Semua tahu saya sering tekankan untuk anda tulis matlamat anda. Dengan menulis matlamat anda, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dipegang dan boleh di lihat. Anda juga tahu, dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda (separuh sedar) anda dan ianya akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut. Sudahkah anda menulis matlamat anda? Saya pasti sudah 🙂
Tetapi… menulisya sekali sahaja tidak mencukupi. Anda perlu menulis lagi… lagi… dan lagi. Salin kembali matlamat anda.
Menulis matlamat anda sekali sahaja memang akan memberi pulangan kepada anda. Cuba fikirkan sekiranya anda menulis matlamat yang sama berkali-kali. Ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.
Agaknya bila kali terakhir anda tulis semula matlamat anda? 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Bagi saya,kita perlu diingatkan tentang matlamat kita.Caranya letakkan notis ditempat yang sentiasa kita lihat seperti cermin.
Ia akan menguatkan semangat bagi mencapai matlamat kita.Ia akan meningkatkan motivasi diri kita untuk berjaya..
Menulis matlamat… supaya ia kekal dalam fikiran anda (tips 2 hari lepas). Teruskan menulis dan memikirkannya, dan pastinya diikuti dengan tindakan. Tanpa tindakan, ia akan terus jadi angan-angan kosong dan coretan-coretan lampong, wujud tapi tiada, ada tapi entah di mana. Yang penting ialah memulakannya, tanpa bertangguh dan seribu macam alasan. Or else, ia akan terus kekal sebagai satu mimpi indah yg amat panjang, tanpa kesudahan… 😀
Matlamat adalah penting untuk mencapai cita2 kita. Matlamatlah yang berikan kita kejayaan, sebagai contohnya saya kerja sebagai Programmer, macam2 programming saya buat. tp saya tak tahu apa matlamat saya.Pegi keja balik kerja. Nak pendekkan cerita masa saya balik kerja. Saya jumpa sekeping kertas atas atas jln pada mulanya saya ingat sampah, so macam biasaler saya ambik kertas tu nak buang dalam tong sampai, entah macam mana saya boleh baca apa yang tertulis dalam kertas tersebut, Nak tahu apa ditulis dalam kertas tersebut, Hamba Allah ni senaraikan 3 matlamat hidup yang diulang sebanyak 10x…Dari situlah saya cuba memperbaiki hidup saya dan tetapkan matlamat apa yang saya perlu buat, dan seperi kata ..saya juga selalu menulis lagi dan lagi matlamat tersebut.Insyallah matlamat kita akan tercapai kerana kita tahu kemana arah yang perlu kita tuju.i so.. apa lagi mulakan hari ni…dengan matlamat anda
kalai terakhir saya menulis matlamat saya.. selepas bangun subuh tadi… saya memang mengamalkan menulis matlamat di atas kertas .. 🙂
Assalamualaikum.
Adakah menulis matlamat menggunakan word (komputer) adalah memadai atau pun perlu ditulis menggunakan pen di atas kertas?
Wassalam.
mungkin sentiasa melafazkan matlamat yg ditulis itu juga dapat membantu?
Sedar tak sedar kita sehari sekurang2nya 5 kali melafazkan matlamat hidup kita: “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku..kerana Allah Tuhan Sekelian alam”
So, amat beruntunglah bagi orang yang tidak meninggalkan solatnya dan tahu apa yang diucapkannya di dalam solat.. dia tahu matlamat hidupnya.
Mcm tu, kenalah belajar Bahasa Arab kan 🙂
pas ni saya nak pi cari kertas kajang banyak2..nak tulis matlamat.. lama dah tinggal buat benda tu. 13 tahun dulu masa nak SPM, rajin juga buat benda tu.. betul, hasilnya dapat jadi antara best student SPM di sekolah 🙂
yup! matlamat kena tulis. tulis besar2, tampal kat dinding dan simpan kat wallet sekali.
dah tulis kena jugak sentiasa sebut dan bayangkan dalam imaginasi sekerap yg boleh. fadilah kamsah pernah cakap dalam renungan sebelum info solat kat radio era, dia cakap matlamat yang digambarkan lebih power pd matlamat yg ditulis.
Irfan memberi banyak inspirasi kepada ramai orang;satu usaha yang murni
keli terakhir saya menulis matlamat ialah dua minggu lepas, tapi saya masih bertangguh, kurang nekad, bila membaca motivasi dari semangat datang balik. Saya perlu bergerak, move……
setiap orang ada kelebihan sendiri, saya percaya kata-kata itu.
semoga kita semua berjaya mencipta kejayaan hasil usaha sendiri dan sentiasa sudi membimbing kami semua. thanks a lot
Memang kena tulis sebab kalau tidak tak nampak apa yang kita namapk. Bila saya tulis dan bila saya dah buat tindakan saya akan tandakan supaya nampak movement.
menulis matlamat mengelakkan kita lupa..bukankah manusia@insan itu makhluk pelupa.
Menulis matlamat menjadikan imaginasi kita lebih besar dan akan meransang otak untuk bertindak..Thanks
betul dgn apa yang dikatakan saya pernah mendengar mengenainya (Brian Tracy)
terima kasih
tetapi ada juga kekadang kalau sayalah,,anda mungkin tidak,, saya sendiri seakan takut atau menghindar dari melihat matlamat yang kita tuliskan,,kerana kita tahu yang kita tak mengikut apa yang kita tulis…:( macam mana kalau macam tu lak yer
Bila tidak menulis tidak terikat tidak ijab dan kabul. Itu intergrity namanya menampakkan ke professoinism dalam diri kita sebab kita apa yang kita fikirnya.
yeah..betul tu.matlamat..keep focussing what you want to achieve in your life.mmg laa kadang2 bile kite nakkan A kite dapat B.tp yg B tu la yang akan drive kite untuk dapatkan A…simple like that 🙂