Sekiranya anda mempunyai kepakaran dan kemahiran, tetapi anda tidak mempunyai kemahuan dan disiplin untuk mengasahkan kepakaran tersebut dan memasarkannya, kepakaran dan kemahiran tersebut tidak akan dapat membantu kekayaan anda.
Sering saya beri contoh di Workshop Jutawan Interenet bahawa, saya ni bukannya hebat sangat dalam merekacipta (designing). Lagi ramai muda-mudi di Malaysia yang lagi hebat dari saya dalam bidang designing.
Tetapi, saya mempunyai ilmu dalam memasarkan rekacipta saya.
Lihat sahaja penyanyi seperti Mawi. Adakah tiada penyayi lain yang lagi baik daripadanya? Sudah tentu ada, tetapi, pihak ASTRO mempunyai pengetahuan strategi dalam memasarkan Mawi.
Bagaimana pula dengan pelakon terkenal Rosyam Nor. Adakah pelakon lain lebih hebat dari Rosyam? Mungkin, ada… tetapi hanya duduk di rumah dan tidak memasarkan kemahiran lakonannya.
Mempunyai kepakaran dan kemahiran sahaja tidak mencukupi. Anda perlu tahu cara untuk memasarkan kepakaran & kemahiran anda. Dalami ilmu pemasaran supaya kepakaran dan kemahiran anda dapat memberi pulangan tertinggi kepada diri anda.
Satu cara dalam mempelajari kaedah memasarkan kemahiran dan kepakaran anda adalah dengan banyak membaca buku biografi ikon-ikon yang berjaya dalam bidang masing-masing untuk mempelajari bagaimana mereka memasarkan kepakaran & kemahiran mereka! 🙂
ps: Sekiranya anda mempunyai kepakaran & kemahiran & ingin memasarkannya melalui Internet, Workshop Jutawan Internet telah di buka pendaftarannya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
idea baik Irfan Khairi!
sama2 lah kita membuat pembaharuan eh! 😉
Setuju dengan Irfan
Mempunyai kepakaran atau bakat yang HEBAT, tetapi tidak tahu “menjual / memasarkan” kepakaran tersebut samalah ertinya seseorang itu di pandang sebagai tidak mempunyai kepakaran dan bakat di mata masyarakat…
Menarik artikel ni. Strategi pun kene ada ni. terima kasih Irfan.
Irfan,
Tips yang menarik.
Mungkin doc. boleh listkan tip² ringkas dalam tip satu minit nie tentang pemasaran bagi yang tak mampu ke workshop doc. 🙂
Terima kasih Irfan,
dah lama jugak saya fikirkan cara terbaik ini,
iaitu dgn memperbetulkan sikap dan displin untuk kecapi kejayan, kepakaran pun jadi sia2 tanpa kesedaran ini..thanx Irfan best of luck
segalanya perlu ada dalam apa jua perkara. Kemahiran, kepakaran, pemasaran dan strategi perlu untuk kejayaan perniagaan kita.
Tak ada guna produk yang baik tapi jika tiada perkara tersebut, ia tak akan ke mana.
Nice info. Terima kasih doc.
Yes setuju,
sekarang sudah banyak idea pemasaran ke arah “KEKAYAAN”, baca, dan terus baca, pasti ada satu yg sesuai utk diri sendiri memulakan langkah “JUTAWAN”.
Kepakaran, bakat yang hebat disertai lagi dengan pengalaman yang ada dapat menghasilkan kejayaan dan seterusnya kekayaan, jika kena pada cara pemasarannya. Dalam apa jua misi ingin dilakukan ‘disiplin’ tetap harus ada.
cuba fikirkan…
*adakah eric leong interior decorator paling hebat di malaysia?
*adakah saiful apek orang paling kelakar sekali di malaysia?
*adakah saya yang paling hebat sekali dalam perniagaan internet di malaysia?
mungkin tidak 🙂 tetapi, eric, apek & saya sendiri tahu cara memasarkan kemahiran & kepakaran kami.
*Adakah McDonalds menghasilkan burger paling sedap di dunia?
*Adakah KFC menghasilkan ayam paling sedap di dunia?
*Adakah Pizza hut menghasilkan pizza paling sedap di dunia?
sama juga seperti di atas… McDonalds, Pizza Hut & KFC hebat dalam strategi memasarkan makanan mereka.
Kesimpulannya, anda tidak perlu jadi paling hebat di dunia… atau di Malaysia. Tetapi, sekiranya anda tidak pasarkan kemahiran & kepakaran anda, memang tiada siapa yang akan tahu 😉 beringat-ingat!
Memang betul apa yang disampaikan oleh IK. Kadangkala ada rahsia kejayaan yang kita sorang je yang tahu dan tak boleh dikongsi dengan orang lain. Tapi kita kene combine u know kepakaran, kemahiran, bakat n whatsoever dlm bidang kita untuk dipasarkan ke pasaran chow kit. hehehe… gurau je.. dalam pasaran yang betul yang menjanjikan pulangan yang sedikit-dikit lamo2 jadi gunung-ganang duit.. Displin dan kesungguhan yang konsisten kenelah disemai selalu untuk mencapai misi jutawan dan keluar dari zon tak selesa. Korang tengok sendiri macam mana kesungguhan cayalah! berusaha from zero to hero, right?
P/S : Good, better, best, never let it rest. Till your good is better and your better is best.
kadang2 produk tak best pun boleh laku kalau pandai memasarkannya…
produk tak best boleh laku kalau pandai pasarkan tapi… untuk jangka waktu pendek sahaja. jangan pula jual produk tak best! 🙂
Salam,
Saya setuju bebenor dengan teori Irfan,Dia memang pandai me-marketing-kan dirinya.Di radio pun selalu terdengar pasal iklan “worksyop Jutawan”-nya-Jutawan internet yg sebenar-
Bagi saya,marketing nie adalah satu proses yang perlu berterusan.Dengan kaedah ini,kita memberi kesedaran kepada orang ramai yang produk kita masih wujud di pasaran.Tak kiralah produk kita sudah diketahui ramai atau belum.Ini kerana,setiap hari ada kebarangkalian utk.mendapatkan pengguna baru atau mungkin juga pengguna dari jenama lain beralih arah kepada produk kita..Ini semua gara-gara proses pemasaran berterusan yg. berkesan(mungkin memekakkan telinga pada mulanya(iklan radio)..tapi akhirnya mencuba kerana teruja dengan iklan tersebut(nak tahu apalah yg.specialnya produk/servis tue..)
p/s:Saya pernah juga terbaca di blog-blog yang memperlekehkan Irfan pada awal kemunculannya dahulu..merumuskan tentang buku “Rahsia Internet” yang terlalu basic dan mengganggap mereka lebih “Power” dalam bidang IT.Tapi,satu jawapan tepat dan padat telah saya temui di blog itu.Iaitu,”Walaupun dia(Irfan)hanya mungkin tahu 1/10 ilmu IT.At least dia(Irfan)practice-kan apa yang dia(Irfan)tahu dan memasarkan “ilmu basic-nya”itu menjadi duit yang bukan seedikit.Berbanding kamu semua yang mungkin mempunyai 10/10 ilmu IT tetapi langsung tidak boleh menghasilkan walau 10 sen….”Begitulah adanya…
Betul kata tu… contoh macam makanan segera tu…tak semuanya sedap.Kadang-kadang makan di kedai mamak lagi sedap berbanding di restoran besar.Tapi cara mereka memasarkan produk mereka tu yang penting.
Salam Irfan, apa khabar? Shueqry here.
Saya setuju dengan tips kali ni.
Saya juga tak hebat menulis blog motivasi, namun setiap hari belajar lalu berusaha serajin mungkin memasarkan blog motivasi saya. I wanna achieve my eam!
-Shueqry-
Ramai daripada kita mempunyai kemahiran yang hebat contohnya mekanik, menulis dan lain-lain. Tetapi tidak bijak memasarkan kemahiran yang kita ada. Mengapa??
Saya mencadangkan supaya :
1. Mereka perlu berhenti daripada melakukan apa yang sedang mereka lakukan sekarang ini. Nilai diri masing-masing
2. Ikuti kursus pemasaran misalnya kursus irfan khairi (dikenakan bayaran)
3. Manakala yang percuma, sertai MLM (multi Level marketing), belajar bagaimana untuk membuat pemasaran
4. Kenali kemahiran yang bagaimana yang ingin kita jual
5. Sediakan produk yang berkualiti
6. Jika kita jual E-book, digalakkan kita bekerjasama dengan mereka yang telah berjaya misalnya Irfan Khairi, Azizi Ali dan lain-lain Mereka sebagai mentor dan rakan kongsi perniagaan kita
7. Setiap jualan, keuntungan yang kita perolehi, mentor kita juga mendapat habuan mereka, win-win
Kita juga perlu sentiasa berfikir:
Jika Irfan Khairi boleh berjaya, bagaimana dia mulakan usaha tersebut?.
Bagaimana dan apa bentuk kerjasama yang boleh kita lakukan bersama irfan khairi supaya kita dan irfan khairi akan lebih berjaya?
slmt pg ,
saya suka artikel ni…
ia buat yang rasa bersemangat je…
han
Ehm.so. Mesti ada kemahairn masing2 yang unik. Sebab tu ramai orang jual service sekarang.
Hampir setiap hari saya mengikuti tip 1 minit ini dan semua idea bernas2 belaka, sampaikan saya mendapat idea… dan hasilnya baru2 ini saya telah berjaya melahirkan sebuah laman web. Thank’s atas ilmu dan insyaallah kejayaan saya nanti saham pahalanya akan sampai ke juga..
Jika pandai memasarkan, dari desa di pendalaman Kedah pun boleh sampai ke persada dunia.. tak gitu ? 🙂
Rakan2, cuba lawat laman web saya… mungkin saya dapat membantu memasarkan produk anda 🙂
pasaran yang mempunyai ramai pengguna yang berkualiti dan dipasarkan dalam waktu yang sesuai akan menghasilkan pulangan yang memenuhi malah melangkaui jangkaan..