Mengurus masa… yang mana hendak didulukan?

Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?

Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.

Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.

Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!

Saya sendiri sering mengikuti petua ini dan mendapati produktiviti bertambah. Anda patut mencubanya! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

33 thoughts on “Mengurus masa… yang mana hendak didulukan?

  1. Satu tips yang bagus… Menentukan prioriti merupakan masalah bagi kebanyakan orang.. Jadi Irfan dah berikan tips, praktikkan! Terima kasih.. 😉

  2. bagus gak nih…

    sblm nih saya applykan cara komputer bekerja je dlm life.. simple job first..

    start esok saya buat terbalik le..hard job first..simple later.. hehe

    tq mr.irfan

  3. macamane ye nk istiqmah dlm planning ni…mule² ok..then lame sikit dah lalai balik…tips yg bagi ni amt bergune..kena praktik balik ni….
    tips kite patut amalkan ni…
    tq..:D

  4. hi.. dulu saya dikenali sebagai Sofea’s Mom kali ini saja gunakan website saya sebg penama. sorry Irfan, ambil peluang utk promosi website.

    Saya dah praktikan apa yang perkatakan tentang mengurus masa selama ini. Mmg benar bagai dikata, settlekan dulu masalah yang besar, kelak masalah kecil macam kacang jer! 🙂 Tapi kalau nak langsaikan hutang kena terbalikkan formula. Settlekan yang kecil dahulu baru yang besar.

  5. Ya,betul sekali kata Mr. Irfan.Saidina Ali juga pernah berkata “Masa Ibarat pedang,jika kamu tidak memotongnya,ia akan memotong kamu”
    Jadi,sama2 lah kita menguruskan masa dgn baik yek! 😉

  6. Kalau nak lebih produktif, ikut waktu Irfan bekerja, from 12 midnight sampai subuh. Waktu begini sebetulnya suasana lebih tenang dan damai. Tiada gangguan sampingan dan kita boleh memberi sepenuh penumpuan pada kerja kita, 100%. Tiada gangguan phonecall, tiada gangguan anak-anak, hanya anda dan PC anda. Seronok kan?

  7. Mungkin saya boleh taksirkan perkara besar itu adalah perkara yang paling penting dan memberi impak paling maksima dalam usaha kita ( tak kira business, karier ataupun ibadat kita). Kalau benda penting dan impaknya kurang , kita boelh buat lewat sikit kot .

  8. Bagi saya plak…(bagi saya jek la kan) Saya suka buat kerja yg kecil2 dahulu…sebab ape kan..Kerja yg besar tu memerlukan konsentrasi yg lebih…Nanti kang tgh buat kerja tu, teringat pulak kerja2 kecik yg belum selesai…sedangkan kerja yg besar nih memerlukan masa yg agak panjang…Bila semua kerja kecik dah selesai…kite ada semua masa tu untuk konsentrate pada kerja besar jek..takde gangguan lagi.. itu pada pendapat saya laa….

  9. assalamualaikum sume,
    hmmm….mmg satu tips yang baik.keje yang paling susah atau besar mmg perlu diselesaikan dulu..ye le mana tau nanti ada kesulitan yang berlaku tak le kita kelam kabut nak selesaikan
    gunakan lah tips yg de berikan dgn sebaik2nya

    nak tya sikit kat IK….
    kalau tak panggil nak panggil panggilan apa pula,,ye le mana tau kita nie lebih muda

  10. Saya kat ofice pun selalu buat kerja yg besar,lepas tu baru di ikuti dengan kerja yg sikit.Nampaknya saya bakal menjadi seperi Irfan.Amin..

  11. sibuk betul minggu ni, mmg tak sempat basahkan jiwa dengan tips2 irfan.

    WAH…semakin ramai pulak yg respon sejak akhir2 ni eik..bagus kan.rakyat malaysia semakin ramai mecari peluang mencapai kejayaan.

    tips ari ni – mengenai pengurusan masa. rupanya begitu pulak yer. saya juga prnh trbca tips lebih kurang macam tu sebelum ni. cuma bezanya, tips tu menyarankan kita dahulukan kerja yg mudah dulu. anyway, tak kisahlah macam manapun, pilihlah mana pun, asalkan pilihan kita tu medatangkan kesan positif kepada kita. tak salah mencuba kan?

    http://www.oh-so-natural.blogspot.com

  12. Fokus kepada kerja yang lebih besar menjadikan kita lebih produktif, positif dan sentiasa mencari idea. Menyelesaikan kerja yang kecil lebih meletakkan kita dalam “comfort zone”…Thanks .

  13. Helo everyone…masa terlalu dan amat-amat berharga. Saya akan praktikkan sepertimana yg Irfan sarankan. Terima Kasih.

  14. Biasanya saya buat kerja yang paling mudah dulu barulah kerja paling susah sebab nak kejar masa takut kalau ashik tumpukan pada kerja susah kerja senang pun tak terbuat.Kadang-kadang saya buat secara multitasking buat sana sikit sini sikit.Pernah juga saya membuat kerja susah dahulu baru yang senang.Memang ketiga-tiga cara nie ada banyak kesan dan perbezanya.saya akui saranan yang diberikan oleh irfan adalah lebih effective, tak caya cuba la.

  15. Bila dah selesai melakukan kerja besar, kerja kecil nampak mudah je..
    kalau kerja yang kecil2 ditangguhkan, lama2 jadi besar pula.
    So, betul tu Irfan.. saya sangat2 setuju dan insyaallah akan mengamalkannya..sayakan anak murid yang paling taat setia pada gurunya 🙂

  16. tp pd saya kalau kita buat yg senang dulu, then kita akan ada ms dan tumpuan yg lebih utk siapkan kerja yg susah..itu pendpt dan apa yg saya practiseler..lepas tu kita x yah dok terkejar2 pikir nak setlledkan benda2 kecik yg x settled tu..

  17. Asalamualaikum,

    Yang di tunggu dah tiba. Macam-macam nak buat. Kena tulis satu persatu.

    Kata pakar masa, buat yang paling BESAR dan paling SUSAH dulu. Disetujui dan dipraktik oleh Jutawan muda kita. Dikatakan berkesan.

    Jadi kalau kita nak jadi jutawan macam kena ikutlah cara pulak. Potostat cara kerja yang baik, resultnya pasti baik jugak. Insyaallah!!

    Oh ya! Tahniah! sahabat yang baru lancarkan laman web sendiri :- (www.tmniaga.com ) yang dulunya Sofea’s Mom. Saya akan kesana lepas ni.

    Semoga berjaya ! Biar ramai lagi murid yang jadi jutawan.

  18. boleh cuba!!!
    mula kerja besar dulu ker, kecik dulu ker, kedua2nya boleh dipraktikan bergantung kepada kapasiti pekerjaan itu. kalau kerja tu terlampau susah kita mulakan yg senang dulu. kalau kerja tu susah sedikit pd yg lain kita mulakan yg susah dulu,.

  19. jangan terlalu FANATIK kpd tok sifu…hinggakan apa yang dikatakan oleh tok sifu kita betul semua…kalau apa yg dikatakn semua diiyakan tak dinamakan ini ruangan komen pulak.

  20. Tip yang sangat bagus. Pengurusan masa. “Demi masa sesungguhnya kita sentiasa dalam kerugian…
    Melalui ruangan ini dapat mngingatkan kita supaya jangan lalai dengan masa.Saya ingat pesan cikgu, jawap soalan yang senang dulu baru yang susah. Bengitu juga sekarang buat kerja senang dulu baru kerja yang susah. Tapi apapun tip Ir kita patut praktikkan dulu baru dapat keberkesanannya.Belum cuba belum tau…

  21. Hai semue.. I pun mcm Sofea’s Mom juga tumpang promosi laman web I, tp jgn tekezutlah dgn isinya.. Minta halal dan tq v much IRFAN…
    I tak kisah mana yg perlu didulukan, mgk lebih baik mulakan yg susah dulu.. pastu boleh relax dgn cara buat benda kecil2.. Depends on dateline juga… Yang penting teliti dan tepat!
    Salam!

  22. memang menguruskan masa ni penting…
    terpulang kepada style masing masing…
    mesti ingat 2 perkara, urgent and important…

    urgent task = as soon as possible
    important task = highest priority

    urgent ni kekadang tu just small matter dan boleh disettlekan cepat…tapi kalau terlupa atau pun tak buat walaupun kecik punye hal…impactnye besar

    important ni biasa la…ni kite punye key task…kalau tak buat habis le…tak semestinya kena cepat siap..tapi yg penting kena buat baik baik sebelum due

    so tiap pagi kena tengok task list dan settlekan few yg urgent dulu…pastu baru buat yg important…penting… sebab nak buat yg important kena sepenuh perhatian sedangkan yg urgent tu kalau tak settlekan boleh ganggu keje nanti…habis kite

  23. castdollar2hero, terserah kepada diri masing2.. 🙂 Irfan just bagi pandangan, BUKAN PAKSAAN. U should know it. 😉

  24. Sebenarnya tugas yang paling BESAR dan paling SUSAH boleh dilakukan kemudian sekiranya tidak URGENT (SEGERA). Manakala yang kecil mungkin terlalu URGENT dan perlu dilakukan dahulu.

    Dalam ertikata lain, ikut budibicara dan kebijaksanaan diri sendiri. Cikgu cuma mengajar dan menyampaikan pengetahuan – pengetahuan yang samada terdapat dalam buku atau dari pengalaman sendiri.

    Waktu sekolah dulu cikgu pernah kata ‘mesti tolong mak buat kerja di dapur, lepas tu buat homework’. Di rumah pula mak kata ‘habiskan homework dulu baru tolong mak’. Saya buat homework dulu sebab lebih urgent. Lepas tu tengok TV :).

  25. saya setuju…mcm kita beramal buat yg wajib dulu kemudian banyakkan yg sunat pulak…
    yg sunat tu macam bonus

    yg paling penting kita mesti istiqamah dalam membuat sesuatu kerja..saya pun tengah amalkan

  26. waaa…
    mcm2 pendapat nampaknya…
    bergantung kepada jenis pekerjaan dan situasi juga tu. Sbb kadang-kadang awal pagi pun belum produktif sbb ‘belum panas’

    Apapun saya setuju dengan idea @ cadangan Sebab kalau kita buat yang mudah dahulu, dikhuatiri kita akan terrrrambil masa yang lebih menyebabkan tak cukup masa utk buat yang sukar. Lagipun terfikir “kerja payah tak buat lagi” lebih merisaukan daripada “eh kerja mudah tak buat lagi”.

    Apapun, kita mesti fleksible.

  27. thank u to ~~~mystream~~ kerana mengingatkan saya. menerima peringatan orang secara terbuka menyebabkan diri kita tenang dan tidak mengalir banyak tenaga keluar….

  28. Ermmm that’s true Mr.Irfan…
    Saya yang sedang membuat praktikal di sebuah OEM co, memang every morning la settle kan perkara yang paling besar dan sukar dulu, once bila delay kerja tu, memang take time, kadang2 sampai kul 3pm baru nak settle…bak kata orang..PENTINGKAN PERKARA YANG LEBIH PENTING DARI PERKARA YANG PENTING..:)
    Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published.