Gandakan kejayaan anda

Mencapai kejayaan adalah umpama satu pertandingan lumba lari yang sengit. Dalam lumba lari, katakan pemenang tempat pertama mendapat hadiah yang bernilai 5 kali ganda lebih dari pemenang tempat ke-dua.

Adakah ini bermaksud pemenang pertama adalah 5 kali lebih laju dari pemenang tempat ke-dua?

Tentunya tidak!

Begitu juga dengan mencapai kejayaan. Untuk mencapai kejayaan, tidak bererti anda perlu lebih baik 5 kali ganda atau 10 kali ganda dari mereka di sekeliling anda.

Anda cuma perlu mencari kelebihan pada diri anda sendiri supaya anda dapat menandingi mereka didalam industri anda. Dengan kelebihan tersebut, anda akan mendapat pulangan 5 kali ganda atau 10 kali ganda lebih dari mereka disekeliling anda.

Cari kelebihan pada diri anda sendiri, atau belajar ilmu-ilmu baru supaya anda mendapat sedikit kelebihan yang akan memberi anda pulangan yang berkali-kali ganda.

PS: Workshop Jutawan Internet akan menunjukkan bagaimana anda dapat gandakan kejayaan perniagaan Internet anda.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

8 thoughts on “Gandakan kejayaan anda

  1. alhamdulillah, teringat pada USP yang jelaskan dalam bengkel dulu. keunikan satu kelebihan juga, kan? dengan USP kita dapat menonjolkan produk kita berbanding pesaing walaupun keunikan itu sikit saja.

    …sudah cukup utk org perasan.

  2. Teringat saya pada juara baru AF4…Faizal…yang mencari bakat pada dirinya dan mencapai kejayaan..walaupun masih ade ramai yang hebat..tapi usaha akan berterusan akan membuahkan kejayaan yang lebih hebat….Thanks ..

  3. Assalamualaikum….
    Setiap dari kita merupakan insan yang cemerlang..kita lahir dari benih yang cemerlang…semua orang mempunyai bakat. Maka persaingan dunia perniagaan bukan satu perkara yang simple..penuh dugaan dam cabaran. Namun jgn berputus asa dalam mencuba untuk menjadi yang terbaik, kerana setiap dari kita dikurniakan rezeki dan peluang masing-masing..

  4. hurm..teringkat kepada ujian mengenal diri sendiri pada kelas kaunseling dahulu.

    Kekuatan: bab-bab komputer, multimedia, jenis sombong pada kekalahan.
    kelemahan: jenis yang terburu-buru..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.