Ini antara CABARAN yang di lalui oleh usahawan. Perasaan “Kesunyian”!

Menjadi seorang usahawan sering kali dikaitkan dengan business networking yang besar, pekerja yang ramai, aktiviti yang tiada henti, dan berjumpa dengan ramai orang.

Tetapi ramai yang tidak tahu (lebih-lebih lagi mereka yang tidak menjalankan perniagaan), sebagai usahawan, sering terasa bersendirian dan lonely.

Siapa faham apa yang saya kata kan ini?

Saya sendiri tak lari dan sering terasa bersendirian/lonely dalam perniagaan. Walaupun terbang sana sini, berinstagram dalam kapal terbang, kendalikan live bersama ber puluh ribu followers, menjalankan program di Malaysia dan juga luar negara, tetap akan dilanda perasaan “bersendirian”.

Ingat lagi saya satu masa dulu pertama kali saya merasakan perasaan berseorangan/lonely, adalah apabila saya dijemput ke luar negara (Korea tak silap saya) untuk memberi talk. Program yang akan dikendalikan pada keesokan harinya akan disertai oleh beribu peserta dari serata dunia (Asian Small Business Conference, Seoul). Tetapi malam itu di hotel seorang diri terasa sangat2 lonely. Maklumlah, isteri dan anak-anak jauh beribu batu.

Itulah dianya, walaupun dikelilingi beribu orang, tetap akan terasa kesunyian sebagai seorang usahawan.

Tetapi, tak semestinya apabila kita jauh dari orang tersayang sahaja sebagai usahawan kita akan rasa keseorangan, bila dekat juga adakalanya terasa. Lebih-lebih lagi apabila perniagaan dilanda cabaran yang hebat, dan seakan-akan tiada siapa kita dapat mengadu masalah dan dugaan yang menimpa. Waktu itulah kita akan terasa sangat-sangat lonely.

Mereka yang bukan merupakan usahawan agak sukar memahami seseorang usahawan. Ianya umpama dunia yang berbeza. Dan dibandingkan, mereka yang bergelar usahawan adalah dalam lingkungan seorang atau dua sahaja di kalangan 10 orang. Sebab itulah sebagai usahawan, adakalanya kita terasa keseorangan apabila 90% dari orang ramai adalah bukan usahawan. Dan ramai antaranya tidak faham.

Jadi, jika anda sebagai usahawan adakalanya terasa keseorangan atau lonely, jangan risau. Ianya terjadi pada ramai dikalangan kita. Dan jika di landa sebarang cabaran dalam perniagaan, jangan risau juga. Follow saya rapat-rapat. InsyaAllah, I am with you! Stay strong ??

IK

PS: Dalam 2 minggu lagi saya akan mulakan pengambilan *TERBARU* Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Jika anda ingin menyertai dan jadikan saya sebagai mentor anda sempena 2020 ini, dapatkan maklumat lanjut di www.OpenEducation.com.my dan daftar hari ini.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.