Kajian Dr Stanley dalam buku best-seller “The Millionaires Mind” menunjukkan bahawa cara terbaik untuk mengumpul harta adalah dengan mengumpul ilmu. Cara terpantas mengumpul ilmu pula adalah dengan mendapatkannya daripada pakar industri masing-masing.
Semalam saya ada menyebut tentang Secret Weapon saya iaitu – “Pakar Komunikasi” yang membantu saya dalam salah satu kelemahan utama saya (tidak confident untuk bercakap, malu, segan dan sewaktu dengannya). Ramai juga dapat teka dengan tepat, pakar tersebut adalah tidak lain tak bukan, Saudara Nizal Mohammad, personaliti TV3. Selain dari saya, beliau juga turut membantu ramai personaliti TV dalam bidang komunikasi.
Ilmu komunikasi adalah kunci dalam apa sahaja perniagaan. Dengan teknik komunikasi yang efektif, ia akan membawa perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi seperti mana anda sendiri tidak terduga- seperti yang terjadi kepada saya!
Bagi saya, saya mempunyai beberapa pakar yang saya ambil sebagai “personal coach” untuk memperbaiki bahagian-bahagian yang saya lemah. Salah satunya adalah Saudara Nizal (Abang Nizal to me). Namun, mendapatkan personal coach memang mahal.
Adakah ianya berbaloi? Sudah tentu!
Tetapi, disitulah asal usulnya wujudnya konsep seminar. Dimana, seorang pakar itu dapat berkongsikan kepakarannya kepada satu kumpulan pada harga yang jauh lebih rendah.
Sekiranya anda hendak tahu apakah rate/harga seorang personal coach, kebiasaannya ia adalah 7-10 kali ganda harga seminar untuk jangkamasa yang sama seperti seminar.
Contoh, sekiranya saya diambil sebagai konsultan kepada sebuah syarikat sehari, bayaran saya adalah 7-10 kali ganda harga Workshop Jutawan Internet 🙂
Adakah ianya berbaloi? Sudah tentu!
Berita baiknya, sekiranya anda ingin memperbaiki aspek komunikasi anda, Saudara Nizal, yang merupakan personal coach saya (dan ramai lagi) bersetuju untuk menjalankan satu seminar/workshop bagaimana anda boleh menjadi efektif dalam komunikasi untuk perniagaan. Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti saya, memang digalakkan untuk turut serta. Juga, bagi mereka yang fikirkan mereka sudah efektif dalam berkomunikasi, ia juga dapat membantu anda dalam perkara-perkara yang anda tidak ketahui!
Anda kini tahu bagaimana “komunikasi efektif” dapat memberi pulangan kepada saya. Bayangkan bagaimana anda pula dapat manfaat daripadanya?
Seminar satu hari ini (9am-6pm) akan dijalankan pada bulan hadapan pada 24hb Disember di KL– belum confirm tempat. Oh ya, terdapat special discount untuk pembaca Tip Satu Minit sekiranyamenjadi 10 pendaftar awal. Harga yang dicadangkan adalah RM297. Saya juga akan ada disitu untuk memberi support kepada Abang Nizal saya!
Bagi yang berminat, sila email info@rahsiainternet.com dengan subjek line “Nizal Seminar” (tak perlu bayar apa2 dahulu, just cakap berminat untuk mengetahui lanjut)
*Sebahagian daripada keuntungan seminar akan disalurkan kepada Yayasan Ilham Budi iaitu sebuah Program Bina-Remaja dimana Saudara Nizal sendiri terlibat.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Apa bezanya mendapat nasihat pakar pada harga “premium” berbanding dengan bukan pakar pada harga yang lebih rendah? Personally, bagi diri saya, dalam aspek-aspek yang memerlukan bantuan, saya akan mengambil pakar yang terbaik di Malaysia, seperti Nizal dalam bidang komunikasi ini. Bila pakar yang mengajar…
1. Kita dapat rasa “aura” dia lain sikit. Iaitu datang dari pengalaman dan juga kejayaan anak muridnya yang lain.
2. Dari segi psikologi, saya akan rasa lebih confident dan dapat menaikkan level confidence ke satu level yang lebih tinggi oleh kerana yang mengajar adalah pakar paling tinggi.
3. Segala investment akan dapat pulangan berkali-kali ganda apabila mengaplikasikan apa yang di ajar oleh pakar-pakar ini.
Seperti ahli sukan profesional seperti Schumaker, Ronaldinho, Tiger Woods, Andre Agasi semuanya mempunyai personal coach. Begitu juga bintang-bintang Hollywood seperti Tom Cruise, Bradd Pitt, Angelina Jolie. Ahli-ahli perniagaan yang top juga mempunyai ramai penasihat/personal coach.
Kebiasaannya, pakar2 ini akan berada di belakang tabir sahaja.
As’kum…selamat pagi..t/kasih diatas maklumat terbaru saudara…tip’BANTUAN PAKAR’samada bidang apa2 pun…insyaAllah saya pasti gunakan utk perniagaan saya dgn lebih berkesan….Zamri Azran Alam..
tq for info.
“Ahli-ahli perniagaan yang top juga mempunyai ramai penasihat/personal coach.”
kalau mcm tu, saya nak jadi personal coach saya, boleh ka? mcm mana yer?
Bagaimana kita nak tau siapakah pakar2 yang paling pakar dalam sesuatu bidang tu? Dan yang boleh kita employ untuk menjadi personal coach kita?
utk linot..saya cadangkan kita nak tau siapakah pakar dlm sesuatu bidang tu..mudah aje…pastikan orang tu dah ‘TERBUKTI’dlm bidangnya…selalu nampak dlm tv/paper/diakui oleh kawan2/orang ramai/atau diiktiraf oleh orang luar p negara luar…spt saudara ‘IRFAN’ kita ni…pakar dlm perniagaan internet..dan yg paling penting kita yakin dan sesuai utk jadi ‘PERSONAL COACH ‘kita…betul tak saudara irfan?..Zamri Azran Alam
pentingnye kemahiran komunikasi ni…
aiii…bab2 berucap di haadpan public yg susah sikit ni..
nk bagi org tertarik dgn ape yg kite sampaikn..
bukan senang juge ye…isk2..
Betul… lepas tu, kalau dah tahu siapa yang anda ingin jadi personal coach, tanya rates. kebiasaannya di Malaysia, mereka tak panggil personal coach (US & UK panggil ni). Di Malaysia mereka selalu digelar consultant.
hapisol> nak saya jadi personal coach boleh. tapi macam saya kata la… yuran 7-10x harga workshop 🙂
Tapi nak jimat, hadiri workshop/seminar oleh pakar2 pun, ok juga. Dulu-dulu saya hadiri seminar & workshop sahaja. Bila sudah financially free, baru employ personal coaches.
pada am pulak… kalau nak tentukan sapa paling pakar adalah sukar… sebab kita akan jadi terlalu memilih dan tak dapat buat keputusan… sebaiknya pilih seorang yang anda rasa percaya dengan kebolehannya dan jadikan beliau sebagai pakar anda atau idola anda… sedikit demi sedikit dapatkan nasihat berkaitan permasalahan… mungkin orang macam kita tak mampu lagi nak ada personal coaching tp peluang seminar seperti ini adalah cara terbaik… lagipun biasanya kalau kita ikut seminar mesti akan disediakan bonus seperti “personal coach” ni kan… dan masa tu la kita guna kan untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi…
memang personal coach mahal kan… lagi lagi mereka yang pakar… org yang berkemampuan sahaja yang mampu dapatkan personal coach yer?
kalo sy ader dwet mg sy nak g kursus tu…
xper…
biar sy kmpul dwet dulu…
stdnt mcm sy ni xder byk sgt dwet…
kursus pun blm pg lagi…
tapi mmg betol…
personal coach mmg perlu kdg2…
mcm sy..
ada ler 2 3 org lecturer yg jadi personal lect sy…
mcm tu br dpt ilmu lbh sket..
Communication seminar akan menerangkan yang general tentang kominukasi tetapi selepas seminar kita perlu berinteraksi dengan pakar untuk ‘customise’ keperluan kita bagi memperbaiki komunikasi dan mengatasi segala kelemahan kita. Ini dipanggil ‘personal coach’ atau ‘one to one coaching’.
skrg ni, tengah kumpul duit utk hadiri bengkel la.
tapi, saya nak guna pd ebiz saya. maybe, thn depan kot saya hadir.
utk terdekat, saya hanya beli buku dan cd 3 in 1 sahaja.
ok tak ?
Komunikasi….salah satu kunci untuk berjaya dalam bisnes….tapi..ramai yang masih malu2..
Selama ni, komunikasi hanya melalui email ngan henpon ja. Di Sabah ni, jarang ada apa-apa anjuran seminar ke… apa ke…
saya mempunyai beberapa persoalan untuk dibincangkan bersama irfan. tetapi saya tidak punyai masa untuk menghadiri workshop yang saudara adakan. bolehkah saudara berikan cara untuk saya berhubung terus dengan saudara, samada melalui email, dll. harap dipertimbangkan….
Fadzilah Kamsah motivator saya. Cara dan aura tuturnya memang memberi kesan mendalam ke fikiran saya…
saya baru lagi explore website ni tak sangka terdapat website yang membina seperti ini, saya memang seorang yang bukan pemalu tapi takut salah cakap dengan orang, itu memang masalah saya, disebabkan saya berada di perak, adakh kursus ni dapat dilakukan disini.
as’kum Irfan,Pertama kali sy masuk dalam blog ni,sy dah mula jatuh cinta dgn idea2 dan tips yang diberikan,bagi sy tips yg berikan sanggat baik utk diamalkan oleh semua org yg menginginkan perubahan diri,perniagaan dan apa2 saja yg dapat membawa kearah kemajuan dan kebaikan pada seseorang individu itu.Melalui Blog ni banyak yang sy telah fahami dan pelajari,hanya tinggal melaksanakannya sahaja,Tapi untuk memulakan sesuatu itu khasnya dalam bidang perniagaan,semestinya memerlukan modal yang besar,hendak meminjam i kalangan keluarga sendiri pun adakalanya sukar.Oleh kerana itu saat sy bercita-cita,menulis idea2 perniagaan seringkali sy berhadapan masalah yang sama.Berusaha mencari jalan penyelesaian tapi akhirnya buntu.Pinjaman bank pula terlalu banyak prosedur nya.Boleh ke memberikan cadangan atau penyelesaian pada sy?Kerana sy sememangnya ingin menjadi wanita yang berjaya dalam kancah perniagaaan.
maaf,satu pertanyaan Irfan..Kenapa seminar yang di lakukan oleh tidak dilakukan di KOTA KINABALU,SABAH.Saya yakin jika mengadakan seminar ini pasti akan mendapat sambutan yang menggalakan dari warga Sabah,Khasnya Saya sendiri,Berhadapan dan melihat cara berkomunikasi pasti akan membuatkan ramai warga sabah yang kagum seterusnya menjadikan sebagai “IDOLA”.Bagaimanakah saya bisa mengetahui setiap perkembangan seminar yang bakal dilakukan oleh ?Ini kerana saya khuatir sekiranya Mengadakan seminar di Kota Kinabalu,Sabah tidak di ketahui oleh saya kelak.Adakah sy perlu selalu masuk dlm blog ni?Jika dapat sy tak mahu ketinggalan dalam perkembangan Seminar serta tips semasa
Assalammualaikum, tanpa sengaja saya terbaca artikal d atas, segalanya amat baik dan saya berminat untuk mengikuti seminar nizal. TQ
Assalamualaikum adik IDOLA ku……..
pertama kali saya melayari blog yang tidak membosankan… tahniah kerana memberi banyak ilmu dalam blog ini… semakin saya layari semakin saya nak masuk ke dalam… hinggakan hampir setiap hari saya KETAGIH nak layari blog adik…. semua pakar motivasi yang dikemukan memang saya kenal dan amat gemari terutamanya Dr Fadzilah kamsah dan Azizi.. Wah amat berpuas hati… kalau saya berada di KL suda tentu saya selalu mengikuti bangkel adik… tapi saya jauh di KOTA BELUD SABAH… hari ini saya beli lagi PAKEJ untuk menimba ilmu dari adik..ma ka c ye… lain waktu datangle pula ke Sabah… pasti sambutannya HANGAT dan GEMPAK