Satu lagi tip dari Dato’ Ghazali daripada nota 3 muka surat saya :)…
Agree to disagree!
Iaitu, sekiranya anda tidak setuju dengan sesuatu, katakan dan jangan simpan. Masyarakat Malaysia seringkali sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, disimpan dalam hati. Ianya hanya akan memakan diri sendiri, dan melemahkan keyakinan diri sendiri.
Dato’ Ghazali menceritakan pengalamannya menyuarakan rasa tidak setuju dengan Tun mengenai suatu isu pada tahun 80-an (face to face). Dengan melakukan itu, mendapat respect dari Tun Dr Mahathir.
Sekiranya nawaitu anda betul, jangan takut menyuarakan pendapat anda (tidak kira pada boss, pekerja, kenalan etc). Cuma, anda perlu berikan fakta sokongan. Dan yang penting sekali adalah, sekiranya tidak setuju, berikan alternatif (cara yang betul), dan bukan sekadar mengkritik sahaja.
Itu adalah langkah seorang yang berjaya!
Apa akan jadi sekiranya pendapat anda tidak mendapat sambutan dari pihak yang satu lagi? Tak mengapa… biarkan sahaja.
Sekurangnya, anda telah menunjukkan anda mempunyai nilai seorang yang berjaya, serta, dengan menyuarakan pendapat anda, anda akan menambahkan keyakinan pada diri anda sendiri. Anda akan lebih appreciate semangat yang ada pada diri anda dan ini akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
saya setuju betul
Orang kat Malaysia memang susah untuk mengatakan “tak setuju”. Asalnya kerana terlalu hormatkan orang lain. Kita dapat kemerdekaan pun kerana telah berani mengatakan “tidak” kepada British. Tapi mestilah ada hujah atau alternatif yang baik supaya orang tak pandang remeh.
Di pejabat pun begitu jugak. Tu yang selalu kena tindas. 🙂
Ataupun gantikan ayat ‘I agree to disagree’ kepapda ‘I disagree’ terus…
Sebelum nak kata tidak setuju tentang sesuatu perkara memerlukan penilaian/penelitian terlebih dahulu. Jangan main tembak je!! 🙂 tak cukup peluru habis la!!
Daripada dapat menaikkan semangat boleh jadi kepada hilang keyakinan dan motivasi diri.
Hisham;
Kita mesti ‘look like’ expert untuk menyakinkan orang lain tentang pendapat/pandangan kita. 😀
Betul ckp Mior tu. Masyarakat kita memang susah nak mengatakan “tak setuju”. Salah satu sebab nak jaga hati, takut bila kata “tak setuju” akan menyakitkan hati orang lain.
Betul tu kita mendapat kemerdekaan kerana berani mengatakan tidak. Semalam tgk interview Tunku. Minta 4 tahun nak merdeka, jadi 2 tahun. 😀
akibat nak jaga hati org lain &
malas nak bertengkar,
kita jadi sukar nak ucap tak setuju.
terutama mereka yg bergelar staf sokongan/bawahan;
walaupun mempunyai fakta yg kukuh utk mengatakan
sesuatu perkara itu tidak betul,
mereka hanya berdiam sambil mengangguk saja
idea pd boss mereka tu.
tapi, jika nak berjaya;
kita perlu ubah sikap.
saya sokong hapisol..that’s true
Betul ape yang Irfan katakan. Orang Malaysia nie susah sangat nak kata tak setuju. Ada sekali nak ajak reramai kekawan g cherating (konvoi). Tapi mungkin jauh sangat ramai yang tak nak pegi. Masalahnya bukan nak cakap tak setuju.. Tapi angguk-angguk jer, mati-mati ingatkan setuju. Dah servey tempat penginapan, makan minum.. tup..tup.. baru bagitahu jauh sangat!!. kan senang awal-awal bagitahu kalo tak stuju tu.. Tak le menyusahkan orang.. Tul tak?
tpi..baik kiter jujur ngan diri dan org lain..
kalo setuju, cakap jer setuju.kalo tak, cakap jer tak setuju..dari situ,cth kalo tak setuju, akan lahir la idea2 yg lebih bernas dan bijak!
â€singgah kat blog ni, dptkan PELBAGAI KOLEKSI SONGKET, TUDUNG BAWAL, SUTERA THAI NGAN HARGA KOTA BHARUâ€.
http://songketkelantan.wordpress.com
Saya pun setuju apa yang dikatakan.Pak angguk ramai,geleng kurang terutama kalu kerja dengan orang.Nak tanya jadi segan,takut orang kata ,”tu pun tak tahu ke”.Penyudahnya kerja tak siap ,result pun tak sampai kemana.Mungkin perasaan segan/malu tak bercampur mahu tebal dalam diri.Tu yang dikatakan Melayu agaknya.Risau juga dengan pepatah “Takkan Melayu hilang didunia”.Kita kena usaha lebih.Tunduk tapi berisi………..
Bagi saya, kebanyakan orang tak mahu suarakan sesuatu yang dia rasa tak betul coz dia rasa rendah diri.tambah pulak bila bercakap dgn orang yang lebih baik (lebih berilmu or lebih kaya or lebih berjaya).
padahal, kalau dia cakap dia disagree pun, kan lebih baik. sekurang²nya leh jadi satu topik perbincangan.
tapi, yang susahnya pulak, kita ni selalu naik angin bila orang tak setuju ngan ape yang kita cakap!
agaknya, time kita sekolah dulu, hitam kata cikgu, hitamlah..kalau anak murid nak disagree, mulalah cakap budak kurang ajaran lah, ape lah..haha
(coz saya pun kena gak dulu!) 🙂
mungkin dah jadi tabiat orang melayu begini, jangan mementang orang lain, biadap namanye.
tp kalau di amerika, sebolehnye student tu diasah untuk berani membuat keputusan hidup, berani menyuarakan pendapat, berani berjaya. berjaya dalam minda, sebelum merealisasikannya.
bg pendapat sy kenapa org melayu susah nak katakan “Katakan tidak (setuju)” pertama adalah kerana org melayu suka hidup berkumpulan(tak salah nak berkumpulan tp kena sesuai dgn keadaan), bila kawan buat perkara A yg lain pun ikut juga..sbb takut kena kutuk..yg kedua org melayu kurang sifat membantu kwn2 utk menjayakan sesuatu perkara seperti org cina lakukan pada kaumnya sendiri..(bukan nak kutuk kaum sendiri,tp nak kaum sendiri berfikir..nama MELAYU akan pupus satu hari nnt sbb perkara remeh seperti ini tidak di jaga)
Saya pun tak tahu sebab bagi kenapa orang takut mengatakan tak setuju. Selalunya, sikap ni akan berakhir dengan gagal!
saya pun setuju 😉
Selain daripada takut mengatakan ‘tak setuju’, org melayu juga takut utk menerima ungkapan ‘tak setuju’ daripada orang lain. Mudah melenting apabila orang lain tak setuju. Sebab itulah utk mengelakkan pertikaman lidah berlaku… terpaksalah angguk2 je la
mengapa ramai yang sebut “melayu”? sebenarnya cina dan india juga sama- kita kan masyarakat majmuk :). isu ini lebih kepada isu masyarakat asia dan bukan kepada kaum.
cuba fikirkan…
sebabnye… kita ni memang dah biasa dengan community orang melayu… masyarakat india dan cina pun banyak gak cam tu… cuma bila kita cakap ‘melayu’, kita sebenarnya cuba memberikan kesedaran kepada bangsa kita terlebih dahulu, supaya kita dahulu berubah… kemudian, baru bangsa-bangsa lain ikut… 🙂
setuju dengan apa yg dikatakan Irfan. biasanya org ckp je tak setuju tp takde pulak alternatif p dia sendiri. cuma tau bangkang orang lain.
selama sy aktif bermesyuarat dulu, biasanya org melayu yang camtu. org cina, india bukan ckp tak setuju je,tapi diorang bg pendapat lain. barulah berkembang idea tu.
maybe sbb org melayu lebih sopan dan menjaga hati orang lain 😉
saya pulak mmg dah amalkan sikap kalo tak setuju saya musti cakap depan2 sejak dari sekolah. tak kire la kat cikgu, kawan2 hatta keluarga. cuma kena berhikmah la.
tapi bila dah masuk alam pekerjaan ni susah sikit. especially dgn boss. silap tone, terus kena cap ‘pembangkang’ pulak. hehee..
Memang betul tu…
“Sekiranya anda tidak setuju dengan sesuatu, katakan dan jangan simpan.”
Jangan pendam sahaja pendapat alternatif anda. Mana tahu, ia lebih baik?
Lebih efektif, lebih berkesan, lebih menguntungkan?
Anda akan disegani ramai oleh kerana anda sanggup merempuh kontroversi demi kepercayaan idea anda untuk kebaikan umum.
manusia itu selalu bersetuju tanpa selidik.
dan bila tak setuju pula tak nak membangkang.
kadang-kadang sebab tak mampu.
tapi kita perlu katakan TIDAK jika tak setuju.tak semestinya kerana si A cakap YA dan si A punyai nilai yang lebih tinggi, maka orang lain kena kata YA.
kalao anda rasa TAK. suarakan idea anda. dan katakan TAK tapi dalam cara berhemah dan punyai cadangan yang dapat menjadikan keadaan lebih baik.
menjadi pengkritik tanpa hala tuju juga tidak menjadikan anda lebih baik!~
satu persepsi tidak semestinya diterima pakai oleh semua orang.pastikan kepercayaan yang anda terima itu,anda kaji betul salahnya.menerima sesuatu kerana majoriti berkata YA, bukanlah sesuatu yang bagus:]
p/s : dik mal budak baru belajar!~
emm.. kesimpulannya, kita harus berani dan yakin untuk menyatakan pendapat kita.. cuma yang sering menjadi halangan adalah perasaan “segan” dalam diri kita – terutamanya untuk bersuara di hadapan orang yang lebih tua..
apa pandangan Irfan.. 😉
kalau kita jumpa satu hari nanti, saya bawa buku nota, nak buat 3 muka surat tips2 bisnes dan kejayaan.. Boleh yer.. 😉
Bab nak kata tak setuju ni susah sikit.. Tapi kena cuba amalkan, kalau tak buat bukan takat kita yang susah, last2 bagi kesan juga pada orang lain..
Saya setuju 80% yanag 20% lagi…?
http://www.youtube.com/watch?v=pkqyhBDU5HM
Jangan jadi PAK ANGGUK!;)
Ini lagi contoh 20% yang saya maksudkan tadi…
Selain mengatakan tak setuju,apa kata kita berikan alternatif kepada nya.mungkin ini tidak menyakitkan hati sesiapa pun dan sesuatu perkara itu akan bertambah dan bercabang ilmunya.
Topik yang menarik. Pahit itu manis. . negetif itu positif. . . tapi susah orang nak terima… macam makan ubat… pahit tapi menyembuhkan. macam orang kemalangan… pengalam pahit…tau sakit so lain kali tak buat lagi. so kita belajar dari kesakitan yang kita alami atau kesakitan orang yang telah berjaya.
Sejauh mana kita belajar? ramai tak nak belajar dari kesusahan dan kejayaan orang lain. so dia selalu kata Rezeki Allah tak sama. sedangkan kita tidak boleh harapkan dia mengolek di depan mata. kena usaha. caranya …..belajar lah dan cuba dulu sebelum.
aku tak setuju dengan kenaikan harga minyak
Memang susah untuk mengatakan tidak setuju kepada sesuatu perkara terutama jika pendapat itu akan melibatkan masa depan seseorang. Contoh jika ada seorang sahabat bertanya akan pendapat kita tentang masalah yang sedang dia hadapi iaitu dilema samada untuk galakkan anaknya meneruskan cita2 sebagai usahawan atau meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dimana anak dia yang tengah giat berniaga dgn semangat berkobar2 dan dalam masa yang sama mendapat tawaran IPTA (Ijazah). Sebenarnya pada saya itu bukan masalah itu adalah rezeki dan setiap rezeki perlu kita syukuri. Pada diri setiap usahawan setiap perkara itu adalah cabaran bukan masalah, yang perlu ditempuhi bukan diketepikan. Melalui setiap masalah itu akan menjadikan sifat keusahawanan dalam diri kita lebih kental dan lebih tabah. Ilmu dan keusawanan itu tidak boleh dipisahkan kerana ilmu dapat menjadikan kita usahawan yang lebih mantap dan berjaya. Insyaallah.