Lumrah hidup, adakalanya di atas, ada kalanya di bawah. Terlalu banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti, itu lah lumrah hidup. Bila di atas, adakalanya jatuh ke bawah. Bila di bawah, hanya ke atas sahaja kita perlu tuju.
Adakalanya kita pernah mengalami kejayaan tidak kira dalam hidup, karier atau keluarga. Adakalanya juga kita pernah jatuhΒ tersungkir dalam apa sahaja. Memang benar apa yang dikatakan sebagai hidup umpama roda, kadang di atas, kadang di bawah.
Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak2 bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik π
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Bila berada di bawah, sentiasa ingin berada di atas. Bila berada di atas, jangan lupa yang di bawah..
betul apa yg IK cakapkan…adakalanya kita akan berada di atas dan adakalanya kita akan berada di bawah….kita perlulah berusaha sedaya upaya dan bersyukur dengan nikmat yg kita perolehi…jangan mudah putus asa dan anggaplah apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya…
Betul tu, selagi hidup macam tu lah kisahnya…tiada berkekalan selagi namanya DUNIA. Tiada istilah happily ever after
Semoga kita terus diberi kekuatan untuk berjuang untuk yang terbaik untuk dunia akhirat
Tidak ada barang yg kekal. semuanya akan ada perubahan. π
Sentiasa bersyukur walau berada di atas atau di bawah.
Makin kaya makin ingat tuhan. nescaya rezeki semakin berkat insyaallah π
Memang begitulah kehidupan manusia sebelum ke atas kita berada dibawah dulu bila dah lama kat atas ada kalanya boleh jatuh ke bawah dan yang dibawah cuba berusaha nak naik ke atas. Pokok pangkalnya bergantung kepada usaha dan sikap kita.
Thanx sifu IK, more knowledge learns from U!!..SALAM SUMER!!
:):):)
Mahu atau tidak kita tetap akan merasa kedudukan sama ada bawah atau atas.
sebagai umat Islam kita akan diuji sebagai tanda kasih sayang daripadaNya. Jangan lah kita mengeluh dengan apa yg ada. Kerana mungkin ada yg lebih teruk dari kita diuji dariNya.
Bersyukur dan redha dengan ketentuanNya disamping berusaha menempuhi ujianNya.
semoga kita merasa kedudukan atas atau bawah dengan beriman padaNya.
InsyaAllah…=)
Semuanya ibarat roda..terus berputar
Masa kat atas perlu prepare jika berlaku keaadaan sebaliknya
Insyaallah kalau prepare mungkin boleh kurangkan impak maksima
Di sini sifat redah dan syukur sangat memainkan peranan. Selalulah memandang kepada yang dibawah kita tak kira samada kita di atas atau dibawah.
Kalau kita sedang susah, pandanglah yang lebih susah dari kita, insyaAllah pasti kita akan bersyukur.
Salam, saya amat bersetuju dengan perkongsian yang IK berikan…
Pada pandangan saya, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada serta berjimat cermat ketika berada di atas…
dan andai kata sekiranya kita berada di bawah, maka kita sudah bersedia dan tetap bersyukur kerana ada lagi insan yang berada bawah daripada kita…
nur.perak
memang benar hidup kita ibarat roda yang berpusing.
bila telah tersungkur baru kita merasa keperitannya. saat kita di atas kita sering terlupa nikmat yang diterima. keimanan saja yang dapat menjadi pelindungnya.
Waktu kita di atas , janganlah kita memandang kata ” Hidup kadang di bawah , kadang di atas ” itu biasa. karna seenarnya kita akan mengalami hal tersebut . nah , jika memang kita akan mengalaminya smoga Tuhan Yang Maha Esa memberikan jalan agar jika kita di bawah tidak sulit untuk kita menjalankan hidup kita π amiin π