Masih lagi saya nak sentuh mengenai Olympic. Actually Olympic dapat mengajar banyak perkara mengenai motivasi. Kalau anda lihat sebelum sesuatu perlumbaan, atau acara, camera akan fokus pada setiap atlit yang hendak bersaing sorang demi sorang. Masing-masing ada gaya tersendiri untuk “pump-up” atau naikkan semangat diri sendiri.
Topik ikan yu semalam 🙂 Michael Phelps juga mempunyai gaya tersendiri sebelum mula renang. Perasan tak beliau mesti dengar ipodnya sebelum renang. Beliau sebenarnya dengar lagu rap, kerana lagu rap membuatnya bersemangat untuk renang laju.
Pernah saya terbaca pesanan Anthony Robbins mengatakan, satu startegi untuk menaikkan semangat kita pada bila-bila masa sahaja, adalah dengan menciptakan satu ritual. Satu keadaan dimana ia akan menjadikan kita bersemangat secara tiba-tiba. Kita sendiri boleh mencipta satu keadaan untuk trigger semangat kita secara tiba-tiba.
Dulu, tak silap masa sukan SEA ada jaguh angkat berat Malaysia (again kalau tak silap), setiap kali sebelum angkat berat, akan jerit sekuat hati: “Ayah!”. Ini sebagai ritual untuk kuatkan semangatnya.
Saya juga mempunyai ritual sendiri iaitu kalau nak memotivasikan diri time tengah “slow” saya pasang ipod saya lagu rock dengan kuat! Lepas dengar dua-tiga lagu… terus bersemangat balik 🙂
Sekiranya anda tidak pernah cuba teknik motivasi ini, why not give it a try. Cari sesuatu yang boleh trigger motivasi anda. Dan jadikannya sebagai satu ritual untuk trigger motivasi anda pada bila-bila masa sahaja. Trigger tersebut tak semestinya dengar lagu rap/rock atau menjerit sekuat hati 🙂 Boleh juga trigger yang bersifat “menenangkan” seperti melihat keindahan alam atau melihat ikan di kolam. Bergantung kepada jiwa masing-masing!
ps: “Ritual” dalam bahasa malaysia apa ya? 😉 saya tak tau…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
salam..
saya pun biasa buat mcm tu, tapi tak lah istilahkannya as a ritual, just tabiat je kut..
1st saya dengar lagu Muse, Time Is Running Out utk mengingatkan saya yg masa dah makin suntuk. 2nd layan lagu Faizal Tahir – Gemuruh, saya layan lagu ni pun lepas baca post pasal Faizal hari tu. saya suka part “dari puncak ingin ke angkasa” tu..
lepas tu baru la dengar salah 1 lagu KRU
ritual tu upacara amal…
sy sndri suke dengar lagu2 rock untk naik semangat@bg keyakinan diri…
http://wordsofsaramsak.blogspot.com
ritual = upacara amal… tak kena pulak. tapi, kalau in english, betul la wording dia. tak kisah lah maksud perkataan… asalkan kita faham tip ni 🙂
juga, teknik seperti “deep breathing” pun boleh dijadikan tabiat/ritual untuk trigger semangat- tarik nafas dalam-dalam, tahan nafas dan kemudian hembus perlahan-lahan… ramai atlit olympic menggunakan cara ini untuk menenangkan dan mendapat oksigen secukupnya sebelum bertanding.
-ik
Hebat kuasa ritual ni ye. Kalau macam tiger wood dia punya ritual menggenggam tangannya.
haha….act mcm2 cara yang boleh kita gunakan untuk menaikkan semangat.Cam…..bawak awek setiap kali petandingan ker???? hehe… Tapi…memang pun saya stuju yang sebenarnya mendengar lagu merupakan salah satu kawalan emosi yang baik untuk kita semua. saya pun tengah mendengar lagu smbil taip komen nie…
Bisnes TDTone
http://bisnesTdTone.com/khairul
Salam,
Bagi saya ritual = tabiat.
Cara saya ialah sehari sebelum saya bagi career talk kepada students, saya akan visualize yang saya akan berjaya. Alhamduliah, so far it knows.
Teknik ini dikenali sebagai “law of attraction” (buku best seller: The Secret).Boleh layari blog saya : http://resumeweassist.com/blog/2008/07/14/win-in-an-interview-start-with-heart.html.
http://www.resumeweassist.com/blog
Tips for effective career marketing
ya betul tu..Saya setuju. Cara saya menaikkan semangat pula dengan mendengar lahu ‘Engkau boleh’ dan juga lagu Gemuruh.Cubalah. Memang banyak membantu.
saya rasa lebih tepat kalau ‘tabiat’ untuk ritual ni kot..
saya juga ada tabiat juga nak naikkan semangat saya..tapi macam agak pelik sikit 😀
Saya senang aje. Saya ingat impian saya saya terus semangat. Tak kira apa cabaran kalau saya ingat akan impian saya semangat saya terus membara.
Sy pernah bertemu seorang jutawan unit trust dan pernah bertanya adakah membaca itu penting utk menjadi jutawan? Beliau menjawab YA.. Beliau sendiri membaca sekurang2nya 3,4 buku sebulan. Antara ayat menarik yg beliau ungkapkan ialah “Reading is NOT hobby, Reading is NOT habit, Reading is RITUAL” ..Beliau bgtau ritual ni adalah lebih ketat dari habit..seolah2 satu amal, satu “upacara” wajib dalam rutin harian beliau..Lebih dari tabiat dan hobi..” erm cara sy menaikkan semangat ialah mendengar lagu2 rancak dan satu lagi cara ialah berdiri di depan cermin dan ungkapkan sekuat2 kata-kata motivasi dan jerit (jgn smpai jiran dengar) matlamat-matlamat kita..
Sy pernah bertemu seorang jutawan dan pernah bertanya adakah membaca itu penting utk menjadi jutawan? Beliau menjawab YA.. Beliau sendiri membaca sekurang2nya 3,4 buku sebulan. Antara ayat menarik yg beliau ungkapkan ialah “Reading is NOT hobby, Reading is NOT habit, Reading is RITUAL” ..Beliau bgtau ritual ni adalah lebih ketat dari habit..seolah2 satu amal, satu “upacara” wajib dalam rutin harian beliau..Lebih dari tabiat dan hobi..” erm cara sy menaikkan semangat ialah mendengar lagu2 rancak dan satu lagi cara ialah berdiri di depan cermin dan ungkapkan sekuat2 kata-kata motivasi dan jerit (jgn smpai jiran dengar) matlamat-matlamat kita..
Good tips
Saya sendiri suka dengar certain lagu untuk menaikkan semangat.
Tapi cuma timing mungkin tak kena. Lepas ni before buat sesuatu yang memerlukan semangat yang tinggi, mungkin perlu dengan dulu lagu2 berkaitan
macam mana pulak kalau takde mood? atau hilang fokus? sy tgh depressed nie…tak tau pasal pe
betul. Lagu banyak memainkan peranan dalam menaikkan semangat seseorang. 🙂
Salam,
Rasanya banyak cara yg boleh kita
buat utk menaikkan semangat ni.
Deep breathing, baca buku motivasi,
dengar lagu, tengok movie,
tgk gambar seseorg dll. 🙂
Ia bergantung pada tempat &
situasi seseorang tu berada.
Janji semangat tu terus hidup
& sentiasa membara.
Ritual adalah kepercayaan yang diamalkan secara tetap berulang-ulang kali sehingga minda menerimanya sebagai suatu kuasa yang mampu merubah emosi dan fisiologi tubuh badan manusia…
Salam kekayaan,
THINKERICH
yerp…dgr lagu biar pada tempatnya 🙂
jgn tangkap leleh sudah… 🙂
keep rockin’
wake up..wake up !!!
Salam,
setiap org ada cara untuk menaikkan semangat dia,suatu ketika dulu saya naikkan semangat dgn dengar lagu Metallica’ Nothing Else Matter’.
memang betul mendengar muzik akan memberi kesan kepada pemikiran kita, sebagai contoh cuba anda dengar dan menghayati music kitaro berjudul caravansary walaupun keadaan anda pada ketika itu agak tension pasti jiwa anda akan lebih tenang setelah mendengarnya. sebagai cadangan saya untuk anda memahami tentang diri anda, apakah faktor yang boleh memberi semangat atau kekuatan yang jitu kepada anda. ia bergantung pada diri anda sendiri mungkin perkara yang anda lakukan agak luarbiasa dari pandangan orang lain, pedulikan mereka!! sebelum nie saya ada baca buku berjudul psikologi kejayaan dari ainon mohd. saya rasa buku tersebut patut anda baca kerana banyak ilmu tentang diri untuk berjaya.
p/s: bkn nk tlg promosi buku tersebut tetapi saya cerita atas pengalaman setelah saya membacanya.
salam…semua…
maybe kalau kata2 lagi sesuai untuk kita…
gengam tangan dan katakan ” TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA ”
tapi yang best bila ada lagu best yang rancak xsemestinya rock…kugiran 80 an ok gak…..
lagu jefridin…rancak dan bertenaga….
sbg seorg tentera,kami mmg byk bergntg pd ritual ni.x kisahlah pe pun utk push up blk kekuatan tu.mcm saya adalah 2,3…slh satu nya dgr lagu Bahhtera Merdeka.blh menitik air mata&peluh.
salam semua..
Ritual ni lebih kurang macam mentera atau bacaan yg berulangkali dilakukan secara sepsepenuh utk memberi kesan yg diinginkan. Tapi jangan sampai menurun pulak 🙂 Rasanya setakat dengar lagu belum boleh dikategori sebagai ritual. Sebab hanya dengar jer..
Mungkin ritual ni macam kata2 semangat atau kata azimat seperti Aku Boleh! yg diulang2 dalam hati utk tingkatkan keyakinan diri.
Saya setuju kita boleh tingkatkan keyakinan & semangat dgn mendengar lagu2 tertentu.
Genrenya bergantung kpd diri masing2 🙂
Hafiz
http://www.reseller.senang-online.com
Promosi Broadband MERDEKA 2008
ritual dalam bahasa melayu..upacara? tak taulah..
saya kalau nak naikkan semangat.. saya dengar lagu jason shyboy, shall never surrender(end roll)..lagu DMC 4 (devil may cry 4). memang bersemangatlah nak buat kerja.
They will see..
We’ll fight until eternity..
peh..starting lagu pun memang mantap..
ces..saya dah terpromote lagu DMC 4 pula kat sini..
ia bergantung pada diri sendiri. kalau dengar lagu jiwang pun dah naik balik semangat,itu pun masih dianggap “ritual” baginya 😉
saya pun ada ritual tersendiri bila hadapi masalah. selamat mempraktikkan ritual demi kejayaan kita semua 🙂
satu lagi cara menaikkan semangat untuk saya adalah baca inspirational quotes. dan baru-baru ni, quote yang terngiang-ngiang dalam kepada lasa adalah dari Michael Phelps (siapa lagi!).
lepas menang pingat emas ke 8 di Olympic Beijing, beliau berkata…
â€When someone says you can’t do something, it shows that anything is possible. When you put your mind to a certain thing, it can happen. The biggest thing is nothing is impossible. All it takes is an imagination.â€
-Michael Phelps
Very inspiring…
Kadang-kadang kalau sy rasa nervous atau x yakin nk lakukan sesuatu, sy akan tarik nafas dalam2.. dan dalam mind sy setkan kalau sy gagal kl ni sy dh cuba yg terbaik dan masih boleh cuba lg lain kali.
Teknik ni membantu sy menghilangkan rasa nervous dan rasa lbh yakin.
Menaikkan semangat diri dgn buat ritual kita sendiri akan byk membantu kita.
nak naikkan semangat?
saya dgr lagu yg rancak.. contohnye lagu
marabahaya popshuvit tu kalo time bwk kete mmg
rasa cam nak race je.. tp mmg betul lagu rancak buat kita lbh energetik! 🙂
http://hartahalal.wordpress.com/
Saya pulak bile down, cara untuk meningkatkan semangat adalah dengan melihat kesusahan orang lain sama ada dalam dunia nyata atau pun dalam television.Saya akan bersemangat sebab saya taknak jadi susah macam orang dalam cerita dan saya berharap saya akan dapat membantu orang susah apabila saya senang kelak.aminn
http://syokbeb.com
Saya kalau tengah “slow”,sama la seperti IK saya akan dgr lagu yg “fresh” gerenti lepas itu saya akan lebih bersemangat..baru datang idea2 baru yg lbh “fresh” 😉
Saya pula… kalau nak naikkan semangat dengar lagu-lagu rock 80 an atau KRU… Baru mood ok balik… He3x:)
Bila kita rasa happy, kita akan tarik benda yang baik untuk berlaku kepada kita.
Bila kita rasa gembira, kita sebenarnya sedang menarik perhatian daripada Allah dengan bersangka baik kepadaNya.
“Aku (Allah) adalah sebagaimana yang hambaKu sangkakan” (hadis qudsi)
Saya pulak kalau nak naikkan semangat apa yang saya lakukan ialah dengan membaca buku2 motivasi dan membaca kata2 peransang sepertimana saya letakkan di blog saya dari mereka yang telah berjaya sebagai contoh ebook Mentor Jutawan, buku2 motivasi Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, buku2 Chef Li.
Alhamdulillah ianya banyak membantu…..
http://www.asasteguh.com
Saya mesti dengar lagu Linkinpark kalau nk start kerja pagi2 atau masa nk tulis sesuatu artikel..
Ritual tu dalam bahasa melayu saya tak tau nak translate..tapi ia memang berfungsi bila kita gunakan.Macam saya bila dalam keadaan slow motivated…kena jerit kuat-kuat “saya boleh berjaya!!!”.Memang boleh pecah bilik air bila jerit macam tuh…kadang-kadang sampai meremang bulu roma….
Kalau kita dalam situasi yang lemah semangat,ritual perlu untuk menaikkan motivasi…kadang-kadang,orang lain punya motivasi dah tak jalan melainkan keinginan sendiri
Dalam lain-lain situasi,memang kita selalu putus harapan,ritual di perlukan untuk memberi impak motivasi.
http://www.zoomstreamyx.com
dulu masa blaja sy selalu dgr lagu semangat yang hilang xpdc utk study masa spm haha…kawan2 sy suma ckp sy gila boleh ke masuk study sambil dgr muzik tp tu lg tu la yg membuat bersemangat utk study dan fokus…hehehe…alhamdulilah skrg dh jd org…hehe
http://usahawankekal.wordpress.com/
Jika dilihat atlet USA (sukan beijing) untuk acara larian beliau memenangi competition tersebut dalam acara larian sambil menyimpan dan menggigit rantai yang ada pada lehernya semasa berlari, mungkin dengan cara menggigit rantai tersebut beliau dapat menaikkan semangat sendiri, adakah ini salah satu ritual, irfan?
Saya ni selalu macam putus harapa je.. Macam-macam buat tapi masih tak menjadi. Kalau tension nak cari idea biasanya saya bersukan.
Online promotion strategy
Msing2 ada cara tersendiri untuk mengembalikan semngat. Tapi…tula mendengar muzik adalah salah satu seni yang sememangnya tidak boleh dipertikaikan dalam membantu seseorang itu untuk kembali bersemngat dan seterusnya fokus dalam melakukan kerja. Syaratnya???? mstla lagu yang bertenaga sket. Janganlah lagu dondang sayang tak pun cak lempong ker ataupun keroncong. Memang xjadik kalu cmtu rupa lagunya. haha…
Bisnes TDTone
http://bisnesTdTone.com/khairul
“Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
cara yang paling berkesan pada saya ialah saya akan tulis (just pesanan pendek)samada di depan buku rujukan atau dimana mana bagi memudahkan saya membaca dulu pesanan motivasi saya sebelum memulakan sesuatu yang penting!cth saya harus blajar dan lulus cemerlang spm demi untuk mak saya (seorang ibu tunggal) yang tlah t’lalu byk b’korban utk saya 10 adik bradik! jadi amat penting bagi saya untuk berusaha spy berjaya dan mak saya selalu bagitau yang teringin nak tgk anaknya memegang ijazah!dan Alhamdulillah dgn ritual tu, saya dpt merealisasikan impian mak!dan Alhamdulillah Saya dapat membeli rumah untuk mak seperti mana impiannya juga krn dari saya lahir hingga saya bekerja dan membeli rumah, kami hanya menyewa dan berpindah randah hampir 10x… OOOPPSS TERLEBIH SUDAH.. :).maafler excited nak cerita ttg pentingnya ritual nie..,memang penting..bak kata IK..why not give it a try…dan skrg saya juga akan buat satu pesanan utk diri saya utk satu misi saya sekarang iaitu : UNTUK MENJADI JUTAWAN INTERNET!doakan saya… 🙂
aida6907.blogspot.com
Maaf Ik, nak tumpang tanya, mcmmana IK boleh dapat info semua ttg phelp? cthnya kata kata dia tu? rujuk dimana?saya pun suka mengkaji ttg kejayaan orang tapi cuma bila sya t’tengok seperti yang IK bgtau, sblm peserta btanding pasti camera shoot kt diorang!itu yang saya suka tgk..tapi untuk info spt kata2 dr phelp tu dapat dari mana?
â€When someone says you can’t do something, it shows that anything is possible. When you put your mind to a certain thing, it can happen. The biggest thing is nothing is impossible. All it takes is an imagination.â€
-Michael Phelps
and one more,boleh tak IK translate kata kata diatas melalui kefahaman IK sendiri..
t. kasih..
aida6907.blogspot.com
Saya sokong mengenai perkara ni.Kadang kala kita akan hilang semangat…
Contohnya-kadang2 dlm cte HOUSE la, ape die buat kalau jntung berhenti?
Die akan buat CPR kan? Kalau x cukup ape die akan buat lagi? Die akan terus bagi yang elektrik 2.Gosok2 sket, terus letak kat dada…TUMMMM!!! Tersentak skali….
Mcm 2 la kita….kadangkala kita kene bagi tekanan dari luar untuk kembali sedar (n_n)
Manusia hanya akan menyerlahkan ciri-ciri dan sifat-sifat mereka yang terbaik hanya ketika dalam keadaan TERTEKAN -Albert Enstein
Ingat! Enstein kata tetrtekan BUKAN TERDESAK (n_n)
Lawati blog saya….
Saya mungkin mampu membantu anda….
Assalamualaikum…
Semangat dasarnya suatu yang ‘ghaib’. Tidak kelihatan dgn mata kasar. Namun kesannya yang menjadi nilaian. Tak dinafikan semangat yang tinggi menjadi tuntutan kepada sesuatu kejayaan.
Perbuatan mendengar ipod oleh Michael Phelps itu, pada renungan saya, bukan sahaja untuk menaikkan semangat. Beliau sememangnya 100% bersemangat. Jika tidak, takkan dia berdiri ditempatnya sekarang.
Saya melihat ia sebagai sesuatu untuk menutup satu ruang kecil – keraguan. Ini kerana keraguan sama dengan kegagalan. Bila ruang itu tertutup, tekadnya akan membulat dengan sempurna dan semangatnya akan menembus langit ke 7.
Salam dari Adilla.
Setiap orang ada cara untuk menaikkan semangat masing2…
Tengoklah bersemangatnya Lin Dan ketika mengalahkan Lee Chong Wei.
Walaupun baru dapat 1 mata teriaknya macam dah nak tamat game..
info tentang olympic & phelps saya dapat dari yahoo news- olympic coverage.
â€When someone says you can’t do something, it shows that anything is possible. When you put your mind to a certain thing, it can happen. The biggest thing is nothing is impossible. All it takes is an imagination.â€
-Michael Phelps
Bagi saya, maksudnya adalah, kebanyakan nasihat yang kita terima dari orang ramai adalah salah. Kita patut lakukan sebaliknya 🙂
Bila saya baca tip motivasi di blog ini saya sendiri dah naik semangat. Kalau rasa2 semangat turun saya bukak blog ni.
p/s – Saya baru je tengok video the secret (Law Of Attraction)mungkin boleh dijadikan penaik semangat. Cuba search the secret kat youtube… about 20 minutes viewing…
p/p/s – satu lagi… 22hb Ogos hari tu saya bepeluang face to face dgn IK… balik terus naik semangat berganda-ganda heheh… nak tengok gamba saya dengan IK lawat…
http://infomarketingfanatics.blogspot.com
ooo… tq IK..
Maasya Allah
Dear Irfan,
I’ve heard about u long time ago, but i said to myself , well, I couldn’t care less, so what ,he’s a millionaire doing the internet thing and IT (info tech) is Not in my vein, so like i said i couldn’t care less. But it was such a turn around when one night i stumbled upon your column, and i actually started reading it. It was something about motivation and as i read on, it started to make sense. I am 38 and have been involved in business since 1996, so does that make me a millionaire NO, NO, NO. So am i jealous of u mr IK, no, mmm yes kind of but i am interested in the jealousy. It was more of a positive jealousy i would say because for all the years i’ve been involved in the business i’ve yet to find somebody soooo positive and ‘FUN’ like you are. So i was saying to myself, no wonder he is successful! It was all in the attitude, perserverance, clear goals and sheer smart and hard works and of course DOA that propel you to the planet of millionaires. I am still working and waiting for my turn to be like you, or even better, because in wealth , i believe, there’s responsibility that comes with it, do you agree Mr IK ?
assalamualaikum
pada saya ritual ni lebih kepada PEMBAKAR SEMANGAT…..apabila kita dah down…kita perlu cari satu cara utk memanaskan diri semula….mcm org nak bersukan….tak gitu???