Cuba, jangan tak cuba!

Tahun 2007 bermula dengan langkah kanan. Dengan pelancaran produk baru, serta tawaran tersebut! Berbagai-bagai perancangan saya untuk tahun 2007 ini dan semakin ketat jadual. Semalam full day shooting untuk Nescafe Kick-Start (TV3), hari ini pula shooting untuk rancangan motivasi Get-Set-Go (TV2) sebagai motivator/host untuk 3 episode.

Tip hari ini adalah untuk berani mencuba. Kita takut mencuba sesuatu yang baru oleh kerana takut kepada kegagalan. Boleh ke saya lakukan ini? Boleh berjaya ke? Apa jaminan saya akan berjaya?

Sekiranya anda melandakan diri anda dengan berbagai-bagai kerisauan yang menyebabkan anda tidak berani mencuba, maka, anda yang dalam kerugian!

Cuba lakukan sesuatu yang baru setiap hari. Keluar dari comfort zone anda. Jangan takut kepada kegagalan oleh kerana itu adalah penyebab utama anda tidak maju ke hadapan 🙂

Kegagalan akan mengajar kita. tetapi TAKUT kepada kegagalan akan menghentikan langkah kita untuk mencuba.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Cuba, jangan tak cuba!

  1. Harga eBook CaraPromosi dah jadi RM97.00. Seperti yang kata harga promosi sampai tengah malam 16/1/2007. Sapa tak beli lagi kena bayar RM97.00 la!! tapi masih berbaloi.

    Untuk peserta dan bekas peserta Workshop macam mana nak beli dengan harga RM67.00?..saya musykil

    Harap Irfan dapat jelaskan.

    Hisham;
    Masih Lagi Mencari CaraPromosi!Yang Hilang!?

  2. tahniah ,

    teringat pula kata2 sochiro honda,
    “anda hanya nampak 1% kejayaan saya,
    tapi anda tidak nampak 99% kegagalan saya”

    nampaknya rezeki semakin bertambah thn ini, saya yakin amal ibadat pun agak baik,
    kerana dlm surah Al-thalaq(ayat seribu dinar) telah menceritakan, jika kita bertaqwa kpdNya, kelak kita akan dimurahkan rezeki
    yg datang tanpa kita ketahui puncanya.

    tahniah sekali lagi , doa saya,
    semoga akan berjaya menubuhkan yayasan irfan khairi kelak spt yayasan albukhary.

  3. Salam,

    Tahniah Semoga bertambah-tambah murah rezeki pada tahun ini dan seterusnya. Benar apa yg katakan kita kena keluar dari “Comfort Zone” untuk maju kehadapan dan jangan takut akan kegagalan. Tidak cuba mana nak tahu gagal ke tidak. Kalau gagal tak de masalah, cuba lagi dan lagi.

    Sentiasa positif dan terus maju.

    Zahiruddin
    p/s: Dah dapat buku semalam tepat pada waktunya. Cuma belum sempat baca lagi. Thanks.

  4. assalammualaikum

    Betul kata kalau tak mencuba kita tak tahu kat mana tahap kita. Baru-baru nih sy ada dpt satu idea untuk menjalankan promosi tanpa pikir panjang sy terus cuba buat.. Alhamdulillah nampaknya ada sambutan.

    Anyway terima kasih atas tip yang berikan..

    http://www.rizal.bizonline2u.com

  5. Tahniah ! Yes just do it. Baru tau boleh ke tak boleh.

    Jadi pensyarah sambilan kasi lecture online ke atau kena ke UK? Maklumlah sekarang dah start kasi lecture video conferencing je. Hehe

  6. orang yang berpegalaman selalu mengajar saya supaya berani memcuba.Persoalan saya kenapa orang takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Tapi alhamdulillah dengan semangat dan kenyakinan, serta byk membaca contohnya blog yang updated. saya telah berani dan bertekad untuk mencuba sesuatu yang baru serta telahpun melangkah keluar dari confort zone.

  7. dr masih lagi ada masa melayan blog ni walaupun sibuk dengan macam macam program. Orang kata kerja banyak duit banyak masa tak banyak, Macam , duit banyak, kerja banyak ada ke masa….saya pernah baca artikel tentang retire young..konsepnya duit banyak kerja banyak tapi masa pun banyak, apa komen ? satu lagi , bila masanya artikel terbaru di blog ni tulis n uploadkan..? ada jadual khusus ker…

  8. Betul tu kata irfan. Bila kita rasa takut kepada kegagalan, apa saja tindakan tidak akan dilakukan sebab takut gagal. Saya pernah merasai perasaan ini dahulu ketika mula-mula menjejaki dalam dunia perniagaan. Sungguh merugikan dan rasa seperti diri terbelenggu kerana kita tidak memperolehi apa-apa sebab tidak mencuba dan takut kepada kegagalan. Bila dah buang semua perasaan tu dan berani mencuba, segala-galanya nampak hebat walaupun beberapa kali gagal. 🙂

  9. Assalamualaikum….
    Izinkan saya menjadi ahli baru disini.. walaupun sedikit terlewat menemui RAHSIA JUTAWAN ini…
    Faculty Member of Oxford Business College, UK saya kira suatu kebangaan kepada anak Malaysia, Menjadi Ahli Fakulti di Oxford merupakan kejayaan terbilang bagi anak melayu.
    Kepada .. anda adalah Jutawan terbaik di Malaysia buat masa ini & Merupakan Public Figure yang amat sesuai dijadikan Role Model…
    Tips hari ini pada hemat saya merupakan masalah dan kekangkan kepada semua orang, dan kejayaan yang cemerlang menanti mereka yang mampu menempis kekangan ini…
    BOLEHKAH…??? itu soalan yang sering kita fikirkan bila hendak melakukan sesuatu… apa kata kita semua katakan PASTI BOLEH…!!! dan dengan 90% usaha 10% TawaQal InsyaAllah pasti peroleh kejayaan…

  10. bab kata azizi ali dalam buku pelita jutawan, musuh kepada kegagalan adalah t&t, iaitu takut dan tamat.
    macam saya sendiri, saya cuba mencipta sudoko sendiri, kawan-kawan pun sokong, tapi masalahnya takut mendedahkannya….
    ahhh.. kali ini macammana pun aku nak cuba jugak,peduli apa orang nak kata, betul tak doc???

  11. berani mencuba adalah salah satu sikap positif..Dare To Fail kata Billy Lim..bukunya juga dah berkali-kali saya baca..jangan fikir berjaya atau tidak, janji buat saja! tidak kira dalam apa jua perkara baru yang kita jumpa, yang penting berani mencuba dan belajar..memasang impian mahu menjadi jutawan internet juga bagi saya adalah satu percubaan berani..

  12. Memang murah rezeki .. Oxford Business College tu ada tawarkan MBA (with specialisation in E-Commerce) ke? Hari tu saya surf utk programme MBA in UK dlm bidang E-commerce tapi tak dapat info yg saya mahukan.

    Dr nanti kena ulang-alik ke UK ke bagi lecture? Best tu…!!

  13. Pasal tip hari ni, betul kata tu. Kita mesti cuba lakukan sesuatu yg baru, dan berani keluar dari “tempurung” kita. Barulah kita dapat menggilap potensi diri dan menguji sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu bidang yg kita minati khususnya. Tak cuba tak tahu… Dan kalau kita gagal sekalipun, sekurang2nya kita dapat mempelajari sesuatu dari kegagalan tersebut dan boleh mengaplikasikan langkah2 yg perlu utk mengelakkan kegagalan dari berulang.

    “Dare to fail!”

  14. Benar jika kita takut mencuba kerana taku untuk gagal maka kejayan tidak akan sampai. Semuanya bermula dengan kesusahan. Tahniah semakin bertambah rezeki berkat kesusahan masa dahulu dan keadaan menjadi bertambah baik kemudiannya asalkan ada usaha.

  15. Benar tu.. saya tak takut kepada kegagalan kerana dalam Islam pun kita disuruh agar tidak berputus asa.. seingat saya sudah hampir RM15k untuk menyelami, menghayati dan merasai apa itu KEGAGALAN.. (tak pernah saya dapat TIP KEGAGALAN itu secara percuma… hehehe) ;
    Tip kejayaan spt Tip 1 minit saya dapat percuma.. Buku2 dan CD kejayaan taklah mahal sangat.. Worksyop pun tak mencecah RM1,000-00 ;
    Selepas ini, apabila sudah di zon KEJAYAAN YG SEBENAR.. mungkin sukar menemui KEGAGALAN lagi…

  16. Terima kasih Baru saya tahu berada di dalam zone selasa tidak akan merubah kehidupan kita dan melalui perkara yang sama setiap hari.

  17. Hmmm… Bertambah rezeki awal tahun ini… Macam tu lah … multiple streams of income. Bergantung kepada usaha dan pandai menggunakan kebolehan yang ada.

    Insya Allah, rezeki akan datang, tapi takkan nak datang bergolek? Betul tak? Kena ada usaha dan cara.

    Hmm .. Kena apply kan 101 cara promosi tu 🙂

    Wasalam
    http://www.jobsecret.com.my

  18. Tahniah atas kejayaan demi kejayaan.. Tak mencuba, kita tak akan tahu hasilnya. Tak berusaha, ber-erti lambat untuk merasai kejayaan. Kalau berusaha kuat dan tanpa rasa putus asa, Allah itu Maha Adil dan Pemurah.. Orang yang kuat usaha pasti dapat ganjarannya.

    Tahniah juga dengan ebook terkini yang unik sedikit.. 🙂

  19. Nak buat sesuatu yang baru memang la ada risiko, tapi mestilah dengan “calculated risk” atau “risiko terancang”. Dengan kata lain, mestilah ada solid plan dulu. Betul tak, ? 🙂

  20. Tak cuba tak tau… hidup ni sentiasa kena belajar..tiap-tiap hari kita belajar benda yang baru.. banyak benda yang kita lakukan adalah yang pertama kali.Bagi saya sendiri mendapat anak kembar merupakan pengalaman yang indah.Saya tidak ada pengalaman menjaga baby inikan pulak baby kembar.Saya juga terpaksa mencuba sesuatu yang baru.Begitulah dengan perniagaan..

    salam usahawan 🙂

  21. terima kasih atas sokongan semua,

    saya tak perlu ke oxford setiap bulan sebab saya dipanggil untuk kendalikan kelas2 resident (kat malaysia sahaja). mungkin setahun sekali masa convo, baru ke oxford 🙂

  22. X lame lagi makin popular lee lepas ni…saya berangan2 nak jadi cam .angan2 saje x cukup..kene move…ape2..tahniah…

  23. IK saya amat menghormati IK sebagai idola untuk lebih berani mencuba dan tidak berputus asa dalam bidang perniagaan. Jika dulu, saya hanya fokus pada pekerjaan tetap sahaja.Tidak pernah mahu mencari sumber2 lain untuk menjana pendapatan tambahan. Selepas membaca artikel2 IK, persepsi saya banyak berubah kearah lebih positif, berdaya saing dan tidak pernah takut untuk mencuba suatu bidang yang baru!!

    Terima kasih atas pemberian yg tidak ternilai harganya….KESEDARAN.

  24. Terima kasih Saudara Irfan.Bermula dengan membaca buku “NOTA JUTAWAN,NOTA MOTIVASI”,(5 bulan lepas), kemudian menemukan laman web,blog dan membaca tip2 yang saudara post-kan, saya semakin berani melakukan sesuatu yang selama ini fikir tidak mungkin saya melakukannya.BETUL,..saya telah aplikasikan banyak tips yang saudara tulis.Alhamdulillah,apa yang saya buat mendapat sambutan yang di luar jangkaan saya selama ini.Saya buta IT,tapi berharap satu hari nanti saya akan promosikan barangan yang saya buat di internet.Insya-Allah.Sekali lagi”TERIMA KASIH” saudara IRFAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published.