Kurangkan perasaan malu

Dari posting semalam, ramai juga ingin tahu tip-tip untuk kurangkan malu. Masyarakat Malaysia sememangnya ramai sangat yang pemalu. Dari pengalaman saya tinggal di Uk lebih 10 tahun, amat jarang melihat mat salleh yang pemalu. Ini kerana sejak sekolah rendah lagi setiap pelajar dimestikan public speaking di hadapan perhimpunan.

Saya ni pemalu ke? Mungkin yang kenal saya sejak dulu, akan kata saya ni pendiam & pemalu. Macam mana pula sekarang ni tiba-tiba jadi muka tak malu pula 🙂

Berikut adalah beberapa tip:

Tip Malu #1
Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Kalau tiba-tiba buat public speaking atau public appearance, memang la tak berani and rasa malu. Tetapi, buat sedikit- sedikit, contoh, kalau dalam meeting tak pernah bersuara, paksakan diri untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit.

Tip Malu #2
Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda!

Tip Malu #3
Yang ini favourite saya. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenrnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni pemalu. Berlakon seperti Rosyam Nor ke, seperti Erra ke, yang anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

Cuba ketiga-tiga tip di atas dan anda juga lambat laun akan menjadi muka tak malu 😉

ps: Sifat pemalu sememangnya ada baiknya. Cuma jangan jadikan sifat pemalu itu menghentikan kejayaan anda!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

101 thoughts on “Kurangkan perasaan malu

  1. oh, maksud xmalu bertempatlah ya..kalau tgh seminar duk wat bising tanpa malu, susah jugak kan?

    menyertai mana-mana kelas sperti public speaking ke untuk dapatkan keyakinan?

  2. haha.. terigt masa jadi student tak lama dulu..present depan 4panel…dan lebih kurang 80 audience.. siap sesi soal jawab pulak tu.. dekat 30minit.. huhu memula tu bergegar lutut..dlm 5minit lepas tu.. tiada masalah nak control 80org audience tu… buat ‘gila’ mcm mendiang crocodile hunter.. dan seluruh dewan tertumpu pada anda…alah bisa tegal biasa 🙂 gud luck to all…

  3. best tips nih’
    mmg kite slalu fikir tentang tanggapan orang lain,tp kalau ape yg kite buat tu boleh buat kite maju x salahkan.

  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera…
    Saya Yazid dari Terengganu,kerja kat syarikat percetakan yang terbesar di M’sia nie. Saya dah lama mengikuti blog nie cuma tak pernah tinggalkan komen, tapi kali nie teringin pula nak komen.

    Saya pun seorang pemalu tetapi bukanlah terlalu pemalu, malu2 kucing dan malu bertempat. Tips2 yang bagi tu memang bagus untuk dipraktikkan cuma yang pastinya ia akan mengambil masa untuk mengubah diri kita menjadi tak malu. Bagi saya ada satu lagi pasangan malu nie, iaitu takut. Jika kita malu dan takut sudah tentu semua perkara tak jadi. Lepas nie mesti berikan tips2 bagaimana untuk mengawal perasaan takut.

    Dalam membantu bumiputera khasnya mereka yang selalu mengikuti blog nie, saya cadangkan supaya memberikan tips2 barangan/perkhidmatan untuk dijual melalui internet nie, saya percaya ramai orang ingin menjadi usahawan tetapi tidak pasti/tahu barangan yang sesuai.

    Cadangan saya supaya buat link website didalam blog nie hasilusaha anak buah yang dah terhasil daripada ilmu yang dipelajari daripada supaya kita ada satu kumpulan anak2 buah Irfan Khairi.

    wassalam…

  5. Oleh kerana saya di sabah (waktu skrg ialah 6.56am), saya antara terawal dapat memberi komen,saya dah rase perasaan yang sangat2 berdebar,takut,malu pada pertama kali saya mengajar..bayangkan ada 64 pasang mata (murid saya) yang memandang kita dihadapan..melihat kita bercakap, gaya kita, baju ape kite pakai ari ni ..:) saya pun tertanya2 kenapa saya memilih bidang ini..lama kelamaan saya rase perasaan malu tu boleh diatasi dengan kita menghadapinya..bukan mengelaknya…cube try test dulu…

  6. Ada kebaikan juga jadi muka tak malu, orang Melayu cakap +- ‘MUKA TEMBOK’ (p.s. agaknya tumbuk tak pecah, di’sembur’ pun tak lentur warna/air muka)..
    **Saya setuju sangat2 dengan topik kurangkan malu.. Takut lama-lama jadi malas sebagai tambahan..**
    CT & DATOK K pun kalau dok buat malu2, camne ‘pitih’ nak masuk.. Malu biar bertempat..
    Pedulikan apa orang nak kata asalkan kita tak kacau orang (dan orang pun jangan kacau kita)kerana niat kita sekadar ‘NAK MENYAMPAIKAN’… maklumat perniagaan kita yang mungkin boleh membantu orang ramai..
    BE PROUD OF YOUR PRODUCT, YAKIN DAN BERANI, DON’T LET PEOPLE SIMPLY ‘KONDEM’ YOUR PRODUCT SEBAB SETIAP SESUATU PRODUK ‘ADA KEKUATANNYA TERSENDIRI’.. CORRECT PEOPLE’S NEGATIVE MINDED WISELY..

  7. saya mmg tabik la kepada saudara irfan,karana sekarang zaman ank muda sangat pemalu dlm menjalan perniagaan.tambahn pula utk brniaga d psar mlm atau d pasar2 siang.semua yg saudr irfan utarakn mmg bernas dan padat kerana semua yg saudara irfan br utk tips hr ini mmg sy cr selama ini.apa pula utk hari esk?????????????????????????????????????????

  8. perasaan malu boleh ditepis tetapi dikutuk bertalu-talu tu yang tak boleh tahan….

    dalam minggu ni saja saya dikutuk oleh orang tertentu,katanya:

    ” ni kerja orang tak betul, kerja gila, kerja banyak berangan..”

    dan dalam masa sama ada juga yang puji melambung tinggi.
    ” kau memang geliga,hebat, kau buat macam orang lama-lama buat…..

    ada yang mencemuh dan ada yang sanggup membantu dengan ikhlas….

  9. ingat masa aktiviti club pengakap dulu, tak malu pulak.jadi ketua petrol dilantik oleh penuntut2. bermula dari latihan, buat aktiviti, terima hadiah….
    dapat tepukan memanjang.malah kengkawan selalu bercakap pasal itu setiap kali bertemu dan disambut gelak ketawa… kalau lah dalam bidang perniagaan yang akan dilalui begitu jugak kan seronok!

  10. Saya pun mcm tu dulu… antara yg paling pendiam dlm kelas etc. still am quite shy, tapi bak kata org, malu bertempat… kalau public speaking etc, think i can handle any crowd, perhaps due to my staying in the States, 10 yrs gak. sama mcm kat UK I suppose, the kids are taught to be bold and expressive instead of holding everything on their own. nak buat gila2, kalau mcm the late Mr Irwin, lain citer la kot, yg tu kena ‘sewel’ sikit dulu kot, hehe… but dia pun storied cemana gemuruh masa mula2 jumpa his would-be wife.

    kat kl, if you really want to excel in public speaking and presentation, make yourself available for toastmasters session. i attended it once, and i seriously am impressed. the key is not just being bold, but quick-thinking. how to be a quick-thinker? practise, practise and practise… plus lotsa reading, and talking to collect information. knowledge is power according to Mr Don King.

  11. pengalaman saya pulak,

    dulu masa sek rendah, saya ni gagap dan takut nak berucap depan khalayak ramai..

    tapi bila masuk universiti, saya beranikan diri dgn menjadi fasilitator yg hanya bercakap di depan 10 org pelajar sahaja..lepas tu, saya terpilih menjadi ketua fasi utk satu program motivasi di johor, pesertanya seramai 300 org..alhamdulillah, saya berjaya bercakap di depan pelajar2 tersebut dgn baik sekali.

    tips saya ialah, berlatih bercakap sorang2 depan cermin selama 30 minit, then menganggap semua org di depan saya tak tahu apa yg saya nak cakap.satu lagi, cakap dgn nada suara yg agak kuat sikit.

  12. tips yang bagus. ada tambahan sket especially utk public speaking.

    1. tumpukan pada perkara yang ingin disampaikan dari fikir apa yg audience fikir

    2. perhatian kepada audience yang positive dari yang bermuka masam

    Tu untuk hilangkan nervous. Lain2 tips kena pergi kelas public speaking 🙂

  13. Mekasih Buat pengetahuan Saya nie jenis pemalu sgt2.

    Tapi semenjak saya dah msk alam pekerjaan.Saya dah kurang malu sikit tapi..
    malu saya pada perempuan xleh hilang la.Camner nak buat yer..

    Mungkin saya nie kena kahwin awal2 kot mcm ke? :-)He…

  14. dari pengalaman saya dengan dunia kat luar sinilah,memang orang yang banyak cakap (muka tak malu) lah tu,senang dikenali ramai,menjadi favourite kat mana mana dia berada.

    Kalau macam saya yang menjadi pendengar setia ni,tak dikenali ramailah..

  15. saya bukanlah pemalu orgnya..tapi bab2 nak buat public speaking ni..kantoi habis…
    saya terus jadi gementar dan hilang keyakinan diri..akibatnya..sepatah perkataanpun tak keluar dari mulut saya..
    kalau comment ni memerlukan saya berhadapan dgn dan beberapa org lain..rasanya tak terkata apa2..berbanding baca tulisan ni..ntah kenapa saya tak faham..cuma nak buang ras atak yakin dan gementar ni..tapi masih tak boleh..

  16. Tips yang beri tu memang antara langkah2 untuk menghilangkan perasaan malu dan takut ketika di pentas. Terdapat byk lagi cara untuk mengatasinya. Tentang public speaking tu bukan sebab malu tapi kerana sindrom ketakutan pentas. Apabila ketakutan pentas ini dapat di atasi maka segalanya dapat berjalan dengan lancar.

    Kini saya ada menganjurkan bengkel/kelas pengucapan awam/pidato. Tujuannya untuk membantu orang kita untuk mempelajari cara bagaimana untuk bercakap/berpidato di khalayak ramai dengan yakin.Saya fikir inilah sumbangan saya untuk masyarakat Malaysia. mahir dalam perniagaan internet,saya pula cuba membantu dalam bidang ilmu pengucapan awam. Ok tak?

    Jika ada individu yang berminat untuk mempelajarinya secara khusus bolehlah berhubung dengan saya di 019-2763287 atau sahabat saya Man-013-3510255.

  17. Hai…Saya baru masuk blog ni.tips yang di beri bagi saya sanggat menarik.Melalui pengalaman sy pulak..sedikit berbeza..mungkin..sy buat marketing dalam jab.gov,org perseorangan dan company..adakalanya saya akan gugup apabila berdepan dan ingin memulakan strategi marketing,bermacam-macam perkara bermain dalam minda,apa yang harus di utarakan dulu dan sbgainya.rasa takut,malu bercampur baur,tapi sy cuba memperlihatkan situasi diri yang tenang agar tdk dilihat gabra dan sebagainya.Hakikatnya sy masih tdk berjaya menjadi seorang yang “tdk malu”dlm melaksanakan apa2 tugasan.Mgkn juga kerana sy seorang yang kelihatan lemah lembut,so menjadi seorang yg tegas,tiada sifat malu dlm konteks kerjaya masih gagal sy laksanakan.Agaknya sy mungkin perlu beralih kpd kerjaya lain.

  18. kita harus ingat, bila kita bersuara, tak semua org akan suka…bila anda fikir yg org itu tak suka dgn pandangan atau apa apa sahaja yg anda suarakan, anda hanya perlu fikirkan semula bahawa jika dia (yg bersuara itu) pula beri pandangan yg anda tak setuju, apa yg anda fikirkan ketika itu??? saya rasa tentu anda hanya berfikiran yg anda HANYA TIDAK SETUJU tetapi bukan menyindir atau mengutuk dia…jadi begitu jugalah dengan diri anda…so, beranilah bersuara…tiada apa yg menyelikkan…percayalah…

  19. Malu ni lebih kurang macam pokok semalu, bila disentuh sikit mula menguncup hihi..Apa pun ramai orang sekarang ini tidak punya perasaan malu untuk membuat perkara2 yang tidak bermanfaat dan tidak elok, jadik jika ada yang mempunyai sifat tersebut eloklah digantikan dengan tidak malu untuk melakukan kerja2 yang berfaedah dan bermanfaat serta boleh menghasilkan sesuatu yang baik.

  20. Saya memang sangat malu dan gugup bila berada di hadapan orang ramai.. ada satu ketika saya pergi mengikuti public speaking…semasa sampa turn saya untuk membuat sedikit ucapan…saya menangis..dan menangis…tetapi masih mampu berdiri di depan…dan mula membuka mulut bersama dengan linangan air mata..adakah perkara itu sangat memalukan diri saya kelak..bagaimana untuk mengatasi?..tolong…

  21. Sy mmg ada sindrom ketakutan pentas..Bila berada di khalayak ramai,sy mula kelihatan gelabah,peluh dingin mula membasahi dahi,lutut bergetar,senyuman pun terasa pahit ketika itu apatah lg mata yang memang tidak fokus..Sy tak tahu cara utk mengatasi perasaan ini.Apabila berhdpn dgn public speaking@presentation,mula la sy gelabah,rasa mcm nak elak jak..Tp blainan plak bila sy main gitar di atas pentas bsama kwn2 sy,prasaan malu tu hilang..Tp bila disuruh buat ucapan,sy mjadi blur & gagap…Tolong la sy kwn2..(-.-)

  22. saya ingin maju seperti org lain dan punya pendapatan lebih lalu saya menyertai perniagaan mlm tapi bila nak buka mulut untuk menjual barangan saya rasa gugup pulak akhirnya saya diamkan diri…

  23. saya ni malu gak.nak bg komen ni pun malu.haha.saya ni memang nervous dgn org yg x rapat especialy prempuan.saya slalu terpikir camne la nak berjaya gini.

  24. saya ni malu apabila brcakap dgn permpuan tp bukn antiperempuan.
    satu lg,saya tergagap apbila berucap depan orng ramai, walaupun sudh yakin untuk berucap.
    saya terpikir cam mana nak selesai 2 masalah ini

  25. tips tu memang bagus……..tapi susahla nak praktikkan.nak buang perasaan negatif…selalu fikir orang akan kata itu…kata ini…however..saya akan cuba.sbb saya cikgu…

  26. sy pun ade gak prasaan gugup n malu bla di hdpan org ramai n org yg sy xrapat…sy rase gugup,n of course la terketar2 hujung kepala smpai la kaki…kepala pun ketar tau…adoilaaa…cmner ngan saye ni .. tlg la tp sy bleh lg snyum dpan ramai2 g2

  27. tq utk tips yg diberi…sy pun sgt gugup kalu b’ada kat depan org ramai…kalu nak wat presentation…tgn sy sejuk mcm air batu..jantung sy dup..dap..dup..dap…tp sy cube gak la atasi perasaan takut nih…

  28. sifat malu memang patut ada.tapi malu mesti bertempatkan.anyhow utk berjaya kena control diri buang sifat malu yg negative be positive to be success…

  29. sy ni memang seorang student yg pemalu …cepat nervous kalu cakap dgn orang ramai t’utama presentation..tu sal asyik dpt markah sikit je utk presentation…insyaALLAH sy akan amalkan tip2 ni utk membuang jauh2 sifat malu ni,harap2 berkesan …thanks bg tips2 ni

  30. sy ni pemalu sgt2..n sy rs perasaan rendah diri yg melanda diri saya ni dah sampai ke tahap maksimum..bak kate org thp serius la..sy ni dahla x lawa,muke banyak sangat jerawat batu..mcm maner sy nak berdepan dgn org?.sy x berani..malunyer x terkire..sy rase sy ni mcm org x cukup sifat n kkdg rs x sempurna dimata org lain….sy akn cube gne tips ni..tp x tau la entah jd atau tidak..

  31. Saya ni seorang student.Saya gagap dan malu untuk becakap dihadapan orang ramai.Apabila saya bercakap depan orang seluruh badan saya akan menggeletar dan saya cakap tersekat-sekat.So,saya harap sesiapa dapat tolong saya hilangkan rasa takut ini.

  32. sy baru je cb buat ape yg ik sarankan tu iaitu cuba bsuara dlm meeting. (sblm ni xpenah berani bsuara dlm meeting!) sbenanya takut pendapat xbernas. tapi bila sy mula bsuara,sy dapati semua org dlm meeting diam & tertumpu pd sy. mcm tunggu ape yg sy nk katakan. lps sy keluarkan pendapat sy,sy lihat ramai yg bsetuju. thanx a lot, ik..mula dari hari tu sy dh mula berani bagi pendapat & xsabar nk keluarkan pendapat lagi..

  33. kepada sahabat2 yg ada sifat pemalu n pendiam cam sy ni (ade sikit mcm ik yg dulu..:)),cubalah 1 kali ape yg ik sarankan tu-ckp dlm meeting.sy yakin anda juga akan rasa keberkesanannya spt yg sy baru sahaja lalui..Good Luck,guys!-ops,lupa sy juga seorang cikgu..

  34. saya umur dlm 40an tapi malu dan gementarnya ya allah melampau-lampau,hinggakan orang yg lihat saya tak yakin cth ditempat kerja saya peluang kenaikan pangkat tak dpt krn keadaan saya yang pendiam,pemalu,tiada keyakinaan diri dan gementar….hai mcm mana nak maju klu mcm gini keadaannya…….

  35. saya umur dlm 30an tapi malu dan gementarnya ya allah melampau-lampau,hinggakan orang yg lihat saya tak yakin cth ditempat kerja saya peluang kenaikan pangkat tak dpt krn keadaan saya yang pendiam,pemalu,tiada keyakinaan diri dan gementar!.hai mcm mana nak maju klu mcm gini keadaannya!!.

  36. saya umur dlm 30an tapi malu dan gementarnya ya allah melampau-lampau,hinggakan orang yg lihat saya tak yakin.Pendiam pun satu hal juga.Ini menyebab pergaulan dan aktiviti sosial saya terbatas…….
    Rasa x dak kepusan dlm hidup la……..
    Saya harap saudara irfan dapat memberi tip2 yang dapat memotivate saya dlm menyelesaikannya………

  37. haii..saya sebenarnya seorng yang pemalu..dalam kawan2 sy ni memng kurang becakap,bukan takut nak bersuara tapi nengok ke kawan2 yang buat tak tahu ja kat saya,,,saya sedih sangat,,kadang-kadang saya selesa dok sorang-sorang bukannya dok beramai-ramai..lagi satu saya nie memg jenis yang tak aktif..kalu nak masuk mana -mana pertandingan saya malu sangat,,saya ingin berubah .tapi thap kenyakinan masih rendahh..kawan2 ada tak doa untuk membantu saya..

  38. saya kira ramai yang macam saya juga kan malu…mengikut pensyarah saya perasaan pemalu memang susah untuk berubah,selalunnya mengambil masa yang lama…saya pon rasa macam tak puas dengan hidup saya sebab tak dapat menjalankan apa-apa aktiviti/menyampah betul…….

  39. huhu..cmne nie,sy merupakan seorang student tp masalahnye bila time da presentation or group discussion mesti sy yang plg snyp n jrg keluarkan pendapat..hrp sangat kalo da tips yang dpt bntu mslh sy nie..prsaaan malu sy tu bkan shj ngn kwn2 tp ngan parents pn sy tkt n malu nk berbual or kongsi problem ngan diorng..

  40. saya mula-mulanya pun ada perasaan malu untuk membuat public speaking, krn menganggap apa yg kita nk sampaikan itu tak memenuhi standard pendengar. ttp saya tetap mencuba, dan akhirnya, saya mampu untuk bercakap/berkomunikasi dengan org ramai. Jika saya bagi talk, sy andaikan saya sedang menyebarkan pandangan/pemikiran saya pada org ramai.

    Dengan talk/public speaking, sebenarnya membina ‘brand’ pada diri anda. dengan adanya ‘brand’ ini, anda mudah dikenali.

    amen

  41. salam…ramai btol yg gemuruh. cam saya juga. bykkn berdoa moga menjadi seorg yg mempunyai kenyakinan diri. Dari sek, universiti hinggala ke alam pekerjaan sifat gemuruh ni susah nk hilang. tips2 di atas mmg berkesan, cuma bergantung atas individu itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.