Irfan Khairi bersama rancangan Al-Bayan, TV1

albayan.jpgHari ini saya dijemput sebagai tetamu program TV1, Al-Bayan. Ini kali pertama saya diberi peluang dalam rancangan berbentuk Islamiah. Terima kasih kepada JAKIM kerana memberi kepercayaan. Juga kepada host, Ahmad Fazli Yusof (Penulis buku bersama Dato Fadzilah Kamsah). Tajuk yang diperbincangkan tadi adalah “Penganggur Kehormat” – mengenai siswazah menganggur.

Satu point saya timbulkan adalah, mengapa para lepasan IPT memikirkan “cari kerja” sebagai keutamaan selepas meninggalkan IPT dan bukannya memulakan perniagaan. Sedangkan hadis mengatakan 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan?

Rasulullah juga adalah seorang usahawan!

Mudah-mudahan lebih ramai siswazah menganggur mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan.

Amat berterima kasih kepada production house yang tak jemu menjemput saya sejak kebelakangan ini. Minggu hadapan sahaja ada 2 lagi jemputan untuk program TV2 & TV3 pula.

Menjadi tetamu di dalam TV adalah salah satu cara promosi, disamping dapat membantu orang ramai. Hendak tahu bagaimana anda juga boleh lakukannya? CaraPromosi.com akan menceritakan! Tunggu pelancaran CaraPromosi.com dalam masa 4 hari lagi!

ps: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan mengambil kesempatan menjadi pioneer usahawan-usahawan Internet tempatan, jangan lepaskan menghadiri Workshop Jutawan Internet!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

23 thoughts on “Irfan Khairi bersama rancangan Al-Bayan, TV1

  1. Wow! Bestnya kita ni.Baru je masuk ambang 2007, macam-macam dah buat. Skarang stesen TV pun dah berebut nak jemput

    Lepas ni bolehlah dicalonkan sebagai usahawan popular! Saya akan undi dulu.

  2. Dan, takde lah TV stesen berebut saya macam artis-artis popular 🙂 tetapi alhamdulillah sering diberi kepercayaan terutama dalam bidang perniagaan Internet, Perniagaan & Motivasi.

    Dapat bayaran atau tidak? Bergantung kepada rancangan, personaliti dan juga peranan personaliti tersebut…

  3. tahniah ,
    semakin hari semakin bertambah rezeki , btw saya doakan dgn penampilan di media elektronik ini secara tidak langsung industri ebiz ini akan bertambah maju di malaysia ini kelak seterusnya menggalakkan ramai lagi golongan muda/lepasan graduan ipta/ipts utk berniaga/mencipta kerjaya sendiri.

    ohya, mcm mana prosedur utk saya bawa/jemput ke UUM, kedah ini, utk memberi ceramah berkaitan peluang perniagaan slps “graduate” kpd pelajar2 thn akhir saya?

  4. Asmk, !
    Sebenarnya saya nie pun cuma mengadap TV untuk rancangan tertentu sahaja…
    Saya lebih banyak mengadap komputer..
    Tapi sekiranya dimaklumkan lebih awal siaran TV yg menyelitkan InsyaALLAH saya tunggu lebih awal depan TV..
    Apakata dlm Tip 1 minit, selitkan..
    “Saksikan kemunculan saya pada esok hari dalam Rancangan XXX TVXXX jam XXX..”
    Itu sahaja cadangan saya.. tq

  5. mengenai bila keluar tv, saya sendiri tidak tahu. Selalu sekiranya ada jemputan TV, personality tu pun tak tahu bila akan keluar sebab ia bergantung berbagai2 faktor seperti kekosongan slot di TV. kadang kala 2-3 bulan kemudian baru keluar. Sebab itu saya tak penah sebut bila keluar 🙂

    Melainkan kalau rancangan LIVE, maka, masa tu juga keluar seperti saya di Seamat Pagi Malaysia, Malaysia Hari Ini dan Hello On Two.

    Oh ya, Nescafe Kick-Start akan bermula pada bulan depan (February) di TV3, kalau nak tengok saya jadi seperti “Simon Cowell” atau “Roslan Aziz”… nanti ada la di Kick-Start.

  6. Murah rezeki .. Publisiti melalui media massa utama spt TV mmg merupakan promosi yg besar impak dan pengaruhnya kepada reputasi dan kredibiliti perniagaan kita.

    Saya bersetuju ngan kata2 bhw graduate tak perlu terlalu memikirkan utk bekerja makan gaji. Kita perlu kelaur dari stigma konvensional macam tu. Ada degree tak bermakna kita mesti bekerja dgn org lain tak kira la sektor awam/swasta. Lagi bagus klu kita dpt merebut peluang perniagaan internet ini utk menjadikan ia satu platform utk berjaya.

    Tak kira la intentionally/accidentally (sbb dah lama menganggur, last2 decide nak berniaga). Kdg2 Allah yg akan lorongkan apa yg terbaik buat kita. Sbb tu bila masih tak dpt kerja, jgn cepat putus asa. Rezeki Allah di muka bumi ni Maha Luas… perniagaan je menjanjikan 9/10 daripada rezeki yg ada. Rebutlah peluang itu! Klu tak full time pun, maybe part time. Sekurang2nya kita boleh melahirkan lebih ramai usahawan dan jutawan melayu!

  7. Betul tu…kita kena tukar mentaliti “cari kerja” kepada “wujudkan kerja” untuk diri sendiri. Cari sebab untuk orang membeli dari kita. Melalui pengalaman saya, kita haruslah berani mentakrifkan apakah kerja yang kita boleh/mampu buat. Cari kelebihan diri dan “polish” the skill ke arah menjadi usahawan.

    Saya memang mengikuti blog Irfan untuk sekian lamanya. Banyak pengajaran dan maklumat tentang keusahawanan yang saya dapat dari sini.

    Terima kasih kepada semua.
    Keep it up!

  8. Semoga allah swt memberkati dan memurahkan lagi rezki agar dapat berkongsi serta memberi kesihatan baik rohani dan jasmani agar dapat bersama-sama keluarga tercinta serta sanak saudara dan sahabat handai..dan moga allah swt memberi petunjuk dan hidayah dalam segala hal yg lakukan demi kebaikan seluruh manusia amnya dan serta khususnya demi kebaikan agama , bangsa dan negara. Amin ya robbulalamin.

  9. wow!!! best nyer masuk tv lagik kiter tak sabor nak tgk rancangan tue.. ini macam kena tunggu gak depan tv tak mau lepas peluang tgk kat tv..

    betul kata tue siswasah2 kena pandai cari kerja sendiri belajar berdikari mcm2 bleh buat kan..
    nak harap makan gaji em… susah jugak musim skrg nie, tp jgn salahkan keadaan, munkin zaman telah berubah dulu org masuk universiti nak keje makan gaji, munkin zaman sekarang masuk universiti cari ilmu dan buka minda untuk pergi lebih jauh dari makan gaji… 🙂

    semoga IM2 malaysia akan lebih maju kehadapan, insyallah… 🙂

  10. hi ,
    saya setujunye la kenapa lepas habis IPT nak carik kerja.tapi sy rasa kalau duduk rumah buat research utk internet biz ni..mak ayah yang tak senang duduk..tgk kite mcm tak buat keje..sbb nnti jiran2 tetangga ckp anak sy dpt kerja dgn company A, company B..then our parents pun nak ckp mcmtu gak..sbb nnti dia ckp anak dia buat internet biz..jiran2 tu tak paham..

    zaman dulu, nak anak2 jadik posmen, cikgu, kerani.zaman sekarang nak kene keje dgn gomen, itu, ini..terjamin masa depan bg mereka..pdhal nabi kite pun usahawan..

    infact..saya yg keje tetap ni pun rasa mcm nak duduk rumah cpt2..kasik biz yg spt dlm website sy tu berjalan lancar..insyaAllah..sbb 9/10 dtg perniagaan..

  11. “Nescafe Kick-Start” rancangan ‘mesti tonton’..,
    pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan mentor/Internet Business Idol kita Irfan Khairi selaku… juri pengadil kan, ?
    Tahniah… Apakata nanti pula terbitkan “Internet Jump-Start” ke…
    Pesertanya ialah… psss agaknya pembaca tip 1 minit dapat priority dulu, kot…!

  12. saya seorang ex-graduan juga dalam bidang yang direbuti ramai “cikgu” (sebab senang dapat kerje kononnya). saya telah memulakan tugas saya sebagai guru sejak 1999. namun hati saya tidak senang. saya rasa saya ada bakat yang lebih daripada itu.

    saya telah mencuba pelbagai jenis perniagaan hingga akhirnya terlibat dalam perniagaan saya sekarang. kerana keyakinan dan potensi yang ada pada perniagaan saya sekarang, dan juga kerana impian saya yang ingin hidup atas kaki sendiri, saya akhirnya buat keputusan untuk menjalankan perniagaan saya sekarang secara sepenuh masa. saya akan tamat perkhidmatan saya sebagai guru pada 2 februari 2007.

    “BERANI MENCABAR DIRI SENDIRI”

  13. Untuk berjaya dalam apa jua bidang, kita mesti faham konsep bagaimana wang/duit boleh bekerja untuk kita bukannya kita berkerja untuk wang.

    Saya berpendapat begitu kerana pkebanyakan orang kaya/Jutawan atau yang berjaya termasuk . 🙂 menggunakan konsep/pendekatan ini.

  14. Untuk berjaya dalam apa jua bidang, kita mesti faham konsep bagaimana wang/duit boleh bekerja untuk kita bukannya kita berkerja untuk wang.

    Saya berpendapat begitu kerana percaya kebanyakan orang kaya/Jutawan atau yang berjaya termasuk . 🙂 menggunakan konsep/pendekatan ini.

  15. Assalamualaikum…
    Cerita mengenai graduan baru keluar dan ingin mencari kerja sudah lama diperbincangkan. Memang itu kebiasaanya. Bila baru keluar mesti nak cari kerja. Selalunya kerja yang dicari mesti berkaitan dengan bidang yang dipelajari. Pengalaman saya juga begitu dahulunya. Dan saya tidak nafikan. Sehinggakan ia menjadi satu kerisauan. Tidak ramai dari kalangan lepasan IPT memikirkan jalan untuk memulakan perniagaan. Di mana silapnya? Saya pun tak tau dan mungkin terlalu banyak faktornya. Tapi saya rasa mungkin memerlukan pendedahan dan kesedaran pada setiap pihak. Wallahualam.

  16. Bile live dalam TV??…nak kate miss..x penah nampak..plak…aper2..makin popular….betul kata ..graduan perlu memulakan perniagaan…tapi mentaliti graduan susah untuk diubah…

  17. assalamualaikum..

    saya amat tertarik denagn bentuk perniagaan internet yang di nyatakan. namun say tidak athu menahu lansung tentang biz ini. harapan saya agar IK sanggup membantu saya untuk nmerealisasikan impian bisnes internet saya sebagai goals saya sendiri. saya punyai produk untuk saya ketengahkan di sini kerana apa yang saya nampak peluang di sini amat luas sedangkan say juga ada peniaga2 yang ingin mempromosikan barangan jualan mereka. di sini saya ingin menjadi agenpemasaran mereka. tolonglah bantulah saya dalam impian saya ini …
    sekian terima kasih

    ju

  18. salam.sy akui brkenaan hadis itu.mmg 9/10 rzeki dr prniagaan.sy msh plajar di UMS,W/pun bgitu sy tdak snyi drpad mlakukn pniagaan smbilan di tmpat sy blajar.krna itu saja y dpt mmmbri sy kpuasan.mgenai prniagaan internet ini..sy mgaku sy tak tau apa2..yg pasti sy akan brusaha utk mguasai kmahran ini d sy pasti akan mlakukan prubhan dlm hdup sy.Kbtulan sy brda d sabah..sa1 pluang keemasan to sy krna sy brada bedekatan dgn smber yg skiranya dbeli dsmnangjung 3x lbh mahal hrganya.krana sy ykin..sy psti akan berjaya IK.Trima kasih krna IK mnaikkn smgat sy.

Leave a Reply

Your email address will not be published.