Kita sebagai manusia yang punyai akal fikiran akan nampak apa sahaja yang kita mahu nampak. Maksud saya kali ini adalah, kita akan menggunakan fikiran kita untuk “mengiyakan” sesuatu itu sekiranya itu yang kita mahu dalam fikiran kita.
Sebagai contoh, dahulu kala ketika kisah Skim Cepat Kaya Pak Man Telo, ramai yang telah mengatakan bahawa skim tersebut adalah “skim cepat kaya” dan akan “rugi sekiranya masuk”, “Risiko yang amat tinggi dan tidak mempunyai lesen yang sah”, “Skim yang pasti akan musnah oleh kerana konsep piramidnya… haram!”, “Mereka di peringkat awal sahaja yang akan mendapat keuntungan”… dan sebagainya.
Namun begitu, yang memasuki skim cepat kaya sebegini berpuluh ribu peserta! Kesemuanya tidak mahu nampak kata-kata yang negatif itu (bagi mereka ianya negatif), oleh kerana mahu nampak bahawa skim sebegini boleh membawa keuntungan dengan cepat. Kata-kata negatif semuanya di sambut dengan, “Hari tu jiran aku labur, dapat balik RM1,000!”, “Aku labur RM5,000 sahaja, kalau rugi pun, RM5,000 sahaja”, “Hari tu aku labur RM5,000 dapat balik RM10,000… baik aku cuba labur RM50,000 pula” dan sebagainya…
Bukan sekadar skim cepat kaya sahaja, malah, apa sahaja isu akan mengundang “nampak apa yang kita mahu nampak”.
Sekiranya seseorang itu telah dituduh melakukan sesuatu yang kurang baik. Bagi mereka yang membenci orang tersebut, sudah pasti akan mengatakan “Ah… memang pun dia macam tu. Aku tak terkejut dia lakukan perkara itu!” Namun, bagi mereka yang menyukai seseorang itu akan mengatakan “Aku tak percaya dia lakukan itu… ini mesti orang nak cuba jatuhkannya yang melakukan fitnah”.
There are always two sides of a coin. Ada yang melihat sesuatu dengan pandangan positif, dan ada yang melihat pada pandangan negatif. Anda akan nampak apa sahaja yang anda mahu nampak- sama ada melihat positif sesuatu perkara, ataupun melihat negatif sesuatu perkara. Adakalanya juga, yang positif anda lihat, adalah negatif di mata orang (seperti contoh skim cepat kaya diatas)
Berbagai-bagai sokongan dan hujah akan bermain di fikiran anda sendiri untuk mengiyakan apa sahaja yang anda mahu nampak.
Fahami konsep ini, dan anda akan fahami kelakuan manusia. Gunakan konsep ini untuk memajukan dan membina diri anda sendiri. Pilih untuk nampak perkara-perkara yang boleh memanfaatkan anda dan bukan perkara-perkara yang boleh merugikan diri anda sendiri! 🙂
Pilihan di mata anda sendiri!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam.
Pertamanya saya suka benar dengan ayat ni :
‘Pilih untuk nampak perkara-perkara yang boleh memanfaatkan anda dan bukan perkara-perkara yang boleh merugikan diri anda sendiri!’
Benda ni juga apply dalam kes-kes orang sibuk mempertikaikan kredibiliti orang lain,kan lebih baik fokuskan kepada perkara yang memanfaatkan diri sendiri..
*just myseposen
Ini samalah dengan kes ajaran songsang. Al-Alqram, Ayah Pin dan segala macam nama lagi. Mintak dijauhkan.
Good point!
Selalunya kita hanya mahu fikir apa yang boleh menyedapkan hati kita saja dan sukar untuk menidakkan sesuatu yang jelas negatif ;(
Pokok pangkalnya kena berfikiran positif lah .. Betul tak Doc?
Tapi positif betul-betul positif, maksud saya kalau mungkin kita jadi kaya disebabkan kita mencuri atau menjadi Along.. positif tu, tapi caranya salah.
“The end must be justified by a right and positif means.”
Just myduaposennn.
Terima kasih
Ayat membuka kesedaran untuk berubah. Maka sangat benarlah membaca, menuntut ilmu hingga liang lahat sangat dituntut, agar kita “nampak dengan ilmu” tentang sesuatu perkara itu bukan dgn perasaan.
Seseorang tidak akan berubah selagi mereka tidak “mengiakan dgn bersungguh-sungguh” terhadap “ilmu baru” yg diterima.
Wallahu’alam….
ASSALAMUALAIKUM..
Tq di atas tip hari ni. First time sy dengar mcm ni. Sungguh hebat! Tq Irfan kerana telah memberitahu byk perkara yg sy tak pernah tahu selama ini.
Insya’alah sy akan gunakan utk perkara2 yg positif.
Tq yg tidak terhingga kpd kerana telah bermurah hati memberikan kami semua bermcm2 tips yg amat berguna. Hanya Allah sahaja yg dpt membalas segala jasa2 Irfan.
Good Luck & All The Best, Always!
adakah maksud tips hari ni…
pilih perkara positif yang memanfaatkan diri kita?
slmt pg ,
manusia memanglah mcm tu…
bila nak faedah lumayan, semua yang tak baik pun akan hilang…terus difikirkan baik…
han
Banyak sangat sekarang skim cepat kaya, kalau saya la kan tak kan percaya benda gini tapi yang malangnya orang kita ni nak kaya dengan cepat
Tanya Sikit..
Bila Yayasan Ilham Budi nak buat program
Dan
Web Cayalah.com bila nak beropersi, tak sabar nak menanti nih!
Salam kasih sayang,
Marilah kita bersama bersangka baik dan saling mendoakan agar rakan-rakan kita yang terjebak dalam apa jua sumber yang haram akan mendapat taufik dan hidayahNya. Kerana sejahat-jahat mana pun seseorang itu, hati naluri tetap akan memilih yang baik.
Malangnya apa yang ‘terakam dan gelombang yang kita hantar kepada mereka mengukuhkan lagi’ apa yang sedia ‘salah’.
Sebab itu selemah-lemah iman, berdoalah untuk kebaikkan kepada orang yg melakukan ‘kemungkaran’.
Semoga diberkati. Amin…
Yang sedihnya, ada yang terlampau taksub dgn skim-skim macam ni, sampai dah tak boleh berfikir secara rasional. Bila orang bangkang dengan fakta, dia akan membalas balik dengan emotional atau sentimen bangsa. contohnya, “itu la kau..ni ada orang nak tolong melayu dgn skim macam ni, tapi kau tak nak. macam mana melayu nak maju…”
Assalamualaikum,
Manusia yang Allah ciptakan diberi kuasa apa yang dipanggil Freedom of Choice (FOC), yang mana Allah ilhamkan samada kefasikan atau ketakwaan (surah 91:8).Dan sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya (Surah 91:9)
Terima kasih Tips yang berharga sekali untuk diamalkan.
“There are always two sides of a coin”. Yang mana satu pilihan kalbu?
Bagi saya, lihatlah kedua2nya. Kemudian pilihlah tanpa emotional feeling. Seelok2nya, gunakan akal fikiran dengan fikiran yg terbuka.
Kalau akal tak sampai, cari rujukan yang boleh dipercayai, bukan disukai …
Apa yang kita nampak jangan kita percaya bulat-bulat.Tambah pulak dengan skim cepat kaya ni.Mungkin yang kita nampak yang baiknya saja…kita belum nampak yang tak eloknya lagi…..
teringat DJ radio 24 tu cakap pasal lambung duit syiling ni…hehehe
Salam. Memang lumrah manusia. Kebendaan atau limpahan wang yang banyak akan menutup mata dan mata hati. mereka tidak akan nampak keburukan lain yang pertama patut mereka nampak. Bak kata pepatah ‘dah ngantuk baru terngadah’. Walau yang haram akan jadi halal mengikut fatwa mereka sendiri yang penting adalah wang yang telah mengabui mata mereka. Tidak semua orang macam tu, yang penting hati mahu kuat membuat penilaian secara terperinci.
http://www.successidea4u.com
kadang-kadang apa yang kita nampak tak sama dengan apa yang orang lain nampak.Benda sama tapi sudut pandangan setiap individu ternyata berbeza..apapun,percayalah dengan apa yang kita yakini..