Seronok juga membaca perbincangan semalam mengenai budak Mat Salleh vs budak Malaysia. Banyak response yang berguna dan boleh pelajari sama sama. Dari sistem pendidikan di salahkan… sampai la keyakinan, tak confiden 🙂
Apa apa pun, kesemua komen amat dihargai dan ada betulnya.
Namun, satu angle yang agak interesting ketika saya bertanya pada Nizal soalan yang sama, jawapannya adalah…
Budak-budak Malaysia ketika kecil sering di tegur, di marah supaya “Jangan buat itu”, “jangan buat ini” “Jangan masuk campur hal-hal orang besar”, “Pergi main jauh-jauh” sehingga timbul rasa takut dan self-concious tentang diri sendiri.
Boleh dikatakan, takut “nanti apa orang kata”. Takut tercakap benda yang salah. Takut kawan-kawan gelak atau ejek. takut “nanti apa orang fikirkan kita”. Sebagai keseluruhan, self-concious!
Di negara barat cara membesarkan budak lebih banyak kepada approach “encouraging the young ones”. Beri confident dan self esteem. Yakin kepada diri sendiri dan sekiranya salah, tidak ditegur dengan cara negatif. Perkataan “Jangan” amat jarang digunakan.
Satu perkara yang boleh kita fikirkan sama-sama. Sekiranya anda lemah dalam komunikasi, adakah sebab anda self-concious takut “Nanti apa pula orang kata…”?
Satu contoh, bagi mereka yang tidak pernah berkaraoke… adakah anda tidak berkaraoke sebab takut apa orang lain fikirkan cara anda menyanyi? Itulah self-concius! 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Setuju sangat dengan pendapat irfan. selalu dengar anak2 kena tegur bila mereka nak jadi kreatif dan cuba benda2 baru. Skg ni pengaruh TV menjadikan anak2 malas nak venture keluar rumah. Duduk rumah main ps2. Ibubapa skg tak boleh kekal tanpa ilmu. Lagipun ibubapa skg terlalu sibuk dgn kerja, so yang jadi mangsa ialah anak2. Come back to the basic, knowledge is important. Anak2 seperti cermin untuk diri kita. Kalau anak2 tak yakin, tengoklah ayahnya, mungkin ada persamaan.
Memang betul tu…..cuba ingat balik, berapa byk kali kita dengar kata-kata berikut:-
* jangan kacau, pergi main jauh-jauh
* jangan main kat sini
* jangan sibuk
* jangan nangis
* jangan …..mcm2 jangan
* jangan…………jangan…
* ada momok kat luar
+ don’t promote yourself
+ don’t be too proud of yourself
+ be nice
+ be quiet
## ada juga ibu bapa yang selalu meluahkan perkataan2 yg tak sepatutnya..sekaligus jadi doa
cthnya…’bodoh’, ‘bangang’ & mcm2 lagi..
cuba bayangkan kalau kata2 di atas diganti dengan:-
-think big
-don’t let fear control you
-feel the fear and do it anyway
-it takes courage to be a leader
-failure is the key to success
-don’t be afraid to make mistakes
-a cowaed dies a thousand deaths, a hero only once
-be ambitious
-be different
-let your voice be heard
-reach for the stars
-go for it
-let your imagination run free
-imagination is more important than knowledge
-you can do anything you set your mind to
-be proud of who you are
-stand up for what’s right
-make a difference
##Jadi…sesiapa yg bakal jadi ibu/bapa..fikir-fikirkanlah bagaimana nak mencorakkan anak-anak kita….:)kalau dulu kita pernah/selalu dengar “JANGAN…. “, apa pula yg kita nak perdengarkan pada anak-anak
Oleh itu, utk jadikan anak petah bercakap… ayah&ibu kenalah petah bercakap dgn anak juga…
hmmm..amat setuju dengan tip nih..saye pon alami masalah yang same dari dulu sampai sekarang..mungkin lebih teruk dari kebanyakan orang..xder self confidence, anxious to please, and sometimes sampai tak tau nak bergaul dengan orang lain sebab takut tersalah cakap atau tersalah buat sesuatu..amat teruk kan..tapi on the way to overcome all that..same ngan saye juga amat mengagumi anthony robbins..dah jadi macam invisible coach..
emm, betul2. sy pn stuju dgn “self-concious” tu. Kpd bloggers yg dh jadi ayah/ibu, kalau anda masih melayan anak2 anda sepertimana yg saudara nizal sebutkn, masih belum terlambat utk berubah. Seeloknya, perkataan2 negatif (bodoh, malas, bangang dsb) jgnlah digunakn. Tegur dgn cara yg bijak. Kenalpasti kwn2 anak2 anda sebab pengaruh mereka lebih hebat p anda sendiri.
Kpd yg belum berkahwin atau yg bakal menjadi ayah/ibu, jadikn info ni sebagai panduan. Selain pergi ke workshop komunikasi, hadir2kn diri ke seminar2 keibubapaan juga. Elakkn kesilapan ayah/ibu kita berulang.
Selain tu, doa2knlah seluruh umat Islam kt dunia ni selamat sejahtera, baik2 belaka. Tak salah doakn org lain. Anda jugak dpt pahala.
wah hebat lah mafiah…hehe
saya setuju tu..
saya pun malu bila nak berckp kat dpn org ramai. tp sekarang ni saya bljr di kolej mesti kena lakukannya. hrp2 boleh bt yg terbaik ar.. saya sokong sangat bila sekolah ke dlm pendidikkan di malaysia ni paksa pelajar berckp di dpn org ramai…
teringat sabda Rasllullah yang bermaksud
“didiklah anakmu pada zamannya”
betul lah tu, saya pun ada mindset “apa orang akan kata nanti.” tengah belajar camno nak improve.
“Kata-kata ibubapa itu adalah doa kepada
anaknya”
hem dulu masa aku kecik bapak aku selalu suruh azan, ke iqamat ke, kadang-kadang suruh jadi imam… em nak jadi pemimpin kene berani bercakap… iman, kalau salah tegur dengan tangan, kalau tak boleh, dengan cakap dan kalau tak boleh jugak dengan hati.. tapi banyak orang malaysia ni (sebenarnya aku rasa orang melayu la) ambik sikap diam diri… em kalau surat kaba pun tak bebas, takut kene band, lagi la kita…
kalau kita bersemangat.. orang kata kita poyo la, skema la… hem adakah self-concius tu disebabkan diri kita atau sepatutnya orang lain tak perlu kisah apa yang kita cakap?… so self-concius itu timbul sebab persekitaran… macamana persekitaran jadi macam tu? sebab budaya bangsa atau budaya politik? atau sistem pembelajaran?
macana nak bentuk self-esteem? nak tak nak kita kene akui perlu ada unsur paksaan dalam pembelajaran.. sebab tu nabi kata kalau tak sembayang budak-budak boleh sampai kene sebat.. kene paksa… kalau tak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya.. kene pecahkan dulu…
nak dapat buah.. kene ada proses fotosintesis.. kene pecahkan cahaya dulu… mesti ada paksaan baru dapat hasil… hem bapak2 sekarang cikgu rotan anak dia.. dia belasah cikgu tu balik… alasan: saya jentik dia pun tak pernah… sebab tu la sekarang dia pijak pulak kepala kita… (hem sebab tak jentik, kita kene pijak..)
ingat dulu, cikgu suruh aku baca doa kat depan kelas.. sampai hujung doa.. SEKIAN TERIMA kASIH… ada ke patut aku boleh tersasul.. masa tu memang tengah menggelabah la tu.. tapi sebab kene paksa la sekarang aku boleh la sikit bagi ceramah dekat orang..
cukup la tu kot… sekadar mengisi waktu berehat… tq
I setuju sebab my daughter & son punye PR ok. Tak takut dgn orang. Sebab nye kita always bring them jumpa public…
Tips dari saya sebagai ayah Adi pura:
1.Niat kita sejak anak di kandungan lagi..”semoga anak aku lahir nanti, boleh memimpin bangsa sehebat Hang Tuah”..nama Adi Putra itu Tok Guru Hang Tuah.
2.Dialam kanak2 saya dah kenal pasti, Adi punyai kebolehan luar biasa..dia menangis kerna abangnya tak ajar sifir dan Adi dpt menguasai sifir 1 ke 12 seminggu sahaja.
2. Kita kena masuk alam kanak2 semasa mengajar.Meniaraplah kita kalau anak berada atas lantai..
3. Melatih ucapan “Terima Kasih”..bermain di bibir, biar pun selepas kita ajar dia..misalnya “terima kasih pak!!”
4.Sebelum mendapat pendidikan formal…terutamanya sifir & membaca..Kanak2 suka ilmu logik..gunalah kaedah paling mudah & senang.
5.Ilmu memori(daya ingatan amat penting) untuk seimbangkan otak kiri & kanan kanak2..disamping hatinya masih bersih + terang.
6.Tanamlah cita-cita kpd anak2 agar mereka ada impian nak kerja apa dan nak buat apa bila besar nanti..Insyaallah mereka yakin pada dirinya.
7. Pemakanan tambahan untuk otak amat penting, kerana kanak2 mudah stress.Adi sendiri masih mengambil pemakanan tambahan nya sewaktu stress…misalnya kalau present di IPT atau kolej.
Sebagai Ayah, luangkanlah sedikit waktu untuk bertepuk tangan bersama anak2..pilihlah permainan mudah..bernyanyi bersama misalnya.
Cuba kita tonjolkan kebolehan anak kita di depan orang lain dgn bertanya sifir misalnya.Pastinya anak akan merasa gah bila soalan dijawap depan orang lain..contohnya
12 x 12 =144, 11 x 11=121 & 10 x 10=100
Insyaallah anak kita berani berkomunikasi dgn sapa pun.”kata Adi,Pujian biarlah bertempat, marah biarlah bersopan dan kurang ajar biarlah berbudi bahasa.”..JANGAN MUDAH RASA RENDAH DIRI!>
saya pun mengalami masalah self concsious ni.takut apa2 yg sy cakap n buat orang akan salah ertikan.takut org kecik ati ar n apa2 lg ar.sy tgh cuba nak improvekan benda ni.
pada pendapat saya la, environment kita jugak menjadikan kita begitu. Contohnya waktu saya sekolah dulu, baru je saya try nak practise nak cakap kat depan, all of my classmate dah gelakkan. dari nak mencuba terus rasa macam nak menangis. Malu sangat. tapi sebab i still have some motivation buat jugak muka selamber walaupun hati dah berdegup-degup, tangan dah sejuk.masa tu i only can say to myself i can. sekarang kiranya dah ok skit sebab dah selalu pegi depan. bak kata orang practise make perfect .
pada pendapat saya la we have to be optimis and always think positive. i Have seen so many people fail because of think negative. sometimes what people say are wrong but sometimes they are true. So, don’t jgn hanya dengar and react. think first!
saya pun bermasalah dlm self concsious ni…boleh sesiapa bantu untuk menghilangkan perasaan ini??
my english lecturer wajibkn sumer student present for every english classes until sumer classmates i dah xrs segan lg nk present lam english even some of them english terok.practice make perfect.btl!first time presentation i rs i la plg over smpi rs pelik np dorg pasif lam presentation. now sometimes i rs kne wat btl2 tkot jth standard dak plg best present.i dh biasa time sekolah dulu.tq my teacher kt sekolah dlu!!!
my english lecturer wajibkn sumer student present for every english classes until sumer classmates i dah xrs segan lg nk present lam english even some of them english terok.practice make perfect.btl!first time presentation i rs i la plg over smpi rs pelik np dorg pasif lam presentation. now sometimes i rs kne wat btl2 tkot jth standard dak plg best present.i dh biasa time sekolah dulu.tq my teacher kt sekolah dlu!!!
Saya setuju dengan pendapat Tuan Irfan, saya lihat ramai anak2 muda pada masa kini kurang keyakinan diri. Dan salah satu sebab itulah ramai yang menganggur sekarang.
Mungkin betul atau tidak..
Jersi Bola