Kenapa hendak jadi jutawan?

Pernah tak anda tanya soalan ini? Rata-rata, ramai (bukan semua) hendak menjadi jutawan. Tetapi secara jujur, KENAPA anda ingin menjadi jutawan?

Soalan ini agak penting oleh kerana ia merujuk kepada akar pada cita-cita anda. Sekiranya anda tidak jelas dengan sebab KENAPA?… maka, ianya amat sukar untuk mengetahui BAGAIMANA?

So why? why? why?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

74 thoughts on “Kenapa hendak jadi jutawan?

  1. kenape saye nak jadi jutawan

    -saya x suke kerja bgn pagi pkul 7 pegi kerje balik umah pkul 5
    -dapat beli ape yg nak
    -nak bank in duit ke mama 10ribu sbulan
    -nak banggakan mak dan ayah
    -menitiskan air mata mak ayah atas kejayaan anak sebagai jutawan
    -menaiikan martabat kaum melayu yg rata2 byk menjd kuli dari bos

  2. sebab2 nak jadi jutawan.

    – aku nak beli rumah besar
    – kete besar
    – kalau boleh nak bg sorang satu kete,
    rumah pada anak-anak.
    – aku nak beli satu kawasan sekolah nak letak bebudak belajar mengaji (tahfiz). kesian diaorang ni.

  3. jutawan merupakan satu platfom yang rapuh,melalui kebiasaan bila kaya mudah belanja apa saja dan banyak sekitar kita kawan yang cemburu pada mulanya ingin bertanya kabar,ingin belajar dan seterus ingin membenamkan kita agar turun dari platfom jutawan cara yang astik dan terjunam ke dasar bumi yang hanyir pastikan petua ini ‘kalau ada harta kita kena jaga la oiii..sebaliknya kita dijaga bila ada ILMU.

  4. saya nak jadi jutawan, sebab:
    ~saya ni kepala shopping, so, saya boleh shopping bila2 saya suka.
    ~saya nak travel seluruh dunia, wherever i want!!

  5. salam

    2 sebab utama nak jadi jutawan:

    1)EDUCATION & 2)MEDICAL memerlukan belanja yang besar, apatah lagi kalau ianya yang TERBAIK.

    rumah besar (nak kena guna intercom)hehe,kereta besar(maintainance pun besar)…baju cantik/mahal(nak kena hantar drycleaning)…

    MAKAN! with all the money yang saya ada, saya tak perlu risau dgn bil restaurant yang tinggi kalau nak makan international cuisine

    tiada salahnya menikmati hasil titik peluh kita, to have the abovementioned items ; )

  6. saya rasa ramai orang hendak jadi jutawan sebab materialistik sebenarnya,tapi malu nak cakap kot.Hehe…Maybe sekarang boleh letak list sebab yang baik2 je…tapi bila realiti berlaku,berapa banyak yang make those list become realistic?
    Bagi saya,perkara utama2 saya mahu jadi jutawan,dan insyaAllah dengan senang hati saya laksanakan ialah:

    1.Settle semua hutang-Kereta,ptptn

    2.Beli rumah ..hehe..(cash boleh ker?)

    3.Hantar mama,abah and emak mertua pergi haji,saya & husband pun join sekali

    4.Get the best education for my daughter..(baru ada sorang..)

    5.Security,security,security

    6.Non-stop amal jariah to orphanage,surau,masjid,wakaf tanah,dana pelajaran, and others

    7.Nak buka bisnes mega ‘Halal food’ which produce all possible things macam dalam hypermarket tu…-org lain kerja untuk saya!

    8.Real estate bisnes – org lain kerja untuk saya!

    8.Bisnes internet yang simple2 je,jual product produced from my hobby je – so boleh kerja sambil lepak2 dari rumah ;)(sambil jadi boss real estate & mega ‘Halal Food’)

    Okey ke saya target macam tuh? 🙂

  7. Kalau nak jadi jutawan, mentality pun mesti macam jutawan. Asas jutawan pun mesti kena tahu supaya status tu boleh kekal lama. Antaranya, tidak membazirkan wang pada perbelanjaan yang x faedah. Kurangkan membeli sesuatu yang ada susut nilai yang tinggi. Beli tanah lagi bagus, buat rumah n sewakannya pada mereka yang memerlukan rumah dengan sewa yang b’patutan. sambil2 tu leh bantu sesama bangsa.

  8. JANGAN MEMBIASAKAN DIRI UNTUK BERKATE NAK TOLONG MENAIKKAN BANGSA MELAYU BILE DAH JADI JUTAWAN,DAH JADI CLISHE.DAH BERABAD AKU DENGAR AYAT NIH TAPI YANG MEMENUHI KUOTA BANCI PENDAPATAN TAK MELEBIHI RM600 SEBULAN ADALAH ORANG MELAYU!!SEDANGKAN ORANG MELAYU YANG DAH JADI JUTAWAN SEKARANG TERAMATLAH RAMAI.SO JANGAN JANJI KALAU TAKUT NAK LAKSANAKAN.SEBENARNYA AKU BERHARAP SANGAT KALAU KAMU SEMUA YANG BAKAL JUTAWAN NIH DAPAT MEMONOPOLI EKONOMI NEGARA SKARANG YG RATE2 DIKAWAL OLEH BANGSA LAIN.PASTU BARU BOLEH LETAKKAN BATU ARAS BANGSA KITE.TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA

  9. Kalau nak jadi JUTAWAN, semua mempunyai keinginan tersendiri. Pada saya, perlu menjadi JUTAWAN kerana…
    i) masih ada ibu bapa yang ingin kita beri penghargaan tidak kira wang ringgit atau harta semata-mata untuk membahagiakan mereka selagi ada
    ii) mempunyai anak anak yg perlu dibesarkan dalam keadaan sempurna.

    Robert Kiyosaki pernah mengatakan dalam bukunya…
    : “I must be rich because i have you kids..”

    Semoga 2009 membawa kekuatan kepada semua untuk bekerja keras..

  10. sekadar ingin bertanya pada mereka yang ingin jadi jutawan…

    apa itu jutawan? berapa byk duit yg kita perlukan kalau nak jadi jutawan?

    tq

  11. knape ye..exculy the big reason is nk ubah nasib family,other else do something kpd agama,bangsa dan negara

  12. aku ingin menjadi jutawan yang beriman dan pemurah mcm T.S Syed Mokhtar.
    Walaupun dah jutawan tapi masih sanggup
    memakai kenderaan buatan malaysia…
    masih boleh makan roti canai gerai tepi jalan..sanggup beri boucher tuisyen kepada anak-anak melayu di sekolah…tubuh yayasan Al-Bukhari..
    Saya terharu membaca kisahnya yang sentiasa merendah diri dan tidak mementingkan glamour.Kalaulah ramai ahli korperat bersifat macam beliau alangkah bahagianya bangsa melayu.Syabas dan selayaknya beliau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah.
    Semoga Allah limpahkan lagi rezekinya tanpa putus demi atas menaikkan martabat orang Melayu, Islam.

  13. Mungkin keinginan saya sedikit berbeza. Keinginan menjadi jutawan bagi diri saya adalah untuk orang lain. Bila saya fikirkan untuk orang lain secara tidak langsung juga ia adalah untuk diri saya sendiri. Bagi saya, bila kita fikir atas orang lain maka Tuhan akan sempurnakan keinginan kita.

  14. Why?
    nak masuk syurga sebagai orang kaya
    no money no talk
    i can create space for my principle and idea to be accepted
    i want to conquer the market
    i wanna lead my people back on this ground
    sejarah menyaksikan bahawa cita-cita yang dituliskan dan disusuli dengan usaha yang bersungguh akan membuahkan hasil
    Allah s.w.t telah menuliskan semuanya di Luh Mahfuz sebelum menciptakan, maka kita sepatutnya menuliskan cita-cita kita dengan apa cara sekalipun, di mana-mana sekalipun terutamanya di hati kita
    If others can be a millionaire, why not me?
    Allah creates human being as the best creation, so why settle for less than that?
    Aku sangat percaya akan kemampuan diriku sama seperti aku mempercayai kemampuan orang-orang yang berjaya dan aku sangat mempercayai sunnatullah bahawa siapa yang berusaha akan berjaya. Maka marilah bersama-sama mencipta kejayaan buat diri kita, keluarga kita, bangsa kita, agama kita, negara kita, dunia kita dan alam ini
    Kalau ada yang mahu ke syurga dalam sabar dalam kesusahan, maka silakan sepertimana yang mahu ke syurga dengan bersyukur di dalam kekayaan. Ke syurga bukan soal duit, itu soal amalan? Para sahabat telah membuktikannya. 10 yang terawal islam, majoritinya adalah jutawan.

  15. ia menunjukkan usaha kita sudah tercapai untuk 20 %…jadi jutawan banyak benda boleh berskan….paling utama bukan rm1 juta….tapi nak manage duit satu juta supaya kita tak lagi berhutang dan tak nak bergantung pada orang lain…..duit adalah satu daripada masalah utama dunia…kalau ada duit bnyak, macam2 boleh selesai…betul…..dulu kalau saya ada duit nak bayar tusyen terbaik masa spm tentu saya dah dapat 10 A, di sekolah saya dihina guru besar dan segelintir guru2 yg lain yg tak layak bergelar guru….dihina sebab tak da duit….anak orang miskin…saya benci manusia yg hina orang miskin…saya nak buktikan sy boleh berjaya…sy nak beli sekolah tu semula sbab sekolah tu swasta punya sekolah…so…kalau dah ada duit….sy nak beli sekolah tu nak buka sekolah tahfiz dengan yuran yang murah atau free jer kepada orang susah…..dulu dapat masuk PILOT SCHOOL ~ PRIVATE dkat luar negara tapi sbab mak ayah tak de duit….maka tak dapat pergi….sbab tu kita semua orang islam kena saling usaha biar jadi jutawan….anak2 kita nnti boleh kita hantar ke Pilot shcool biar jadi PILOT YANG HAFAL AL-QURAN 30 JUZ…..ADA SEORANG AHLI PARLIMEN DI MALAYSIA hanta anak yang baru jer umur 14 tahun ke CAIRO….anak2 kita nanti biar lompat pendidikan yang lebih tinggi….baru jadi manusia berguna dan berjaya…..3 orng dari spupu sy pindah ke UK LONDON masa sekolah rendah lagi,balik ke malaysia lepas dapat O LEVEL & “A” LEVEL,mantap belajar kat malaysia sbab dah pandai mat salih….dan lpas tu balik smula ke LOndon sambung blajar….biar anak kita boleh cakap ARAB , cakap BHASA INGGERIS DAN PANDAI AGAMA……HAFAL AL-QURAN 30 JUZ…..BOLEH AJAR ORANG LAIN PLAK.INSYAALLAH

  16. Mengapa saya nak jadi jutawan?sebabnya saya hendak keluarga saya hidup dengan kesenangan,pendidikan anak anak saya dapat di beri dengan terbaik, nak menolong orang susah,memberi sumbangan kepada anak anak yatim dan banyak lagi.Harta pencarian kita ini bukan di bawa sampai mati,maka hendak la kita menolong orang yang memerlukan.

  17. JADI JUTAWAN BUKAN PELIK, TAPI PELIK JIKA KITA TAK JADI JUTAWN KERANA SETIAP MANUSIA DI BERI KEISTIMEWAAN YANG TERSENDIRI…

    SAYA SEKARANG MENUJU KE ANGKA RM1,000,0000

    KINI WEBSITE SAYA TELAH PUN MELEBIHI 1,000,000 KOMEN DARI PENGUNJUNG..

    TQ SIFU IRFAN KHAIRI

  18. salam….secara peribadinya saya berpendapat bahawa cita-cita saya untuk mencapai status jutawan adalah supaya saya tidak lagi berhadapan dengan masalah kewangan. dengan kata lain “bebas kewangan”. “bebas kewangan” akan membuka ruang untuk saya melaksanakan cita-cita saya yang laen, sebagai contoh untuk menjadi seorang akademia yg tidak mengharapkan ganjaran kewangan dalam menyumbang kepada bidang saya. selain itu, saya akan bebas untuk menjalankan kerja-kerja kesukarelawan tanpa risau untuk meninggalkan sejenak kerja untuk menyara keluarga.

  19. Saya tak mahu jadi jutawan sebab saya takde hutang. Rata2 org nak jadi jutawan sbb nk byr hutang. Klau kita live within our means, xkan timbul soal hutang. Ramai org msia suka berbelanja dan terpengaruh dgn gaya hidup barat. Tapi kita lupa yg hidup ini hanya sementara dan rerlalu sekejap. Dok leka pikir duit cari duit tak cukup2 tiba2 di “delete”. Sudah bersediakah kita? Oleh itu klau tahap iman kita sama level dgn sahabat nabi maka bolehlah kita pikirkan nk jadi jutawan.

  20. Saya mahu jadi jutawan itu sampingan. Saya mahu jadi Hafiz Al-Qur’an yang ramai Isteri dan Zuriat semoga menjadi banggaan Nabi di Mahsyar nanti. Memandangkan Suami bertanggungjawab memberi nafqoh kepada Ibu-Ibu, Bapa-Bapa, Isteri-Isteri, Zuriat dan lain-lain, maka jadi jutawan itu membantu. Memandangkan baru 3 Juzu’ sahaja yang baru dihafaz, nampaknya banyak lagi yang saya perlu melalui. Doakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.