Minda anda seperti komputer

Beberapa minggu lepas saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang pakar motivasi yang saya hormati, Dr HM Tuah– first time berjumpa secara tidak sengaja oleh kerana beliau ditemuramah sebelum segmen saya di Wanita & Wang Astro Awani.

Soalan first saya kepada Dr Tuah adalah, bagaimana beliau cari masa untuk menulis berpuluh-puluh buah buku (sehingga 5 buku setahun) di samping menulis lebih 20 artikel setiap bulan untuk majalah?

Rahsianya adalah, beliau menggunakan kuasa mindanya. Beliau gambarkan seperti mindanya adalah folder-folder dalam PC. Ketika sedang melakukan satu kerja, secara sub-concious (bawah sedar), folder yang lain juga turut dibuka dan memproseskan kerja-kerja lain.

Cara melatih minda untuk berfungsi sebegini memang rumit untuk jadi master. Sedikit sebanyak, saya juga sering menggunakan teknik ini.

Sekiranya anda ingin cuba adalah, fikirkan 6-7 kerja yang anda ingin siapkan esok sejurus sebelum tidur. Ulangkan kerja-kerja tersebut dalam kepala anda, dan apabila bangun tidur esok hari, sambung apa yang dimainkan dalam kepala sebelum mulakan hari anda.

Secara bawah sedar, kerja-kerja tersebut akan diproseskan dalam minda anda. Pada mulanya, ia agak sukar, tetapi, with practice, anda juga dapat melakukannya.

ps: Ramai jutawan menguasai teknik sub-concious ini untuk menyiapkan lebih banyak kerja dalam waktu yang sangat singkat!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

32 thoughts on “Minda anda seperti komputer

  1. Minda adalah seperti komputer tetapi tangan juga harus bergerak dan mengambil tindakan untuk ditulis di atas kertas,betul tak irfan? Jika mengenai penulisan buku sesuatu idea itu akan datang sendirinya, namun apa yang perlu dilakukan adalah menulis idea tersebut agar tidak lupa. Teknik ini juga boleh digunakan sekiranya seseorang membuat kerja di hadapan komputer idea tersebut boleh lah ditulis ataupun type dalam perisian notepad ataupun dikertas. Selain dari itu juga bila kita keluar dari rumah kadangkala idea tersebut datang dan cuba type idea tersebut di dalam telefon bimbit anda dan apabila sampai rumah kita bolehlah gabungkan idea yang terdapat dalam notepad,kertas dan telefon bimbit tersebut. Kesimpulannya disini adalah minda, idea, tindakan dan teknologi bekerjasama.

  2. Tip yg amat menarik.. tetapi kena selalu servis otak, kalau tak nanti hang.. jgn lupa mengundi 8 Mac.. ini perkara serius, jgn main2.. berani berubah… wassalam..

  3. Idea yang menarik saya juga selalu memikirkan bagaimana orang orang seperti irfan mampu melakukan banyak kerja so mungkin ini jawapannya

  4. slmt tgh hari irfan,
    mcm mana kita boleh buat banyak benda dlm satu masa?
    boleh pening dan naik serabut…
    saya kurang faham lah cara ni irfan…
    boleh bagi contoh tak…hehe

    han

  5. Contoh paling senang kita guna minda separuh sedar adalah bangun solat Subuh setiap pagi tanpa pakai jam loceng.

    Sebelum tidur kena bayangkan pukul berapa nak bangun dan bayangkan muka mak bila berleter.

    ^^

  6. ble episod nescafe kick start akan keluar? n bole terangkan kriteria yang dipilih dalam finalis musim ini? mane datangnye rachel dan shirley?
    harap boleh jawab dalam new post blog

  7. 5 buku setahun..fuh..banyak tu..

    kalo 20 artikel, 1 artikel sehari la lebih kurang..

    Tapi kalo dah biasa menulis, ia mudah dilakukan sebab dah terbiasa.tapi yang tak pernah menulis, nak tulis satu artikel 100 patah perkataan pun susah.

  8. Saya akan cuba praktiskan. Terima kasih atas tips tersebut.

    Sentiasa menjadi masalah umum adalah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu kerja dalam jangka masa yang panjang. Inikan pula lebih dari 3 kerja dalam sehari.

    Perlu kecergasan minda dan fokus sepenuhnya dalam menghasilkan kerja yang ada ‘umph…’.

    TQ

  9. Ya…memang sesuatu yang agak rumit berfikir sambil memikirkan yang lain pula.belum pernah lagi mengamalkan petua ini. Tapi saya percaya mesti hasilnya amat hebat.

  10. Salam Irfan, apa khabar? Shueqry here.

    Lama dah tak masuk sini dan meninggalkan komen.

    Saya pernah gunakan cara Tuah, sebab kesemua bukunya saya dah baca! Macam ada skrin komputer depan mata walaupun wujud dalam visualisasi saja.

    Dia tak bagitau cara detail cemana caranya, tapi sistem ‘folder’ minda ni saya mulakan secara tak sengaja selepas baca artikel-artikel Tuah dengan penuh minat. Moga satu hari nanti saya dapat duduk semeja dengannya.

    Cuma buku motivasinya yang terbaru aje yang tak sempat beli sebab dah kurang masa nak gi kedai buku Popular di Kota Kinabalu.

    Sekarang dah sold out di Kota Kinabalu!

    -Shueqry-

  11. hohoho!! memang betul pun apa yang dikatakan oleh encik irfan. Tuhan itu maha kaya & bijaksana… buktinya otak kita sama seperti pc komputer… bezanya antara otak n pc ialah saiz & beratnya . . . so fikirlah sendiri

  12. amik masa jugak nak mengasah minda untuk menjadi seperti komputer…
    Tapi percayalah..minda kita memang jauh lebih hebat dari komputer!

  13. Wah! Terima kasih kerana berkongsi kemahiran Tuah.

    Saya memang serik praktikkan ‘visualisation’, tapi untuk melatih minda ‘sub-conscious’ untuk membantu supaya dapat buat kerja lebih banyak setiap hari belum lagi!

    Terima kasih juga kerana beri tips ulang kerja yang kita nak buat sebelum tidur.

    Bagi yang kurang faham, saya rasa maksud Irfan ialah, bayangkan dalam kepala masing-masing kerja-kerja yang hendak dilakukan esok hari.

    Katalah anda tidak gembira dengan kerja anda sekarang dan ingin bertukar karier. Andaikan ada 5 perkara yan harus anda buat:

    1. Tulis surat berhenti kerja
    2. Jumpa bos untuk menyerahkan surta berhenti kerja
    3. Tulis surat memohon kerja
    4. Pos surat memohon kerja
    5. Cari kerja online

    Ulang di kepala sebelum tidur bayangan yang anda melakukan semua ini dengan lancar dan berkesan. Esok harinya, akan lebih mudah untuk anda melakukan sebab semuanya sudah berada dalam minda anda.

    Jadi kerja ‘menukar kerja’ yang mungkin bagi kebanyakan orang mengambil masa yang lama kerana sebab takut, ragu-ragu, kurang keyakinan akan dapat dikurangkan kerana minda anda sudah dapat membayangkan perkara-perkara ini akan berlaku.

    Harap dapat membantu!

  14. Waaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh 😀

    Saya pun banyak kerja gak

    edit salesletter, buat website , pasang script itu ini, menulis blog, translation BI ker Bm (yang nih baru hehe, banyak oO 210 ms) menulis di forum, komen blog sana-sini ,

    Dr hm tuah? saya suka cerita pengembaraan beliau , tapi kan pic dalam majalah tu nampak hensem, tapi yang lates pergh dah makin hensem lagi arr dan makin muda (antonym) jangan marah 😀

  15. Tuah? Yap. Antara penulis novel kegemaran aku dan memang beliau antara yg bijak dalam motivasi dan penulisan.

    Senang cite, selain Awang RAmli Murshid dan Ahadiat Akasyah. Tuah antara penulisan yang aku boleh terima..:D

    Berbeza dan selalu mencipta kelainan. Itu yg aku cukup suka.

  16. Halo semua,

    Saya setuju dengan apa yang irfan katakan – minda kita seperti computer.

    Minda yang cergas dan creative will bring us to the next level.

    As for me, creativity yang paling penting jika kita ingin membuat sesuatu pekerjaan dan saya rasa ada banyak juga perkara yang boleh kita lakukan untuk menigkatkan lagi daya creativity kita.

    any suggestion bagaimana seseorang itu boleh menigkatkan lagi daya creativity nya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.