Matlamat tidak kesampaian…

Pernahkah anda menetapkan matlamat tetapi matlamat anda tidak tercapai? Di sini ada satu tip…

There is no such thing as unrealistic goals. There’s only unrealistic deadlines! (Tidak terdapat matlamat yang tidak realistik. Cuma terdapat tempoh mencapai matlamat tersebut yang tidak realistik)

Kebiasaannya, matlamat tidak dapat dicapai oleh kerana deadline atau tempoh masa matlamat tersebut tidak realistik- iaitu terlalu pendek. Apa yang anda perlu lakukan adalah panjangkan deadline anda.

Satu cara untuk mengetahui samada deadline anda adalah realistik adalah, bahagikan jangka masa matlamat satu tahun anda kepada 3 (4 bulan). Sekiranya matlamat anda dalam masa satu tahun adalah untuk anda memulakan satu perniagaan, rancang apa yang anda perlu lakukan dalam 4 bulan yang pertama. Kemudian, 4 bulan yang kedua. Kemudian, 4 bulan yang terakhir. Adakah ianya realistik?

Dengan membahagikan matlamat kepada unit yang lebih kecil, anda dapat melihat dengan jelas sama ada deadline matlamat anda adalah realistik atau tidak.

Matlamat anda memperolehi RM1,000,000 dalam masa satu tahun? Maksudnya anda perlu memperolehi pendapatan RM333,333 dalam masa 4 bulan. Adakah ini deadline yang realistik?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

21 thoughts on “Matlamat tidak kesampaian…

  1. sekarang perkara pertama jika saya melayari internet adalah baca tips .bace email n newspaper jatuh ke tangga ke dua… 😉

    saya dah bookmark site ni …begitu juga website kawan2 yang selalu bagi pendapat disini, insyaAllah saya akan tolong beli produk anda jika bersesuaian n diperlukan.. 🙂

    saya teringin nak beli ‘belajar buat vcd’ untuk saya, ‘alfurqan’ utk anak saya..’perisian percuma’ … 🙂

  2. Matlamat harus disusuli dengan usaha dan berdoa.. Sebagai seorang yang masih bergelar pelajar IPT, saya sering mempunyai matlamat.. Didalam perniagaan juga harus mempunyai matlamat untuk mencapai apa yang diimpikan..

  3. tahniah , nampaknya semakin ramai yang meminati anda, sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi menafaat kepada orang lain.
    teruskan usaha murni anda, saya percaya dan yakin ramai orang melayu sekarang sudah berani bermimpi ingin menjadi jutawan melalui perniagaan dan ramai juga yang menetapkan matlamat nak tengok tip hari ni pagi2 lagi sebagai satu motivasi,ilmu, panduan dan amalan, tahniah , matlamat anda tercapai. YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH YANG BURUK ADALAH DARI KELEMAHAN SENDIRI, JUMPA KITA SEMUA DIPUNCAK KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT, INSYAALLAH.

  4. Erm.. nampaknya matlamat saya perlu kajian dan penstrukturan semula. Perlu ada fasa2 tertentu untuk saya capai sebelum saya capai matlumat utama saya. Terima kasih .. 😉

  5. Assalamualaikum.

    Tip dari Ifran juga:
    “Jangan lupa menulis matlamat anda di atas kertas. Baca setiap hari”

    Gunakan tip hari ini dan tuliskan pula di atas kertas menggunakan tip yang lepas.

    Amacam? OK tak?

    Wassalam.

  6. kite kena buat step by step..jgn mudah putus asa kalau matlmat yang kite ingin capai tak kesampain…ikut tips yg berikan…kite kena pandai buat deadline untuk capai matlamt yang kite rancangkan itu…kite pakat bahagikan matlmat kite pada sub-sub yg lebih kecil..macam ckp tu lah..ok selamat semua..yosh!!!

  7. pencapaian matlamat ..stage by stage
    kalo nak buat semua serentak.. mau tak tido malam jawabnye..apa2 pun kalau nak cepaat capai target..kene ada pengagihan tugas..baru le terasa ringan sket..dan nampak realistik sket.

  8. Saya selalu terlupa matlamat asal, kekadang berubah2 pulak. Memang betul cara tulis besar2 dan baca setiap hari tu berkesan jika diamalkan.

    Kalu ada yang ingatkan lagi bagus..
    (ehem2) utk eiza, silakan..

  9. Pada pendapat saya kegagalan matlamat tu disebabkan tiada kesungguhan dan perancangan.Saya sendiri pun mengalami masalah yang sama.Cuma bila motivasi tu berkurang,saya cuba cari inspirasi atau baca kisah-kisah motivasi atau tips motivasi seperti blog ni.

    Terima kasih.Saya akan cuba menetapkan matlamat saya dan membahagikan matlamat kepada unit yang lebih kecil.

    Salam Usahawan! 🙂

  10. pahatkan matlamat kita, serta iringkan doa semoga perancangan kita untuk berjaya sama dengan perancangan dan ketetapah ALLAH..

    matlamat yang diberikan jika diaplikasikan di dalam hidup amat berguna, bukan sahaja untuk menjadi jutawan. malah untuk berjaya dunia akhirat juga…TAKBIRRRR…..ALLAHUAKBAR

  11. Bagaimana kalau hendak cepat capai matlamat?
    Ada saya baca tentang falsafah orang-orang cina-Taoist iaitu seandainya seseorang itu menulis keinginannya atau apa sahaja yg diinginkannya sebanyak 40 baris iaitu 40 kali selama 40 hari,kemungkinan orang itu akan dapat apa yg dicita2kannya..cubalah
    Dan, ada saya terbaca tentang berapa cepatnya hajat kita menjadi realiti adalah bergantung kepada sejauh mana kita berkehendakkan sesuatu itu..how much u really crave for something?..selagi keinginan itu tidak sekuat sebagaimana seorang yg sedang lemas dalam air betul2 berkehendakkan udara untuk bernafas..itu belum dipanggil keinginan yg kuat..buatlah mega plan pun,kita tak fokus & takleh berjaya.

  12. alahai… sapo yang dah pecah rekod dapat ribuan macam tu? 300 ribu dalam tempoh 4 bulan? wah banyak cantik punya matlamat nak cepat kaya?

    orang masuk skim cepat kaya pun cepat lingkup jugak. bukan boleh dapat satu juta dalam tempoh 4 bulan. haru biru dibuatnya…

    dengan demikian rupa kena berbalik kepada kaizen… sikit demi sikit… demi sikit.

    kena sabar ler. jangan gelojoh. nanti apa2 pun takkan dapat.

    selamat sambut puasa. ada sapo2 yang buat bazar ramadhan ker…

    ahlan wasahlan ya ramadhan karim…

  13. saya cuba digagalkan oleh orang lain….memang thick face black heart la!

    pernah sincard phone dicuri. kalau curi handphone takpa la, ni sincard. banyak nombor yang penting tak sempat dicatat ditempat lain. nak dapat semula nombor phone itu membazir masa. bukan setakat membazir masa, hilang kepercayaan orang terhadap kita kerana tidak dapat menghubungi pada tarikh yang di janjikan. sincard harge RM 8.80 je tapi kesannye extreem(extrem,pinjam ayat mazura)

  14. yes, matlamat mmg penting tpi mcm na pn kuatkan matlamat tp modal juga penting ….without modal kuat mcm pn matlamat …cannot be done!!…so, 1st things to tetapkan matlamat utk kumpul modal….hahahah

  15. harap komen…
    bisnes saya dah gagal, saya dah buat survey dan cari modal, ada pekerja dan akaun kuar masuk saya maintain cantik.

    tapi bagaimana pula dengan kuasa pihak ketiga? iaitu kuasa (dalam kes saya ni kuasa pihak pengilang) yang membeli barang saya ni di monopoli oleh bangsa asing (tau tau sajelah), manakala saya pula bersaing dengan peniaga-peniaga bangsa diorang jugak.

    apa komen , apabila saya tewas dibumi bertuah ni disebabkan komplot bangsa diorang. peniaga-peniaga lain yang sebangsa saya…..mcm hidup segan mati tak mauuu. kesian mereka, tapi kesian lagi saya yang sudah tak ada apa-apa melainkan hutang…..dan ilmu bisnes internet dari dan 4, 5 orang yang lain.

    anyway, thanks alot to u and the rest. byk ilmu yang saya dapat.

    tapi to you … please reply some comments.

    tq again.

  16. selepas sy baca dengan teliti memang betul matlamat kena jelas.baru boleh archive target.dan boleh merancang untuk matlamat dicapai.
    tq lah.hope sy boleh usaha gigh lagi.capai matlamat dalam perniagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.