Otak yang lesu

carbreak.gif

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?

Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.

Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

60 thoughts on “Otak yang lesu

  1. BETUL IK! saya praktikan pen & small note dalam kocek saye… anggap apa yang kita pandang adalah rezeki… dari situ kita dpt hasilkan idea bagaimana menghasilkan duit… makin aktif otak kita…!

  2. Betul tu…..saya selalu mengamalkan bawa buku nota dan pen waktu kerja, saya mesti catatkan semua perkara penting untuk pekerjaan saya dan juga hal2 peribadi, bukan apa minda kita ni bukan boleh ingat semua benda, tambah2 lagi kalau umur kita makin meningkat, kalau tak percaya cuba renungkan tahap ingatan kita masa muda dan masa sekarang, saya dapat merasakan perubahannnya…..thanks IK untuk tajuk yg hebat ni…

  3. Amalan buku nota kecik macam IK katakan mcm buku 555 dan sebatang pen memang jadi rutin harian bagi saya kemana saya pergi….. segala aktiviti dan idea dicatat bagaikan menyimpan duit dalam bank…. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit…..Betul tak….:-)

  4. SY SETUJU ik!! mmg otak kte ni lmah sbb byk prkara bru yg msuk…jd pkara lme akan lupa..cara mgatasinya adalah dgn mcatatnya

  5. Idea yang bagus..selama ini x trfikir pun nak wat mcm bawa nota kecik2 ni..byk juga idea2 yg datang xkira tempat. tapi byk yg hilang begitu shj. thanks 4 idea bernas 2…
    pasni kene la bwa buku kecik g mana2 huhuhu….

  6. mungkin ramai yang berpendapat bawa buku kecil kemana2 leceh..tapi cara itu adalah sgt efiksyen kerana segala idea yg terlintas dalam kepala dpt trus ditulis didalam note book yg kita bawa..dan itulah yg sy praktikkan utk memajukan online business sy yg bru mula nak berkembang http://bit.ly/duitbisnes

  7. Idea lama yg masih praktikal. Tapi ramai yg dah lupa teknik ini sebab ada teknologi baru. Tau tak.. teknik ini masih lagi digunakan seorang menteri tu..and it’s quite efficient..cuma kekadang rasa macam old school lak..

  8. :)..saya selalu dpat idea waktu tgh bz cuci pinggan, memasak, mandikan anak..dulu x tulis cepat2 idea pun hilang..sekarang saya pun dah sediakan pen dan buku nota kat dapur..dpt idea terus tulis..

  9. Saya ini seorang yang semakin hari semakin bosan. dulu saya ceria,kini bosan yang teramat-amat,buat benda sume cm hilang minat lagilah nk buat sesuatu n fikir idea. kenapa benda ni jadi???

Leave a Reply

Your email address will not be published.