Bagi yang minat olympic, pastinya terpaku didepan TV je sejak beberapa hari lepas. Saya sendiri dulu-dulu ikut juga Olympic, tapi, waktu ni sibuk sikit, so, tak sempat nak ikuti…
Walaubagaimanapun, kalau tak ikut Olympic, satu nama yang pasti kita dengar Olympic Beijing kali ini adalah Michael Phelps- pemenang emas bagi acara renang dan kini beliau telah memenangi 11 pingat emas secara terkumpul daripada Olympic. Satu record baru yang dahulunya di pegang oleh atlit seperti Carl Lewis dengan 9 pingat emas.
Olympic Beijing ini sahaja Phelps sudah mengumpul 5 pingat emas.
Apakah rahsianya?
“I have so many races, so much to do in every race, I have to keep 100 per cent focused. No matter how good, you have to force it out of your head,” -Michael Phelps
- 100% fokus
- Jangan fikir diri kita sudah bagus (penting ni)
- Bersaing dengan diri sendiri, dan bukan oran lain!
Walaupun kita tak masuk Olympic, tapi, strategi Phelps adalah sesuatu yang kita juga perlu ada!
ps: Mana taknya hebat berenang… saya tengok badannya pun dah macam bentuk ikan yu (shark/jaws)!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Betul tu…
macam cerita Initial D lakonan Jay Chou,
kan ayah dia cakap kena fokus,latih,latih dan latih..jgn pikir diri sudah bagus, dan akhir sekali ayah dia cakap berlumba dgn diri sendiri,bukan berlumba dgn org lain…baru boleh jadi terer.
Sesiapa yang ada cerita tu,boleh tgk lagi..best π
Salam IK,
Memang tepat sekali. Jika dilihat bukannya senang nak dapat kejayaan macam tu. Kalau tidak ada fokus dan semangat yang kuat, dah lama menyerah kalah. Begitu juga dalam perniagaan iye tak!
10 Petua Membina Sikap Positif
Petua 1 : Jangkakan Kejayaan
Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang
Petua 3 : Ubah Penampilan Diri
Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya
Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan
Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan
Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri
Petua 8 : Saranan Diri Positif
Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif
Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan
Untuk pengetahuan semua, ini adalah petua2 yang perlu ada pada seseorang yang ingin berjaya dalam semua bidang. π
yang no 2- jangan fikir kita bagus.. π
Apa pun badan dia memang besar dari orang lain..
LOL! badan dah mcm ikan yu?
true! 100% focus.
apa jua perkara/bidang mesti ada fokus.
byebye
seri
“You must remain focused on your journey to greatness.” Les Brown. Ye amat penting fokus dalam apa jua benda yang kita buat, tambahan lagi dalam perniagaan.Saya baru lepas habis baca buku Chef Li bertajuk “Aku Tak Nak Miskin”, ada bab khusus untuk topik TUMPUAN.Chef Li menyatakan nak berjaya, kena fokus dan jangan lompat bidang, lain le dah berjaya, baru le boleh buat mcm2 bidang
Salam semua..
Bagus tips mengenai fokus utk hari ni.
Secara jujurnya masalah besar yg saya alami sekarang adalah utk FOKUS. IK ada petua utk buatkan diri kita sentiasa fokus?
Mungkin saya kena kuatkan minda dan luahkan keinginan dalaman agar dpt meransang diri saya menjadi seorang yg fokus.
Saya rasa fokus ni ada kaitan disiplin dalam diri. Kena ada disiplin yg baik sebelum boleh jadi seorang yg fokus.
Yeke cam tu?
Hafiz
http://www.reseller.senang-online.com
Promosi Broadband MERDEKA 2008
Salam semua,
Kata IK..”Jangan fikir diri kita sudah bagus (penting ni)”
Betul..Penting untuk kita yakin pada diri sendiri, tapi tak boleh fikir diri kita dah cukup bagus. Bila kita sentiasa berfikiran yg kita masih belum cukup bagus – ini beerti kita masih perlu memperbaiki diri pada setiap masa.
Dengan itu, kita akan mudah terima kritikan dari orang lain, kita akan menimbang semula pendapat/cadangan orang lain..tanpa rasa kecil hati pada org yg bagi kritikan.
“Peringatan yg datang daripada orang lain sebenarnya adalah peringatan / petunjuk / kasih sayang yg diberi oleh Allah SWT kepada kita, melalui ilham yang diberikan kepada orang lain”
you have the power phenomenal power to live your dreams,if you will only control your thoughts -W.AMOS-
Yang penting fokus. Kalau kita kejap nak buat tu, kejap nak buat ni, silap-silap semuanya tak jadi. Ada baiknya fokus dulu satu perkara, bila dah ok barulah cuba pulak yang lain…betul tak IK ?…………ARB Dagang
Assalamualaikum
Saya setuju pendapatΒ IK tntg fokus..Fokus tentang apa yg kita minat nak buat pasti membuahkan hasil jika berusaha bersungguh tanpa kenal erti putus asa.. π
memang fokus amat pnting dalam sesuatu job,tapi soalannya mcmmana kita nak fokus sedangkan fikira kita masih memikirkan yang lain..!cth nya,dlm wokshop IK ckap kena fokus satu benda,tapi kita dah pk satu idea,tapi datang pulak idea lain,dan sampai skra masih bertangguh sbb takde fokus.. so.. IK tolong bagi tip macammana nak close dengan idea dan tutup untuk idea lain..
aida6907.blogspot.com
haha…body mcm jaws….
ik tak nak badan cam 2 hehe…
focus3x memang betul…
ape jua kita harus focus…
bak kata angkasawan kita dato dr sheikh muszaphar shukor “what minds believe the body can acheive”
majulah sukan untuk negara…wasalam
salam IK,
Nak tanye something yg lari dr topic skit (mungkin boleh dijadikan idea utk next thoughts to ponder about). ianya pasal keuntungan dari segi pandangan islam. Ada yg mengatakan bahawa kita diharamkan letak harga barang lebih daripada 2 kali modalnya. Bagaimana pula dengan produk informasi? Saya tak rasa Islam sekuno itu,jadi saya meminta pandangan IK dan rakan-rakan.
Assalamualaikum…
Fokus@tumpuan sedap dan senang disebut. Peratus atau darjah perlaksanaan pasti berbeza menurut individu. Pandangan saya, fokus ni berkait rapat dengan passion dan minat kita tu. Minat boleh berubah dan passion ada naik turunnya menurut minat itu sendiri. Kedua-duanya sebagai variable. Namun fokus wajarnya consistent.
Lawan fokus tentulah celaru bukan cencaru@ikan jaket ye. Ini bergantung pada personaliti seseorang juga. Jika seseorang yang terlalu mudah bosan akibatnya mungkin sukar fokus. Jadi untuk lambat bosan, mesti buat sesuatu yang anda minat dan passionate.
Selalu mak saya kata, “Jika kita rasa kita dalam kesusahan, ada yang lebih susah dari kita. Jika kita rasa kita senang, ada yang lebih senang dari kita”. Pada saya, begitu jugalah, jika kita rasa kita bagus, pasti ada yang lebih bagus dari kita. So akan selalu ada ‘room for improvement’.
Setuju, pesaing terhampir kita memang DIRI KITA SENDIRI. Ini dapat avoid stress dan hasad dengki pada orang lain. Lihat orang yang lebih berjaya tu sebagai contoh dan kejayaannya sebagai pembakar semangat. Kemudian, bersaing dengan diri sendiri supaya lebih baik dari sebelumnya.
ps: sampai hati disamakan dgn ikan yu. mamat tu punyalah rasa hensem giler dengan ‘broad shouldernya’. nasib baik ikan yu, kalau ikan kod, alamat jadi scott emulsionlah dia lak lepas tu….
Salam dari Adilla.
Salam Sahabat & Sifu..
Sememangnya kita mudah berasa diri ‘sudah bagus’.. termasuk saya. Apa pun, betul la kata sifu, badan Michael Phelps mcm shark.. laju je berenang dan memang patut la saya kureng laju berenang..rasanya mcm ikan buntal je body ni..huhuhu..
Bro Razzi..kawe kena masuk gym nih..hnnsss..hnsss..
Hj. Hayat @ Abu Jibril
ps: Body Bro mcm ikan dolphin..perghh! π
Bab fokus ni terjadi kepada diri saya sendiri sebabnya saya dah nampak peluang yang ada di depan mata tetapi disebabkan kurangnya fokus saya dalam hal ini, ianya tidak bergerak.
Alhamdulillah selepas di motivate baru2 ini, saya fokus dan ianya membuahkan hasil….
http://www.asasteguh.com
Assalamualaikum
Aida > Aida..jangan sedih. Semua org mengalami masalah yg sedang awak alami sekarang. Cuba buat buku idea mcm yg IK ajarkan dulu.
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/buku-idea-perniagaan-saya/
Fiza > Sekadar berkongsi apa yang saya terbaca di Zaharuddin.net.
Ulasan Ust Zaharuddin ttg berapa peratus keuntungan yang dibenarkan dalam Islam:
Tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market.
cth..durian di jual di malaysia dgn harga cth RM 10 untuk 3 biji. tetapi di Jepun, ia dijual RM 100 untuk 3 biji.
Halal hukumnya, dalil, hadith nabi yang sohih menernagkan terdapat sahabat yang minta nabi buat harga maksimum atau ceiling bagi menghadkan harga jualan para peniaga, tapi nabi menolak dan menyifatkan tindakan itu sebagai zalim krn menghadkan keuntungan halal bagi peniaga. ( Riwayat Abu Daud, Albani : Sohih )
Para ulama menghuraikan, pihak pemerintah hanya boleh masuk campur dengan meletakkan harga ceiling apabila berlaku kes monopoli barangan sahaja. Ulama besar tabien yang berpandangan begini adalah Said Musayyab, Yahya bin Said ( Manahij al-Ijtihad, Dr. Fathi Durayni, 159 )
Walaupun peratusan keuntungan bebas mengikut pasaran, peratusan keuntungan boleh jadi haram jika ia bersifat tipu pelanggan, contoh..pelacong yang datang ke Malaysia tidak berapa faham statistik harga barang di sini, jsuteru, si penjual mengambil peluang menipu dengan menaikkan harag 3 kali ganda dan mendakwa ia adalah harag biasa, sedangkan ia tipu. ini dinamakan “Ghabnun Fahisyh” yang terkeji.
Sekian
ust zaharuddin
15 Jan 07
25 Zulhijjjah 1427 H
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=252&Itemid=100
Harap dapat membantu! π
Hj Hayat ~ aduuhhh, tergelak sake kawe nih bohhh. Demo ni gak, kelakar sungguh! Mcm ikan buntal nah ko, marilah kito pakat gi gym belako!
Actually topic ni mengingatkan bro bagaimana bro telah melakukan kesilapan dulu semasa masih menjadi penyanyi.
Akibat terlalu nak save, takut pecah bila menyanyi di atas stage dan tidak mahu mencabar suara sendiri…akhirnya bro hanya dikenali sebagai penyanyi balada biasa. Sedangkan, I am a rockers…I love rock songs, or slow rock paling kurang…
Bro sepatutnya challenge myself dari dulu, and show that I am a better singer! Bukan baru sekarang… Now that I know I am a better singer…bro masih terasa untuk menimba ilmu labih jauh dari biasa, demi untuk lebih berjaya π
Salam semua..
Bro Razzi> Kawe oyat doh suara demo sedap. Kalu masuk akademi fantasia, sure ramai AFUNDI RAZZI..hehehe.
Kawe pun buat kesilapan masa buat show nasyid di Jordan dulu. Akibat takut mencabar kemerduan suara kawe, kawe jadi pemukul gendang @ tabla je..kalau tak, Nazrey Raihan pun tak boleh carik makan..hehehe..
Apa-apa pun, teringat kata-kata sahabat saya, Cikgu Amir (jutawan MLM) “Try your personal BEST’ …Cabar diri sendiri..
Abu Jibril
ps: Sori sifu, kerana menggunakan ruang ni bergurau dgn Bro Razzi.. π
a’kum sifu IK,
ni pertama kali saya masuk ruangan komen walaupun sudah lebih kurang masuk 2 thn mengikuti pekembangan IK,banyak yang saya pelajari daripada IK,apapun tahniah di ucapkan krn mdapat cahayamata ke4.Dan salam kepada Hj.Hayat semoga perkenalan kita bawa manfaat.
amalia> thanks a lot… u beri i semangat baru..tak sangka IK pun camtu gak, maklumlah i baru 2 minggu berjinak jinak dgn Internet ni..so banyak yg kena blajar lagi.. anyway tq very much 4 ur advise, memang tepat untuk i..n i akan lakukan..tq amalia..wish me luck..
aida6907.blogspot.com
Kalu kita nak jadikan MPhelps tu pun bley sbagai mentor kita semua. Sekurang2nya semnagat yang die ada boleh membuatkan sesiapa bley jdik Jutawan
Bisnes TDTone
http://bisnesTdTone.com/khairul
hj hayat… gurau ok je. jangan gaduh dah la π
oh ya… bila tengok Michael Phelps sebelum berenang, mesti dok dengar muzik kat ipod dia. katanya dengar lagu rap untuk bagi “motivation” pada diri dia…
ini dikira sebagai satu “ritual” untuk memotivasikan dirinya… satu lagi topik yang boleh dibincangkan. hmmm… mungkin lepas ni.
memang jadi hobby saya research ahli sukan & artis2 barat apa yang memotivasikan mereka… satu lagi kisah motivasi atlit olympic kali ni yang saya suka is Yao Ming (basket ball player cina tinggi tu). Ni pun another great motivation story! insyaallah next time saya kongsikan π
He may be human but he is from a different planet.
biasanya saya dengar lagu Queen sebelum pergi kerja, bagi semangat sikit tapi jgn dengar lama2 nanti leka.
Salam semua..
Sifu..hehe..duk gurau je , gaduh tak berani. Sbb penumbuk Bro Razzi mcm mike tyson..pehh!
Fazid – Salam perkenalan buat Fazid jua..serta rakan2 di Tips 1 Minit ni..
Abu Jibril @ Hj. Hayat
Setuju dengan pendapat diatas…..FOKUS kunci penting untuk kejayaan dalam business.Memang kak nor dari dulu fokus menjual produk wanita,DCL,dnavechee,avon di http://www.anggunjelita.com.Kalau di tambah macam-macam produk nampak macam kita specialize je….
kak noor
http://www.anggunjelita.com
tq!!!
its a point for my examination this non..
huhuhu