Masalah “perfectionist” dalam perniagaan

Mungkin anda mengenali seorang yang “perfectionist”, iaitu, kalau nak melakukan apa-apa, perlu lakukannya 100% perfect. Mungkin juga anda adalah seorang perfectionist.

Masalahnya dengan perfectionist adalah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk melakukan sesuatu, mungkin juga tak mulakan langsung. Kerana ingin menjadikannya 100% sempurna. All perfect.

perfect.jpg

Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka, di situ timbulnya masalah.

Saya ada mengenali seorang kawan saya ni, dari duluuuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey… sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan… sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhnya & sempurna sebelum mulakan perniagaan.

Pastinya itu adalah kesilapan yang besar, kerana ILMU tidak akan CUKUP. Kalau belajar ilmu baru, sudah tentunya ada lagi ilmu lain yang belum belajar.

Nasihat saya, tak perlu jadi seorang “perfectionist” sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita. Sesuatu yang sempurna bagi kita (contoh: produk) mungkin belum lagi sempurna untuk orang lain (contoh: pelanggan). Go ALL OUT sementara motivasi dan momentum anda miliki. Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way. Tak perlu tunggu sampai segala-galanya 100% perfect!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

26 thoughts on “Masalah “perfectionist” dalam perniagaan

  1. Salam…salam…
    Pengalaman saya nak jadi ‘perfectionist’ (kununnya – trademark Tun M 🙂 )

    Sebelum start bisnes, nak pegi workshop IK dulu.
    Biar paham semua benda.

    PC plak, kena beli sendiri.
    Taknak susah-susah gi cyber cafe.

    Nak tunggu ada website sendiri, siap ngan domain sekali.
    Baru nampak pro.

    Sedar tak sedar, dah dekat 4 tahun sejak memiliki buku RJJIT, satu apa pun tak mula lagi.

    Last sekali, guna aje blogspot dan jual produk kat Lelong.com.my.
    Hari-hari ulang alik gi CC member.
    Dapattt jugak pelanggan dan nampak jugak income.

    Kalo la 4 tahun lalu saya dah start bisnes… 😉

  2. perfectionist-adalah 1 kelemahan saya yg sangat ketara…dan saya sedar selepas 2tahun freelance tanpa mulakan apa2 perniagaan.

    saya teruskan juga berniaga, walaupun dengan modal yg sikit,pengetahuan yg kurang..tetapi, alhamdulillah..tuhan telahpun membuka seluas-luasnya pintu rezki apabila saya memilih untuk mulakan perniagaan….jadi, kita tak boleh tunggu semua sempurna kan..

  3. assalamualaikum,IK..nobody is perfect!and nobody could be perfect except Allah..
    tidak kira apa jalan yang kita ambil,sempurna atau tidak,tiada siapa yang tahu.sekiranya kita tunggu segalanya sempurna..maka tiada pelajaran dapat kita ambil.Tidak menjadi masalah sekiranya tidak sempurna.
    im always get motivated with ur words!
    All the best to u IK.

  4. Menjadi seorang â€perfectionist” melambatkan proses kita untuk mencapai kejayaan, tidak kira dalam perniagaan, kehidupan ataupun dalam mencapai matlamat.

  5. Saya adalah salah seorang daripadanya. Saya ingin sangat untuk mulakan bisnes internet tapi tak start sampai sekarang. Terima kasih kerana memberi tips ini!

  6. Ikhlas saya cakap, saya suka post ini.
    Terlalu ingin sempurna sebenarnya ibarat barah dalam perniagaan.
    Tak salah ingin sempurna.Tetapi sebenarnya sangat susah/mungkin tiada yang betul-betul sempurna dalam perniagaan.
    Biasanya punca terlalu menunggu kesempurnaan dalam perniagaan ialah orang yang takut gagal dan takut kepada kritikan orang.
    Semoga saya dan kawan-kawan biz yang lain dijauhi sikap ini…

  7. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Artikel di atas menarik untuk diberi komentar terutamanya pada petikan ayat ini,

    “Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda.”

    (minta izin) sedikit tambahan..

    Apa agaknya lawan kepada “perfectionist” ?

    Pada hemat saya, perfectionist adalah gelaran sahaja. Secara “realitinya” tiada manusia bersikap begitu.

    Sikap untuk “mencapai kesempurnaan kerja” dipanggil..?

    Dan ayat di bawah ini adalah penyelesaian yang praktikal.

    “Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way.”

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard & Work Smart”

    Assalamualaikum

  8. Ya betul dan setuju dengan sifu IK.
    tetapi.. (ini yang lemah sikit nak melaksanakannya,banyak tetapinya.)

    nak tanya Sifu IK (sifu kepada jutaan orang)satu soalan.
    bagaimana nak hilangkan “tetapi”(alasan)diatas?

  9. Salam IK,

    Perkongsian yg baik. Memang sy setuju, kita tak perlu jadi perfectionist, sebab memang tak akan jadi perfect punya. Lebih baik mulakan langkah walaupun kadang-kadang terpijak duri, at least kita dah mula gerak. Dengan masalah yg kita akan hadapi tu, insyaAllah kita akan jadi lebih matang dan berdaya saing..

  10. Salam IK,

    Memang info yang baik dan terasa di hati saya. Saya sekarang cuba hapuskan masalah ‘perfectionist’ ni… lebih banyak membawa negatif kat diri saya.

    1 – Waktu SPM tahun lalu, saya buang masa buat esei English. Hampir tak cukup masa.

    2 – Bisnes saya pun belum start disebabkan masalah psikologi saya ini.

  11. Di dalam dunia kini tiada yang sempurna, oleh itu buatlah yang terbaik dan bila gagal anggaplah ia adalah satu proses pembelajaran.Kaji punca kegagalan lebih baik dari menanti kesempurnaan yang tidak kunjung tiba.wassalam…

  12. Nice post 🙂

    Perfectionist ni selalunya tidak mahu melakukan sebarang kesilapan dalam perniagaan.
    Akhirnya tiada langkah yang dapat diambil kerana apabila risau dan cuba menyelesaikan satu potensi masalah yang mungkin takkan berlaku, akan timbul pula masalah lain. Lalu cuba menyelesaikan pula masalah tersebut on and on and on. 🙂

    Donald Trump sendiri tidak membuang masa dengan hanya risau apa akan terjadi. Sebaliknya beliau mengambil langkah dengan bertindak.

  13. Kalau nak tunggu sempurna semua nya satu apa pun tak jalan. Ini sekarang terjadi kat saya. Saya dan 2 orang member cadangnya nak buka kebun nak tanam pisang tapi last-last tak jadi disebab dua orang member ni nak sempuna. Tak berani main tanam pokok pisang aje tanpa pergi kursus. Saya cakap kat dia buat apa nak tunggu tu semua, jumpa saja orang dah buat projek pisang ni. Lagi jimat masa. Lepas tu takut rugi. Boleh jual ke. macam-macam alasan member ni. Last2 saya buka kebun sendiri tanam je bendi. Itulah keputusan terbaik buat saya.

  14. Salam motivasi..

    Btul ckp IK tue kalau nk tggu sempurna alamatnya segala impian dan cita-cita akan terbantut la jawabnya. Umpama kita menuju destinasi yg jauh kita tidak tahu aper yg berlaku dlm perjalanan nanti. tak akan kita nk survey dan pelajari selok belok jalan dl baru nak bergerak…

  15. Aku setuju sangat ngan tips nie.
    contohnye dalam bab nak buat website /blog. Kalau nak tunggu sampai semua complete baru nak publish… peh… pakat tak publish la gamaknye..
    Publish dulu walaupun nama web tumpang server orang / free ( contoh… blogspot.com dll ).
    Publish je, walau kandungan web anda hanya ada maklumat basic perniagaan anda. Janji orang tahu ape servis, harga & contact number anda.
    Publish je dulu, walau design web tak berapa gempak.
    Esok-esok, upgrade sikit-sikit… mana tak berkenan, ubah. Mana orang komen, betulkan. Lama-lama pasti akan complete.

  16. Saya amat bersetuju dengan statement “tak perlu jadi seorang â€perfectionist” sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita.”

    Sebab apa saya bersetuju?
    kerana saya pernah cuba untuk menjadi â€perfectionist”,akhirnya saya yang rugi.

    Contoh pengalaman saya,sebelum nama One Drop Perfume terkenal,saya punyalah takut nak join affliate padahal modalnya hanya arround RM40.Last2 x join jugak affliate.Tapi sejak Onedrop masuk tv..saya terpinga2…Ruginya aku x join..seblum ni dok tnya affliater onedrop,”btulka boleh jana duit dengan onedrop ni”…dan macm2 persoalan..kaji sana sini..last2 prospek dah lari..huhuu

    *Belajar dari kesilapan

  17. OMG, betul kata IK, saya ni kira golongan perfectionist dlm semua hal..Ada masa kita kena buang sikap tu untuk ke hadapan..sikap ni sebenarnya byk melambatkan perancangan kita..

    Kena buang sikap nie..

  18. Haha..dulu saya pun seorang yg perfectionist..akibatnya smpi extend final project degree semata2 nak projek tu sempurna..rugi masa. Sekarang tgh ubah sikit2 sikap tu. Nak jadi usahawan banyak sikap negatif yg kena ubah. Memulakan sesuatu berjaya atau gagal adalah lebih baik daripada tak mulakan apa2 langsung..

Leave a Reply

Your email address will not be published.