Apakah tugas yang anda dapat lakukan yang memberi nilai paling tinggi pada diri anda sendiri atau syarikat anda. Anda akan mendapati terdapat 20% dari tugas anda yang akan memberi 80% kepada nilai/pulangan yang anda lakukan.
Tentukan apakah tugasan 20% teratas tersebut dan fokuskan segala usaha anda dan beri lebih masa untuk melakukan tugasan tersebut.
Kemudian, tentukan pula apakah tugasan 80% tersebut yang tidak memberi nilai yang tinggi kepada anda. Cari jalan untuk mengagihkan kerja tersebut, ataupun sekiranya boleh, hapuskannya dari rutin kerja harian anda.
Dengan melakukan ini, anda akan dapati bahawa fokus anda akan lebih kepada tugasan berproduktiviti tinggi sahaja. Teknik memberi fokus ini akan dapat menggandakan pendapatan anda dengan pantas.
ps: masih ramai yang kurang jelas mengenai licensing semalam. Insyaallah saya akan beri tip mengenai licensing esok dalam tip perniagaan! 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Masih lagi tgh buat website. Ya Fokus memang penting dan teramat-amat penting.
ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah…Kita akan sama-sama tahu
cara untuk licensing esok
Kita tunggu je
TKasih…………..
Tak sabar untuk tunggu hari esok. saya masih kurang jelas apakah aktiviti yang 20% dan aktiviti yang dikategorikan kepada 80%
SALAM…
20% MEWAKILI 80%….ERMMM NANTI KITA SMER PAKAT2 CARI APA SEBENARNYA 20% TERSEBUT.
NOTA: BUKU DAH BELI, CD DAH BELI, CUMA KUSUS BELUM PERGI DAN MASIH MENCARI PRODUK YANG DIHAJATI.
Firstly, harap kita sihat.. 🙂 Dah jumpa dengan Osman Affan semalam di seminar saifulsham.. 😉
Konsep 20% 80% ni amat penting, agar apa yang kita lakukan tu berbaloi dan mendatangkan nilai yang berganda. Konsep ni juga akan menjadikan kita fokus sepertimana yang katakan.. Saya rasa ramai di antara kita tidak tahu apakah prioriti tugas yang perlu dilakukan sehingga hilang fokus terhadap 20% tugasan yang lebih penting untuk menghasilkan 80% hasil.
betul tu kite perlu memberi tumpuan yg lebih kepada perkara yg paling penting di antara yang penting….
fokus kite kite perlulah kepada 20% tugasan yang akan memberikan hasil 80% tu…moge kite dapt praktikkan ilum yg kite dapt hari ini…
agak menarik tips kali ini.. cara2 nak mengoptimumkan produktiviti kerja.. mmg ini dpt menggandakan pendapatan lebih pantas sekiranya kita dapat fokus yg lebih baik dan berproduktiviti tinggi..
Do the effectives task efficiently…
Effective = Do the right task
Efficient = Do the task right
20% = Effective
80% = Ineffective
Ohh.. 80% ku yang telah hilang, masa habis terbuang.. kali ini aku akan belajar untuk tidak mempersiakan 80% ku.. Tetapi bagaimana ya…?!!
Aku tidak mahu terus kerugian 80% ku…
maknanya : pilih tugasan yang berisi, bukannya yang hampas…….
2 hari saya tak sempat nak tengok tips…20% keje menghasilkan 80% produktiviti..tips yang bagus .fokus kepada satu tugas yang besar dulu, kemudian fokus kepada tugas yang lebih kecil…
irfan, saya kerja buat marketing, pengalaman saya, dengan satu call sahaja boleh dapat projek ratus ribu ringgit, itu boleh dikira 20% daripada usaha saya
tapi malang 80% daripada aktiviti saya memandu kereta, pergi office client, pergi pejabat kerajaan, traffic jem dan lain-lain. buang masa kan
antara banyak2 tips yg d. bagi.. saya rasa inilah yang paling baik dan bagus bagi diri saya.. akan saya praktikan sekarang juga.
P/s:- maaf jika selepas ini saya tidak sempat meninggalkan apa2 komen di blog ini, sebab saya sedang menumpukan masa saya pada usaha yang 20% tersebut… hu! hu!.. gurau je.
susah gak nak agihkan peratus dalam kerja seharian ni…50% untuk keluarga…adalah sikit lagi peratus utk tugas2 berikut…kena tunggu anak besar dulu baru banyak masa kut…
syah
http://www.pil-fiber.com