Menjadi bintang

Masa saya sekolah dulu, seperti ramai remaja, kita minat dengan celebrity barat. Salah satu sebab utama saya memulakan perjalanan saya untuk mengejar kejayaan adalah inspirasi yang saya terima melalui bintang-bintang ini.

Bila menyelidik latar belakang celebrity yang terkenal, amat menakjubkan apabila mendapati…

  • Brad Pitt pernah menjadi penghantar peti sejuk
  • Jim Carrey pernah menjadi janitor
  • Jerry Seinfeld pernah menjadi jurujual mentol
  • Robbin Williams pernah menjual ais krim
  • Denzel Washington pernah menjadi tukang membawa sampah (garbage man)
  • Mariah Carrey pernah bekerja sebagai peneliti topi (cek topi rosak atau tidak sebelum dijual)
  • Jack Nicholson pernah bekerja sebagai membahagi/megurus surat
  • Ashton Kutcher pernah bekerja sebagai pencuci lantai (eh… macam saya je!)

Mudah-mudahan remaja zaman kini melihat idola-idola stars bukan sekadar mereka handsome atau cantik atau pandai berlakon, tetapi, mereka telah berusaha daripada bawah sehingga menjadi bintang yang kita kenali pada hari ini.

Tiada siapa yang dilahirkan terus menjadi bintang! 🙂

ps: Mungkin sebab saya minat bintang-bintang hollywood masa kecil dulu, secara tidak langsung (sub-concious) membawa diri saya ke arah media & penyiaran. hmmm?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

39 thoughts on “Menjadi bintang

  1. Tak lupa juga bintang-bintang tempatan seperti…

    Dato Yusof Haslam pernah menjadi konduktor bas & bekerja di kilang besi dan Dato Siti Nurhaliza pernah menjual kuih ketika kecil!

  2. Assalamualaikum Irfan dan semua

    Wah tak sangka dulu Brad Pitt hantar peti sejuk.

    Tapi satu sikap yang bagus adalah tak pernah berserah semata-mata.

    Usaha dahulu dengan sedaya upaya. 🙂

    p.s : Semoga lebih ramai orang Malaysia berjaya seperti Irfan dan semua yang lain.

    p.s.s : Semoga saya dan anda juga berjaya 🙂 Amin.

    Learning from nothing to something! 🙂

    Dik Mal
    Ampang, Selangor

    http://norakmal.blogspot.com

  3. asmkm Irfan.. how r u? shueqry here..

    Semuanya bermula dari impian. Mereka eam BIG dan bermula dari bawah. Mereka set matlamat, mengingatnya setiap hari dan sanggup buat apa saja untuk mencapai matlamat mereka.

    Satu lagi, kebanyakan super star ni ikhlas memberi hiburan yang terbaik buat semua peminat mereka. The more they give, the more they got.

    shueqry
    kota kinabau, sabah.

  4. Saya pun pernah jadi cleaner di kem TLDM Lumut selepas saya habis SPM sementara menunggu result.Wah…ada harapan ni..hehe..

    Zaman sekarang ni kebanyakan orang lebih mengagungkan peserta program bercorak realiti tv dari artis tu sendiri.Sanggup habiskan beribu ringgit semata-mata untuk mengundi.Lebih baik wang tersebut digunakan untuk memulakan perniagaan internet.

  5. Cumanya sekarang ni, sedikit berbeza sekiranya kita lihat asal usul seseorang selebriti itu. Sebelum adanya reality show yang amat berleluasa dewasa ini, maka kemungkinan besar mereka benar-benar berusaha dari bawah untuk sampai ke atas.

    Tapi sekarang, dengan adanya undian SMS, mereka boleh menjadi terkenal dalam hanya beberapa minggu sahaja!

    Itulah kuasa SMS! Hehehee..

  6. Menjadi bintang yang tersohor selalunya, bermula dari bawah..lihatlah bintang terkenal seperti MAWI, bermula sebagai anak Peneroka Felda. Oleh itu janganlah kita pandang rendah, kalau terjumpa orang-orang jalanan yang mengumpul kertas terpakai, tin minuman buangan, mungkin mereka akan jadi bintang terkenal pada suatu hari nanti..Siapa tahu!

  7. best!!!…memang tak semua BINTANG2 yang ada pada hari ni mencapai apa yg mereka impikan dengan semudah yang kita sangkakan….jadi…utk jadi BINTANG kena kerja keras sedaya upaya….

  8. Kesemua BINTANG2 tersebut mempunyai cita-cita tersendiri. Ada matlamat yang ditetapkan. Bila dah set matlamat, usaha mestilah seiring. Matlamat tidak semestinya akan tercapai dalam masa yang singkat. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

    Dari pengorbanan itu, akan menjadikan kita lebih matang. Dari situ, kita belajar dari kesilapan yang wujud dan memperbaikinya. Untuk menjadi BINTANG (tidak semestinya artis), komitmen dan disiplin diperlukan. 🙂

    p/s : Irfan juga seorang BINTANG….

  9. Saya rasa, mereka ni memang dah awal-awal mempunyai azam untuk mencapai cita-cita mereka sejak dari awal. Maybe they are practising the Law of Attraction?

  10. hmmm… nak kene tanye mentor nih…. mesti ada permata yg org lain nampak pada diri kita…padahal kita tak perasan pun ianya ada dlm diri… 😀

    itu sebab mengapa mereka boleh berjaya… 😛

  11. Betul tu… tak semestinya perkara remeh yang kita lakukan hari ini akan berkekalan sampai bila2… segalanya terletak pada diri kita sama ada hendak berubah tau tidak.

    Allah sudah berfirman maksudnya, “Aku tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga dia akan mengubah nasib dirinya sendiri”.

    Wallahu’alam

  12. Kadang2 pulak mereka mungkin tak pernah termimpi nak jadi bintang! Ada juga yg bernasib baik…. melalui satu turning point dlm hidup mereka. Cthnya hantar fridge ke rumah seorg director terkemuka di Hollywood. Direktor tu nmpk dia ada rupa dan offer utk gi auditon. (Ni contoh je tau… bukan bebetul) Tapi kes mcm tu blh dikira…

    Jgn hanya berharap pada tuah dan nasib badan. Nak jadi BINTANG atau org yg berjaya kena ada usaha dan tetapkan matlamat. Contohnya, klu nak jadi penyanyi, kena la cuba gi audition/masuk reality TV. Tak blh la berharap yg satu hari ada sorg sykt rakaman dgr kita nyanyi kat dlm kedai dan terus offer kita gi audition! 🙂

    “Allah tak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri berusaha mengubahnya”

  13. Assalamualaikum 🙂

    Tertarik dgn Cakap Chee Kui.

    Lawa of attraction. Mungkin juga mereka guna imiginasi. Imiginasi kalau diguna secara maksima dan dengan cara yang paling tepat, mampu memandu kita untuk mencapai apa yang diimpikan 🙂

    Tapi perlu seiring dengan usaha, doa dan tawakal 🙂

    Dik Mal
    AMpang, Selangor
    http://norakmal.blogspot.com

  14. Ya..Betul tu…Untuk berjaya,mestilah melalui pelbagai rintangan dan cabaran.Kehidupan tidaklah semudah seperti yang disangkakan..Jangan bermimpi anda akan berjaya sekiranya apa yang anda inginkan tidak seiring dengan apa yang anda lakukan…

  15. a’kum irfan,
    saya nak tanya, is it safe untuk join data entry online job di internet? dan is it safe if i give my credit card number and my card security code apabila membuat bayaran melalui credit card secara online?terima kasih banyak-banyak.Hope irfan boleh tlg beri jawapan.tq once again.

  16. Salam ceria…

    Yang pastinya setiap impian akan menjadi kenyataan jika mempumyai “mindset” yang betul…
    betulkan ..

  17. Seperti memandu kereta, ada tujuan dan yang penting mesti ada cermin tengah untuk memudahkan memandang belakang.Tujuan untuk panduan kita semasa menuju matlamat….dan tidak berlaku kemalangan..tq.

  18. Wahh kebetulan gamaknya tajuk blog kita hari ni hampir sama. Sebenarnya bakat yg kedua ada dalam diri kita tu kadang2 terpendam jer. Ada cara nak kena gilap bakat masing2. Ada yg ‘kena paksa gilap’ baru nampak… dan ada juga yg terpaksa digilap baru nampak sinar bakat tersebut.

  19. Menjadi bintang memang diimaginasikan oleh setiap orang,termasuk budak2 kecil.Dulu,semasa kecil,saya berharap supaya saya akan menjadi “Ultraman”bila bangun dari tidur.Ini kerana Ultraman adalah superhero pd masa itu.Akhirnya setelah bersekolah dan faham sikit2 erti hidup.Saya mendapati takdir tidak memilih saya supaya menjadi Ultraman dan setelah dewasa,saya sedar imaginasi@lebih tepat lagi Impian perlu “measureable” dgn daya dan kondisi semasa kita.Maka,dgn itu ia akan mencapai keputusan yg.munasabah.Hanya “MAGIC” seperti yg berlaku kepada Rooney yg berjaya menembusi Dida pd.masa kecederaan.Walaupun,Rooney pemain professional,tp.dalam situasi segenting itu,ia di takrif sbg MAGIC.MAGIC itu jugak yg menukarkan diri seseorang tukang sapu kepada jutawan,sedangkan jutawan tukang sapu yg berada di muka dunia ini tidak berjaya menjadi jutawan.Ia akan menjadi “One in a Million”.Pokok pangkalnya ialah usaha,kata orang bijak pandai,kalau kita sasarkan bintang,dapat bulan pun masih amat baik.

    P/S:Hanya Pendapat(Tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg telah mati)

  20. Wah..Dr pun buat kajian tentang selebriti2 Barat yer…mmg kebanyakan dari mereka memberi motivasi kepada kita..kita pun x mustahil untuk berjaya..Insya-Allah

  21. respect habis kat orang dalam senarai diatas, termasuk doc irfan sekali.

    masuk sekolah dulu nak jadi bintang takraw kerana ramai menganggap permainan takraw susah nak pandai,hari2 berlatih takraw(sahut cabaran),bermula dgn sepak angin,sepak daun, sepak bola yg digantung,bola yg dilambung hinggalah sepak bola di dalam gelanggang. tak terkira banyaknya terjatuh. bila form 3 aku dah pandai servis gulung,jarang budak umur 15 tahun pandai servis gulung(posisi killer,).but,malang sekali, lepas tu takraw diabaikan sampai sekarang…
    bila form 3 pulak, guru kata, ramai pelajar-pelajar sekolah dapat banyak A tapi subjek sains dan matematik tak dapat A. maka aku sahut cabaran, aku nak 2A sahaja, iaitu sains dan matematik biar semua orang terperanjat. kalau dapat banyak A orang tak terperanjat, tapi kalau dapat matematik dan sains sahaja mungkin pelik, itu yg aku nak lakukan,tambah-tambah lagi macam aku dari kelas tercorot, selepas itu alhamdullillah tercapai.

    yang belum tercapai lagi, nak buat kejutan dalam bidang perniaggan internet, tercapai ke tidak, tak tau la( aku cakap nada begini bukan bermaksud lemah semangat)

  22. jobless to bilionaire…..datz me..one day…
    still hv time to change our destiny rite..

  23. mereka yang berjaya dan ternama pada hari ini adalah mereka yang dulunya lahir dari insan biasa tetapi mereka mencuba melakukan sesuatu perkara yang luar biasa… dari seorang sasterawan, ahli falsafah sehigga kepada ahli politik mereka pernah menjalani kehidupan yang susah pada suatu ketika dulu.. nama2 lain seperti charles dickens mahupun allahyarham tun ghafar baba, sejarah kehidupannya amat pahit untuk dikenang.. kenapa mereka menjadi berjaya pada hari ini.. kerana mereka belajar dari kesusahan yang dialami untuk mereka tebus kembali dengan kesenangan pada masa hadapan… kan bagus kalau anak2 muda ada sikap seperti ini… tapi biasalah.. kemewahan mengajar mereka pula lalai… pening… pening..

  24. Semasa di sekolah menengah di tahun 90-an, saya berkerja sebagai pam attendant di stesen minyak apabila tiba musim cuti sekolah.

    Ada waktunya, mengikut giliran, kami yang berkerja di pam minyak terpaksa juga bertugas mencuci tandas.

    Pengalaman sukarnya mencari duit poket menyebabkan saya mencari kerja yang mudah, menyeronokkan dan memberikan pulangan yang besar.

    Sebab itu, apabila diberi peluang menjadi Pramugara MAS, tidak saya persia-siakan.

  25. SAYA NK JADI TERKENAL,NAK JADI JUTAWAN DAN PELAKON TAPI SAYA TAK TAHU MACAM MANA….BOLEH AJAR SAYA………..ABON16

  26. Setiap orang yang berjaya mempunyai sejarah tersendiri semasa zaman susah,dan setiap orang akan melalui proses yang sama sebelum boleh mengecapi kejayaan.

  27. Memang betul, semua kena usaha dari bawah untuk berjaya, tiada jalan pendek, artis yang kaya pun telah melalui kesusahan juga.

  28. Betul tu!! Walau macamana pun keadaan kita sekarang, kalau sentiasa berusaha perbaiki diri… tanpa kenal putus asa… insya Allah akan mendatangkan hasil satu hari nanti

  29. Assalamualaikum….

    Saya sememangnya sangat teruja dengan minda jutawan, ilmu yg di berikan sangat membantu memotivasi diri..2011, boleh dikatakan setiap hari akan ‘explore’ minda jutawan…kesimpulan yang saya dapat, SEGALANYA BERMULA DR ILMU,..SIAPA KITA HARI INI TIDAK PENTING, LEBIH PENTING SIAPA KITA ESOK HARI.

Leave a Reply

Your email address will not be published.