Salah satu kunci jutawan adalah menimba ilmu. Salah satu caranya adalah dengan membaca. Berapa banyak buku perlu di baca?Β
Ketika Workshop Jutawan Internet saya menceritakan kunci-kunci jutawan dan salah satunya adalah membaca. Peserta mungkin ingat saya menyebut berapa banyak buku yang pernah saya baca bukan? Basically, berapa buku yang terdapat di perpustakaan di rumah…
Irfan khairi : >400 buku
Azizi Ali: > 700 buku
Semalam saya menceritakan pengalaman saya bersembang dengan multimillionaire Dato’ Ghazali… agak agaknya berapa buku diperpustakaannya?
Jawapan:
Dato’ Ghazali : > 6,000!
Tersesak juga nafas apabila mendengar tu. Saya ingat saya sudah banyak membaca-Β 1 minggu 1 buku habis (give or take). Tetapi Dato’ Ghazali habis 3 buku dalam masa 1 minggu.
Jadi, it’s proven… untuk berjaya dari segi kewangan… perlu banyak membaca. Lagi banyak membaca, lagi hebat status kewangan anda- insyaallah! π
ps: ini salah satu point daripada nota 3 muka surat saya sebutkan semalam π
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
tq irfan.
alamak, jauhnya saya berbanding irfan,azizi ali, dato’ ghazali; ibarat langit dan bumi.
dlm perancangan thn 2007 saya pd 1 jan lepas;
2 minggu wajib katam 1 buku.
nampaknya, saya kena ubah sikit plan ni,
ya tak irfan?
2 minggu 1 buku ok lagi. tak perlu tambah, tak perlu kurang. lakukan apa yang anda selesa… nanti lama-lama, baru tambah seminggu 1 buku π
Bercakap tentang membaca saya ingin kongsi satu cerita menarik yang saya baca tentang Warren Buffet (Orang ke2 terkaya) untuk kita sama-sama fikirkan. Tapi dalam bahasa omputih… sapa nak terjemah dipersilakan. π
Being a simple man can make u a Billionaire…..
There was a one hour interview on CNBC with Warren Buffet, the second richest man who has donated $31 billion to charity. Here are some very interesting aspects of his life:
1) He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late !
2) He bought a small farm at age 14 with savings
from delivering newspapers.
3) He still lives in the same small 3 bedroom house in mid-town Omaha, that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has
everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.
4) He ives his own car everywhere and does not
have a iver or security people around him.
5) He never travels by private jet, although he owns the world’s largest private jet company.
6) His company, BerkshireHathaway, owns 63 companies. He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis.
7) He has given his CEO’s only two rules. Rule
number 1: do not lose any of your shareholder’s money. Rule number 2: Do not forget rule number 1.
8) He does not socialize with the high society
crowd. His past time after he gets home is to make himself some pop corn and watch television.
9) Bill Gates, the world’s richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet. So he had scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.
10) Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.
11) His advice to young people: Stay away from
credit cards and invest in yourself.
Hisham;
Berkongsi apa yang dibaca..? π
Kena tengok juga buku ape yang nak dibaca.. Tak begitu irfan :-). Adik saya nie tengok banyak baca buku.. pedang setiawan, wira laga, naruto, doraemon.. La nie perangai pun dah macam kartun :-). kena baca banyak buku berunsur maklumat dan motivasi. Kebanyakan ilmu internet yang saya perolehi melalui membaca. selain ikut kursus Irfan tu. Tq
hmm 400 , 700, 6000 … menarik juga ye angka2 begini…kene ubah jadi sikap suka membaca.. sampai jadi sebati dlm diri…akhirnya tak perlu takut utk membaca.. sebab.. dah jadi habit π
saya selesa dengan seminggu baca 2 buku, paling baru buku yang abis saya baca ialah Secrets of The Millionaire Minds tulisan T.Harv Eker..dlm minggu ni saya baca balik buku The Power Of Your Subconcious Mind karya Joseph Murphy..saya baru ada 65 buah buku, semua barkaitan minda,motivasi, kewangan, sales/marketing dan eBusiness..bagi saya, ilmu lebih penting. Dengan ilmu, ia akan membentuk attitude positif dan skill yang mampu membantu kita mencapai apa jua matlamat..tanpa ilmu, kita takkan ke mana-mana. Semua bermula di minda.
Mcm ner plak kalo byk baca ebook?? Adakah boleh dikira ??
Saya suka baca buku motivation, financial investment and e-Business & marketing. Buku nipis bolih habis baca dalam 2 hari, tapi buku yg agak tebal lebih masa diperlukan untuk dihabiskan. Depends on the fonts and how thick the books are. happy reading to everybody!
Hmmm… 400.. 700…. 6000…. memang hebat… menurut satu kajian, kat Malaysia ni purata rakyat malaysia cuma membaca satu muka surat SETAHUN… Jadi kalau dah ada yang baca sampai 50 ke 100 buku setahun macam tokoh-tokoh kita ni, maksudnya mungkin ramai rakyat Malaysia yang tak pernah baca buku apa2 pun dalam 5-10 tahun kebelakangan ni!
Bayangkan macam mana bekunya otak kita kalau tak baca buku langsung ek…
Thanks P2 on the info about Warren Buffet. Bagus info tu. π
Membaca, ni yang lemah ni! π
Tu la. Kecik2 dulu asyik baca buku komik je. Sebenarnya masa tu tak ade hala tuju dan motivasi. Bila dah besar, baru tau yang kita ni dah ketinggalan!
Walau apa2 pun, it’s never too late to start something. Do it now!
agak agak osman affan baca berapa buku setahun?
teringat masa zaman itm dulu saya and osman baca pedang setiawan, raja rimba dan alam perwira. sebenrnya membaca komik tak salah… ianya sejenis hiburan. tetapi, jangan abaikan bacaan yang berbentuk ilmiah. ebook pun kira ok juga.
tanamkan sifat membaca bahan ilmiah atleast seja sehari.
Thanks P2….nice info!!! pas nie nk p cari gak la buku 2…
wushh….400, 700, 6000.
Camne nak baca yek…kalau baru 3 para dah ngantuk?..hmmm…dimana silapnya…
Ada yg bleh kongsi pengalaman?
ahakz… saya baca 2 buku sehari… alaa… buku selalunya diorang kasi point je…
Dato Ghazali…rasa macam pernah jumpa la pulak. Tak silap saya saya pernah terlibat dengan Dato Gazali dan isteri semasa Yayasan Jantung buat pameran kat Alor Setar pada pertengahan tahun 90-an dulu…keerrrr org lain. Masa tu saya student kat Hospital Alor Setar. Kalau tal silap laaa..Dia masih aktif lagi ke dengan Yayasan Jantung ?
mulakan je dulu dengan buku buku kecil yang tajuknye memang kita minat, cuba habiskan..dalam tempoh yang singkat..(lepasni adala pula yang keluarkan e-book tajuk (smart n speed reading ) kemudian baru cuba yang ilmiah sikit…yang berkenaan dengan amalan kehidupan seharian, solat ker, masak ker,. jgn kita sibuk carik duit, pengetahuan lain kita abaikan…bila dah maintain dengan yang ilmiah sikit sikit…baru try habiskan buku buku heavy dan kita target tempoh untuk habiskannya… baru la ada peningkatan…. ko guano..?
cara pemikiran org yg byk membaca lain org biasa.
Osman Affan baca berapa buku eh setahun…? Tak pasti lak.. dalam library tak sampai 400 pun… mungkin sebab banyak baca buku free… baca buku irfan punya pun mau dah lebih 50 buah…. hehe… sekarang bila dah duduk jauh dengan irfan je susah sikit nak curi baca buku irfan…. π
hehe.. dulu zaman belajar baca buku komik.. alah sama naik la ngan irfan tu….. π
Daing Says: wushh!.400, 700, 6000.
Camne nak baca yek!kalau baru 3 para dah ngantuk?..hmmm!dimana silapnya!
Ok… bagi siapa yang lepas baca 2-3 muka surat & terasa mengantuk, perlu check mata. sering kali mata yang buat mengantuk, mungkin anda perlu memakai kaca mata membaca (betul ni… bukan main2). tapi kalau dah memang pakai speck, and mengantuk juga camne ? π cuba check power speck kut perlu diubahkan.
sekarang bila dah duduk jauh dengan irfan je susah sikit nak curi baca buku irfan!.
osman said;
takpa, biar jauh di mata
tapi dekat di hati
ops, osman bila kita boleh minum petang?
teringin nak baca banyak buku. tp masih lemah dlm english la…nampak paper@buku2 english terus lemah semangat huhu
pitt : teringin nak baca banyak buku. tp masih lemah dlm english la!nampak paper@buku2 english terus lemah semangat huhu
Baca buku sangat bagus utk asah minda selalu. Tak baca buku english pun tak pe pitt. Buku dlm versi BM bab kewangan, motivasi, bisnes dsb pun byk sekarang ni. Ada sesetengah tu, buku english yg dah translate ke BM mcm Rich Dad Poor Dad ( Robet T.Kiyosaki ), Bagaimana Hendak Mendapatkan Kawan dan Mempengaruhi Seseorang ( Dale Carnegie ), dll.
Yang penting ilmu sentiasa dicedok.
hehe. menarik2. One of the secrets to be succeed yang saya dapat dari satu kursus motivasi ialah keep learning in order to change. π
Fuuh… Patutlah power orangnya… π
Saya berapa buah lak yer?? Nantilah nak kira-kira dulu, hehe..
macam mana lak kalau orang tu banyak membaca tapi hidup dia tak berubah juga? Kalau bab membaca, memang kalah orang lain. Apa silapnya.. π
AzizMansor Says:
Bagaimana Hendak Mendapatkan Kawan dan Mempengaruhi Seseorang ( Dale Carnegie ),
buku inilah, yg saya amalkan, dpt membuatkan saya mudah mesra dgn org dan dpt ramai kwn.
Assalamualaikum…Dr dan kawanΒ² semua..
salam perkenalan..first time saya bagi komen kat sini.sebelum ni baca tips je.hehe
agakΒ²nya, bila lah jutawanΒ² ni spend time untuk membaca.time nak tido ke?
banyak jugak saya tengok (dalam tv la) omputeh ni kat mana pun memang bawak buku.dalam train pun baca, kat taman pun baca.
agaknya,membaca memang takde dalam budaya kita ke ?
zul > banyak membaca tapi hidup dia tak berubah juga?
silapnya adalah membaca tetapi tidak mengAMALkan tak jadi apa-apa. Kalau baca, perlu lah mengamalkan.
Sebab itu saya sering kata ketika beri motivasi, Ilmu tidak bermaksud apa-apa sekiranya ianya tidak diamalkan.
π
Membaca ada dalam budaya & agama kita. kita pun tahu wahyu kepada Rasullullah pun menyeru untuk “Baca” (Iqra’).
Kalau ikutkan statistik asia, malaysia antara yang top dalam bacaan. cuma, angka ini tidak mencukupi untuk compete di arena antarabangsa. (first, tak silap korea)
Irfan said:
“teringat masa zaman itm dulu saya and osman baca pedang setiawan, raja rimba dan alam perwira.” —> heheh… nampaknya se-geng la kita. Saya kat PPP dulu pun hantu komik! Tak padan ngan ketua HELWA BKPI π Beli kat kedai kecik sek.17 tu, situ slalu ada komik keluaran sebelumnya klu ada ter-miss π
Tu kisah silam.. skang dah ada anak, takde masa nak baca komik! Saya mmg minat jugak membaca, tapi lebih kpd majalah. Rasanya tak cukup lagi camtu. Menengokkan statistik buku yg dibaca oleh mereka yg dah berjaya ni, rasa jauhhhhhh ketinggalan di blkg!! Takpe, minat boleh dipupuk. Saya rasa setiap rumah perlu ada satu library kecil. Barulah minat utk membaca tu akan dtg, dan anak2 yg tgk parentsnya membaca insyaAllah akan turut minat membaca.
Bahan bacaan English tu… bagus jugak klu dpt baca slow2 (bagi yg tak brp mahir English) Tak faham tgk kamus. Jadikan habit utk buat Buku Vocabulary sendiri. Scr tak langsung dpt tingkatkan penguasaan bahasa inggeris.
P/s: FREE TRIAL (2 months) to advertise your business in DirektoriBisnes.com NO hidden charge, NO obligation to sign up later on. Surf for more info… TQ
Cadangan saya kepada yang malas membaca…saya pun macam tu jugak π
Tips saya ialah, jadi pendengar yang baik dan berkawan dengan orang yang suka membaca dan luas ilmunya. π
Hisham;
Mendengar Dan Menilai Apa yang Orang Kata/ucapkan.. π
Samalah juga zaman saya belajar baca komik pedang setiawan, raja rimba, alam perwira dan macam2 lagi komik (lupa dah).
Tapi buat masa sekarang nie saya baca buku tak tentu. Kadang2 sebulan sebuah buku. Ada tu seminggu 1 buku. Tak tetap.
Tapi memang saya ada masalah mengantuk bila baca buku nie. Tak taulah pulak kena pakai kaca mata membaca. Nak kena pergi check matalah jawabnya. Thanks sebab bagi maklumat nie. Kalau tak memang tak tau pun. π
silapnya adalah membaca tetapi tidak mengAMALkan tak jadi apa-apa. Kalau baca, perlu lah mengamalkan. irfan said;
teringat cerita katak pula;
ada 5 ekor katak,
3 ekor buat keputusan utk menyeberang sungai,
2 ekor lagi tak buat apa2 keputusan pun,
berapa ekor yg menyeberang sungai itu?
Assalamulaikum, salam perkenalan…
Pertama kali saya bg comment, 1st thanks IK for yr tips.. it’s just my opinion, dengan membaca juga kita boleh tau apa jawapan yang seringkali kita nak tau. Ini terjadi pd saya. Sebelum ni seringkali berfikir macm mana nak cari income lebih? Nah! sekarang irfan dah bg bhn bacaan soalan saya. dari forum ni juga ada amalan mmbaca (mmbaca pdpt org lain)& saya dapat info buku2 motivasi & kewangan.
Teringat time saya nak cari buku “rahsia jutawan2 intnt t’bongkar” saya ingat buku ni kategori motivasi rupanya bhgian ekonomi & kewangan.Tambah lagi koleksi buku saya (sebelum ni hanya baca novel thriller & motivasi)
Buku yang dah dibeli boleh tahan juga ada kat rumah,buku internet,buku motivasi,buku agama,buku jadi kaya etc.Tapi satu buku pun tak pernah habis baca.Kenapa agaknya?Kat kedai buku masa beli semangat berkobar-kobar,hari pertama baca 2 muka,hari lain baca dalam tandas masa uuk2.Tu pun setakat 10 minit.Bila la nak habis.Raja segala buku tak lain tak bukan Kitab Suci kita.Dah makin berhabuk la ni,tak berbuka.Apa nak jadi dgn aku ni………….
Cerita pasal membaca ni…saya belum lah banyak lagi macam Irfan. Tak sampai pun lagi 100 buku.
Masalah saya…kalau dah mula baca…susah nak berenti. Kalau boleh nak habiskan juga dalam satu hari atau dua hari. Lepas tu…lama kemudian baru baca buku baru. Tak kosistenlah tu…
Pakar-pakar motivasi bagi tahu…kalau dapat membaca sehari 15min-30min pun dah cukup. Tapi kenalah jadikan satu amalan supaya ianya menjadi satu tabiat.
p/s: Boleh Irfan kongsikan dgn kami macam mana nak baca dengan laju tetapi berkesan? Kalau tahu teknik ni…boleh le banyak baca buku.
saya pun alami masalah macam tu…saya kalau baca sesuatu, nak jugak baca habis cepat, tak boleh nak baca sekerat-sekerat. selagi tak habis baca buku tu,saya tak dapat nak buat kerja lain dengan tenang.
tapi lepas saya baca tulisan nih, rupanya saya baru sedar kesilapan saya. lepas nih, kena la cuba biasakan diri buat macam irfan beritahu
irfan said;
teringat cerita katak pula;
ada 5 ekor katak,
3 ekor buat keputusan utk menyeberang sungai,
2 ekor lagi tak buat apa2 keputusan pun,
berapa ekor yg menyeberang sungai itu?
heheheh…nak tahu juga jawapannya kalau boleh…tak pernah dengar cerita tu… π
dik mal suka baca buku.
dengan baca buku kita dapat tambah dan paling penting kita setapak ke hadapan berbading orang lain.
dan sambil-sambil baca buku. cuba kongsikan ilmu yang kita dapat.dengan itu ilmu itu terus diwarisi.
baca buku + minum kopi + berfikir ..
baca buku + minum kopi…
antara dua keadaan itu..dua2 nya baik..tapi..yang mana lebih baik?
p/s: dik mal budak baru belajar!~
Saya x nafikan..ramai orang susah nak keluar dari zon selesa ni…membaca…saya pun dulu susah…masa study..baca aper nak masuk exam jer..skang saya cuba 1 buku seminggu…kalo ade 20 topik…3 topik sehari..Thanks
saya ada terbaca tentang satu skill yg memang diamalkan oleh beberapa tokoh pemimpin dan hartawan dunia iaitu speed reading…jika satu buku pun ambil masa lebih kurang sehari lebih, dengan speed reading, masa membaca dipendekkan beberapa kali ganda…
saya berfikir memang logik, jika kita boleh speed up our reading time, maknanya kita boleh habiskan banyak buku dalam jangka waktu yang singkat..tetapi teknik ini tidak sesuai digunakan untuk student medic atau bahan2 bacaan akademik yang bertahap tinggi dan perlukan fokus kepada fakta dan konsep
saya ada banyak juga download ebook2 pasal speed reading ni, dulu saya tak sentuh pun tapi bila guna copernic, ada terjumpa baca balik…memang banyak memberi idea dan nafas baru untuk sesiapa saje yg ingin cepat membaca…;) ada kawan2 leh share ?
thanks AzizMansor:-)
Excuse, and what you think concerning forthcoming elections?
baca dan terus membaca.
walaupun dah pernah letak komen kat thread ni, nak komen juga lagi.
dengan banyak membaca juga kita dapat bina kecenderungan diri. di sini juga kita boleh nampak bakat yang terpendam. tapi yang paling penting, usaha kita untuk mengamalkan apa yang di baca. proses itu lambat atau cepat bukanlah masalah, kerana setiap orangitu melalui proses pembelajaran sepanjang hidupnya π
selamat maju jaya
dik mal
ampang, selangor
http://norakmal.blogspot.com
sedikit baca nampak lebih smart
banyak baca nampak more stupid
why ?
more and more you know, more and more too you don’t know.
Guys, never ending read. knowledge is more important than a false appearance.
To moderator, thanks for cerita tentang Warren Buffet.
Regards.
WanSukma – Indonesia.
salam…saya pun sudah bermula mencari ilmu…kebanyakan utk idea utk perniagaan…tiap2 minggu mesti kinokuniya atau mph utk cr buku…kalo x mampu beli..sy sanggup duduk berjam2 utk baca….
* pada sape yg nak tau rahsia warren buffet, saya dah terjemahkan ke dalam bahasa melayu…download kt bwh ni..
http://www.iklan-niaga.com/donload/warren buffet.zip
SEBENARNYA APA KEBAIKAN PD MEMBACA SERTA KEBURUKAN PD TIDAK MEMBACA…
baca memang perrlu tapi yang lebih penting gimana ngamalinnya he he GBU
irfan,saya baru je buka laman web ini..mmm agak menarik, tapi sebelum mula nak tanye dulu boleh ke…irfan business ape kat internet sampai dapat jadi jutawan…jual buku je ke…tak paham le…ada orang dapat seribu dalam masa 30 hari…berniaga ape dari rumah. Boleh ke saya ni…pl reply
saya mmg suka membaca & saya tak kisah apa jenis bahan bacaan yang ada asalkan dalam satu hari WAJIB saya membaca.kalau tak jumpa buku, apatah lagi suratkhabar rasa macam ada yang tak kena.walaupun bukan berkemampuan sangat tapi dalam satu bulan mesti dapatkan satu buku motivasi & yang berkaitan di pasaran. ok ke?
syabas kepada mereka yang membaca, tak kiralah berapa banyak buku dalam seminggu.
membaca adalah kunci ilmu. dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu di dada dan minda.
kalau kita baca 10 buku satu hari tetapi tak dapat menimba apa-apa ilmu darinya pun tak guna. kadangkala kita kena jadi sponge(tapi bukan spongebob), read and absorb apa-apa yang berguna dan praktikkan.
syabas sekali lagi untuk mereka yang membaca.
Salam sejahtera…
Memang membaca tu penting, mulakan dengan apa yang anda minat. jangan cari buku yang tebl2. dapatkan majalah yang menarik dan berinfomasi. dengan itu minat akan lebih cepat timbul.