Hari ini saya bersama seorang jutawan muda- Nadhir Abdul Rahman! memang muda… lagi muda dari saya tu! π Pemilik sebuah syarikat MSC status di Cyberjaya: StarFusion Sdn Bhd.
Hari ni, saya terlupa bawak camera pula ke studio Radio24… tak dapat lah bergambar dengan Nadhir π jadi, ni gambar daripada newspaper cutting Nadhir ketika memenangi anugerah berprestij “Young Entreprenur Award“ DPPMS 2006Β di Singapore…
Banyak tips yang diberikan oleh Nadhir tadi, terutama dalam bidang ICT. Nadhir seorang yang amat dynamic dan excellent dalam softskills. Satu tip dari Nadhir tadi adalah, dengan SKILL dan EXPERTISE sahaja tidak mencukupi untuk berjaya dalam perniagaan.
Apa yang lebih penting adalah SOFT SKILLS! Terutama dalam bidang ICT.
Cerita yang menarik yang dikongsikan oleh Nadhir tadi adalah, pada awal penglibatannya dalam perniagaan, beliau hanya ada $2,000 sahaja dalam pocket. Dan cara memulakan perniagaan adalan membeli printer second-hand dan cetak sendiri brochure-brochure perniagaan. Kemudian, beliau sendiri menghantar dari rumah ke rumah brochure tersebut!
Tip saya & Nadhir hari ini adalah, untuk menjadi usahawan yang berjaya, pada peringkat awal, tak perlu lah glamer-glamer πΒ Roll up your sleeves and get your hands dirty! Anda perlu lakukan leg-work ketika awal penglibatan… habuan anda akan terima di masa hadapan π
DuluΒ Nadhir hantar sendiri brochure-brochure yang dicetak sendiri guna printer second hand… kini mempunyai aset berjuta! π Respect!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Untuk berjaya, berbuat baiklah dengan semua orang.. tak kira sama ada dia hanya seorang tea lady, despatch, kerani, dll.. Kerana merekalah yang melaksanakan pelan tindakan yg telah dilaksanakan oleh bos..merekalah yg akan melancarkan jalan anda ke arah kejayaan..
Mula dari bawah penting sebenarnya.. Barulah kita tau macam mana orang bawah buat kerja bila kita diatas nanti..
Assalammualaikum..
Safuan.. betul tu, mulakan dari bawah.. kita kena bagaimana rasanya jadi orang bawah jadi bila kita duduk diatas nanti, kita paham perasan mereka dan satu lagi susah la sikit mereka nak main kan kita..
P/s : apa kata, kita crack our head, just for the sake of discussion, ada ke cara shortcut untuk berjaya?? Kalau ada, bagi la contoh sekali..
Fuhh…respect betul orang macam ni. Penat jerih dia tu memang sesuatu yang tak boleh nak kita cari di mana-mana tetapi kena melaluinya sendiri.
Tapi, Irfan…bro razzi pernah buat tu, hantar brochure dari rumah ke rumah, office ke office jalan kaki je. Tapi biznes tu tak berjaya. Sampai pernah gak orang tegur, “Aik?…penyanyi pun dah sampai jadi macam gini?” Malu gak…tapi nak buat camana kan. Sedih wo π
Yes, “biar kecil asal berhasil p besar akhirnya bubar”(chef Li).
Mari mulakan dgn yg percuma, yg senang, tiada risiko YANG PENTING LEGAL, TULEN DAN BERSISTEM SERTA JELAS JALAN KE ARAH JUTAWAN GLOBAL.
Tahu, percaya, yakin, mula, terus dan kaizen. SEGALA IMPIAN PASTI JADI KENYATAAN.
kadang2 kita terlupa satu perkara iaitu ESQ, kejayaan yang bermula dari bawah sebenarnya memerlukan ESQ yang sangat tinggi, bukan calang2 orang boleh laluinya, hanya mereka2 yang mempunyai ESQ semula jadi atau persekitaran yang banyak membantu pembentukan ESQ sesorang jutawan seperti , nadhir, Syed Mohktar dan ramai lagi. Nak berjaya itu mudah, fikirkan tentang ini, tengok ESQ ANDA….!!!, nak tahu lebih lanjut pasal ESQ ini tanya .
we love you all.
wah, ada lagi yang lagi muda bergelar jutawan ye?
ramai betul yang tidak dikenali lagi. jemputlah lagi ramai IK.
this is a great highlight on a Malay entrepreneur (and a business leader) that would have otherwise gone unnoticed by most of us…
i’ve seen their products promoted at several events, but until your showcase here (have yet to hear on radio24), i never knew who’s behind this company…
this is a very inspirational story! keep up Doc!
Yang penting promosi kan kalau tiada promosi xde guna.
nak berjaya, mesti mulakan dari bawah. pun mula dari bawah jugak kan sebelum mampu menggapai status jutawan ini..
bro razzi, kalau nak ikutkan pandangan masyarakat yang melemahkan, memang tak maju kita. kita tak perlu malu, sebab kita semua cari rezeki halal, bukan pergi merompak dari rumah ke rumah π ramai saya lihat yang berjaya tidak menghiraukan pandangan negatif masyarakat sekeliling..sebab saya berpegang pada inilah saya mampu mengorak langkah ke arah kejayaan dalam satu jenis perniagaan yang ramai pandang negatif disebabkan kurang faham hakikat sebenarnya. saya bangga dengan hasil yang saya dapat. ini semua sebab saya pegang konsep orang berjaya seperti π terima kasih saya akan apply segala idea dan pemikiran yang kongsikan.
p/s: thanks atas post berkenaan simpan duit syiling untuk jadikan simpanan sebelum ini. tak sangka bila saya baca je post saya terus bertindak dan BERJAYA simpan syiling ke akaun tabung haji saya π
ikhlas,
zaidi a.k.a edyanie
Saya memang setuju 100% dengan bermula dari bawah. Biar kecil dulu, daripada cakap kosong kat kedai kopi. Tahun demi tahun masa berlalu, “Orang Lain Buat Duit, Kita Bagi Alasan” – Fadzilah Kamsah.
Tahniah…mude2 lagi dh jadi jutawan….
betul kate edyanie….kite kena start bwh dulu…..bak kate peribahase dulu2..”berakit2 kehulu…berenang2 ketepian..bersakit2 dahulu..bersenang2 kemudian”.. π
saya setuju dengan falsafah “start Small, Close Big”, Nak buat apa pun mula rancang dari kecil katakan kita anda modal RM10,000, fikir mcm mana nak buat bisnes kita dengan hanya guna RM2,000 atau RM5,000 dari modal kita, nanti baru le kita kreatif.
gunakan kritikan dan cemuhan orang-orang sekeliling kita untuk melonjakkan boster-boster kita untuk berjaya, tapi kita juga perlu menilai pendapatan orang yang lebih berjaya sebagai panduan kita.
Setuju tu.. kalau modal besar, dan beria-ia nak buat, tapi tak bersungguh2 buat rugi jer.. sekarang ni banyak bisnes yang boleh dilakukan dengan modal kecil jer.. contoh mudah google adsense la.. π Tanpa modal pun ada…
Ramai usahawan berkmpul di sini.. harap beri tunjuk ajar kepada saya yg baru nak berjinak-jinak ini.. saya akan sentiasa mengikuti update irfan yg saya kagumi.
wow hebat melayu lagi saya pun tengah usaha macam macam jadi jutawan bukan senang nak jadi jutawan tapi saya usaha jugak nak jadi macam abang irfan ngan nandir best
hai,saya baru saja join dlm sebuah bisnes..
saya begitu bersetuju kepada semua yg mmbri pendapat..
jangan dengar apa tanggapan org lain dan jangan sekali-kali give up..
yang penting kita berusaha untuk mengubah hidup kita dan ingin membantu rakan2 kita untuk sama2 berjaya…
kita bukannya orang yang senang dan bukan senang untuk berjaya…
but “PLEASE DON’T GIVE UP”
Kepada semua!
Assalamualaikum! Saya berterima kasih dengan remark yang positif.
Saya berharap pendapat yang saya telah kongsi dengan semua berfaedah dan diboleh gunakan sebagai benchmark.
Saya boleh dicontact nadhir77@gmail.com kalau ada soalan mengenai business.
Terima Kasih
Nadhir Abdul Rahman
StarFusion
terbaik bro !!!