Masyarakat kita sering mempunyai tanggapan negatif terhadap wang. Semasa kecil, kita sering dengar “Duit banyak pun, bukannya boleh bawa ke kubur”. Atau peribahasa mat salleh “Money is the root of all evil” & “Money cannot buy everything”.
Cerita-cerita di TV juga sering menonjolkan mereka yang kaya adalah orang jahat, mungkin menjalankan aktiviti jenayah (seperti Lex Luther, musuh Superman!). Mereka yang kaya juga sering di labelkan sombong dan bongkak.
Langkah pertama untuk anda mencapai kekayaan adalah untuk membuang segala tanggapan negatif terhadap wang. Kini masyarakat kita ramai seakan takut dengan wang oleh kerana takut kita di anggap seperti perkara-perkara di atas.
Sekiranya anda mempunyai tanggapan negatif terhadap wang, secara psikologi, ianya akan menghindarkan anda dari berusaha untuk mendapat pendapatan yang maksimum.
Pelajari dari masyarakat Cina- menganggap kekayaan dan kemewahan sebagai budaya mereka.
Ps: Tidak dinafikan wang memang boleh mengubahkan seseorang itu. Tetapi, ini bergantung kepada keimanan dan ketaqwaan individu tersebut ke arah mana perubahan itu- semoga ianya kearah kebaikan. 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Anda ingin menjadi profesor? atau Anda ingin menjadi jutawan? Saya amat “teruja” dengan sahabat nabi “Abdul Rahman bin Auf”. Segala usaha dan untung di dalam perniagaannya akan disedekahkan untuk tujuan agama. Ada riwayat mengatakan bahawa sahabat nabi ini sedekahkan 1000 ekor kuda, wang 800 ribu dinar dan kebun kurma untuk tujuan Islam. Bagaimana sahabat nabi ini berniaga?
Pernahkah anda terfikir mengenai YAYASAN GATES?, Yayasan paling kaya di dunia. Bagaimana mereka bertindak membantu penduduk miskin di dunia?
Assalamualaikum wbkt……..
Kuatkan Minda Untuk Berjaya..
Salah satu daripada asas kejayaan adalah kekuatan minda. Tanpa kekuatan minda, adalah sukar untuk sesiapa juga mencipta kejayaan khususnya di dalam perniagaan pemasaran berperingkat.
Kekuatan minda bermaksud, kita perlulah mempunyai keazaman yang kukuh untuk bergerak ke arah kejayaan. Bukan semua orang mempunyai kekuatan minda, namun ianya bukanlah sesuatu yang sukar untuk di capai. 3 langkah berikut mampu untuk membina kekuatan minda yang jitu untuk mana-mana usahawan:
Impian:
Anda perlulah mempunyai impian yang jelas. Impian setiap individu adalah pelbagai. Impian anda ialah apa yang anda inginkan yang belum anda miliki lagi.
Matlamat:
Anda perlu menetapkan matlamat bila hendak mencapai impian tersebut.
Fokus:
Apabila impian dan matlamat anda itu jelas, anda perlu fokus untuk mencapai impian tersebut.
Hehe, macam saya cakap hari tu, kekadang kata-kata tu keluar akibat dengki. Tak boleh tengok kesenangan orang lain. Orang kata, sebagai penyedap hati bagi yg tak ada duit. Kalau kita ad duit sikit atau banyak pun, semua orang perlu bersyukur, sebab ada hikmah masing2..
Sepatutnya dalam hal ini, kita patut tengok jauh ke hadapan. Dengan kuat dan utuhnya ekonomi, bukan si kaya je yg dapat manfaat, malah semua ummat manusia. Kalau yg berharta tu pemurah dan baik hati lah.. 🙂
Kalau kita dah kata TIDAK pasal wang, minda kita dah block untuk kita usaha cari wang. 😉
5M ……… MONEY, MANAGEMENT, MANPOWER, MATERIAL, MACHINERY. Konsep asas dalam perniagaan.
Sememangnya wang memainkan peranan yang sangat penting. Nak memulakan perniagaan pun memerlukan wang, nak menjahanamkan perniagaan pun berpunca daripada wang. Pemahaman keilmuan yang terbaik tentang pengurusan kewangan sesebuah syarikat adalah sangat mustahak. Sebab itu, dalam Islam wujudnya sistem tentang pengagihan hak & amanah di dalam perbelanjaan kewangan, iaitu dengan pemberian zakat (tak kiralah sama ada zakat harta, fitrah dsb) supaya membentuk sifat keperibadian yang sentiasa menerima hakikat bahawa segala harta yang dimiliki bukanlah KEPUNYAAN anda semata2. Ia membentuk ciri2 umat yang sentiasa bersyukur & beringat bahawa ada segolongan lagi umat manusia yang melarat dan memerlukan bantuan kemanusiaan.
SEBAB ITU SISTEM PERNIAGAAN BERBENTUK KAPITALIS DIHARAMKAN DALAM ISLAM. Kerana ia hanya menguntungkan sebelah pihak (pemodal) dan merugikan/menindas sebelah pihak yang lain (buruh).
Akan tetapi satu sahaja pesan saya kepada anda, plzzz dalam menjalankan biz tak kira apa sahaja jenis perniagaan yang diceburi, janganlah apabila sudah senang/kaya anda menjadi lupa diri dan yang paling ditakuti ialah PEREMPUAN (yang tidak halal). Penyakit bizmen MELAYU apabila sudah kaya. Percayalah daripada pengalaman saya kebanyakan TYCOON2 bizmen (tak perlulah disebut siapa) di Johor Bahru (my hometown) jatuh kerana PEREMPUAN. Nawaitu anda perlu diubah sekiranya ada menyimpan niat di dalam diri anda untuk memperlakukan sedemikian.
My email : janaanbistari@yahoo.com
wang boleh memberi kebaikan & kejahatan pada seseorang. Terpulang pada anda bagaimana nak gunakan wang, memang betul selalu org kaya ditunjulkan sebagai org jahat dlm tv & wayang. tapi dlm realiti pun memang byk berlaku dimana saje di dunia ini termasuk Malysia.
Sebagai org Islam ambillah resmi spt Abd Rahman Auf, lg kaya lg byk di derma, kekayaan tdk memberi kesan pdnya.Allah beri kekayaan pd nya, bila dia derma habis utk fisabillah, lg Allah beri kemewahan pd nya. sampai buah kurma busuh/rosak pun org nak beli darinya, kerana berkat rezeki Allah.
Kita digalakkan utk mencari WANG yang banyak, sebab tu ada pepatah arab menyebut, bekerjalah untuk duniamu seolah2 kamu akan hidup selama2nya, dan bekerjalah utk akhiratmu, seolah2 kamu akan mati esok hari, cuma kita perlu sedar, dlm kita sibuk mencari WANG, jangan lupa tanggungjawab dan kewajipan terhadap agama dan keluarga kita, biar ia seimbang dan berjalan seiring, sudah pasti kita akan memperolehi kejayaan yang berlipat kali ganda…
Jika kita menjadi org yang berWANG tanpa ilmu, kita perlu menjaga WANG, jika kita menjadi org yang berILMU, WANG akan menjaga kita…
“Pelajari dari masyarakat Cina- menganggap kekayaan dan kemewahan sebagai budaya mereka.”
Ya, Jika kita singkap sejarah tanah melayu sebelum merdeka, Masyarakat cina pada masa itu, majoriti menguasai bandar-bandar dan pekan-pekan, orang india di ladang-ladang dan orang melayu pula di kampung-kampung kecil.
Pada masa itu juga, masyarakat cina mengamalkan perniagaan ini sebagai budaya mereka sehinggakan pada mereka sambutan tahun baru cina sudah tidak berapa penting bagi mereka kerana mencari wang adalah segala-galanya bagi mereka.
Jika dahulu, orang melayu berniaga, tibanya cuti umum mulalah mereka menutup kedai akan tetapi tidak pula pada masyarakat cina. Sekarang sudah ada bangsa melayu mengikuti cara orang cina berniaga. Ini adalah satu sikap yang amat positif.
Pada pendapat saya, mengumpul kekayaan dan kemewahan adalah tidak salah, kerana Agama sendiri mengajar kita untuk maju dan sentiasa kehadapan. Akan tetapi mestilah berlandaskan kepada lunas-lunas yang betul.
Jika dulu orang berkata “Buat apa perlu cari wang bertimbun-timbun, bukan boleh dibawa mati”
Disini kita lihat, bagaimana ayat ini ditafsirkan oleh orang-orang yang berbeza.
Jika anda yang mempunyai matlamat dalam hidup, pasti anda tidak akan menjadikan ayat diatas tadi sebagai pegangan hidup.
Jika anda seorang yang bermatlamat, seharusnya anda memikirkan kepada tidak, dengan wang yang bertimbun-timbun ini, ada sebenarnya mengubah taraf ekonomi keluarga anda, memberi kesenangan kepada anak-anak dan generasi anda, dengan wang yang bertimbun-timbun kepada tidak anda simpan dan letakkan matlamat bahawa anda juga mampu memberi sumbangan kepada orang lain.
Dengan wang yang banyak, anda memberi semangat kepada orang lain bahawa kuasa dan kata-kata anda lebih didengar, anda mampu berkongsi dengan orang lain, membantu mereka yang tercar-cari arah hidup yang sempurna.
Jika anda rasa pendapatan saya ada kebenarannya, maka saya juga menyokong topik hari ini yang telah di utarakan oleh Irfan.
Moga apa yang beritahu kepada anda “Jangan takut pada wang”
Topik hari ini memang kena dgn saya. Kawan saya sering merendahkan-rendahkan kemampuan saya. Tapi saya yakin dan redha apa yang ingin dilakukan. Insyaallah, satu hari nanti saya juga boleh berjaya.
wang bukanlah segala galanya tetapi hari ini segalanya perlukan wang….
Wang bukanlah segala2nya dalam hidup, tetapi ada wang lebih memudahkan hidup dan membatu pada mereka yg memerlukan – money certainly make things easier.Wang cuma sebagai perantaraan, cuma manusialah yang mencorakkan buruk baiknya jika mempunyai wang.
Kebaikan:
Jika wang digunakan untuk jalan yang baik dan diredhai Allah, maka ianya membawa berkat bahkan bertambahlah lagi rezeki. Umpamanya agihkan wang untuk ibubapa dan kaum keluarga seta sahabat handai yg memerlukan, mendirikan masjid, menderma dan mendirikan yayasan bagi orang-orang yg susah dan segala macam kebaikan yg bolih dilakukan.
Keburukan:
Menjanakan wang dengan aktiviti yg tidak sihat dan bertentangan dengan nilai-nilai kemanusian dan bertentangan dengan ajaran agama islam.
Olih itu sebagai makhluk Allah yg dikurniakan akal fikiran , seharuslah dapat membuat pertimbangan yg wajar antara yg baik dan buruk.
Ingatlah hidup di dunia adalah sementara , gunakan wang untuk buat amal jariah seikhlas hati , semuga kita diberkati Allah di alam yg kekal.
WOoooooo!! Irfan mention Superman lagi!!
Well lex luthor adalah contoh negatif pasal wang. Cuba la tgk contoh positive..antaranya adalah Batman(DC Comics). Dia menggunakan kekayaan nya utk jalan kebaikan..
Satu lagi superhero dari Marvel yang kaya adalah IronMan yang menggunakan kekayaan nya utk bina “Armor” yang canggih utk menjaga keamanan sejagat. Wahaha
Kalau Anda memiliki kekayaan, apa anda mahu sumbangkan utk masyarakat? derma?
Kalau takde duit, nak g haji pon susah woo…sila pikirkan .. 😀
Setiap detik atau aktiviti memerlukan wang. Tiada wang tiada transaksi. Matlamat utama yang dibincangkan pada hari ini adalah bagaimana untuk meningkatkan ekonomi ? Setiap orang bercita-cita untuk menjadi kaya dan membeli apa saja yang diidamkan. Tetapi, persoalannya bagaimana untuk menjadi kaya ? Oleh kerana kurangnya berusaha dan masih kekal ditahap lama maka untuk menyedapkan hati dan sebagai alasan kegagalan, dikatakan wang adalah punca kemusnahan segalanya. Oleh itu marilah kita bersama-sama berfikiran positif untuk meningkatkan ekonomi kita agar dapat membantu terutamanya orang islam yang kurang upaya.
terima kasih semua, terlalu banyak input2 yang menarik hari ini!
kadang2 bila kita fikir negatif mengenai wang, kita sebagai peniaga (terutama perkhidmatan) pun rasa segan/malu bila beri quote kepada pelanggan betul tak?
memang wang tidak boleh di bawa ke dalam kubur tetapi perlu diingatkan disini.. nak masuk kubur pun bukan percuma sekarang…banyak juga belanjanya.
1. upah gali kubur
2. kain kafan
3. dan macam-macam lagi
untuk mengetahui lebih lanjut jumpalah pak imam atau sesiapa yang telah mengalami pengalaman ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
INGATLAH CARILAH WANG sebanyak mungkin untuk digunakan semasa hidup, dengan wang yang banyak boleh membantu orang lain dan lain2 banyak gunanya
assalammualaikum cek irfan saya nak tahu macammana awak bole tergerk untuk berjaya dalam usia muda
Selalu juga kita dengar ungkapan yang menjurus kpd: “tak payah cari duit banyak2” hidup ala kadar jelah, buat pe ada duit byk, mcm kata tu, dll lagi..
Kalau dengar orang kata macam tu, sah dia jenis “ananiyyah” -hidup untuk diri sendiri je..
Sebabnya dia tak fikirkan:
1) nasib anak pinak dan isteri yang disaranya
2) nasib orang yang berhajat kepada bantuan
3) utk keluar zakat dan sedekah
4) utk meningkatkan kestabilan negara dan m’srkat
5) utk melaksanakan fardu kifayah
6) utk pergi haji dan umrah
7) utk sembelih korban
8) utk bina masjid, surau, sekolah, tadika, tandas awam
9) utk adakan projek kemasyarakatan
10)utk bersaing dengan bangsa lain
11) utk meningkatkan maruah ummah
12) utk elak harga gula naik
13) utk bayar kos baiki buah pinggangnya bila rosak nanti
14) utk bayar upah usung dia ke kubur nanti
15) utk tidak menyusahkan orang lain
16) utk hidup lepas pencen
dan baaanyak lagi…
So, siapa kata wang tak penting? 🙂
So tetapkan matlamat untuk mendapat wang dan menguruskannya
Betul tue Irfan. Kadangkala kita rasa segan untuk mengenakan caj. Contohnya perkhidmatan, kadangkala kita anggap perkhidmatan yang diberi murah tetapi didalam perniagaan semua itu ditolak ketepi. Betul ker ??
“Input yang positif ..saya ada membaca satu topik dalam buku Azizi Ali berkaitan dengan wang..kita perlu berfikir wang adalah satu alat yang positif..wang tidak mempunyai perasaan…tetapi wang akan berkembang sekiranya kita menggunakannya pada jalan yang betul”
Apa yang penting kita harus bijak merancang kewangan. Sedangkan syarikat yang besar yang punya deretan akauntan yang bertauliah pun boleh terlingkup, inikan pula kita sebagai individu. Pengalaman saya menguruskan kewangan syarikat “Public listed company” selama hampir lebih 10 tahun banyak mengajar betapa pentingnya pengurusan tunai. If we fail to plan, we plan to fail.Yang penting simpanan 10% dari pendapatan seperti yang diunjurkan oleh saudara Azizi Ali sangat baik. Tapi susah nak ikut tambahan kos hidup sekarang ni.
Kamarulzaman Bin Baharom
â€Internet & handphone – Gabungan e-commerce terkiniâ€
betul ker blajar YPMKL dulu??
Maafkan saya, tapi saya tak berapa setuju dengan statement “Jangan Takut Dengan Wang” .. sebabnya ..
Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berdiri di hadapan pintu syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4919
Ada dua jenis peniaga di dunia ini, pertama adalah mereka yang berniaga kerana mencari kekayaan, kedua adalah mereka yang berniaga untuk mencari rezeki. Its a completely different thing.
Nway, bab ni kalau nak hurai sampai tahun depan pun tak habis. Sebab rezeki itu tak semestinya kekayaan, dan kekayaan tu tak semestinya rezeki. Wallau’alam.
Jika dulu orang berkata â€Buat apa perlu cari wang bertimbun-timbun, bukan boleh dibawa matiâ€
Tapi sekarang wajib berkata ! “Cari wang byk2 supaya pahala sedekah berterusan walaupun dah mati”
Agak bile org dulu2 dengar ungkapan camnie .. camne la keadaanye nye yer ? 🙂
Assalamualaikum.wbt.
Alhamdulillah dengan adanya wang dapat lagi kita menikmati rezeki Allah hari ni.Maka berfikirlah kita sejenak apa jadi kalau kita hanya berterusan mencari wang hanya kerana sesuap nasi? Tak terfikirkah kita untuk membela nasib diri,anak-anak, keluarga, bangsa, agama dan sebagainya?jadi jangan takut dengan wang.Dengan wanglah kita menjadi bahagia tetapi dengan wang kita tidak boleh beli iman.Dengan wang boleh kita jana iman ketahap yang lebih baik? sesamalah kita pikiaq2 no!! Wallahualam
Duit boleh merubah seseorang! Tetapi kalau ada asas yang kukuh insyallah kalau terpesong pun akan kembali ke pangkal jalan.
Saja nak kongsi ilmu free. Sdr Riezal, orang “dulu-dulu” sejak zaman nabi saw memang mengamalkan yang tu. Yang kaya sanggup bergolak gadai untuk fisabilliah. Yang miskin sanggup mengambil upah, seteruk-teruk kerja, upah tu pula sanggup diberi kesemuanya untuk fisabililah. Kalau orang “dulu-dulu” dengar “Cari wang byk2 supaya pahala sedekah berterusan sampai mati.” .. mesti dorang cakap .. “itulah yang Rasulullah saw ajar, dan itulah yang kami amal.” .. patutnya kita berasa malu menggelar diri “orang sekarang”, yang rasa diri lebih advanvce dari orang dulu. Wallahualam.
WANG.. CARILAH SEBANYAK2NYA DAN SEDEKAHKANLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..
CUKUP WANG HATI SENANG..
KALAU WANG TAK DAK, BIMBANG JADI MACAM LAGU SALIH YAACOB.. GALI3 LUBANG.. GALI LUBANG KAMBUS LUBANG PINJAM WANG BAYAR HUTANG…
AKHIRNYA BILA LUBANG LUAS DIGALI, UNTUK KAMBUS LUBANG LAIN.. JGN SAMPAI KAMBUS DIRI SENDIRI UTK TUTUP LUBANG SUDAHLAH.. HUSSHH SIMPANG..
DI AKHIR ZAMAN, ASAL MISKIN PUN BOLEH JADI KAYA..
WANG.. PERSONALLY, SAYA TAK PREJUDIS TERHDP JUTAWAN.. JUTAWAN PUN ADA HATI DAN PERASAAN JUGAK, KAN..?!! MGKN HATI JUTAWAN ITU SENDIRI LEBIH TINGGI NILAINYA DARI WANG YG DIMILIKI..
dasat juga jadi org ‘dulu-dulu’ nih yer… jikalau itu adalah satu kebaikan .. follow je la..nak tunggu apa lagi 🙂
Assalamualaikum wbt,
Saya ingin panjangkan sikit apa yang telah dihuraikan oleh ‘insan’. Mudah cerita macam nilah…
Kita tengok dekat pemeriksaan kastam. Seorang yang membawa satu beg plastik dari luar negara, pihak kastam akan bersembang sesama sendiri sambil memberi isyarat ‘jalan!’ kadangkala tak tengok pun orang tadi. Tetapi apabila seorang yang masuk dengan menaiki kereta atau lori yang penuh muatan maka kastam akan tahan dan memeriksa barang-barang dalam kenderaan tersebut ‘satu-persatu’.
Begitulah senario yang berlaku di Padang Mahsyar. Orang kaya merupakan mereka yang terkemudian dapat masuk ke syurga. Banyak perlu dijelaskan.
1) Dari mana dapat harta?
2) Halal atau haram?
3) Ke mana dibelanjakan?
4) Ikhlas atau tidak?
Memang benar kalau dah kaya banyak boleh buat. Tetapi makin kaya makin kuat godaan iblis. Ramai yang berjaya menghadapi godaan bila miskin tetapi tak ramai yang berjaya bila kaya.
Orang kaya yang dikehendaki oleh Islam ialah mereka yang kaya tetapi zuhud. Maknanya duit bukanlah satu perkara yang penting kepada mereka. Wang tidak menguasai mereka tetapi mereka yang menguasai wang. Mereka sedar wang yang mereka ada terdapat banyak hak orang lain yang perlu mereka tunaikan. Lagi pun, istilah kaya yang sebenar ialah mereka yang tidak mengharapkan apa-apa. Kalau kita dalam keadaan sentiasa tak cukup maka kita bukanlah boleh di istilahkan kaya kerana kita masih ‘tak cukup’ dengan apa yang ada dan masih mengharapkan lebih wang.
Sebab itu yang terbaik adalah hidup dalam serba sederhana. Luangkan masa untuk Allah. InsyaAllah jiwa akan aman tenteram dan tidak dalam keadaan terkejar-kejar ke sana ke mari tanpa mengira waktu dalam mengejar wang.
Sentiasa ingat.. Kalau kita kejar dunia, dunia akan lari, tetapi kalau kita kejar akhirat insyaallah dunia akan kejar kita. Jadi kejarlah akhirat insyaAllah kita akan dapat keduanya. Ingat.. Nabi kita (orang yang kita mengharapkan syafaatnya nanti bila di Mahsyar) masa wafatnya hanya di tanah yang berlapikkan pelepah kurma sahaja). Tapi jangan silap faham pula, nak kaya silakan tapi biarlah padan-padan patut. Sebab wang bukanlah segala-galanya.
memang betul kata IBNU ZATULSALASIL…..
3 KEBURUKAN ZINA didunia,sabda nabi
1. mati dalam dahaga
2. disisih masyarakat
3. mati dalam miskin(miskin ni yang takut)
harap2 bila kita dah mula menjana pendapatan melalui perniagaan ini, jangan mudah lupa diri setiap kekayaan kita nanti perlu kita ingat orang yang susah.
“Jika kita dapat menguasai minda, kita berupaya menguasai dunia”
askum,camne nak jadi seorang upline yang baik tanpa membuatkan dowline rasa sakit hati pada kita.
teringat cikgu saye cakap;duit bkn segala2nya, tapi segala2nya memerlukan duit!rite??
salam….umat ialam akan di pandang tinggi & di hormati bila kaya dgn ilmu & harta benda. knp kt takut untuk mencari duit yang lbh? sedangkan dlm Al-quran & hadis menyuruh kt mencari rezeki.sekarang banyak negara2 islam di tindas di atas sebab yang tertentu salah satunya dari segi ekonomi & kekurangan ilmu pengetahuan.
salam….saya berminat dlm jurusan perniaga semenjak remaja lagi kerana saya suka mencari penggalaman,bagi saya hidup byk pengalaman ni lbh berharga.tapi sampai sekarang sy takut untuk memulakan perniagaan:
-takut xmendpt sambutan pelannggan
-xd masa y sesuai(student)
-x tahu nak ambik sumber barangan kat mana
“Orang yang bijak adalah orang yang menjadikan hartanya sebagai hamba, Orang yang rugi adalah orang yang menjadi hamba kepada hartanya sendiri.”
fikir-fikirkan lah….
Rezeki dan kekayaan adalah hak Allah. Kita hanyalah penjaga amanah dan setiap harta yg kita perolehi ada bahagian atau hak orang lain… Memang kita perlu berusaha mencari kekayaan… namun jgn lupa tanpa rahmat dan redha Allah… we are nothing…
Sekian.