Pagi semalam pertama kali saya mengendalikan segmen program TV saya di astro awani – WW bersama Dr Irfan Khairi (segmen secara langsung 11.30 pagi). bercakap mengenai Belanjawan 2008 (tetapi di permudahkan untuk semua- bukan seperti pakar kewangan mengulaskan belanjawan). Memang nervous / gementar dibuatnya 🙂 !
Bukan kali pertama saya menjadi host segmen TV, sebelum ini saya pernah menjadi host rancangan Get Set Go (gambar sebelah). Tetapi, di astro Awani kali pertama mengendalikan segmen secara langsung/live. Kalau Get Set Go (RTM), dirakamkan dan kalau tersasul boleh: “CUT!”. Begitu juga menjadi mentor Menjana Impian (TV9).
Pengalaman gelisah & gementar adalah perkara biasa dan normal. Ia sememangnya dimestikan untuk memperbaiki diri sendiri. Ramai yang tidak mahu melalui pengalaman gelisah dan gementar! Keadaan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada punca utama kejayaan tidak tercapai iaitu- TAKUT KEPADA KEGAGALAN!
Teringat saya kepada pertama kali saya menjalankan Workshop Jutawan Internet pada pertengahan 2005. Ya, Workshop Jutawan Internet sudah dijalankan lebih dari 2 tahun.
Pada ketika itu, memang gementar. Nervous sejak berminggu-minggu sebelum hari Workshop. Malam sebelum workshop, saya tak boleh tidur memikirkan kegementaran. Memikirkan hari workshop perlu berdepan dengan lebih kurang 20 peserta. Namun begitu, semua itu perlu dilalui oleh kerana ia hanya memperbaiki diri kita sendiri keluar daripada zon selesa…
Fast forward 2 tahun kemudian kepada hari ini…
Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan yang amat hebat di Kuala Lumpur, dan Singapura. Infact, hari ini saya akan bertolak ke Singapura untuk menjalankan Workshop Jutawan Internet, Singapore untuk kali ke-dua pada hari esok, dengan penyertaan lebih daripada 70 peserta!
Pengalaman sebegini juga memperbaiki diri saya apabila berhadapan dengan 700-800 hadirin untuk sesi talk seperti Gerak Usahawan serta Berita Harian Financial Conference di Singapura!
Semuanya bermula dengan kali pertama di mana kita perlu memaksakan diri kita menghadapi apa sahaja kegementaran atau nervousness!
Saya & Suhaimi Sulaiman ketika majlis pelancaran astro AwaniÂ
Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suhaimi Sulaiman & Rozi yang merupakan orang kuat astro yang bertanggungjawab mengambil saya menjadi part-time di Awani. If I don’t do well, blame it on them. Ha ha 🙂 Juga kepada personaliti berpengalaman Amir Mahmood, Kamarul (Kam) dan semestinya Dang Suria yang mengajar saya untuk menjadi host (bukan web hosting!) di astro awani. Dikelilingi host yang hebat sebegini, kalau saya sendiri tak jadi hebat, tak tau lah nak kata apa 🙂 Kira saya ni Learn-as-you-go!
Keratan Berita Harian semalamÂ
So, tip hari ini. Jangan takut kegagalan. Takutkan kegagalan mengakibatkan kita nervous & gementar- iaitu perkara yang biasa dan normal! Lalui segala kegementaran itu dan secara automatik, ia akan menjadi kebiasaan dan gementar pun hilang! 🙂
Anggap gementar & nervous sebagai suatu yang kita MESTI LALUI tidak kira apa!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Askm….Selamat Pagi,
Tahniah kepada ..Tak dapat tgk segmen program tu,coz kerja. Memang betul kata bukan hanya berdepan dengan orang ramai tapi, apa-apa yang dilakukan “1st time” memang gementar. Macam-macam yang tefikir di kotak pemikiran,kegagalan,penolakan,kritikan tetapi selagi tidak mencuba kita tidak akan tahu hasilnya.
slmt pg ,
saya pun gementar bila buat presentation di kolej…huh…takut juga mula-mula nak mula tu…tak tahu nak cakap apa…
tp selepas mula gementar semakin kurang…semakin lancar katakan…hehe…
han
selamat pagi
Tahniah . sy doakan akan lebih berjaya selepas ini. Sy tak dapat tgk rancangan tu sbb berada di China.
Mmg kali pertama akan terasa gementar. tetapi kita kena fikir dengan positif ape yang kita lakukan tu.
Salam Doc,
During presentation mana2 pun, biasanya first 5 minutes tu je yang nervous. Lepas tu makin lama makin ok as dah rasa comfortable dengan audience
Waaaa…best! best! Very happy for you Doc!
Gementar ni memang xleh lari arr…last time, walau saya dah bertahun-tahun naik stage buat show, saya tetap gemuruh, gementar, terkucil n nak terkencing je hahaha 😆
Tapi Sifu, I ADA nak tanya ni…
“Dulu I selalu masuk TV and mencari-cari peluang untuk keluar TV sebab saya nak berjaya dan more income…YANG PELIK di sini, you dah BERJAYA, you dah MILLIONAIRE…is there any particular reason you nak masuk TV???…reALLY CURIOUS!!!:)”
channel berapa
emzek > saya doakan kesemua pembaca tip satu minit berjaya dan terus berjaya sentiasa!
Razzi > i will answer dalam sehari dua 🙂 good question.
taqiyuddin > channel 95. hari tu saya tersilap kata 96. Astro awani = saluran 95
Saya berminat nak ikuti workshop .
tap tak berkemampuan..
saya semakin berminat mengikuti perkembangan la..
We must work out of our comfort zone to achieve something extraordinary.
Its a MUST! 🙂
Tahniah, diatas pelancaran astro awana.
Bagi saya gementar tak pernah hilang walaupun menda tu dah dibuat sekerap mungkin.
Biar la gementar yg pnting kta berani buat..
Anywy good luck esok. Bila la saya dpt gi…
takde repeat ke? kalau ada boleh tgk balik kalau termiss.
Masa kat Univ. dulu memang gementar jugak nak buat presentation jadi perhatian satu kelas.Org yg tengok tak rasa apa-apa tapi kita yg dok bercakap depan org ni yang terasa…hehe 🙂
Astro Awani la Aisyah..
Bukan awana..=)
assalamualaikum..
kegementaran memang berlaku untuk yang pertama kali mencubanya..perlu diingat, dari situlah kita tahu kelemahan dan kegagalan diri kita dan terus memperbaiki kemampuan diri manjadi lebih maju dan berkarisma..
saya juga adalah salah seorang yang kuat gementar dan sedaya upaya mengubah “penyakit” ini untuk masa depan saya sendiri..
“usahawan pilihan kerjaya” miz..
Astro awani la..=)
Assalamualaikum Irfan & semua…
Tq di atas tip yg diberikan.
Gementar bila kali pertama buat sesuatu perkara baru atau xbiasa kita buat memang selalu terjadi. Teruk jugak dibuatnya..
Tq juga kerana mendoakan kejayaan kami semua. Begitu juga yg kami harapkan kpd Irfan.
Camner workshop hari ni, semua ok?
All the best to you…
“There will be ‘the first time’ in everything we do”… That’s for sure.
Once kita dah melalui pengalaman pertama tersbut, maka rasa gementar akan semakin pudar… Bukan la hilang langsung, bak kata Razzi Rahman :)Tapi sekurang2nya… the 2nd time round and the following ones, kita akan rasa lebih yakin dan semakin matang utk handle perasaan gemuruh dan gementar kita…
So, for those yg akan melalui “pengalaman pertama” dlm apa jua perkara… tarik nafas dalam2… dan just laluinya, and enjoy it! InsyaAllah kita akan lebih tenang menghadapinya….
AWANA KE OR AWANI tak penting! Yang penting now dah tukar instead thursday…
NOW – ISNIN 11.30PAGI CHANNEL95 – WACANA WANITA
Tahniah buat Doc. Hai, makin lame makin bz la doc.. mesti dah xde masa nak update tips 1 minit ni setiap hari.. apa2 pun.. wish u goodluck! :p
Bismillah, Assalamualaikum Tahniah kepada dan Astro Awani. Pelancarannya pun bertepatan dengan hari jadi ku.
TAHNIAH doc, tak sabar nak balik Msia nak tgk rancangan kendalian Doc.
Saya dah jadi peminat setia Tips 1 minit, sejak terjumpa website jutawan internet…
All the best to you, Doc