Jaga kesihatan diri – ada duit, tapi badan tak sihat!

Tip kali ini lain sikit… iaitu untuk jaga kesihatan. Untuk mengingatkan anda dan diri saya sendiri juga.

exercise.jpg

Perasan tak kalau kita tengok TV documentary mat salleh, ramai jutawan-jutawan barat dikalangan mereka yang berumur. Namun, walaupun berumur, masih lagi kuat dan sihat melancong, ke sana kemari, naik sports car, bawak yatch dan sebagainya.

Cara pemakanan & lifestyle orang barat secara langsung mempengaruhi kesihatan mereka. Berbeza dengan masyarakat kita- perlu lebih berhati-hati dengan kesihatan.

Nanti, kalau rezeki menyebelahi kita, ada duit banyak, tetapi kesihatan tidak menentu (keluar masuk hospital), tak dapat kita “enjoy” pulangan dari usaha kita selama ini!

Pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh Irfan Khairi Sdn Bhd 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

48 thoughts on “Jaga kesihatan diri – ada duit, tapi badan tak sihat!

  1. Salam Doc,

    Bagus sgt doc buka tips ni ari ni..ada SOALAN terpendam sgt..hehe

    Bila ckp pasal kesihatan ni, nak tanya pasal kesihatan sambil membina perniagaan internet.bila kita dok asyik dgn komputer..

    -cara posisi duduk..
    -kesihatan mata..berjam2 dpn komputer..semuanya mempengaruhi kesihatan kitakan..

    SOALAN sy macam mana Doc amalkan kesihatan badan dgn kerja seharian dpn komputer? Sy tahu kita kena ada jadual masa yg betul,tetapi contohnya la kita terlampau byk sgt kerja (melibatkan komputer) kita terpaksa menyiapkanya..even tidur 2-3 jam..macammana tu..blh doc kongsi sedikit dkt pembaca setia tip 1 minit :).

  2. Masalah utama kita di Malaysia ini (yang menyebabkan ramai masyarakat m’sia menghadapi masalah kesihatan) ialah amalan pemakanan kita dan budaya malas bersenam. Sebab utama yang menyumbang pd permasalahan itu pula mungkin disebabkan negara kita sedang berusaha keluar dari kumpulan negara membangun dan hampir mencapai taraf negara maju. Ini menyebabkan kita terlalu sibuk memajukan diri dan keluarga, telah mula keluar dari kepompong kemiskinan, mula dapat menikmati segala macam kemewahan, dan tanpa disedari kita hampir tiada masa utk beriadah dan menjaga kesihatan diri. Masalah melekakan sebegitu tidak ujud di kalangan masyarakat di negara maju. Mereka telah berada di tahap di mana mereka telah punya masa untuk memikirkan hal lain selain duit, mewah dan makan-makan. Sekadar pandangan bernilai 2 sen…

    http://zoomer.fotopages.com/

  3. doc & dear readers,

    topik ini memang saya suka, sebab saya berniaga dlm bidang kesihatan-wellness.

    health, wealth, happiness adalah resipi kejayaan hidup.

    kesihatan bermula dgn pemakanan anda. you are what u eat.

  4. first!
    Hmm..ya,hidup kurang bermakna jika kekayaan yg dimiliki hanya utk menanggung kos rawatan kita di rumah sakit.Maka,AMALKAN CARA HIDUP YG SIHAT !! 🙂

  5. Enjoy lah tu, keluar masuk hospital :D. Dari duk rumah jer memanjang . Tukar-tukar lah lokasi hospital tu, bulan nih hospital seberang jaya bulan depan hospital Pulau Pinang, bulan lagi satu hospital pantai , next HKL, next HUSM, next hospital Ipoh. Ok lah 😀

  6. Sebenarnya inilah perniagaan yang saya jalankan, menjadi perunding kesihatan MRT kepada pelanggan saya. Mengikut konsep ini kalau mahu sihat kita perlu amalkan 4 perkara :

    1. makanan seimbang
    2. oksigen mencukupi
    3. air yang bersih
    4. kesihatan rohani

    Konsep ini sebenarnya telah diperkenal oleh seorang pemenang hadiah nobel, iaitu Linus Pauling dari Amerika Syarikat pada tahun 1975.

    Saya sendiri telah amalkan selama dua tahun ini dan berasa amat sihat sekali.

    http://geocities.com/alihanafiah76

  7. Wah doc. Pesanan khidmat masyarakat yang lain skit nampak. Tapi, memang banyak orang yang abaikan pun.
    Kadang2 tu asyik ( preoccupied ) sangat buat kerja, dok depan komputer sampai lupa makan. Kala tgh malam pulak, sedar-sedar dah jam 3 pagi. Esoknya pulak nak bangun awal. Dah… tidur tak cukup.
    Di samping itu jugak, supliment pun perlu sbb keadaan sekarang ni, udara kurang baik, banyak air / makanan tercemar, mcm2 lagilah.
    Apa pun ni satu pesanan yang bagus untuk saya dan semua rakan..

  8. hehehehh…

    lama jugak saya tak bagi komentar kat sini…holiday kat istanbul 😛

    Ckp pasal kesihatan saya terbaca article kat Turkish Daily News pasal kesihatan.

    Article tersebut menyebut peripentingnya untuk kita makan sarapan pagi.

    Sebab badan kita memerlukan tenaga pada waktu pagi untuk metabolismenya berfungsi dgn baik.

    Ini kerana karbohydrate yang tersimpan dalam limpa kita habis digunakan apabila kita tidur.

    Sarapan pagi yang terbaik adalah bijiran dan buah buahan.Ia mengandungi seratonin, dan juga vitamin yang boleh menghilangkan stress seperti B6,magnesium dan potassium.

    Susu juga amat baik kerana ia memberi badan kita phenilanine. 🙂

  9. hi, shueqry here…saya akan berkongsi sebab utama saya resign dari Astro sbg Customer Service Officer, saya suka gi swimming pagi dan petang, menyanyi sambil buat kerja depan pc dan membaca time renggang, semua ini saya lakukan dalam 1 hari! saya cukup enjoy..terus terang saya suka ‘main air’..kalau tak swimming, fokus lari dan rasa tak sedap badan dibuatnya..idea juga lancar bila aktif swimming..

  10. sokong 100% dgn doc. orang yang sihat mempunyai 1000 impian.tapi orang yang sakit hanya mempunyai 1 impian sahaja iaitu…..SIHAT!

  11. ramai juga yang pernah tanya saya, saya selalu buat kerja depan komputer, mata masih ok. tak pakai speck (contact lens pun takde).

    Apa yang lakukan dan ingin kongsi bersama adalah, bila depan komputer, jangan sampai lebih daripada 20 minit tanpa rehat mata. So, every 20 minutes, pandang tempat lain dan main-main mata (bukan mengorat). Main mata: fokus sesuatu yang jauh, kemudian fokus sesutau yang dekat… ulangi aktiviti ini beberapa kali. kemudian, baru sambung kerja balik.

    dengan ini, mata pun menjadi sihat 🙂

    Orang-orang Malaysia, ramai yang cepat sakit. Ada yang umur 40-50 tahun, dah berbagai-bagai penyakit. sama-sama kita doakan kita dijauhkan daripada itu. tapi, perlu sendiri mau ingat- perlu jaga pemakanan & kesihatan sendiri 🙂

    majulah kesihatan untuk negara 🙂

  12. Yes..saya agree..coz kebanyakan orang kita x menekankan kesihatan…orang kalo..jutawan..bergaya..tu akan menambahkan kredibiliti..x de laa boroi..hehe..thanks

  13. A’kum dan selamat berhujung minggu.
    Satu tip yang menarik dari doc hari ini. Sbnrnya saya hampir 3 bulan berulang alik Penang ke Alor Setar untuk bergilir2 menjaga emak saya di hospital Alor Setar, kerana beliau mengidap barah pankreas.(Maaf, hampir 3 minggu blog saya tak dapat di kemaskini kerana lepas opis hour berkejar ke AS besok pg balik Png semula)

    Sepanjang pemerhatian saya di mana2 hospital memang cukup ramai orang di bahagian Jab Pesakit Luar (OPD) terutama pada hari isnin dan selasa. Kebetulan isteri saya seorang jururawat terlatih di OPD Hspital P.Pinang. Jadi dari sini, timbullah idea saya untuk saya buat satu blog tentang kesihatan dan skrg dalam proses kumpul bahan dengan isteri saya. Kalau tiada aral melintang blog ini akan siap dalam bulan April nanti (Hadiah April Fool kot….ihikks)
    Nantikan pengumumannya di http://www.jimieray.com/blog (Skrg saya sdg sebuk utk siapkan website jualan dulu utk produk RR SmartZul)

    Blog kesihatan yg sedang saya rancangkan ini juga sebagai menyahut satu seruan kempen kesihatan keluarga yang telah dilancarkan baru2 ini. Nantikan kemunculannya….

    Maaf doc, ambil peluang promosi sikit…takpe kan. 🙂

    “Kesihatan umpama sahabat, kehilangannya dirasai apabila ianya telah pergi”

  14. Bukan kesihatan saja perlu dijaga, hubungan kita dengan orang lain juga perlu sihat.

    Musuh jagan dicari sebab kalau kita senang tetapi hati tak tenteram, tak guna harga bertimbun.

    Hisham;
    “Sendiri mau ingat!!!” 😉

  15. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang kesihatan pekerja-pekerja di Malaysia pada masa sekarang.Sekarang banyak kilang-kilang yang berasaskan Chemical terutamanya di Pasir Gudang(tempat saya).Pada jangka masa panjang ramai pekerja dan penduduk di tempat tersebut akan terjejas kesihatannya akibat setiap hari terdedah dengan bahan-bahan kimia walaupun pihak syarikat sentiasa peka dengan alat-alat keselamatan,tetapi pekerja dan penduduk tak boleh menghindari 100%.Semasa muda tak terasa,tapi bila dah berumur 40an barulah badan terasa macam-macam.Lebih-lebih lagi di Malaysia memang terkenal dengan kerja Shif.Apabila kerja shif,badan dah tak tentu masa untuk rehat dan untuk riadah.
    Sebab itulah syarikat terbabit tak beroperasi di Negara beliau,beliau sudah tahu akan akibat jangkamasa panjang terhadap alam sekitar pekerja dan penduduknya.Sanggup beliau mendirikan kilangnya di sini,walaupun kosnya di sini agak mahal.
    Cuba renungkan sejenak!!!

  16. tq irfan for tip,

    5 thn lepas, saya amat rajin jogging dan bermain bola.

    then bila sibuk kerja dan layan karenah anak /isteri, saya lupa nak maintain.
    sekarang saya mula berjogging semula, berbasikal, main badminton serta jaga pemakanan.

  17. Alorrr…yelah yelah..hr ni kasih xmo makan nasik..huhuhu..

    bulan ni..saya target utk turun 0.5kg..
    (sikit-sikit lama2 jadi bukit)

    maka,
    0.5 x 10 bulan = 5kg
    65kg(berat semasa) – 5 kg = 60 kg

    huhu..oklah tu ..dari x turun langsung..
    sape ade masalah berat badan?? jom..kita turunkan..

  18. a’kum semua rakyat m’sia dimana berada. kesihatan memang penting tak kira usia,pangkat dan darjat. punca penyakit adalah lemah daya imun.banyak penyakit baru yg tak pernah ada masa atuk nenek kita dulu kan.. saya mengamalkan makanan kesihatan utk meningkatkan imun sistem,memang bagus dan ifektif. kalau nak tau lebih lanjut boleh email pd saya http://www.rashidah4life@yahoo.com. ok jumpa lagi. tingkatkan kesihatan anada ke tahap optimum.

  19. huhu..btullah.. i do really agree about the topic thait has been discussed..healthy is really important bcoz it is a chance of a lifetime..
    as a doctor at hukm, i’ve seen many unforgettable diseases..huh!scary huhh.. keep healthy guys!
    beware of da deseases..
    ngeee..
    c ya later..

  20. rakyat malaysia nie anggap masih sihat lagi tapi klau ‘time bomb’ meledak.ko tanggunglah sendiri.merokok 2 jangan berkotak kotak,kerja
    2 jangalah kejar duit aje.saya pernah keja syif.keja syif nie ada baik ada buruknya tapi lebih kepada buruknya.
    lagi satu sapa2 yang gemar main bola,tenis atau badminton dlm pkl 8 hingga 12 tu dinasihatkan
    berwuduk dan berkipas dulu lpas 2 barulah mandi,kalu mandi siram kaki dulu.sbb ada kes sorang pesakit paru paru berair dia kata lpas bermain terus mandi,dan diulang ulang dlm beberapa bulan.ok sampai disini aje.

  21. Satu aspek yang kita kurang sedari yang memberi kesan besar kepada kesihatan kita ialah TEKANAN.

    TEKANAN menyebabkan ketegangan kepada otot-otot badan kita. Menyebabkan pengaliran darah dan pernafasan tergangu, Fungsi organ utama menjadi tertakan dan lemah.

    Satu cara yang saya dapati berkesan mengurangkan tekanan ialah dengan SENYUMAN MATA. Caranya mudah:

    1. Duduk dengan tenang dengan MATA tertutup.

    2. bayangkan sesiapa yang anda sayangi muncul di depan anda dan ia tersenyum mesra

    3. Anda membalas senyuman dengan senyuman yang penuh mesra dan perasaan yang gembira

    4. Bawa senyuman dan perasaan gembira ke mata anda

    5. Kini anda membalas senyuman dengan senyuman mata yang tersenyum sayang.

    Cuba lakukan ketika anda marah atau sedih.

    Selamat mencuba
    Hairul
    http://www.warisanebook.com

  22. Nikmat kesihatan akan dihargai apabila kita ditimpa penyakit. Oleh itu hargailah kesihatan yang kita miliki pada saat ini dan bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas nikmat kesihatan tersebut.

    Sebaik-baiknya kita perlu belajar bagaimana untuk mencegah dan mengesan tahap kesihatan kita pada peringkat awal lagi sebelum ianya bertambah parah.

  23. Wah,saya mendapat banyak tip untuk BM Lisan saya yang tajuk “Cara Cara Menjaga Kesihatan Diri” sekolah saya. 🙂 Terima Kasih semua 🙂

  24. Seseorang itu harus menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Pemeriksaan doktor setahun sekali memang digalakkan tetapi pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang berisiko tinggi. Tindakan ini menyebabkan sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal dan menerima rawatan yang sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan penyakit akan dapat menghalang seseorang itu menderita dengan lebih teruk.

  25. KESIHATAN DIRI TU MACAM MANA NAK JAGA.TAPI SAYA FAHAMLAH SIKIT SIKIT.TAPI SAYA NAK SELANJUTNYA SEBAB SAYA TAK FAHAM YANG TULIS KAT ATAS TU

  26. salam..boleh tak tolong saya tetang tips2 penjagaan orang tua dengan baik di rumah mahupun di hospital..saya nak buat tambahan bg assgmnt sy..tlg sent d email sy ea..ok.tQ..

  27. Benar. Saya setuju bahawa kesihatan itu lebih utama. Berbekalkan kesihatan boleh berusaha mendapatkan wang. Ada ketika wang yang banyak tidak boleh membeli kesihatan. Mencegah lebih baik dari merawat(cakap untuk diri sendiri).

    Apa pun manusia cuma berusaha. Dari Allah juga kesihatan hakiki itu datang.

  28. Salam IK 😉

    Biasanya bila kita kerja keras… rasa cepat lapar dan tensyen…

    Secara semulajadinya kita mudah ambil apa saja makanan asalkan rasa lapar dan tensyen hilang…

    Itu yang buat penyakit datang dan berat badan bertambah 😉

    Sekadar berkongsi pandangan.

    TQ.

  29. Hai,

    Kesihatan adalah harta yang tidak ternilai,ada orang kaya tapi selalu sakit-sakit tidak guna kekayaan itu kalau kesihatan tidak dihiraukan.Nikmat sihat adalah pemberian tuhan yang paling berharga…

    zulnie

  30. duk depan laptop lama2 pun boleh sakit tulang belakang, kena jaga2 tuh, tapi as for me, kalau gi swimming, confirm fit, mabeleS

  31. Assalamualaikum IK, 🙂 lama tak bersua muka, asik jumpa dalam lappy nih je terutama facebook. Kali ini dalam topik kesihatan nih, saya nak menyarankan rakan-rakan yang terlalu kerap menggunakan komputer terutamanya diri saya sebagai penjual barangan online secara dropship di ebay. Masa saya banyak dihabiskan dihadapan komputer untuk membuat research produk dan mencari suplier. Ini membuatkan badan mula lemah tidak bermaya, sakit pinggang (mungkin cara duduk salah), batuk (merokok diluar rumah.. hehe)Apa pun kesihatan perlu dijaga.. setakat nih saya ingin mencadangkan agar rakan2 dan terutamanya IK mencari produk kesihatan seperti Makanan Tambahan bagi mengimbangi nutritent yang telah kita keciciran hasil dari pemakanan seharian setiap hari. 🙂 WAULLAHUAKLAM | daripada http://www.facebook.com/marblegobyfish

  32. tqs dr irfan for sharing topik kesihatan..mmg ramai yg terlepas pandang ttg isu kesihatan ini..selagi tak sakit, selagi tu amik kesempatan atas kesihatan yg diberi Allah..

  33. info yang bagus en. irfan. dok asik citer pasal bisnes jer sampai lupa kesihatan pon tak bagus jugak kan. bila dah sihat baru boleh buat kerja superb kan.

  34. info yg bagus dan bermanfaat. duit bukan segala galanya. tanpa duit, kita boleh menjaga kesihatan diri kita. bersenam dan amalkan gaya hidup sihat dapat menjaga kesihatan diri tanpa perlu keluarkan duit pun

Leave a Reply

Your email address will not be published.