Masih lagi saya nak sentuh mengenai Olympic. Actually Olympic dapat mengajar banyak perkara mengenai motivasi. Kalau anda lihat sebelum sesuatu perlumbaan, atau acara, camera akan fokus pada setiap atlit yang hendak bersaing sorang demi sorang. Masing-masing ada gaya tersendiri untuk “pump-up” atau naikkan semangat diri sendiri.
Topik ikan yu semalam 🙂 Michael Phelps juga mempunyai gaya tersendiri sebelum mula renang. Perasan tak beliau mesti dengar ipodnya sebelum renang. Beliau sebenarnya dengar lagu rap, kerana lagu rap membuatnya bersemangat untuk renang laju.
Pernah saya terbaca pesanan Anthony Robbins mengatakan, satu startegi untuk menaikkan semangat kita pada bila-bila masa sahaja, adalah dengan menciptakan satu ritual. Satu keadaan dimana ia akan menjadikan kita bersemangat secara tiba-tiba. Kita sendiri boleh mencipta satu keadaan untuk trigger semangat kita secara tiba-tiba.
Dulu, tak silap masa sukan SEA ada jaguh angkat berat Malaysia (again kalau tak silap), setiap kali sebelum angkat berat, akan jerit sekuat hati: “Ayah!”. Ini sebagai ritual untuk kuatkan semangatnya.
Saya juga mempunyai ritual sendiri iaitu kalau nak memotivasikan diri time tengah “slow” saya pasang ipod saya lagu rock dengan kuat! Lepas dengar dua-tiga lagu… terus bersemangat balik 🙂
Sekiranya anda tidak pernah cuba teknik motivasi ini, why not give it a try. Cari sesuatu yang boleh trigger motivasi anda. Dan jadikannya sebagai satu ritual untuk trigger motivasi anda pada bila-bila masa sahaja. Trigger tersebut tak semestinya dengar lagu rap/rock atau menjerit sekuat hati 🙂 Boleh juga trigger yang bersifat “menenangkan” seperti melihat keindahan alam atau melihat ikan di kolam. Bergantung kepada jiwa masing-masing!
ps: “Ritual” dalam bahasa malaysia apa ya? 😉 saya tak tau…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Pada saya untuk mendapat semangat.. anda perlu selalu kena berada di persekitaran yang positif..termasuklah kat ruang ini..
http://www.krimajaib.blogspot.com
saya suka dengar lagu hero oleh mariah carey…
Kalau pandangan saya, saya prefer dgr lagu Maher Zain untuk menaikkan semangat saya!
-The Chosen
-Always be there
Lagu2 daripada Sami Yusof!
And then baca2 Al-Quran..
Daripada dgr lagu bersifat duniawi!
Betul tak?
sebenarnya sya baru terjumpa artikel ni,mmg menarik.
cara saya mybe pelik sket,mmg mcm ritual habis,
dlm hati sya sebut dlu ‘ya allah’
pastu saya akan ckp jelas2 ayat ni sebanyak 3 kali
minta semangat! minta semangat! minta semangat!
kadang2 mmg jadi,kadang2 kena gak berulang kali.ini cara saya.hehe
alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya blog encik irfan khairi…
buku bertajuk Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar belum sempat dibaca lagi…
saya jumpa buku ni. buku ni kepunyaan adik sy 🙂