Cuba bayangkan, apakah impian anda yang paling BESAR, yang anda PASTI anda akan mencapainya dan PASTI tidak akan gagal?
Bagi tahun ini (tinggal 3 bulan sahaja)? Bagi 6 bulan lagi? Bagi 12 bulan yang akan datang?
Untuk hari ini, tanyakan persoalan itu di dalam kepala anda berkali kali. Ketika berehat, ketika break, ketika beratur di bank, ketika di dalam kereta, ketika membeli di pasar Ramadhan dan sebagainya…
Baca kembali soalan di atas dan fahami maksudnya dengan betul. Menurut pakar motivasi, jawapan kepada soalan ini adalah matlamat jangka pendek anda yang paling sempurna.
Apabila telah dapat jawapannya, tulis di atas kertas dan lihat bagaimana minda separuh sedar anda akan berfungsi untuk hari-hari yang akan datang. Kalau nak, tuliskannya di bahagian komen pun boleh untuk dikongsikan kepada rakan-rakan…
ps: tahun ini sahaja saya ada 15 matlamat jangka pendek tertulis untuk perniagan yang belum dilaksanakan. 2 daripadanya akan dilaksanakan hujung bulan ini di UK.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Impian paling besar tahun ini…melancarkan perniagaan baru. Sudahpun dumulakan, tunggu nak sempurnakan sahaja dalam 3 bulan ni.
Kehidupan tanpa membayangkan impian setiap hari terasa kosong dan kehidupan yang sentiasa dibayangi impian membuatkan kita sentiasa bertindak.
Matlamat saya sebelum hujung tahun ini ialah menghadiri seminar internet.
Impian saya ialah nak menjadi seorang yang berjaya dan kaya di dalam bidang perniagaan internet ini. Amin…
Impian untuk 3 bulan akhir ini adalah untuk memantapkan lagi perniagaan berasas internet sebab dah banyak product di beli termasuk CD Irfan dan sebelum akhir tahun ni di harap dapat up satu web sekurang kurang nya tapi kalau dapat siap dua tu lagi bagus . Serta memantapkan lagi promasi program affiliate yang disertai itu pun juga kira salah satu cabang perniagaan internet jugak tak gitu ker…
Takut juga nak tulis utk public. Takut tak jadi/ tak tercapai. Walau bagaimanapun saya tulis juga… just to ‘think aloud’. Manalah tau ada kesan baik nanti.
Well, sebelum akhir tahun 2006, saya berharap tugasan dan impian ini dapat diselesaikan:
1. 3 projek video.(kini 95%,15%,2%)
2. Satu daripada tulisan saya siap dan sedia untuk diterbitkan.
3. Hadir kursus internet.
1/2 tahun 2007:
1. Siap buku kedua
2. 1 video siap.
3. website (perniagaan)dilancarkan.
Setakat itu dulu.
matlamat sehingga 31 disember 2006, memperolehi income 3 angka pd google adsense dan membina 6 blog.
Matlamat saya untuk 3 bulan ni saya akan meningkatkan jualan sehingga 4 kali ganda jualan saya sekarang dan menghasilkan blog.
Matlamat saya untuk 6 bulan menyiapkan perniagaan internet untuk pasaran antarabangsa pula.
hebat matlamat anda semua 🙂 ingin berkongsi juga matlamat saya, tetapi, matlamat saya melibatkan percancangan perniagaan. confidential dalam syarikat sahaja.
insyaallah matlamat saya tahun ini bertujuan untuk memperluaskan lagi kepercayaan orang ramai kepada perniagaan Internet di Malaysia.
salah satunya seperti anda sedia maklum adalah melancarkan buku SOIMR di United Kingdom. Di UK juga, ada satu lagi matlamat untuk Malaysia, tapi terpaksa “biarlah rahsia” lagi…
matlamat saya nak pass keempat-empat subjek yg saya amik sem nih…
Matlamat saya nak bergandigan dgn Irfan sebagai internet marketer tersohor seantero Asia Tenggara dan Dunia boleh ke? Tapi tak pasti, bila boleh tercapai…
Matlamat perlu disusuli dengan tindakan! baru nampak jalan, tapi memang sangat penting untuk kita sediakan matlamt jangka pendek dan panjang.
Matlamat jangka panjang, nak berjaya macam Irfan Khairi. Matlamat sampai hujung bulan ni nak habiskan beberapa buku yang sedang dibaca. Matlamat sampai hujung tahun ni, nak upload website2 yang tengah in-Progress.
Goodluck semua!
Azranzarimin
short term plan…
naikkan lagi jumlah visitor tahun nih…
untuk bulan lepas
Uniq 1stime Returning
308 265 43
guna ‘manual’ skill (bukan klik sendiri tau).. letih siott
bulan nih tgh try ‘auto’ skill pulak
pakai blog nak achieve more returning visitor..
huhu bile nak ada sale nih.. 😛
fufu’
Insyaallah matlamat untuk 3 bulan akan datang:
2 laman web perniagaan, tunggu dan support ye!
Impian terbesar..
Resigned dari kerja 9-6 dan buat kerja sendiri esp bab perawatan kecemasan..
Pastu.. buka francais jd tauke dan latih francaisee tentang perlaksanaan tugas..
Pastu.. ehem2 ‘biarlah rahsia’ nanti bagi jelas impian yg di atas dulu.. masih ‘berkabus di pagi hari..’
ermm.. matlamat saya..
1)Nak habiskan sale utk bulan puasa ni..
2)Nak siapkan projek utk market antarabgsa lps bulan puasa ni..
3)Nak kahwin.. eh silap.. nak terus mara dgn pnuh yakin..
Insya-ALLAH..
Hari ini 4 0kt 2006 jam 9:47:54 pagi tadi bermulalah perjalanan matlamat kewangan dan kehidupan aku.
InsyaAllah jadi Jutawan Beriman pada 31 August 2013.
matlamat saya ialah untuk pergi ke workshop irfan khairi sebelum akhir tahun ini.. insyaallah..
Matlamat saya dalam jangka masa pendek ialah dapat meningkat kemahiran belajar.Akhir sekali,matlamat saya sebelum akhir tahun ini ialah dapat menghadiri seminar Internet. 🙂
ok,sekian…
caucincau…
Matlamat saya untuk menambahkan ilmu saya…meningkatkan skill saya..nak ke seminar .tu antara yang paling penting…
Ini langkah pertama, pertama kali bersua, belum ada yang terfikirkan lagi. Cuma ingin terus melangkah dan terus berjaya. InsyaAllah.
12.09 mlm 31.10.2006
sy nak dpt 4 flat sem ni
cmne nk mulakan kejya
matlamat aku…. ‘akan menguasai bahasa cina pd hujung 2009 @ sebelum mendiri kan rumah tangga’….
nk turun kan berat badan sbyk 10 kg dlm masa 2 bulan….n berat 45 kg semasa majlis persandingan nnt… 14/02/2010….
matalamat saya ialah berjaya dalam kehidupan dan.saya harap satu hari nanti kan ada seorang lelaki hadir dalam kehidupan saya dan mamahami perasan saya.saya tak kisah sama ada lelaki itu hodoh atau tak janji dia pandai cari duit dan pandai ambil hati keluarga saya..
Saya baru belajar untuk berjinak-jinak dengan dunia internet ni.. Teringin nak tau bagaimana nak jana pendapatan sampingan melalui google adsense. Tak pernah menjadi pun. Gagal je. Sebab yang diberikan selalunya sebab bahasa yang saya gunakan tak match dengan syarat-syaratnya. Tapi, saya masih nak cuba gak cari tip-tip yang berkesan untuk maju terus dalam dunia baru ini.
Matlamat saya ialah nak capai matlamat-matlamat pendek supaya dapat capai matlamat panjang.
sya nak dapat projek besar january 2011 nanti dan kejayaan yg diharapkan 2011
Matlamat Jangka Pendek
– Nak dapat no1 dalam kelas untuk tiap kali ujian *stakat ni dh 2kali, 2kali lgi pd hjg bln Julai & bln Ogos.
– Nak tingkatkan markah Math & Sej
– Menguasai subjek Sains Sukan & Perdagangan
Matlamat Jangka Panjang
– Nak jadi seorang fisioterapi 🙂
MATLAMAT SAYA..saya akan membuat perniagaan jualan langsung tanpa menoleh ke belakang lg. Sy akan berusaha dgn lebih gigih tanpa memikirkn kata -ve. InsyaAllah..Sy nk membahagiakan keluarga, menambah pendapatan keluarga, nk bawa keluarga bercuti/melancong, sy nk tolong adeq2, saudara2 , kawan2 yg memerlukan. Saya nak jadi kaya..kaya beriman. Kawan2 doakan sy.