Ada juga yang kata bahawa mereka telah berfikir positif dari dulu hingga kini tetapi, masih tidak jumpa kejayaan. Selama 5 hari yang lepas pun berfikir positif, tetapi tidak rasa apa- apa perubahan. Ada juga yang kata, berfikir positif ini tak menjadi.
Malangnya ramai yang tersilap apabila isu berfikir positif. Selalunya kita berfikir positif sebegini:
“Saya pasti akan dapat menyiapkan kerja itu”
“Saya akan menjadi jutawan sebelum umur 35 tahun”
“Cara promosi perniagaan saya ini pasti tidak gagal”
Namun, berfikiran positif sebegini tidak mencukupi. Berfikir sebegini sememangnya positif, namun, ia hanya sebahagian dari berfikir positif. Ia tidak lengkap. Ia digelar external situation. Ia tidak menekankan kepada proses mencapai keinginan positif itu yang merupakan cara yang sebenar berfikir positif, seperti:
“Saya pasti akan fokus selama 4 jam setiap hari selama satu minggu dan menyiapkan kerja itu”
“Saya akan berusaha sekuat mungkin, mendalami ilmu perniagaan dan mencari pengalaman untuk menjadi jutawan sebelum berumur 35 tahun”
“Cara promosi yang terbukti berkesan ini dan telah digunakan oleh perniagaan-perniagaan kecil yang lain yang hampir sama dengan perniagaan saya ini, pasti tidak akan gagal”
Kini anda tahu cara sebenar berfikir positif. Selama 5 hari lepas adakah anda lakukannya dengan cara yang betul? Jika tidak, maka, teruskan 7 hari lagi dan hari-hari yang akan datang dengan berfikir positif dengan cara yang berkesan- iaitu menekankan kepada proses untuk mencapai pemikiran positif itu dan bukan sekadar destinasi sahaja. Berfikir positif bermula dengan mengubahkan fikiran dalaman sendiri kearah positif untuk mencapai aa yang dihajati. Cara ini adalah cara berfikir positif yang lebih efektif dan akan memberi perubahan kepada diri anda.
Iklan:
Pada hari Ahad 18hb Julai 2010 ini, saya akan menjalankan satu seminar *mini* (separuh hari) khas bagi mereka yang menjalankan perniagaan MLM (tak kira perniagaan apa) yang ingin mempelajari kaedah menambahkan jualan dan prospek melalui Internet. Seminar Lipat Ganda MLM ini akan mendedahkan strategi dan kaedah promosi terbaik bagi perniagaan MLM menggunakan Internet untuk mendapatkan lebih ramai downline.
Ramai yang menjalankan perniagaan MLM dan menggunakan Internet untuk mendapatkan pelanggan sering mengalami kesukaran. Walaupun dah promosi, dan spend banyak wang untuk promosi online, tetapi, masih tidak mendapat ramai downline. Di manakah masalahnya? Salahnya adalah dari segi strategi dan kaedah perniagaan MLM melalui Internet- terlalu ramai yang menggunakan cara yang salah!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Assalamualaikum.
Pengalaman berfikiran positif saya:
“Aku boleh kahwin bila berumur 25 tahun”.
-> azam yg di simpam ketika sekolah menengah..
Alhamdulillah, target tercapai.hehe.. 🙂
ooo, camtu ke… Terima kasih..
Thanks , lebih memahami erti positif dengan sebenar-benarnya.
Fikiran positif memang sesuatu yang baik tetapi mengapa ramai yang masih gagal menikmati kejayaan hasil fikiran yang positif? Jawapannya mudah sahaja…Konsep fikiran positif merupakan satu TEORI yang baik namun secara praktikalnya ianya tidak semudah itu !(maaf kalau frasa ini kedengaran agak pesimistik) Ini kerana kebanyakan dari kita telah menyimpan terlalu banyak fikiran negatif dalam minda, baik daripada pergaulan, persekitaran mahupun dalam tempoh pembesaran dari bayi hinggalah dewasa.Ketidak seimbangan antara minda positif dan negatif ini menyebabkan perkara positif yang cuba menguasai minda anda biasanya akan gagal untuk menentang minda negatif yang telah menjajah minda kita dari dulu lagi. Apa pendapat IK ?
Saya bersetuju dgn Kebanyakan dari kita hanya memahami pemikiran positif dari aspek kata-kata semangat dan motivasi. Pada hakikatnya perasaan dan semangat itu belum mencukupi jika jalan atau kaedah perlaksanaannya tidak jelas dan berkesan. So, kita semua amat bertuah kerana ada di kalangan kita (Irfan la tu) yang mampu memberikan motivasi berserta kaedah yang berkesan yang beliau telah sendiri telah lakukan..dan ia terbukti mampu mencipta kejayaan….jadi jangan buang masa hanya dengan mencari-cari idea pemikiran positif dan menaikkan semangat serta keyakinan diri dengan pemikiran yang tidak realistik serta tidak mempunyai kaedah perlaksanaan yang jelas dan berkesan….Pemikiran positif tidak hanya melibatkan pemikiran tetapi kaedah perlaksanaan itu sendiri.”Plan Your Work, Work Your Plan”….
Fikiran + = Matlamat + Usaha + Masa + Sasaran + Destinasi – Rintangan
Sentiasa berfikiran positif, selaga perangcangan perlu dilaksanakan on time…
Hmm cabaran hari positif ke-7,alhamdulilah masih lagi positif memang susah nak pertahankan pemikiran positif tu,cabaran dari yang negatif terlalu kuat.
ooo
rupa2nya kita kena beri alasan untuk berfikiran positif yer. saya dari dulu asyik cuba nak berfikiran positif, tp tak menjadi. mungkin sebab tiada alasan kukuh hendak menjadi positif nampaknya.
la..macam tu ke? Cara saya berfikir positif selama nie salah rupanya, patut la kurang berkesan. Terima Kasih
Tul kata .berfikiran positif saje x cukup…kene berfikir di luar kotak gak…cam kite study+keje…semua perlukan FOKUS+KEAZAMAN…Thanks .alhamdulillah..saya still positif..
assalamualaikum…
saya dah mengikuti blog ni… dan jugak saya turut buat apa yg disarankan – berfikir positif selama seminggu…
tapi, apa yg saya buat, saya tetapkan utk berfikir positif selama sebulan… bukan seminggu…
hasilnyer utk minggu ni, member2 saya mmg terasa tempias perbuatan saya ni… huhu…
memang menjadi…
diorang pon turut mengikut sikit jejak langkah saya ni… walaupon diorang tak bg tau, tapi saya tahu… hehe…
positif… positif… positif…
assalamualaikum.wbt.
ertinya fikir positif ni perlu terperinci la yek!
general to specific
objective to efective
pastu mesti sikit-sikit cuba ubah sifat-sifat yg ndak banyak faedah tu.
jadi kenelah buat R&D dalaman bagaimana nak betul-betul leh berjaya mengikut perancangan yang tertulis.
Haiiya ilal khair,
Syukran ya
be fokus,
terima kasih abang irfan…baru saya faham apa itu berfikiran positif…
waduhh…positif.. positif..
teruk gak cabaran saya minggu nih… start last week 30Julai sampai hari nih tiada line telefon yg berfungsi.. talian kene curi spt yg dimaklumkan oleh TM..talian sepjg 3tiang plak tu..apatah lagi internet… terpaksa ler nyorok2 masuk opis lama .. nak akses blog ni…
tapi alhamdulillah..web 98% siap.. nak suruh abg irfan komen .. tinggal nak submit harga barangan je lagi..
alhamdulullah irfan,dari workshop 23.7.06 ari tu sampai ari ni dan juga dengan berfikiran positif,saya dapat rasakan “kesegaran” aura positif tu,terima kasih banyak banyak
Salam
Pemikiran positif perlu di susuli perbuatan positif. Berfikir positif semata-mata, will takes you no where!
Nice conclusion from Irfan 🙂
Dik Mal
AMpang, Selangor
saya setuju..tapi apapun asasnya kena kukuh…betul tak?apa asasnya..?asasnya hubungan kita dgn Allah swt…paling penting…sebab mcmana kita berfikiran pun..yg datang semua Allah swt…jadi kita kuatkan dulu hubungan dgn Allah swt..insyallah fikiran positif kita kana membuahkan hasil…
Saya setuju dengan pendapat IK. Teringat kata-kata T Harv Eker, ” Action is a bridge between our inner world(thought,etc) and our outer world(result).
Latihan Berfikir secara positif selama 7 hari telah berlalu. Saya tahu ramai yang telah berjaya. Jangan lupa untuk teruskan berfikiran positif sepanjang masa.
Berfikir positif..berfikir bahawa apa yang kita inginkan akan kita perolehi seperti yang kita bayangkan..kadangkala kita tidak dapat apa yang kita mahu menyebabkan fikiran negatif yang menguasai kita..
ini memang tips yang menarik dari IK.tq
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Wah! nampaknya artikel bab berfikir positif ini bersambung….best!
Terutamanya pada idea ini “â€Saya pasti akan fokus selama 4 jam setiap hari selama satu minggu dan menyiapkan kerja ituâ€
Benar, kalu begitulah strateginya pasti tidak akan gagal…
Oh ya, buat teman-teman yang masih tercari-cari platform buat promosi bisnes masing-masing dengan cara yang paling glamour, stylo dan menguntungkan boleh intai-intai di sini
http://swom.com/?r=99983
Professional & IM majoriti berkumpul di sana..
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative
Assalamualaikum
Positif…Fokus…Dan Lakukan Sehingga Berjaya.:)
Matlamat+fokus+komitmen pastinya akan membuahkan hasil..saya juga akan fokus untuk menghabiskan bacaan sebuah buku seminggu untuk di review di blog saya..mari berfikir dan bertindak secara positif..
IK…saya rasa berfikir positif dan perlaksanaan positif perlu seiring..kalau fikir je..tapi tak disertai perbuatan apa pon tak jadi..macam mat jenin jugak akhirnye…
saya rasa positive do-er is better…tol tak..tak leh fikir sahaja…tapi kene buat apa yg difikirkan barulah menjadi
Berfikiran positif sahaja belum cukup kalau kita tidak mengamalkan sikap-sikap dan akhlak yang baik2..semua tu kena seiring baru betul.