Ubahkan Diri Anda

Anda memerlukan disiplin untuk melakukan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan. Anda perlu mempelajari selok belok kewangan, perniagaan, ataupun apa jua yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Anda pelu menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dengan cara menambahkan ilmu.

Anda perlu disiplinkan diri anda untuk bangun lebih awal, usaha lebih kuat, dan kerja lebih lewat untuk menjadi kaya. Kejayaan kewangan amat sukar untuk dicapai sekiranya kita hanya menumpukan pada waktu kerja 8 jam sehari. Kajian pada golongan yang berjaya dari segi kewangan menurut buku The Millionaires Next Door menunjukkan waktu yang mereka fokus pada kerja-kerja yang penting dan produktif secara purata adalah antara 60 hingga 70 jam satu minggu. Kebanyakan yang mencapai status jutawan memberi tumpuan bekerja secara produktif yang lebih lama- melebihi 80 jam seminggu!

Maaf, tiada short-cut di sini 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “Ubahkan Diri Anda

  1. Tahniah Irfan. Anda memang telah berjaya membawa fenomena demam perniagaan internet kpd rakyat Malaysia… walaupun demam bola bakal melanda nanti takkan bisa menggugat 🙂

    Blog yang cool dan informatif!

  2. Saya bersetuju dengan pendapat itu ,sememangnya kaum cina lebih berjaya dari segi ekonomi kerana mereka bekerja lebih masa untuk mencapai kejyaan.

  3. saya amat bersetuju dgn apa yang telah diutarakan oleh sdr irfan.ramai masyarakat kita yang ingin mencapai kebebasan kewangan namun mereka gagal untuk mencapainya kerana tidak berani utk mendisiplinkan diri dalam dalam menjalankan perniagaan.

  4. semakin unit idea kita
    semakin ramai orang gelakkan kita
    semakin unit idea kita tanpa putus asa
    berusaha
    semakin tinggi pengiktirafan dan penghargaan
    kedua-dua nya tak boleh dipisahkan

    ada satu cerita benar;
    seorang budak dari kelantan mencipta bentuk
    baru dalam sistem penomboran. nombor biasa
    boleh ditukarkan kepada bentuk yg diciptanya
    99% orang gelakkan dia. tapi hakikatnya apa
    yg diciptanya tidak ada orang zaman sekarang
    boleh melakukan seperti mereka.

    kepusan terkini tentang dia,
    dia ingin melelong hak pencetakan formula
    melalu internet(mungkin ebay) dengan harga
    $100,000 pound sterling.

  5. saya ada menerima jawapan negatif daripada
    masyarakat. jawapan itu bukan datang
    daripada orng biasa, malah bekas pelajar
    oversea dan menpunyai syarikat sendiri

    kata mereka:
    banyak kes penipuan dalam perniagaan
    internet,kadangkala duit yang kita bayar
    semasa membeli barang hilang begita sahaja,
    barang yang dipesan entah kemana.?

    apakah jawapan anda kepada soalan mereka?
    saya tak menpunyai jawapan yg tepat untuk
    mematah hujah mereka.

    apakah kawalan keselamatan perniagaan di
    di internet selain daripada di black list
    oleh merchant account company dan web
    hosting.???

  6. masa itu emas… hargailah dia… gunakan sebaik mungkin…
    contoh:
    billionaire Bill Gate,
    katanya, semasa dia berjalan2, tiba2 duit USD 5000.00 pocket dia jatuh…dia xakan mengambilnya kembali walaupun masa yng di gunakan utk mengambil duit itu cuma 10 saat je… sahabat dia tanya kenanpa x ambil bukan sikit duit yang jatuh, jawab dia 10 saat pada dia bukan harga USD 5000.00 tapi 500,000.00. kalau saya amik duit tu saya cuma dapat 5000.00…sudah rugi 495,000.00,
    sebab masa pada dia terlalu bernilai…
    sebab itu la dia jadi billionaire yang duduk di tangga teratas carta dunia

  7. Mendisiplinkan diri mungkin boleh diusahakan, tapi untuk berkekalan berdisiplin adalah yang paling sukar. Sebabnya, kebanyakan kita tak punya daya ketahanan yang kental. Lepas seketika, jiwa akan mula lemah, kesabaran akan mula goyah, semangat akan mula rebah. Itu cabaran paling besar untuk mencapai kejayaan…

  8. banyak kes penipuan dalam perniagaan
    internet,kadangkala duit yang kita bayar
    semasa membeli barang hilang begita sahaja,
    barang yang dipesan entah kemana.?

    apakah jawapan anda kepada soalan mereka?
    saya tak menpunyai jawapan yg tepat untuk
    mematah hujah mereka.

    Perniagaan konvesional pun banyak juga yang menipu…ENRON?

  9. Petikan “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar”

    1) Rahsia untuk berjaya dalam perniagaan internet ialah mencari permintaan terlebih dahulu, kemudian cari produk atau perkhidmatan untuk memenuhi permintaan itu.Kebanyakan perniagaan internet gagal akibat melakukan langkah terbalik- mendapat produk, kemudian mencari permintaan untuk produk tersebut.

  10. tahniah, irfan khairi..
    anda berjaya menjadi seorang usahawan internet yang berpengaruh..
    teruskan usaha anda..

  11. Memang sy setuju sesangat. Tiada short cut ke arah kejayaan.

    Memang ada org yg berjaya dgn melalui jalan short cut, tetapi kejayaan itu samaada tidak kekal lama atau tidak bermakna.

    Lebih teruk lagi bila kejayaan shortcut itu akhirnya membawa kpd kehancuran….

  12. iyolah…
    tapi bukannya senang nak ubah perangai yg dah sebati dalam diri… contohnya org yg dah selalu bangun lewat… memang susah nak bangun lebih awal.. cakap memang senang…

    ha… camna?

  13. sya berstuju dgn saudara irfan…x da kejayaan yg dtg dlm sekelip mata…smuanya perlu usha 110% pda diri sndri…tetapi untuk trus kekal semangat dan disiplin yg tinggi menjadi 1 masalah kepada diri sya…so what’s ur suggestion?

  14. fikir dan renugkanlah wahai kawan sekelian,kerja 8 jam sehari,cukup bulan tak de gaji,tambah 2 jam lagi,cukup makan sendiri,tambah 2 jam lagi makan luar hari-hari,untuk simpanan dan joli, jawapannya carilah sendiri……….nak senang lagi tanya Irfankhairi.Kah…kah…kah…takde duit jangan nikah.

  15. disiplin diri dengan:
    “buat apa yang sepatutnya anda kena buat pada masa yang sepatut dan sebenar-benarnya”
    ini termasuklah makan, tidur, bekerja dan semuanya…..

  16. Masa itu macam berlian refelsia yang tengah laris sekarang ni…
    Kengkawan kite yang keje 8 jam sebenarnye kite kerja hanya 6 jam kenepa tak percaya…percayalah…lebih dua jam lagi tu adalah waktu lunch our,breakfirst and tea time betul tak…
    Ok cuba kita ikut kata kita ni “ubah diri kita””perlu bekerja dengan cepat”caranye waktu makan pagi kita pendekan tanpa sembang yang meleret tanpa faedah di cafe…tengah hari cari peluang untuk keluar jumpa costemer atau siapkan barang2 permintaan yang dikehendaki pelanggan, waktu tea time makan lah untuk cover lunch our tadi, dan petang after office our ini lah masa buat collection,dan lebihkan dalam 2 jam lagi untuk urusan peniagaan kita yang belum selesai untuk hari itu, n jangan bawa urusan hari ni ke hari esok alamat belambaklah keje…tak tertanggong nanti mana nak kejar keje office n keje2 bussines kita…
    Kalu kengkawan setuju cubalah ini bagi mereka yang bekerja…dan ini lah yang dijalankan oleh kebanyakan orang2 cina tak caya boleh tanye the all.
    ok jumpa lagi.

  17. iyolah!
    tapi bukannya senang nak ubah perangai yg dah sebati dalam diri! contohnya org yg dah selalu bangun lewat! memang susah nak bangun lebih awal.. cakap memang senang!

    ha! camna?

    iyolah tu…tu perangai bangsa yg selalu jadi kuli.

  18. Saya amat baru dalam ruangan ini. maaf jika ada yg tersalah.

    Irfan boleh tak saudara beri saya contoh time table saudara atau sesiapa saja yg telah berjaya dalam dunia perniagaan internet ini.

    Terima Kasih.

  19. Maintain utk mendisiplinkan diri memang perit jika kita dah biasa dgn zon selesa. Tapi boleh dilatih, ia lebih mudah jika suatu perkara/kerja itu memang benar2 sgt diminati.

    Mengenai perniagaan internet… saya percaya! kerana belum pernah kena tipu. Tapi dlm dunia offline banyak kali kena tipu. Mudah2an tak akan berjumpa dgn penipu lagi esp. di internet

  20. Assalamualaikum…
    Saya amat menggagumi Irfan Khairi dan menjadikan beliau sebagai role-model walaupun saya masih di persekolahan..
    Tiada siapa yang dapat mengubah diri anda melainkan anda yang bersungguh-sungguh mengubah pendirian anda sekuat manapun anasir2 luar mahupun jahat atau baik hanya anda yang dapat menerima atau menolak ia…
    oleh itu,hiasi peribadi jaga diri
    byeee

  21. ‘Kebanyakan yang mencapai status jutawan memberi tumpuan bekerja secara produktif yang lebih lama- melebihi 80 jam seminggu!’

    dasyatnya..Insya Allah, menjadi pedoman untuk saya bekerja keras…

Leave a Reply

Your email address will not be published.