Kita semua pernah dengar peri bahasa tu kan? dan ada kalanya, kita juga terjerat dalam keadaan “hangat-hangat tahi ayam”.
Pada mulanya, semangat berkobar-kobar nak lakukan “sesuatu”. Motivasi pun tinggi! Semangat tinggi! Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.
Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur. Motivasi, semangat dan keyakinan hilang…
Bagaimana caranya untuk maintain dan meneruskan sesuatu motivasi?
Cara saya adalah dengan melakukan “sesuatu” tersebut setiap hari. Jangan lakukan sedikit sahaja, atau cukup syarat sahaja, tetapi lakukan bersungguh-sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.
The trick is, jangan biarkan satu hari berlalu tanpa anda melakukan perkara tersebut kerana ini akan mengurangkan momentum anda.
Katalah anda ingin memulakan perniagaan Internet. Setiap hari, lakukan sesuatu supaya anda lebih dekat dalam mencapai matlamat anda tersebut. Tak kira sama ada membaca mengenai perniagaan Internet, memperbaiki idea perniagaan internet anda, membeli web hosting dan domain name untuk perniagaan Internet dan sebagainya. Setiap hari MESTI ada sesuatu yang anda lakukan untuk perniagaan Internet.
Sememangnya pada tahap permulaan memerlukan paksaan. Setiap hari selama 2 hingga 3 minggu perlu lakukan sesuatu itu tanpa putus. Apa yang akan terjadi adalah, makin hari, ia akan menjadi tabiat anda. Dan apabila menjadi tabiat, maka, tidak lagi perlu dipaksa dan momentum akan ada setiap hari InsyaAllah.
Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat-hangat tahi ayam ini. Dan ianya adalah amat merugikan apabila momentum kita hilang.
Keep the momentum going!
Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet untuk menjana pendapatan tambahan, sertai Program Intensif 6 bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial untuk memberi momentum keusahawanan kepada anda. Program yang terbukti melahirkan ramai usahawan Internet Malaysia ini kini dibuka untuk pengambilan seterusnya bermula minggu hadapan. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk keterangan lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
ya…
hari2 saya masuk website ini untuk memastikan momentum saya tak hilang..
TQ Abang Irfan
Salam Pembaca Tip 1 Minit,
Saya rasa perkara ini “berkemungkinan” mudah berlaku pada seseorang -> terutamanya yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet.
Bila segala masa, wang dan tenaga telah dikorbankan untuk membina laman web..Kemudian, disambung pula dengan proses promosi, baru kita sedari yang perniagaan ini tidak semudah yang kita sangkakan.
Apa tak nya..dah seminggu promosi, masih tiada sale..Rasanya, website dah ok dah..dah ikut dah semua tip yang sifu ajar..Tapi, masih tak menjadi..
Apa lagi yang tak kena, ek…? Nak give up ke? Nak try bisnes lain pulak ke?
Setelah berfikir buat seketika berdasarkan pengalaman sendiri, kemudian saya buat satu konklusi..
Kalau kita rasa, yang kita ni jenis orang yang “hangat-hangat tahi ayam”,(selain ikut apa yg IK bagi hari ni)..
>>kita mesti cari sekurang-kurangnya SEORANG TEAM-MATE/ bisnes partner..yang serasi dengan kita, yang ada mind set nak berjaya, dan sanggup mengharungi segala cabaran dalam dunia bisnes ini.
Lidi sangat mudah dipatahkan bila ia tinggal SATU, tapi lidi tak mungkin dipatahkan bila ia duduk secara berKUMPULAN.
So, jangan duk wat bisnes sorang-sorang.. carilah KAWAN…InsyaAllah, semangat akan terus berkobar-kobar..tak akan jadi “hangat-hangat tahi ayam”
“Masih Terlalu Awal Untuk Mengalah..
Semoga Berjaya!”
Ikhlas,
free-dom
sama juga…saya hampir setiap hari setiap kali buka internet explorer memang website ni lah yg akan keluar…i dah set as default website
nak berjaya kena sentiasa bersemangat…
Assalamualaikum…
Tq Irfan, sungguh bernas tip hari ni.
Tq.
Tekadkan pendirian, ayuh keluar mengundi 8 Mac ini, jgn “warm2 chicken shit” sahaja..
Peribahasa yang saya rasa sesuai untuk trick tersebut adalah sedikt-sedikit lama2 jadi bukit. Usaha setiap hari secara istiqamah akhirnya berjaya meraih hasil yang besar.
Salam kasih sayang,
Ya memang benar, ia adalah suatu ketetapan(Qadak Allah). Apa saja yg kita ulang pasti akan menghasilkan suatu (keajaiban pelaziman), sama ada kita kehendaki atau yg kita benci, bila kita fikrkan selalu ia pasti akan berlaku.
Sebab itu selalu fikir, “apa akan jadi pada diriku esok hari?..kiranya aku terus begini…
Syukur. Keberkatan bagi kita semua. Amin
Ya,
Saya juga masuk website ini untuk memastikan momentum yang berterusan. Saya juga buat link dengan blig saya untuk pastikan tak lupa untuk melawat blog ni setiap hari.
salam,
memang satu ketika momentum ni dah kurang..
tp dgn m’gunakan cara spt yg bro irfan ckp, kita kena melakukan â€sesuatu†setiap hari,dpt jugak kekalkan smgt n motivasi
Kadang2 terasa MALAS.. tu yg terbengkalai tu.. yg penting diri sendiri mesti mempunyai motivasi yang tinggi.. saya selalu dapatkan motivasi dengan mengunjungi blog2 usahawan internet tempatan yang telah berjaya.. 🙂
Yep!! momentum tu sangat penting untuk memastikan sesuatu yang dilakukan itu berterusan.
motivasi + minat = momentum 😉
Saya bukan seorang yang “Warm Warm Chicken Shit” 😀
Ya… sangat setuju, nak berjaya dalam apapun kita kena istiqamah. Dalam Islam istiqmah amat dituntut. Contohnya solat, Allah wajibkan 5 waktu saja dan yang penting istiqamah baru lah berjaya dunia dan akhirat. Kalau nak tambah lagi dgn solat sunat yang lain? Tambah la sikit2 jgn hangat-hangat tahi ayam, buat sekali banyak2, pastu tak buat langsung.. 🙂
*Setakat ni, KAWAN saya yang paling setia ialah tip satu minit.
dalam masyarakat kita, ramai yang hangat2 ___ ayam. sebagai motivator juga, selalu sangat jumpa keadaan ini… kesian… 🙁
-IK
betul tu…momentum sgt penting…
hari-hari saya surf web ni supaya minat saya
bertambah dalam..bagi saya orang yang hangat-hangat tahi ayam ni adalah orang yang tamak untuk memiliki segalanya dalam satu masa dan tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam satu-satu perkara, yang mana akhirnya ‘yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran’
betul tuh. kita kena buat setiap hari jika tidak mahu kehilangan momentum tersebut. tanpda tindakan yang berterusan, maka hasilnya akan hanya sekerat jalan. sangat rugi jika jika kehilangan momentum kerana bukan mudah untuk mendapatkannya semula.
salam, IK.
menyelenggara (maintain) semangat boleh menjadi satu cabaran. sedangkan iman pun ada naik dan turunnya (spt Hadis Nabi saw). saya amat setuju dgn pendapat bhw kekalkan semangat dgn melakukan kerja berkenaan tanpa henti walau sehari. jika didlm bisnes, selalunya oksigen bertahan selama 3 bulan dan oksigen (atau semangat) perlu ditambah/ dicaj semula sebelum ianya expire.mana-mana bisnes, ‘pepatah’ ini adalah terpakai.tk.salam.Syamsul
Saya baru nak mencuba bina pengetahuan, maklumat,dorongan menuju kejayaan..doakan
saya ada sedikit pengetahuan dalam membina website sendiri dan marketing. tips dalam buku doc akan saya implementasikan. tak perlu page yang sarat-sarat..before this, saya berangan nak guna flash dalam website sy..hahaha…kelakarnye…bak kata orang, bisnes saya ni diibarat macam baru nak menyemai biji benih…dah berangan lebih2…skang website sy in progress…sy akan guna tahi ayam untuk membaja bisnes saya ni agar berkembang mekar dan membuahkan hasil…dun get me wrong, bukan sy yang hangat2 tahi ayam, malah sy akan utilise balik tahi ayam tu…thanx doc…u r my mentor,my sifu…
emmm,mmg ada berlaku macam ni,bila usaha tak berhasil…
Go GO abang irfan!!!..I am your big fannnn!
Perniagaan berasaskan apa yang kita minat tu memang bagus, sekarang dh masuk thun ke-5 sy buat ape yg sy minat, income mmg xde sgt, tp kepuasan tu ad.. tp bila dh mkin lame, umur pn dh brtmbah, rse nk stop pn ad, sbb dr smpai skrg khidupan sy x brubah.. stop bkn brmkna give up, cuma excited tu dh mkin kurg.. lgpn sy rse 5 thn bkn 1 tmpoh yg skejap & dikira hangat2 tahi ayam.. ape pndapat IK & shabat semua? ape2 pn , sy sntiasa memerlukan support dr kalian juga.. please support me..
terima kasih IK, nasihat yang sangat berguna, jatuh bangun sesuatu yang kita usahakan adalah tergantung atas perancangan dan usaha kita , disamping bertawakal kepada Allah.
Islam pun mengajar kita kita untuk beristiqamah
.
keep up good work IK