Mentor Jutawan: Abang Abu, Usahawan Jutawan

mentorlogo-small.gifUntuk seminggu sudah, saya post antara tip-tip dan strategi Mentor-Mentor Jutawan. Kali ini, saya buat lain sikit kerana, kali ini saya ingin ambil sedutan daripada Mentor Jutawan seterusnya, tetapi bahagian latar belakang… bahagian kisah tragis bagaimana, Abang Abu, Usahawan Jutawan terpaksa lalui sebelum bergelar jutawan!

Abang Abu adalah kenalan baik saya sejak tahun lepas lagi! Steady Abang Abu! 🙂

Oleh kerana mungkin anda belum mengenali Abang Abu (kecuali mereka di Singapura), so, latar belakang atau kisahnya dapat memberi gambaran kepada anda bagaimana cekalnya perlu seseorang itu untuk menjadi jutawan! Ikuti kisah dan strategi kekayaan Abang Abu di Mentor Jutawan

===================

IK: Boleh tak Abang Abu kongsikan kisah tragis yang berlaku ke atas Abang Abu.

Abang Abu: Kemalangan tersebut berlaku pada tahun 1994, ketika saya berumur 22 tahun. Saya adalah anak sulung dan saya mempunyai 4 orang adik. Adik saya yang ketiga ketika itu berumur 17 tahun. Beliau telah mendapat tempat di USM. Waktu itu saya hendak menghantar adik saya. Masa itu saya memandu bersama ibu dan ayah saya. Dan waktu itu dari Johor Baru ke Penang.

Kira-kira 2 pagi, sesuatu yang saya tak nak terjadi. Kereta yang saya pandu itu terlanggar divider di Sungai Bakap. Ibu bapa saya terpelanting keluar dari kereta. Bapa saya meninggal dunia pada waktu itu dan ibu saya setelah hampir 4 bulan kemudian pula meninggal dunia. Sebelum itu saya juga dalam keadaan koma selama beberapa hari. Semua yang datang melawat saya ketika itu sudah putus harapan termasuk juga doktor.

Besar kemungkinan saya juga akan meninggal pada waktu koma itu. Kalau hidup pun anggota badan dari leher ke kaki tidak akan berfungsi. Itulah yang mereka katakan pada waktu itu.

IK: Tapi yang menariknya Abang Abu, bangun dan menjadi usahawan yang berjaya.

Apa yang dapat saya rasakan pada waktu itu adalah, keluarga saya sekarang bergantung pada saya. Dan ketika saya terbaring di hospital itu, ketika mereka datang melawat saya, saya terdengar orang bercakap

“˜Kesian Abu, maknya nak meninggal, bapanya dah meninggal, dia juga nak meninggal”™.

Pada waktu itu, saya sedar tetapi mata saya tidak boleh buka dan saya hanya boleh dengar.

 Tetapi yang aneh saya rasa dalam hati saya, saya selalu berkata;

“˜Tidak, kenapa saya akan mati, I”™m OK, I”™m alright”™.

Ini yang menguatkan saya ketika itu. Saya ada 4 orang adik waktu itu. Yang kecil sekali 7 tahun waktu itu, kemudian 11 tahun, kemudian 17 tahun dan 19 tahun. Semuanya jatuh tanggungjawab ke atas diri saya pada waktu itu. Saya berada di hospital pada waktu itu selama 3 bulan di mana badan saya dibalut dengan bandage.

Bila saya boleh balik ke rumah, ibu saya bertanya “˜Mana Bapak?”™  kerana kisah bapa saya meninggal beliau tidak tahu.

Jadi dari situ, ibu saya sudah mula berputus asa. Dan kira-kira 10 hari selepas saya pulang itu, ibu saya pula meninggal dunia. Jadi dari situlah kisah betul-betul menyayatkan hati saya bila mak saya berada dalam pegangan saya.

Saya kata ‘Mak tak boleh pergi mak, adik beradik ni ramai.’

Ibu saya hanya menunjukkan ke arah saya. Saya pun menangis waktu itu, masih mudakan, 22 tahun. Saya cakap “˜Tak apalah mak, adik semua saya boleh jaga, tapi saya ini siapa nak jaga?’

Mak saya hanya menunjuk ke arah atas.

Dan dari situlah semangat saya untuk bangkit kembali.

===================

Bagi yang telah membaca Mentor Jutawan, pasti setuju dengan saya, kisah Abang Abu memang memberi inspirasi. Infact, banyak email saya terima mengatakan memang banyak tip & strategi dari Abang Abu yang dikongsikan. Bagi saya, Abang Abu adalah “underdog” dalam kompilasi Mentor Jutawan ini, kerana ramai yang tidak mengenalinya berbanding dengan nama-nama juatwan lain. Tetapi, itu tidak menghentikan sesiapa pun daripada menggunakan segala strategi kekayaan yang dikongsikan olehnya- terlalu banyak! Oh ya, untuk pengetahuan anda, Abang Abu menjadi jutawan 4 tahun kemudian, ketika berumur 26 tahun! Ingin tahu rahsianya?

So, bagi yang belum mendapatkan Mentor Jutawan, dapatkan di sini.

mentorlogo-small.gifTip panas affiliate: Sejak minggu lepas, saya memantau jualan affiliate-affiliate- memang confirm! Cara terbaik membuat jualan adalah melalui personal recommendation. Dengan melakukan review ebook mentor Jutawan.

Ada affiliate yang mendapat beribu pelawat ke laman web, tetapi, tidak dapat satu sales pun kerana hanya bergantung kepada banner (tak efektif). Ada affiliate yang dapat berpuluh pelawat sahaja di laman web, tetapi sudah beberapa sales kerana melakukan review secara ikhlas (tidak menggunakan banner pun!).

Moga maklumat ini membantu para affiliate Mentor Jutawan. Oh ya… hujung minggu ini kami akan membuat bayaran pertama kepada affiliate yang telah mendapat jualan! kachingg! Bagi yang belum menyertai, klik di sini.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

28 thoughts on “Mentor Jutawan: Abang Abu, Usahawan Jutawan

  1. Sedih cerita Abang Abu ni tapi beliau seorang cekal sehingga mampu jadi seorang jutawan..tidak sabar untuk sy dapatkan mentor jutawan untuk tahu kisah yang lebih lanjut..

    mungkin sehari dua lagi,mentor jutawan sudah ada di tangan saya..InsyaALLAH

  2. Abang Abu adalah seorang usahawan yang berwibawa dan sungguh terkenal di Singapura. 🙂

    Beliau banyak memberi nasihat yang bernas dan membina kepada umum tentang perniagaan, cara terbaik mengendalikan kewangan anda, dan kehidupan sebenar sebagai seorang jutawan.

    Orang Melayu kita amat beruntung mendapat mentor yang pemurah seperti beliau.

    Semoga murah rezeki, Abang Abu! 🙂

  3. saya kagum dengam Abang Abu.
    Hatinya sangat cekal dan tabah.
    Kisah ini sebenarnya menyedarkan saya supaya jangan leka walaupun kita mempunyai segalanya.
    Kadang2 bila saya melihat orang kurang upaya berjaya, saya berasa malu kerana saya yang dilahirkan sempurna dan cukup sifat masih tidak mendapat sebarang kejayaan yg membanggakan.
    Jadi sama2 lah kita berusaha.
    Chayok !!!

    http://wordsofsaramsak.blogspot.com

  4. Setiap org pasti akan merasakan satu kesedihan dalam hidup..dari situlah kita akan bangun setelah tertekan dengan suasana kesusahan..

    Lambat atau cepat seseorang itu berjaya, yang penting terus berusaha dan berusaha..

  5. Sungguh banyak info yang jutawan Ik dapat dari jutawan lain.. 🙂 Memang sedih kisah Abg Abu kita.
    Mental yang kuat membuat dia begitu bersemangat untuk berjaya.
    Semoga semakin ramai lagi ‘Jutawan’ akan muncul selepas perkongsian ebook ‘Mentor Jutawan’ Ik.

  6. Assalamualaikum. Saya kagum dengan ketabahan dan kegigihan abang Abu. Saya juga pernah koma selama 2 bulan pada tahun 2002. Allah SWT masih sayangkan kita.

  7. Tahniah! utk Abg Abu dan semua jutawan2 yg berjaya menempuhi jerih payah dlm proses menjadi jutawan.

    semoga kisah2 jutawan ini dpt memotivasikan kita semua untuk bersyukur dan berjaya seperti mereka.

  8. IK ada sebut pasal “personal reccommendation”…

    di s’pura kurang pendedahan tentang jutawan. bagi kami di s’pura lebih ‘selamat’ makan gaji drpd ‘self employed’

    ahli keluarga/friends saya tidak berminat utk discuss tentang jutawan. bagi mereka its just a dream, and if its come true its a bonus!

    soalan saya: bagaimana saya nak promote ‘mentor jutawan’ sedangkan mereka tak berminat?

  9. waaaa….nak nangis bace kisah abang abu nih…nasib baiklah online kat cc…..kontrol jerk…kalo kat rumah aku da nangis nih…..isk isk..tapi betul kan kadang saya fikir jugak mcm manelah org yg ditimpa nasib malang,org cacat ke…mereka nak berusaha ada batasnya..kita yg sempurna ni kena bersyukur dan berusaha lebih!

    jadikan abang abu sebqagai pendorong..yeah!

    http://www.batikofmalaysia.com

  10. sesetengah orang memang senang keje makan gaji.
    in my opinion,for them as a professional, SoHo @ medium scale business ni tak worth it and if nk open business, mesti in large scale, baru worth it.

    tak kire ape kite wat, kene ade motivation baru berjaya.
    so,seri, maybe you boleh promote Mentor Jutawan to your family/friends in term of motivation to their own profession.
    that way, maybe they will get a little bit of interest.
    that based on my knowledge la… =)
    hope it will help you up…

    http://wordsofsaramsak.blogspot.com

  11. Salam..

    Pengalaman abg Abu tu memang tragis. Jika Qada dan Qadar telah tersurat dan tersirat tiada yang dapat mengubah, kecuali doa. Jika sesuatu keburukan didatangkan dari Allah tiada yang dapat menundakannya. Begitu juga jika kebaikan itu didatangkan dari Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya. Namun janji Allah benar belaka, setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan. Syaratnya, manusia mesti selalu ingat dan belajar dari setiap kejadian dan berusaha. Janji itu sudah tertunai untuk abg Abu. Tahniah! dia berjaya mengharung dugaannya.

    Wassalam

    Adilla.

  12. Dalam semua kisah2 jutawan ni, nampaknya semangat yang kuat adalah satu aset yang penting.

    Bagaimana ye nak menguatkan semangat? Mungkin IK dan kawan2 lain ada tip. kadang2 rasa tak terdaya nak menghadapi cabaran, hinggakan nak mengimpikan sesuatu yang besar pun takut.

  13. Sememangnya dunia perniagaan Internet banyak menjanjikan pulangan yang lumayan namun kita tidak dapat lagi daripada cabaran dan halangan. Pe2hal pun, pokok pangkalnya, kita mst bersiap sedia and know how to create the skill to solve our problem soon.

    Bisnes TDTone

  14. Salam Brother Irfan Khairy and Azran and Team dan semua yang membaca blog ini.

    Saya terharu dan amat gembira kerana kisah hidup saya ini dapat menyemarakan lagi semangat masyarakat kita untuk mengejar impian serta matlamat hidup.

    Saya juga bersyukur dengan segala yang telah diberikan oleh yang maha ESA.

    Saya percaya semua orang mampu mencapai segala impian jika mempunyai tekad yang kuat serta tidak mengaku kalah.

    untuk pengetahuan semua saya anak malaysia. org johor

  15. Assalaamu ‘alaikum kepada semua… Sungguh tragedis peristiwa abang abu ini dan juga menghayat hati kepada sesiapa yang membaca. Memberi pengajaran dan mengajar tentang pengorbanan dalam mengharungi
    setiap dugaan dan juga cabaran.

  16. Syabas abang Abu, kerana kamu dipilih dikalangan
    oramai ramai oleh Allah menghadapi ujian dan berjaya akhirnya. Kamulah manusia cekal sungguhpun kejadian tragis berlaku atas diri anda. Allah menyayangi anda dan keluarga sebab itu diberi ujian sebegitu rupa. Dari titik peristiwa ini dibangkitkan oleh Allah untuk memberi semangat kepada kami yang kerdil ini apa itu hidup. Janganlah kita lalai kerana apajua kepayahan dan kesenangan darinya. Semoga sukses selalu dan berilah bimbingan berguna kepada generasi muda yang asyik suka saja.

  17. Salam,

    Sy nk minta bantuan dr kwn2..
    Kepla tgh pening… camne nk manage perniagaan?? Sy ade kje tetap but at the same time cr income lain.. Streamyx, PruBSN..
    Hu.. Hu.. Hrap kwn2 dpt mmbantu caamne nk manage perniagaan?? Adakah sbb sy buat pernigaan tue secara part time???

  18. Salam,
    Saya ada 1 important question, apa beza buku mentor jutawan yg harga rm40 tu dengan some of ebook dari jutawan luar negara yang bole download free je?

  19. Salam IK,
    Saya masih lagi berjinak-jinak dalam perniagaan internet ini. Masih banyak yang perlu dipelajari daripada saudara IK. Saya baru saja menerima email dari saudara IK tentang seminar cara menjalankan perniagaan secara automatik dari rumah. Kabarnya Abg Abu pun akan hadir sekali tak sabar saya untuk mengikuti seminar tersebut. Jumpa IK dan Abang Abu di Kota Bharu 26hb ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.