Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel di ruangan Arena kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.
Sebelum itu, ingin dijelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik daripada minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat di sekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.
Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil
Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa – matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat ke arah mana kita harus pergi.
Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi jika tidak tercapai, ia masih lagi akan mencapai bulan.
Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk menanggung perbelanjaan bulan depan! dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- “ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan yang akan datang!”
Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai jangka yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya ke hadapan!
Minda kaya melihat “dua” pilihan, manakala minda miskin melihat hanya “satu” pilihan
Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat satu sahaja pilihan seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagiaan. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.
Minda kaya tidak melihat sebagai satu pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.
Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai satu pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.
Minda kaya melihat orang berjaya dengan perasaan “inspirasi” manakala minda miskin melihat orang berjaya dengan perasaan “benci”
Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dengan melihat orang yang telah berjaya. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik “role-model” di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.
Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi response-response negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik “Eleh… bawak Mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”
Mudahan kita dijauhkan dari memiliki minda miskin, dan miliki minda kaya!
*** Sertai peserta-peserta ‘minda kaya’ di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Irfan Khairi telah menjalankan program perniagaan Internet sejak 2005 lagi dan hingga kini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk informasi.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Sifu IK, bagaimana pula membezakan orang yang mempunyai minda kaya atau sekadar tinggi angan-angan? Sebab seringkali saya merasa orang memandang rendah akan cita-cita yang sedang saya usahakan… :'(
Saya suka dengan soalan dan keadaan saudara(i) di atas. You’re Not Alone.
dengan minda yang bijak dapat menjadikan kita kaya dan hidup dengan selesa. sentiasa berfikiran positif dan banyakkan menuntut ilmu. ilmu dapat mebimbing kita kearah kebenaran
Terima kasih Sifu IK atas artikel yang membina dan membuka minda.
KIta kena sentiasa berusaha dan berminda Kaya supaya kita sentiasa tahu kita punya pilihan untuk hidup lebih baik setiap hari. InsyaAllah.