Mempunyai matlamat adalah penting. tetapi, apa yang lagi penting adalah usaha anda untuk memastikan matlamat anda tercapai. Esok, insyaallah saya akan tanyakan pada tetamu ikon jutawan, Dr Azman Chin, pendapatnya mengenai matlamat.
Sebelum itu, saya hendak membawa anda time-travel sediit lebih kurangΒ 2 tahun yang lalu. Ketika, orang ramai masih belum mengenali saya… “siapa lah Irfan Khairi ni… tak kenal pun!” π
Pada JulyΒ 2005, ketika ditemubual oleh majalah Maskulin, ketika itu tak ramai yang mengenali saya (kesian!)…
Maskulin:
Apakah matlamat jangka panjang anda?Irfan Khairi:
Untuk menjadi ikon kepada kejayaan perniagaan berasaskan internet di negara ini.
Sejak menetapkan matlamat itu, saya terus berusaha untuk mencapaikannya sehingga kini, alhamdulillah, ramai yang setuju matlamat saya tercapai.
Jadi, hari ini, sayaΒ ingin umumkan matlamat saya untuk program “Jutawan! bersama Irfan Khairi”…
Matlamat saya untuk jadikan program “Jutawan!” sebagai salah satu program bual bicara radio yang paling popular di Malaysia! π
Sudah tentu, seperti matlamat saya 2 tahun lalu, saya akan berusaha keras untuk mencapaikannya! π
Tip Satu Minit hari ini…Β
Adakah anda mempunyai matlamat yang anda sanggup berusaha mencapainya? Hari Isnin lepas ketika saya menemubual Azizi Ali di udara (pengenalan program “Jutawan!”), beliau berkata…
Ramai orang mempunyai matlamat dan impian. Tetapi, hanya sedikit sahaja yang sanggup berusaha keras untuk mereliasasikannya!
Berdebar-debar hendak mengemudikan program “Jutawan! bersama Irfan Khairi” esok! Tak sabar, dalam waktu yang sama, amat teruja! Pertama kali jadi penyampai radio π Look out Halim Othman! π
Jangan lupa pesanan saya semalam: CALL IN- 03-26927939 (save dalam phone)! ketika program untuk memeriahkan lagi rancangan! Bila lagi berpeluang nak bersembang dengan saya & ikon jemputan esok!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Di sini saya nak tanyakan satu soalan untuk Doc. dan juga tetamu “Jutawan Bersama Irfan Khairi”. π
Bagaimana memilih antara kerjaya dan “Passion”? π
Sekarang saya bekerja sebagai perunding disebuah syarikat tetapi 2 tahun kebelakangan ini saya telah melibatkan diri dalam perniagaan internet secara sambilan.
“Passion” saya sekarang telah beralih kepada kerja sambilan saya bukan lagi kepada kerjaya dan sedikit sebanyak mengganggu prestasi kerja.
Saya berharap Doc. dapat beri pandangan dan jalan terbaik untuk saya.
Terima Kasih; π
Hisham
P2..DotCom
insyaAllah saya akan dengar radio 24 jam petang ini…
saya nak tanya soalan…
Wellness Champion http://alphalipid.fotopages.com
SORRY…. tolong saya ada masalah utk dptkan LIVE STREAMING di http://www.radio24.com.my. walaupun java version 6 update 3 installed tetapi bila click live streaming radio24, loading Java Applet Failed…. sape2 bleh bantu… teruja dgn “jutawan” nie..
Salam sejahtera….
Matlamat untuk menjadi jutawan memang di impikan setiap orang.Tetapi,ramai di antara kita tidak berani menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat tersebut.
Seringkali perkataan “GAGAL” itu melemahkan semangat kita. Kita perlu tahu sekiranya kita sudah mencapai matlamat…bermakna kita sudah berjaya. Kejayaan kita tidak terhenti di situ..kita masih lagi cuba untuk mencapai matlamat yang lain pula, hingga tahap yang lebih baik dari yang lepas.
Tidak perlu kita takut kepada kegagalan,kerana kegagalan adalah pengalaman yang membuatkan kita mampu mencapai matlamat yang di inginkankan.
“MATLAMAT UNTUK MENJADI JUTAWAN”
Matlamat penting dalam kehidupan.
Tanpa matlamat hidup jadi seperti buih di lautan.
Pergi kemana sahaja mengikut arus lautan.
Untuk mencapat matlamat memerlukan usaha.Usaha yang gigih,tidak mudah berputus asa dan selalu berdoa kepada Tuhan.
All the best Sifu, we believes in you! You punya usaha keras tu sememangnya bro razzi tak terikut, tapi ada sikit bim lampu dari belakang la π
Matlamat saya untuk menubuhkan syarikat penerbitan pun sudah tercapai, cuma menanti hari saja lagi untuk mengrealisasikan dalam menerbitkan buku Cat dan saya sendiri.
Dan pastinya akan bro kejar matlamat utama ke arah menjadi jutawan seperti yang janji Sifu!
no phone dahh save..bersedia untuk menrima panggilan… …:)
Salam kasih sayang,
Tahniah, dan terima kasih atas info…
Semoga terus maju dan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah.
Semoga diberkati. Amin…
ok prob. solved… mesti guna internet explorer
tinggal 4 jam je lg nak tggu siaran tu..tak sbar rasenya π
saya doakan semua siaran awani 123 astro dan radio24 naik rating nya dan menjadi rancangan popular di Malaysia dengan adanya penampilan IK !
ya, matlamat itu amat penting dan usaha untuk mencapainya adalah penting juga!
ibaratkan kita hendak belayar di lautan..jika kita tidak ada destinasinya(matlamat) maka kita hanya berlegar-legar di tengah-tengah lautan dan tidak ke mana-mana.
usaha diibaratkan kita memerah tenaga untuk mengawal pelayaran termasuklah semua aspek iaitu layar,arah angin,faktor-faktor lain yang perlu kita hadapi dan tangani.
paling penting Jangan Putus Asa…
kepada Irfan,semoga lebih berjaya dan mencapai setiap matlamat yang diharapkan.
Good Luck!
kepada pelwawat tips 1 minit,anda boleh mengikuti saya punya journey di http://www.aswanifungallery.com dan selalulah ikuti tips 1 minit Irfan Khairi.Terima kasih!
..ya Allah! frustnyee!! tak tahu kenapa saya tak dapat dengar melalui streaming..
>>ada sesiapa yg tahu macamana nak buat?
kena install any software ke?
dah terlepas daa 1 episod..hopefully dapat dengar rakamannnya ye..
Tengah dengar ni.. Mmg ada bakat juga yer jadi DJ. π
Ermm, nanti usaha2 lah tarik mana2 usahawan Internet yg bertaraf jutawan untuk rancangan JUTAWAN ni. Rasa saya ada orang Malaysia yg dah jutawan dalam Ebiz ni. Lagi gempak jadinya bila jutawan internet interview jutawan internet. π
– zul
Sifu..
Cayalahhh dengan program radio tadi..byk manfaatnya..
Hayat ::
tahniah doc,
saya dengar radio tadi, i tried to call, tapi depa call balik tapi i was busy on the other line
i memang buat MLM.
Tahniah Doc kerana hari ni telah berjaya mengendalikan rancangan Jutawan. Tapi sayangnya saya hanya sempat mendengar pada 5 minit terakhir saja dengan mengunakan internet. Tadi saya cuba sedaya upaya nak online awal tadi tesangkut dalam perjalanan.
Adakah lepas ni saya bole dengar lagi rakaman bual bicara Doc dengan Azman Chin tu? Harap2 bole sangat2… Cayalah! π
Assalammualaikum..
Memang betul tu apa yang I katakan tentang matlamat. Bila kita mempunyai matlamat pasti kita akan berusaha untuk mencapai matlamat kita. Kita tentu juga akan mencuba sedaya upaya kita agar kita mencapai matlamat kita. Pendapat saya matlamat mesti diiringi dengan tindakan. Kalau sekadar mempunyai matlamat tetapi tiada sebarang tindakan, pasti matlamat kita tidak akan tercapai. Sebaliknya matlamat itu pasti bertukar menjadi angan-angan mat jenin. Betul tak ???
dr sy ada ambil tip2 motivasi dalam blog ni. harap2 boleh kita kongsi ok?..
Ahamdulillah! Siri Jutawan! pertama berjalan dengan lancar!
Bagi mereka yang terlepas mengikuti, jangan risau, kami akan buat kompilasi. Sertai http://www.jejakjutawan.com untuk segala update!
Saya pun m’punyai situasi macam Hisham,P2..DotCom …
Any advice for us?
Alhamdulillah,
saya dah dengar irfan kat radio24 tadi. tahniah, teruskan perjuangan
saya ini bekerja, jadi dah tentulah tak berkesempatan utk mendengar harap dapat adakan ulangan atau membolehkan saya utk mendengar pada bila2 masa
Setiap orang ada matlamat dan visi. Yang membezakannya. Diorang bertindak atau tidak?
Wow.. kalau tidak tahu memang saya akan kata best lah DJ nie. Muzik iringan pun, amboi rancaknya, sangat menguja pendengar serta pemilihan topik perbincangan yang baik sekali. Memang ada kelemahan sana sini tapi secara keseluruhan 10/10 bagi ‘first-timer’. Hanya dapat dengar sebentar sahaja kerana ada mesyuarat jam 3.30, jadi amat berharap dapat dengar semula. Tahniah dan syabas!
hendak mencapai sesuatu harusla berkerja keras untuk mendapatkannya..
Assalammualaikum . Tahniah saya ucapkan diatas kejayaan
Saya memang dah lama mengikuti perkembangan hampir 2 tahun lebih rasanya… tapi budget saya terlalu terhad untuk mengikuti workshop Bila saya nak beli buku pun saya selalu terfikir adakah buku itu boleh memberi manfaat kepada saya ke klu saya? klu tak membazirlah..
Sekarang saya nekad untuk membelinya, tapi persoalan dari dulu hingga sekarang “apa yang saya boleh tawarkan dalam Perniagaan Internet ni?” sebab saya tak ada skill atau pun apa2 yg boleh digunakan…
Harap dapat membantu saya..
Matlamat menjadikan seseorang lebih serius ttg kehidupan..Thanks
Assalamualaikum, adalah icon saya. Kejayaan telah menyuntik semangat saya untuk menjadi seorang jutawan. Sejak kecil cita-cita itu, dan sehingga sekarang masih memburu cita-cita itu. Banyak perkara saya rancang dan buat, banyak perniagaan dibuat – minat ada, tetapi masih juga tidak menjadi. Apakah sebab? Hal inilah yang ingin saya tanyakan kepada Boleh hubungi saya melalui email kyreone@hotmail.com atau telefon 019-8955155. Wassalam
macamana nak sertainya…
Blog ini memberi saya inspirasi dan semangat untuk kita mengubah kehidupan ke arah kebaikan.