Kongsikan ilmu dan anda akan mendapat ilmu

Ramai yang bertanyakan kepada saya, saya memberi tip-tip perniagaan dan kejayaan setiap hari, “Tidak takutkah sehingga kehabisan ilmu apabila semua didedahkan?” ada juga yang kata “Dah jadi jutawan, mesti ada rahsia-rahsia lain yang tidak diberitahu. Kalau beritahu, nanti orang akan tiru cara anda dan bersaing dengan anda!”

Jawapannya adalah, ilmu perniagaan dan kejayaan tidak akan habis! Lagi banyak kita berikan dan dedahkan, lebih banyak idea-idea baru yang kita akan dapat.

Apabila kita berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja, perbuatan menyampaikan ilmu tersebut akan membuka minda kita kepada lebih banyak ilmu lagi. Ia akan menjadikan kita lebih berfikiran kreatif dalam memperbaiki ilmu yang sedia ada pada kita.

Saya pasti ini juga terjadi kepada anda yang sering meninggalkan komen dan idea-idea, betul tak?

Jangan takut untuk berkongsi ilmu (mungkin sebab takut pesaing akan meniru anda). Ini adalah kerana, dengan berbuat demikian, ia akan menyempitkan lagi ilmu yang dimiliki dan mebantutkan perkembangan ilmu tersebut untuk mencapai lebih kejayaan!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

30 thoughts on “Kongsikan ilmu dan anda akan mendapat ilmu

  1. “Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima, the more you gift the more you get, to be successful you must help people to be successful”.

    terlalu banyak contoh di dalam perkongsian ilmu terpulang kepada individu untuk menilai dan memanfaatkannya.

    semakin banyak yang kita tahu semakin banyak ruang yang terasa kosong dan boleh diperbaiki. Inshaallah.

  2. Ilmu pengetahuan tak akan lapuk dek zaman dan tak akan lekang dek masa. Ingatlah bahawa setiap manusia akan pergi semuanya menghadap Tuhan Rabbulalamin, tiada yang kekal selain Dia. Apa pula yang kita tinggalkan? Hanya 3 sahaja, iaitu anak yang soleh/solehah, sedekah dan jariah dan ILMU YANG BERMANFAAT. Selama mana ilmu itu dipergunakan, selama itulah kita mendapat manfaat pahala di sisi Allah Taala. Apa yang penting kita jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan keilmuan kita tanpa mengharapkan balasan.

    Ingatlah dalam biz kalau kita mempunyai sikap SELFISH, saya pasti anda tidak akan ke mana2, percayalah. Anda memerlukan jaringan networking yang sangat2 hebat kalau anda ingin bersaing dengan TYCOON2 dunia korporat perniagaan yang ada di Malaysia. Janganlah anda bermimpi untuk menyaingi tokoh2 seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Vincent Tan, Ananda Krishnan, Robert Kuok, Yeoh Tiong Lai, Boon Siew, hatta Datuk K sekalipun jika ada walau sedikit perasaan mementingkan diri sendiri dalam jiwa anda. Buanglah sejauh mungkin sifat SELFISH dan IRI HATI anda terutamanya sesama bangsa dan agama jika anda ingin melihat Melayu maju pada masa akan datang dalam era dunia Global sekarang ini.

    Perlu diingat Allah Talla telahpun menentukan punca rezeki kepada setiap hamba2Nya. Hatta Nabi Allah Sulaiman pun yang menguasai 3 alam dan merupakan Nabi yang paling kaya tidak mampu untuk mengambil alih jawatan sebagai pemberi rezeki. Oleh itu, apa yang perlu anda khuatiri untuk berkongsi serba sedikit ilmu perniagaan anda (bukan bermaksud mendedahkan segala yang berkaitan RAHSIA perniagaan) tetapi cukup sekadar berkongsi cara bagaimana untuk memulakan perniagaan, mencari pasaran, rakan perniagaan, menstabilkan kedudukan kewangan dan perancangan masa depan dengan prospek yang lebih meluas dan efektif. Anda tidak akan kerugian bahkan anda berpeluang untuk mendapatkan rakan perniagaan dan dapat memasarkan produk anda secara kolektif jika dibandingkan jika hanya anda yang bergerak sendirian untuk memasarkan hasil usaha anda. ANDA LAH PENGELUAR, ANDA LAH PENGEDAR, ANDA LAH PERUNCIT, ANDALAH BOS DAN ANDA LAH PEKERJA. Betulkah sistem perniagaan sebegini?

  3. Betul tu cakap USTAZ IRFAN..
    Tak baik menyembunyikan ilmu takut kena ‘tarik balik’ sampai tak ingat apa2..
    Ada apa2 yg boleh dikongsi bersama kearah kebaikan, kita pakat2 sumbang dan pakat2 kongsi.. Bukankah TUHAN MAHA KAYA..?!
    Sebaik2 manusia ialah manusia yg bermanfaat kepada manusia lain, contoh terdekat seperti USTAZ kacak kita IRFAN.. Matang dan berkarisma..
    Lagi satu, jika kita pandang seseuatu perkara itu dari sudut keindahan, akan jelas terpancar keindahannya..
    Tetapi jika kita mencari keburukan, akan terlihat keburukan juga..
    Pendekkata, apa yang kita cari dan hajati, itulah yang akan kita perolehi..
    Maka itu kita dianjurkan melihat, mendengar, bercakap dan sebagainya YANG BAIK2 BELAKA…
    Begitu juga sedekah, ‘1 pergi, 10 mari’..
    Maksudnya balasan kebaikan kepada yang bersedekah akan berlipat kali ganda samada berbentuk wang, ilmu dsbnya.. Wallahhua’lam..!

  4. nabi Muhammad ade berpesan kat saidina ali..katanye yg lebih kurang maksudnye “wahai Ali…kalau engkau tolong orang sekali dengan ikhlas..nescaya Allah akn tlg engaku 10 kali…”..
    lagi byk kite tlg org..lagi byk yg kite dpt..cam cakap la..ilmu kite takkan abis..lagi kite beri..lagi banyak idea2 yg kreatif datang pade kite…:D

  5. “Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China”. Ilmu itu sungguh penting. Tiada yang berharga dapat mengatasi melainkan ilmu. telah melakukan satu pekerjaan yang mula dengan memberi tips kepada setiap pengunjung laman web ini. secara tak langsung akan dapat mempertingkatkan lagi produktiviti negara kita. Syabas

    Dengan berkongsi ilmu dengan orang lain, kita akan mudah untuk meneroka ilmu yang baru pula. Oleh itu jangan kedekut ilmu.

  6. ya, sememang nyer tiada benda paling berharga selain dari ilmu…
    ilmu lah yang akan menjana duit,
    dan ilmu juga lah yang akan mengekalkan duit…
    dan juga, ilmu lah yang akan menghasilkan ilmu baru…

    peace 😀

  7. Cuba bayangkan, anda pergi ke kursus pengurusan kewangan. Anda diterangkan bagaimana untuk mengurus wang dengan baik.

    Selepas habis hari kursus, anda berjumpa 4 orang rakan anda di kedai kopi, anda pun berbual dengan mereka dengan menceritakan kepada mereka apa yang anda buat pada hari semalamnya.

    Anda berkongsi maklumat dengan rakan anda bercerita mengenai kursus itu.

    4 rakan anda pula menceritakan pula apa yang mereka lakukan sebelum anda semua berjumpa dikedai kopi ini.

    Rakan anda yang pertama menceritakan bagaimana beliau pergi kursus 3-dalam-1 (cth)

    Rakan yang kedua menceritakan pengalaman beliau mengenai bengkel rahsiainternet (cth)

    Rakan ketiga menceritakan pengalaman beliau menyertai kursus keusahawan

    dan rakan keempat menceritakan pengalaman bagaimana beliau menjana pendapatan di internet dengan berkesan.

    Secara keseluruhannya, cuba anda lihat, bagaimana maklumat yang asal adalah kecil (diperolehi seorang) anda sebenarnya telah mendapat 5 maklumat hasil dari perjumpaan dan perkongsian maklumat ini.

    Oleh itu betapa pentingnya ilmu ini untuk dikongsi. Semakin besar maklumat anda perolehi semakin berkembang pengetahuan anda.

    Seperti contoh, anda membaca blog Irfan, kemudian anda layari blog saya dan membacanya. Hasilnya, maklumat yang berbeza apabila digunakan dengan sebaiknya, hasilnya “MENAKJUBKAN” 🙂

  8. Ilmu dalam dada ibarat air dalam gelas… lagi dicurahkan dalam tekak, lagi banyak ruang dalam gelas itu boleh diisi 🙂

  9. Dengan berkongsi ilmu pengetahuan yg ada pada kita dengan org lain, tanpa disedari kita akan memperolehi lebih banyak ilmu daripada mereka, ini kerana masing2 ada kelebihan dan kekurangan, oleh sebab itu perlunya tolong menolong dan saling melengkapi antara satu sama lain, salah satu cara yang amat berkesan ialah berkongsi ilmu pengetahuan, tuhan pun galakkan kita bersedekah, bersedekah dlm aspek ini ialah berkerjasama, berkongsi pendapat, dengan kita bersedekah, kita akan mendapat imbuhan yang berlipat kali ganda…

  10. Mareka selalu berkata, ilmu itu ibarat setitis air di tengah lautan. Biar bagaimana banyakpun ilmu yg kita rasa telah kita dapat, sebenarnya ada terlalu banyak lagi yg belum kita tahu. Apatah lagi jika kita membicarakan tentang ilmu di alam internet. Lebih banyak yg kita cari, lebih banyak lagi yang kita belum temui. Cuma kita perlu tahu memilih yang mana permata dan yang mana kaca. Irfan memudahkan pencarian kita. Dia menyediakan hanya intan terpilih untuk renungan kita semua. Terpulang pada kita untuk membentuk ia menjadi cincin atau rantai, atau kita boleh letakkan saja di dalam almari sebagai perhiasan saja… Tepuk dada tanya iman.

  11. Semua komen hebat belaka & memberi manfaat kpd yg membaca.utk tambahan saje ilmu yg mutlak adalah hak Allah yg Maha Kuasa, yg punyai ilmu segala2Nya tanpa hadnya.Ilmu yg kita ada melalui bacaan,dgr syarahan, video,DVD,CD, Tv, kaset, radio, seminar, bengkel dan pengalaman semua nya hak Allah. Kita insan kecil yg hanya tahu amat sikit saje, umpama jari yg kita rendam dlm air dan kita jatuhkan setitik kedalam laut yg luas terbentang.
    bila ikhlas spt Irfan insyaAllah ilmu akan bertambah yg kita sendiri pun tak tahu dari mana dtgnya. ada org dapat Ph.D kerana buat research hal cara nyamuk tidur, belum cara nyamuk buang air? bagaimana pula nyamuk hisap darah,bila, kenapa,bagaimana, dll? belum hal binatang lain dan makluk lain….cam mana pula hal air, angin, ribut, bulan, bukit,daun dan lain-lain ilmu yg tak akan habis diterokai.Ayuh kawan2 syerlah ilmu, anda dpt pahala diakhirat & kebaikan di dunia, amin.

  12. Helo semua… Topik yang mulia pada hari ini. Ilmu yang baik sepatutnya kita kongsi bersama. Memanglah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, tapi yang memberi itu biarlah ikhlas sama ada berbayar ataupun percuma. Tangan yang menerima itu pula gunakanlah ilmu itu dengan jalan kebaikan untuk manfaat diri sendiri, ibu bapa, keluarga , bangsa dan, negara. Mungkin ada yang merungut kerana terpaksa membayar sejumlah nilai untuk mendapatkan ilmu tapi percayalah jika kita serius mencari ilmu semua jumlah tersebut tidak lah sebesar mana pun jika dibandingkan dengan manfaat ilmu. Saya juga percaya jika ilmu dikongsi bersama ia akan bercambah dengan subur di jiwa kita juga di jiwa si penerima. Itu sebabnya ramai guru kita sewaktu di sekolah dahulu jika mengetahui anak didiknya kini menjadi seorang berjaya akan turut berasa bangga. Sekian terima kasih.

    – Terima Kasih Irfan , Cikgu cikgu semua juga kepada Guru Maya di Internet.

  13. Saya menyanjungi sikap yang mengikuti resam padi, makin berisi makin menunduk. Insyaallah rezeki akan bertambah-tambah…

  14. Ilmu perlu dikongsi, jangan kedekut ilmu. Saya ingin kongsikan pengalaman saya bertemu dengan seorang yang bergelar JUTAWAN. Peribadi insan ini amat mulia, selalu merendah diri. sehingga anda tidak percaya yang dia seorang jutawan. Rezekinya umpama hujan turun dari langit.

    Apakah rahsia insan ini boleh jadi jutawan??

    Sebenarnya kejayaan yang diperolehinya adalah dengan tidak sengaja. Rahsianya.. insan ini amat banyak bersedekah. Nasihat beliau kepada saya, sentiasa nilai diri kita, tanya diri kita “berapa peratuskah dari untung yang kita perolehi kita sedekahkan untuk tujuan agama?”

  15. IRFAN, SAYA BAYANGKAN ANDAINYA GERAI BERJENAMA MUSLIMAH DI’FRANCAIS’KAN.. DI MONITOR OLEH 1 INDUK, FRANCAIS DIWUJUDKAN DI SETIAP KAWASAN, SUPPLIER PUN MUSLIM, TERUTAMA PRODUK2 RUNCIT.. SPT MEE SEGERA, SARDIN, BELACAN, ASAM KEPING DAN MCM2 LAGILAH..
    KALAU IRFAN ADA ‘PLAN’ KE ARAH ITU ORAIT JUGA, BAB PRODUK MEMBER2 KAT RUANGAN NI MUNGKIN BOLEH TOLONG SUPPLY.. TERMASUKLAH BARANGAN KEBERSIHAN DIRI SPT UBAT GIGI DSBNYA, USTAT PUN BOLEH TOLONG.. KAN..?!

  16. Betul tu saya sokong apa yang Irfan katakan . Lagi banyak yang kita sampaikan lagi luas pemikiran kita. Pahala ilmu yang di sampaikan tidak akan putus2 selagi ia digunakan selagi itu pahala orang yang menyampaikkannya akan bertambah.

  17. “Invest in yourself” dgn cara memperuntukkan sedikit wang bagi menimba ilmu samaada membeli buku2, menghadiri seminar, workshop, kursus dan sebagainya. Ilmu itu untuk kemajuan diri sendiri dan juga dimanafaatkan kejalan yang diredhai Allah. Berkongsilah ilmu dan pengalaman yg baik dengan seikhlas hati.

  18. kadang2 sy xnk bgtau kwn2 ttg idea biz tp ada kala kena gak bgtau. hasilnyer lebih baik yg awal tp pd sy stabil kan diri dulu if kite ada idea. jika tak, org lain amik kesempatan.
    if dh stabil kite leh generate idea tu sama2.

  19. betul kata hafizal…..banyak bersedekah menyebabkan kita mudah rezeki,insyaAllah…setuju 100%

  20. ada satu artikel yang ditulis oleh Bill Gates (dulu saya baca)…”lebih banyak kita berkongsi,kita akan menjadi lebih kaya”…tetapi x semestinya kita kaya harta..budi bahasa dan ilmu juga perlu diperkaya….Thanks

  21. u tengok persaingan antara digi, maxis dan celcom. ejen 016 sedang rancak beroperasi mempromosikan digi 016. tidak itu satu persaingan dari gergasi yang dah jadi lebih dari jutawan???

  22. Dengan menulis di blog ini juga kita sebenarnya saling berkongsi ilmu dan idea. idea2 perniagaan pun semakin menampakkan dirinya.

  23. [url=http://gluckspieleonlinevffw.blogspot.com]gluck spiele online[/url] gluck spiele online http://gluckspieleonlinevffw.blogspot.com [url=http://glucksspieloybd.blogspot.com]glucksspiel[/url] http://glucksspieloybd.blogspot.com glucksspiel [url=http://kasinocomewow.blogspot.com]kasinocom[/url] kasinocom http://kasinocomewow.blogspot.com http://glucksspielelfcr.blogspot.com [url=http://glucksspielelfcr.blogspot.com]glucksspiele[/url] glucksspiele [url=http://hoheauszahlungenamkmgd.blogspot.com]hohe auszahlungen[/url] hohe auszahlungen http://hoheauszahlungenamkmgd.blogspot.com http://onlinespielbanktnucth.blogspot.com [url=http://onlinespielbanktnucth.blogspot.com]online spielbank[/url] online spielbank [url=http://kostenlosesonlinekasinosrphrf.blogspot.com]kostenloses online kasinos[/url] http://kostenlosesonlinekasinosrphrf.blogspot.com kostenloses online kasinos [url=http://sicheresonlinespielenbveavl.blogspot.com]sicheres online spielen[/url] sicheres online spielen http://sicheresonlinespielenbveavl.blogspot.com [url=http://blackjack21fwv.blogspot.com]blackjack 21[/url] blackjack 21 http://blackjack21fwv.blogspot.com [url=http://onlinespielbankbms.blogspot.com]online spielbank[/url] online spielbank http://onlinespielbankbms.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.