Kalau tak buat… berdosa

Sedikit posting santai hari ni, nak kongsikan kisah saya & kenalan saya yang tak asing (bukan makhluk asing) Abang Abu. Kalau anda sering mengikuti blog ni, pastinya anda kenal dah dengan Abang Abu terutamanya yang menyertai konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan bulan lepas.


Saya & Abang Abu di Jom Heboh 2009

Saya & Abang Abu dah kenal lama dah…  hampir 3 tahun. Abang Abu juga adalah business partner saya di Singapura. Setiap kali berjumpa, pastinya kami kongsikan idea-idea perniagaan dan strategi perniagaan. Abang Abu memang saya respect sebab banyak idea-idea yang kreatif dihasilkannya seperti Simpan Challenge.

Satu quote yang saya & Abang Abu amalkan adalah (saya punya favorite quote bila jumpa Abang Abu)…

Abang Abu… kalau kita tak buat- BERDOSA!

Haaa… apa maksud quote saya tu?

Setiap kali berjumpa Abang Abu kami akan bincang idea-idea baru, strategi perniagaan baru, kaedah terkini dan sebagainya dalam menjalankan perniagaan. Dan, tiap kali kalau ada idea yang kita dapat, saya akan kata “Kalau kita tak buat berdosa!”

Maka, lepas tu… pastinya apa yang dibincangkan akan di lakukan sehingga berjaya (atau gagal… janji buat kan?)!

You see, bagi saya, ilmu yang TIDAK DIAMALKAN adalah sia-sia sahaja. Dan perkara yang sia-sia adalah berdosa bukan?

Allah SWT amat murka pada mereka yang berbicara dan dalami ilmu, tetapi tidak mengamalkannya.

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kemurkaan di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan”. (As-Shaff:2-3)

So, itulah maksud saya & Abang Abu. Kalau kita punyai idea, kalau kita punyai ilmu, kalau kita punyai niat, kalau kita punyai matlamat, kalau kita punyai kehendak…. TETAPI, kita tak amalkan, tak lakukan dan tak meneruskan, maka….

KALAU KITA TAK BUAT… BERDOSA!

Dan kita termasuk saya yang banyak membaca blog ini, buku-buku ilmiah yang lain, atau sertai kursus dan majlis ilmu yang lain… kalau tak amalkan apa yang diajar, berdosa tak? 😉

Renung-renungkan & selamat beramal (pinjam dari guru saya Prof Izzi… kena lagukan sikit)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

23 thoughts on “Kalau tak buat… berdosa

  1. Salam Motivasi dan Salam Berkenalan..

    Askum..
    Sy sokong dgn kenyataan Tuan IK tentang entri kali ini. Apabila kita telah menuntut sesuatu ilmu dan tidak dimanfaatkan sebaiknya kita akan merasa rugi dan berdosa kerana Ilmu merupakan 1 ibadah dan kemuliaan disisi Allah s.w.t

  2. haaa betul kata IK, Saya memang respect dengan apa yang abang abu kata.. stiap kali borak dengan abang abu, saya pasti dapat banyak idea.. Abang Abu juga kata pada saya ” Ini adalah anugerah Allah, awak bukan OKU”. Sejak itu, saya berjaya yakinkan diri bahawa saya bleh buat dengan apa yang mereka buat.. Yes I cant!!.

  3. “kalau tak buat…berdosa”

    Macam zaman kanak-kanak “kalau tak jawab salam..berdosa”

    Rasanya “kalau tak buat..berdosa” adalah lebih “enjoy” buat berdua dari seorang diri.

  4. Bagusla quote ni, simple tp ada maksud yg mendalam. Dah banyak teknik internet yg dipelajari, tp banyak jugak yg belum di amalkan ni, huhu

  5. Salah tafsir tuu , irfan belajar ngan tok guru mana nih??

    Ilmu yang macam mana??

    Mengikut hadis nabi dalam kitab hadis, ilmu yang dikatakan ilmu adalah ilmu agama.

    Maulana Saad bg tau ilmu ada 3 :

    1. Ilmu kenal perintah ALLAH

    2. Ilmu kenal sunnah rasul

    3. Ilmu yang dapat bantu kita jawab soalan dlam kubur.

    Agak2 ilmu bisnes boleh bantu kita kenal perintah Allah?
    Agak2 ilmu bisnes boleh bantu kita kenal sunnah nabi?
    Agak2 ilmu bisnes boleh bantu kita jawab soalan dalam kubur?

    Dan saya faham bahawa pengetahuan yang Allah bg adalah suatu yang berharga dan ianya adalah menjadi sia2 jika x dipraktikkan , namun bukanlah ia memberi kita satu kuasa atau keizinan untuk menggunakan ayat-ayat al-quraan untuk menyokong tindakan kita yang gila dunia …….

  6. saya bukan ustaz, so, perbetulkan saya kalau tersilap…

    Agak2 ilmu bisnes boleh bantu kita kenal perintah Allah?

    > boleh. sebab perintah Allah mahukan umat Islam cemerlang dari semua aspek, termasuk perniagaan. kalau tanpa ilmu bisnes, tidak dapatlah umat Islam cemerlang dalam bisnes. maka, tidak dapatlah menunaikan perintah Allah yang ini.

    Agak2 ilmu bisnes boleh bantu kita kenal sunnah nabi?

    > boleh. kerana sunnah nabi 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Tanpa ilmu bisnes, tak dapatlah umat menunaikan sunnah nabi yang ini.

    Agak2 ilmu bisnes boleh bantu kita jawab soalan dalam kubur?

    > boleh. atas sebab sebab di atas…

    🙂

    -ik

    ps: kalau nak menuntut ilmu atau menegur, biarlah beradab.

  7. dr . Niat kita baik and takde singgung perasaan punya. lagipun ini antara kita berdua and kita yang agree on this benda. kita share jkat sini supaya ta least people tau yang ada benda yang boleh dorong kita.

    So i am all out backing dr in this….

    And agree with ps: tu

  8. hmm…

    Bagus ada teman untuk berbincang dan sering menasihati kita…

    Tapi saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh saudara Irfan, sebab saya ada dengar maksud hadis “Kepapaan boleh menyebabkan kekufuran”.

    Kita kena bina perniagaan kita untuk membantu orang-orang yang miskin dan susah. Jika kita x jadi berjaya, maacam mana nak bantu mereka?!?

    Oleh itu kena ada golongan yang bekerja kuat dan membantu orang lain untuk berjaya supaya dapat membela orang-orang Islam yang miskin…

    Its always a good idea to share

  9. saya setuju ngan jawapan saudagar irfan.dan setuju ngan agree tu..nak tambah sikit pada semua yg ingin menegur sesiapa sahaja ‘niat yg baik tapi kalau di sampaikan dengan cara yang kasar tidak,tidak,tidak akan berhasil.never…sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat.

  10. salam saudara ik,saya kadang kala tidak faham dengan kefahaman kolot orang islam masa kini yang memandang hina berkenaan perniagaan.untuk pengetahuan semua,rasulullah semasa hidupnya pun berniaga dan menjadi usahawan yang terbilang,oleh itu sekiranya kita menjalankan perniagaan,kita secara automatik,kita telah mengamalkan sunnah nabi.atas dasar sempit fikiran,terutama orang melayu,penguasaan ekonomi di tanah air sendiri tidak dapat dikuasai.sedarlah wahai melayu yang mudah lupa,perniagaan tidak salah,yang salah manusia menyalahgunakan perniagaan yang ada.harap saudara ik komen k.

  11. Kepada saudara Razif, saya nasihatkan anda belajar uslub dakwah yang nabi ajarkan. Cuba bayangkan andai tiada umat Islam yang kaya, siapa yang nak keluarkan zakat? Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Perlu seimbang duniawi dan ukhrawi. Berniaga ni sunnah nabi cuma method perlu disesuaikan dengan peredaran zaman. Takkan zaman internet, berniaga masih kena guna al an’am nak bawa barang dagangan? online kan ada. Apa yang IK buat sebenarnya adalah amal jariah untuk maslahat umum. Biar kukuh ekonomi saudara seagama. Apa sahaja ilmu asalkan bertujuan baik tetap berpahala. Memang munkar nakir tak tanya dalam kubur, kamu buat bisnes apa? Akan tetapi yang ditanya dari mana harta kamu datang dan ke mana kamu belanjakan? Abdul Rahman b Auf contoh jelas orang berharta yang dijamin syurga. Maka saudara Razif silakan bertanya kepada Abdul Rahman b Auf….. Agak2 ilmu bisnes boleh bantu kita jawab soalan dalam kubur?
    Ma ‘as salamah…..!!!

  12. Idea yang baik dari IK. Bagus untuk dorong diri untuk terus kekalkan momentum dalam perniagaan.

    P/S: Kadang amat sukar untuk memperbetulkan pemikiran mereka yang telah diselaputi dengan fahaman yang tidak betul dan -ve…

  13. saya stuju ngn saudara irfan. jgn pisahkan segala pekerjaan n everything yg kita buat seharian dgn agama. then, kalau kita niat apa2yg kita buat krn Allah n sbb nak bgnkan Islam insyaAllah jadi ibadat. yg penting apa yg kita buat tu x melanggar syariat.

    Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Adullah Al-Kadlrami ia berkata Ali bin Bahram berkata Abdul Malik bin Abi Kariimah berkata dari Ibnu Juraij, dari Atha’ dari Jaabir, Rasulullah SAW bersabda “…Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi sesama manusia…” [HR. Thabrani dalam Al-Ausath]

    🙂

  14. tentang kata2 saudara IR itu, ada benarnya. mmg setiap Ilmu yg kita pelajari seharusnya kita amalkan dan sebarkan. tidak kiralah sama ada ilmu perniagaan, ilmu internet, ilmu komputer,ilmu agama, ilmu dunia, ilmu akhirat dan sebagainya selagi ilmu itu memberi kebaikan dan tidak membawa keburukan.bukankah beramal dan menyebarkan ilmu itu akan memberi manfaat yg berterusan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.