Kunci kekayaan pertama adalah keinginan menjadi kaya. Anda perlu mempunyai kehendak atau hasrat untuk menjadi bebas kewangan. Keinginan yang membakar akan memotivasikan anda untuk mencapai matlamat kewangan anda. Seperti sebuah kereta, keinginan merupakan enjin yang menggerakkan kereta tersebut. Lebih hebat enjin tersebut, maka lebih lancar dan mantap perjalanan kereta tersebut.
Apa jua pencapaian anda adalah bergantung kepada kehebatan keinginan anda. Sekiranya anda mempunyai satu atau dua sebab untuk mencapai keinginan tersebut, maka, keinginan tersebut tidak begitu besar. Tetapi, sekiranya anda mempunyai seratus sebab untuk mencapai keinginan menjadi kaya, maka, keinginan itu akan bertindak sebagai satu api yang membakar semangat anda untuk terus mencapai matlamat kewangan anda!
Sekarang, ambil sekeping kertas dan tuliskan 100 perkara yang anda boleh perolehi sekiranya anda mempunyai wang yang tidak terhad. 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Saya ingin menjadi Jutawan sebelum berumur 30 tahun…hehehehe
ye betul.. jika kita ingin menjadi kaya, maka kita akan berusaha habis-habisan..
dan jika kita ingin menjadi miskin, maka kita akan tidur habis-habisan.. hehehe..
Regards.
Saya Setuju Saudara Irfan,
Keinginan yang didasarkan atas sebab-sebab akan menjadikan fokus kita lebih kuat. Sentuh ‘soft spot’ jika perlu untuk menguatkan keinginan.
Apabila dah nampak jalannya, lipatgandakan usaha melalui ilmu. “Keep Thinking and Apply Ilmu dalam cara yang paling praktikal dan proses yang mudah” kita harus buat pilihan dalam hidup dan perlu memiliki matlamat yang jelas.
Good Lcuk kepada kawan2 yang lain! teruskan Irfan!
Cerita pasal keinginan..teringat lagu Shima dulu2.
anda(irfan) meletakkan matlamat yang jelas dan berani. tidak ramai orang melayu yg berani meletakkan matlamat tinggi sebegitu.
salam bahagia kepada semua pembaca ruangan ini yg disediakan oleh irfan ini.
Saya ingin membuat keputusan menjadi kaya, tapii…….mampukah, teguhkah, mudahkah laluan saya ? Di mana boleh say dapat kekuatan itu dikala saya tidak mempunyai kewangan yang mencukupi buat masa sekarang ?
saya akan cuba ikuti semampu saya
keinginan yg meluap2…role model yg tepat!…Irfan
If I have unlimited income,
I will give two businesses away. One for my brother, the other one is for my mother, so that they will have a better financial income. This is possible because Internet business can be done in a few at the same time. A lot more eams coming. Thanks for your advice buddy.
Saya pula ingin menjadi internet marketer seperti irfan dalam masa 2 tahun dari sekarang.. 🙂
PS. Actually 3 tahun, bermula tahun lepas lagi.. I’m on the way… 😉
usaha tangga kejayaan..berdiri,berjalan..usaha jugakan?sama2la kita jadi orang yg seperti I.K.
Hi semua. 🙂
walaupun telah lama berlalu, saya masih ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sifu Irfan di atas kewujudan laman blog ini. thanks a lot. gambate! 🙂
ini adalah antara laman blog favorite saya. saya akan baca 2 post terdahulu mengikut susunan arkib, dan 1 post terkini. it is worthwhile! 🙂
bercakap sahaja isu keinginan untuk berjaya, teringat saya antara pesanan COACH Azizi, “orang yang benar-benar kaya adalah, mereka-mereka yang mempunyai keinginan yang sedikit (dalam hal perbelanjaan yang tidak bagus).”
mencapai finanacial freedom adalah amat kritikal dalam hidup. amat amat amat. ia akan membawa kita untuk mencapai a truely life freedom. (PS: pakej ini hanya kepada mereka-mereka yang tahu tujuan dan matlamat hidupnya. sementara stok masih ada, rebutlah!)
seperti kata Saudara Azranzarimini, sentuh ‘soft spot’ anda. ia akan dapat membangun kuasa minda separa sedar (yang hebat) secara langsung. inilah yang kita semua perlu galikan!
hebat! hari ini saya ada kerja untuk dilakukan (di antara banyak lagi kerja lain). ini adalah kerja saya hari ini! saya akan senaraikan 100 tindakan jika saya menjadi kaya kelak. it’s a great idea! it really is! thanks Sifu! 🙂
>>>laptop, saya bersama anda. saya juga mahu menjadi jutawan sebelum 30. pada 13 Mac 2013. jom! 🙂
>>>princess, banyak hal yang boleh dikupas kepada persoalan-persoalan anda. apa yang saya mampu cadangkan di sini, adalah, learn from the best. and you are going to be one of them. i really meant it! 🙂
😀 “Salam KeBAHAGIAan”
inilah sebenarnya erti semangat enthusiasm! pabila adanya semangat sebegini, insyaALLAH, segala apa juga dapat digerakkan nanti…!
terima kasih Irfan, di atas perkongsian ini! 🙂
buat orang islam.ikut perintah tuhan tingal yang dilarang.jangan lupa sedekah derma…jangan risau wang anda dikembalikan..allah telah berjanji.x mungkin tuhan kita tipu.percaya atau x.semua terpulang pada anda..pikir2 kan.
saya ingin menjadi kaya n menyenangkan hati ortu……tp apakah saya sanggup dengan keadaan yg sekarang,yang serba terbatas…….
Benar apa yang dikatakan. Tetapi alangkah bertambah baik sekiranya keinginan – kunci kekayaan itu digunakan juga untuk kekayaan untuk “akaun bank” di akhirat.
Ubahkan mata benda kekayaan yang kita miliki kepada kekayaan pahala di dalam “akaun bank” akhirat.
setuju dengan artikel ni..mmg tanpa kenginginan yang kuat, mana mungkin kita akan berjaya.
dengan keinginan yang kuat itulah, kita mampu berdepan apa jua situasi yang boleh mengganggu kita mengejar kejayaan..