil dan sebatang pen (yang ada dakwat semestinya, hehe..) ataupun PDA / Reminder kat hanphone.

    Thanks Irfan, for this tip..

  8. Assalamualaikum dan semua 🙂

    Memang amat perlu membawa buku kecil ke mana saja. Catat apa saja idea tak kira relevan atau tak. Catat dulu, analisa di meja kerja nanti.

    Memang berkesan 🙂

    p.s : Dik Mal dapat idea lagi sepuluh minit nak melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan pagi ini 🙂 😀 alhamdulillah.

    tips yang bagus 🙂

    Dik Mal
    Ampang, Selangor.

  9. memang tak terfikir untuk dapatkan idea yang bernilai jutaan ringgit dengan hanya berfikir…

    dari satu idea akan berkembang kepada idea yang lain pula… begitu juga dengan hari2 yang akan mendatang…

    siapa sangka dengan sedikit idea sahaja anda akan berjaya menjadi usahawan yang berjaya…

  10. mula2 dulu mmg berat…tambahan pula ramai kenalan yg tidak mengamalkan buku nota dlm poket…

    tapi bile dah sebati dlm amalan harian…rasa nak tinggalkan buku kecik tu pun susah..mcm ada yg tak kena je bila tak bawa bersama…

    pungguk mana yg tak rindukan bulan … kui kui kui 😀

  11. hmm nih lagi satu petua best saya amalkan…

    cuba lebihkan makanan seperti kerang @ udang @ tiram ..

    senarai diatas mempunyai extra zink utk perkembangan otak…your head will ‘spinning’ faster than b4.

    just to share (hasil kajian)

    pentium 4 = 1 neuron
    otak manusia = 100 billion neuron

    rase nye… penuh satu dewan dgn komputer jikalau compare dgn satu otak manusia.

    senang2 je ‘overclocking’ otak kita..think think think n think….n keep your diet balance …hehehe

  12. Kepintaran OTAK (IQ) hanya satu peratus daripada keseluruhan kejayaan manusia. Percaya tak? ;D

    Teknik berfikir adalah lebih baik dari pada otak ‘Genius’ sebab berapa ramai orang genius berakhir sekadar orang genius, sedangkan orang yang tahu teknik berfikir berakhir sebagai usahawan, ahli perniagaan, hartawan, jutawan dll. 🙂

    Zaman sekarang orang bicara tentang bagaimana nak memaksimumkan potensi pemikiran dengan ‘Emotional Quotient (EQ)’ dan ‘Super Quotient (SQ)’.

    Hisham;
    “Jangan susah hati kalau otak tak pintar tapi susah hatilah bila anda mula malas nak berfikir.” 😀

  13. kena sentiasa latih otak kita
    potensi minda kita tidak terbatas

    feed your mind with good things, thoughts
    feed your mind with good brain foods

    saya suka makan ginkgo biloba dan Alpha Lipid Lifeline

  14. “Berfikir sejenak lebih baik daripada beribadat setahun”- Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu Anhu yang dipetik oleh Ibnu Habban.

  15. saya takde la pakai buku 555. tu buku kutip hutang 🙂 saya gunakan notepad kecil saiz macam 555 tu.

    PDA memang ada, tapi lagi puas bila dapat conteng-conteng idea atas kertas 🙂 lagi real.

    amalkan bawa notepad atau pda (sekiranya lagi selesa), ke mana sahaja.

  16. Klu mcm nie saya nak jadi usahawan buku nota/555 kerana ramai org suka conteng2 dan tulis idea atas kertas nota.Graf jualan buku 555 pasti akan meningkat..hehehehe.

  17. amalan yang mudah, apa pun mesti berterusan bermula dgn apa yg selalu difikir akan membawa kepada tindakan, suatu masa pasti ada hasilnya.
    Bergantung kpd plan dan tindakan:-
    – kalau tanam rambutan jgn harap berbuah kelapa.
    – kalau tanam kelapa jgn harap berbuah durian.

  18. orang bijak pandai tak suka orang lain malas berfikir.(smile), kalau boleh dia nak orang lain berfikir 23 jam sehari…tapi orang tak pandai,tak bijak suka buat-buat menguak(nganga mulut)ketika orang lain ingin mengeluarkan buah fikiran dan pendapat.

  19. to p2..dotcom – orang genius adalah orang yang mempunyai keyakinan melakukan sesuatu yg orang lain tidak yakin melakukannya, atau dalam istilah lain orang yang melankau bengteng minda.doc irfan pernah cakap sebelum ni tentang benteng minda.

    kepintaran otak adalah satu peratus daripada kejayaan manusia, tidak bersetuju sama sekali..

  20. Kalau perhatikan mereka yang berjaya dalam perniagaan seperti Bill Gate & Syed Mokhtar Al-Bukhari (orang yang saya kagumi) bukanlah pelajar yang ‘first class honour’ tetapi mereka pandai menggunakan otak mereka dengan bijak sehingga sekarang ini mereka ‘billionaire’.

    Regards Sharifah Azran Alam

  21. sy pun dh amalkan bawa notepad ke mana2. tp kdg2 terlupa bw notepad, x biasa lg. kalau kita pk cari idea..x dtg. tp bila ms lapang, tgh bual2 dgn kwn, tgh mkn kat luar..barulah dtg idea ngan sendiri 🙂 sblm ni sy save je dlm hp tp memory dh penuh 🙁

    p/s : bagus tip ni

  22. Buku 555 yer. Teringat zaman sekolah dulu. Buku 555 ni femes. Kalau saya dulu, buat catatan kesalahan pelajar sebab jadi pengawas. 😉

    Betul tu kalau otak ni tak diguna sangat atau dibiar lama membeku macam tu & malas berfikir, lama kelamaan kita akan malas nak bekerja atau bergerak lebih jauh. Cukup ler ala kadar… Ya la, otak dah semput. 😉

  23. memang, idea memang datang tak mengira masa dan tempat.. rugi sangat jika kita tak mencatatnya sebab kita ini mudah lupa.. lagi-lagi jikalau banyak kerja yang hendak dilakukan…

  24. Tapi,klu nampak sgt “skema” bawak buku nota kesana kemari,tulis penuh macam nak rak,tak buat pun tak guna jugak.Bagi saya lebih baik ada satu dua jer idea yg datang,lepas tue kembangkan.Jgn ada 1001 idea tapi tak satu pun dipraktikkan.Teori jer lebih,action takder.Pernah dengar istilah”he walks the talk”-Fikirkan…

    P/s:Tq RJJIT

  25. ya.. itulah sebabnya kena tulis..bila tulis, baru kita leh fokuskan satu persatu… idea banyak penting untuk long term journey… jadi, untuk menjadikan lebih fokus, perlulah kita senaraikan segala idea yang telah ada..pastu kita susun…laksanakan satu persatu..kalau tak tulis..idea tu pasti akan hilang satu persatu…

  26. ASM wr.wb. & Kawan-kawan

    Walaupun saya tak ade PDA atau seumpamanya, saya masih pakai cara tradisional iaitu buku 3-5 (buku kecil 555) untuk mencatit kedatangan bilangan pelawat yang singgah laman web saya. Dengan ini saya dapat statistik harian, walaupun tiada pembelian. Buku 555 ini telah dipratik dari dulu hingga kini oleh para usahawan kecil dan sederhana. Betulkan…Saya pernah tengok bila Mak Cik jual tikar kutip hutang walau pun dia dapat RM5, dia akan catit jumlah itu pada buku tersebut sebagai buku akaun.

  27. apa-apa pun.yang penting anda mesti ada idea.

    ada individu yang memulakan dengan mencatat banyak idea, untuk mengenalpasti idea mana satu paling berpotensi untuk diperkembangkan

    ada individu yang memulakan dengan terus fokus pada idea yang sedia ada. dua-dua cara bagi Dik Mal adalah betul.

    terpulang kepada anda untuk pilih cara yang mana yang palin sesuai untuk mengerakkan idea yang terlintas di fikiran.

    yang penting, CATAT! 🙂

    p.s : ingatan untuk semua dan diri saya sendiri

    Dik Mal
    Ampang, Selangor
    http://norakmal.blogspot.com

  28. dahulu saya selalu guna kertas A4 then lipat2 sampai boleh masuk poket, tetapi kadang2 kertas boleh hilang, so kesan dari itu saya guna buku kecik aje

  29. asahkan otak kita selalu berfikir… dgn ini ia akan melatih otak kita bekerja dan bukannya spt “katak bwh tempurung” hihi!!

  30. dari sebuah buku tulisan Napoleon Hill

    seorang doktor pendalaman yang sudah berusia lanjut pergi ke kota menambatkan kudanya dengan diam-diam menyelinap masuk ke dalam kedai ubat melalui pintu belakang lalu berurusan dengan pelayan kedai yang masih mudah.

    selama lebih daripada satu jam di belakang meja penerimaan resit,doktor tua dan pelayan kedai ubat berbicara dengan suara rendah. Kemudian doktor berlalu.Dia keluar menghampiri keretanya dan membawa kembali sebuah cerek model kuno yang besar dan sendok kayu besar ( yang digunakan untuk mencedok isi cerek ) serta memyimpankannya di bahagian belakang kedai.

    Pelayan kedai ubat memeriksa cerek, memasukkan tangannya ke saku lalu mengeluarkan segulung wang kertas dan memberikan kepada doktor. Gulungan wang itu jumlahnya lima ratus dolar iaitu seluruh tabungan pelayan kedai.

    Doktor menyerahkan kertas yang terkandung sebuah resepi rahsia. Tulisan pada kertas itu nilainya sama dengan tebusan untuk seorang raja. Tetapi tidak demikian halnya bagi doktor. kata-kata ajaib itu diperlukan untuk mendidinkan air dalam cerek, tetapi mahupun doktor dan pelayan kedai muda itu tidak tahu bahawa harta yang luar biasa besarnya akan mengalir keluar dari cerek tersebut.

    Doktor tua itu gembira kerana dapat memjual benda tersebut berharga lima ratus dolar. Sedangkan pelayan kedai memgambil risiko besar dengan mempertaruhkan seluruh tabungannya hanya pada kertas dan sebuah cerek usang. Dia tidak pernah mengimpikan penemuannya akan membuat cerek mengalirkan emas pada suatu hari kelak bahkan akan melampaui kemampuan lampu ajaip aladdin.

    Sesungguhnya yang dibeli oleh kedai adalah sebuah gagasan.Cerek tua, sendok kayu dan resepi rahsia pada kertas hanya kebetulan belaka. Kemampuan aneh daripada cerek itu mulai diperlihatkan rahsia itu sebuah ramuan yang tidak diketahui oleh doktor tersebut.

    Cuba teka apakah kira-kira yang dicampurkan pelayan kedai ke dalam resepi rahsia yang menyebabkan cerek mengalirkan emas. Di sini anda mendapat kisah tentang kenyataan yang lebih aneh daripada dongeng. Sebuah kenyataan yang dimulai dalam bentuk sebuah gagasan.

    Marilah kita tinjau kekayaan emas berlimpah-limpah yang dihasilkan daripada resepi tersebut. Kekayaan yang banyak masih diberikan kepada lelaki dan wanita di seluruh dunia yang membahagikan isi cerek kepada berjuta-juta orang.

    Cerek tua ini sekarang merupahkan salah satu konsumen gula yang terbesar didunia yang dengan demikian memberikan pekerjaan kepada ribuan lelaki dan wanita yang berkerja diladang tebu serta membuat dan memasarkan gula.

    Cerek tua itu menghasilkan, setiap tahun jutaan botol kaca memberikan pekerjaan kepada banyak sekali pekerja kilang gelas.

    Cerek tua itu memberikan pekerjaan kepada jurutulis,setiausaha, penulis naskah iklan dan ahli periklanan diseluruh negara. Benda itu memberikan kemasyuran dan kekayaan kepada berpuluh-puluh seniman yang menciptakan gambar indah untuk melukiskan produk tersebut.

    cerek tua mengubah sebuah kota kecil diselatan menjadi ibu kota perniagaan secara lansung mahpun tidak langsung setiap perniagaan dan pratktikal setiap penduduk kota itu.

    sesiapun anda,dimanapun anda tinggal, apapun pekerjaan anda,ingatlah dimasa akan datang setiap kali anda pasti tahu resepi yang datangnya daripada cerek tua kepada pelayan kedai Asa Candler adalah sejenis minuman yang dipanggil “COCA-COLA”

  31. Saya guna buku kecil kulit tebal sekarang ni ‘conteng’ idea. Dulu pernah guna buku ‘555’. Tetapi, lepas terlalu banyak idea, cepat hilang / terkoyak, terus bertukar ke buku kecil kulit tebal ni.

    Idea selalu datang semasa waktu pagi dan semasa mandi. Suka berangan masa mandi sebab rasa tenang masa tu 🙂 Masa tu la idea datang dengan ‘laju’. Kemudian tulis perancangan (plan tindakan) selepas mandi kat buku kecil tu.

    Otak kena latih selalu. Saya suka melatih otak dengan main game monopoly, catur, Command & Conquer dan Video Game PS One dan PS 2 setiap hari dalam tempoh sejam ke 2 jam sehari untuk melatih otak berfikir, mencari idea dan melatih jari jemari.

    Jaga pemakanan untuk kebaikan otak. Tapi, satu aja ‘tabiat buruk’ yang payah saya tinggalkan. Iaitu suka makan asam / jeruk. Pantang nampak /ada. Walaupun tahu ia boleh memudaratkan kesihatan. 🙂 Macam mana nak buat?

  32. betul tu..otak kalau tak dirangsang dengan berfikir boleh sebabkan otak jadi lesu.Silap haribulan bila dah tua nanti cepat nyanyuk…hehe

    Dalam ceramah di surau/ di masjid pun para ustaz pun ada berpesan, ambil pen dan kertas (buku nota kecil) untuk buat catatan.Agar apa yang kita dengar akan kita ingat dan kita praktik sampai bila-bila.So, amalan yang saudara Irfan cadangkan tu memang bagus dan pratikal utk di amalkan.

  33. salam. im here again.

    kite ada buku latihan jugak macam yang budak sekolah punya tu. buku tu untuk tulis apa2 tentang bisnes kite… tapi, buku2 camtu memang terlalu rahsia dan malukan nak tunjuk kat orang lain. tapi, buku yang kita xnak tunjuk tu la yang orang lain nak tengok. mungkin sebab kite asyik berkepit dgn buku tu je.. hehe

  34. sangat bagus idea ni, tapi kadang-kadang idea bagus mcm ni ramai orang buat sambil lewa. buat separuh jalan… sehari dua je bawak buku kecil lepas tu tak bawak dah. thanks Irfan atas idea yang sangat bagus

  35. Idea kalau tak ditulis… ia akan hilang… Maklumlah… idea datang dengan tidak disangka-sangka…

    Betul tak kawan-kawan…..? 🙂

  36. Saya berpendapat sesuai benar jika isu yang dibincangkan ini bukan soal otak tapi lebih kepada AKAL manusia.

  37. salam,

    saya pulak guna buku yg bdk sekolah tu pakai, sbb biasa bawa handbeg klu berjalan…buku tu mmg setia duk dlm handbeg 🙂

    maklumlah klu ada idea kena terus tulis sbb takut nnti idea tu hilang 🙂

  38. ye..otak ku mula beraa lesu bila lama duk diam ni..n bila ada masa terluang, saya pasti bukak n baca info d irfankhairi.com ni..syukran jazilan mr irfan..moga anda mndpat gnjaran d ssiNya..

  39. Ya, otak yang lesu bermaknya mengantuk dalam kelas 😀 . Terutama subjek biologi hahaha . Oleh itu saya sering memikirkan perkara yang x da kaitan lansung dengan kelas supaya x mengantuk dengan itu boleh menumpukan perhatian pada kelas 😀

  40. TQ IK for the tips..mmg byk kegunaan nye.

    ps : saya keje ngn kompeni jepun.bos-bos jepun kat sini mmg sentiasa bawak buku kecik utk tulis nota diorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.