Mungkin semua dah tau, prez US baru Barack Obama. Saya suka baca biografi-biografi orang yang berjaya, dan antara banyak-banyak info yan gmenarik mengenai Obama, adalah, beliau telah bercita-cita untuk menjadi president ketika di bangku sekolah lagi. Sekolah rendah!
Ketika Obama bersekolah rendah di Indonesia, seperti kita masa di sekolah rendah kita perlu tulis, bila besar nanti nak jadi apa. Standard lah, jawapan saya masa kecil dulu, Polis, Bomba, Askar… dan budak2 perempuan pula Pembaca berita, Pramugari & Cikgu 🙂 begitu juga rakan2 Obama yang lain…
Tapi, bagi Barack Obama, cita-citanya sejak sekolah rendah adalah menjadi “PRESIDENT”! 🙂
Kalau seseorang boleh berpegang kepada cita-cita sejak sekolah rendah lagi dan mencapainya sehingga kini, apa lagi kita yang dah besar pandai- pastinya boleh mempunyai cita-cita & mencapainya!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam Sdr Irfan,
Semua orang mempunyai cita-cita mereka sendiri. Tetapi ramai yang gagal mencapainya. Memendam cita-cita hanya memerlukan pemikiran dan daya imaginasi sedangkan mencapai cita-cita memerlukan kerja keras dan usaha. Tetapi tak salah kalau kita meletakkan cita-cita yang sangat tinggi, kerana kalau kita mencapai hanya 80% sahaja pun, kita sudah boleh dikatakan berjaya. Contohnya kalau anda bercita-cita nak jadi jutawan dalam lima tahun, tetapi apabila sampai tempoh lima tahun, anda hanya dapat RM800,000, adakah anda gembira atau sedih? Sudah tentu anda tetap berpuas hati walaupun anda tidak mencapai sepenuhnya matlamat anda. Kita perlu mempunyai cita-cita, tetapi harus mempunyai rancangan jelas untuk mencapai cita-cita tersebut.
Nota: Diharapkan kursus e-book Irfan akan terus diadakan tahun depan kerana tak sempat nak register bagi kursus yang lepas.
kecik-kecik dulu saya bercita-cita nak jadii polis….:)
Cita-cita saya masa kecil dulu nak jadi jutawan, ada duit banyak dan hidup dengan senang dan mewah. masa tu tak tahu lagi istilah jutawan, cuma cakap nak jadi kaya. Sampai sekarang masih lagi belum tercapai tapi saya yakin dapat merealisasikannya sedikit masa lagi.
Memang semua orang mempunyai cita-cita masa kecil dan cita-cita saya pada masa sekolah rendah ialah untuk menjadi businessman. Memang mak saya harap saya jadi akauntan (sekarang memegang ijazah perakaunan) namun jauh di sudut hati subjek bisnes dan pelabutan yang menarik minat sehingga hari ni.
Dulu kecik-kecik nak jadi peguam,tapi sekarang nampak gaya cenderung untuk jadi jurutera plak and the same time businessman 🙂 Janji rezeki yang halal tak menjadi masalah pada saya.
cita-cita mesti disusuli dengan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti susah payah, fokus dan tidak hiraukan apa kata org dan tawakal kepadaNya InsyaAllah, cita-cita itu akan tercapai . In namal a’malu binniat 🙂
Masa sekolah rendah saya bercita2 nak jadi bomba, tentera & polis sbb terpengaruh dgn filem n drama.
Semasa darjah 6 saya nak jd ahli sukan. Form1 nak jadi pemain bola sepak. Sbb ketika itu da dekat dengan sukan komenwel98.
form 2 baru terfikir nak jadi ahli perniagaan sbb saya diupah oleh kawan2 untuk buat gelang yang dijual rm1. Tapi dengan setiap 5org rakan yang membeli saya terima rm4. Tu yang nek jadi ahli perniagaan. Tapi tak tahu nak berniaga apa.
form 3 sy mula minat komputer dan cita2 saya terus berkait dengan komputer+perniagaan. Kira nak buka cyber cafe…
form 4 & 5 mula tak pasti. Adakah betul nak jadi ahli perniagaan? Berada di kelas sains yang rata2 nak jadi doktor, ahli farmasi, lecture, saintis, paling cikaipun nak jadi cikgu. Time tu saya jadi seperti tak pasti.
Kebetulan cikgu kelas time form4 benti jadi cikgu dan buat permis utk kelas tution. dengan pengalamn dia menjadi cikgu, dia buka kelas tution. Sangat mengagumkan saya.
Minat saya masih dalam bidang komputer. Saya sambung stdy amek course dip sains komp. Sekarang saya sambung blajar dlm bidang yang sama sambil tu mengambil upah buat laman web dinamik (programer).
Kisah saya ni bukan nak lawan kisah Obama or sesapa pun. Tapi siapa sangka saya nak jadi programer time kecik2 dulu? Time tu seluruh Malaysia sapa yang bercita2 nak jadi programer?
Motifnya cita2 kita boleh dikembangkan. Cumanya ini berkaitan dengan pendidikan anak2 iaitu buka minda mereka.
TAPI SEBENARNYA ada rakan2 yang dah mendapat ijazah tapi tiada cita2.
ops silap.. cita2 nak dapat kerja je….
Itu adalah fakta.
tq susah2 je baca comment yang panjang ni..
hehehe…
Allah akan bagi setiap apa yang kita mahu…
the secret of “ayat seribu dinar”
Salam;
Boleh dikatakan setiap insan mempunyai cita-cita.Cita-cita merupakan matlamat hidup seseorang. Tanpa cita-cita hidup sia-sia.
Cita-cita saya ..nak jadi kaya, Mudah-mudahan tercapai cita-cita saya itu..Amin
Yes….bila ditanya dah besar nanti nak jadi apa? Macam2 jawapan yg di beri. Dulu saya pernah tanya anak buah saya, dah besar nak jadi apa? Jawabnya nak jadi cashier. Saya tanya, kenapa? Sebab katanya hari2 boleh pegang DUIT!
http://www.asasteguh.com
Alangkah baiknya jika impian dapat dicapai pada usia muda
Dengar time piliharaya di umumkan,esoknya paper habis kat US..hebat aura obama 🙂
Salam semua,
Pada pendapat saya, bila kita mempunyai cita-cita, barulah hidup kita mempunyai hala tuju. Apabila hidup kita mempunyai hala tuju sudah tentu kita mempunyai matlamat yang ingin dicapai dan secara tak langsung kita akan berusaha ke arah merealisasikan matlamat tersebut. Tak delah hidup kita ni sia-sia. Sentiasa aje berfikir…apa ? bagaimana ? dan sebagainya…
Salam,
Pandanga saya pula,tidak kira apapun cita2 kita yang penting kita ada cita2 dan berusaha keras mencapainya,dan saya rasa cita2 ini akan berubah menjadi matlamat seiring dengan usia,pengalaman dan kematangan kita dalam kehidupan.Contoh,IK sendiri,pada zaman kanak2 cita2 sama macam kanak2 lain waktu itu tapi semasa umurnya 18 tahun,IK telah menetapkan matalamat menjadi jutawan dan kemudian mula menceburi bidang IT bisnes ni,sampailah IK menjadi jutawan internet sekarang ni.
Tahniah IK,dan kalau nak baca kisah insan2 berjaya yang lain,bolehlah lawati blog saya 🙂
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
Kita perlu sematkan apakah cita2 yg ingin dicapai dlm hidup. Dan perlu berusaha keras utk mendptkannya.
Ya, hidup ini memerlukan cita. Ia bagaikan destinasi akhir kita. Dengan mengetahui cita-cita, kita dapat menggunakan ‘kompas kehidupan’ yang ada untuk memandu kita ke impian kita.Think big seperti yang selalu oleh Donald Trump 🙂
…cita2 saya tetap sama, cuma sejak 2001 ia seperti dah lenyap. Dengan izin Allah, semoga semangat aku akan semakin pulih dengan rezeki kesihatan yg ada ini.
Saya x pernah fikir nak jadi seorang yang berjaya semasa kecil. Tetapi sekarang baru terfikir kerana nak berjaya bukan hanya ada satu jalan sahaja.
Cuma yang saya harap jalan yang dipilih adalah jalan yang betol.
Simple-nya tulisan irfan.. erm.. aku dah buat niat nak jadi jutawan sejak 2001 lagi.. sebelum age 30. so ada +- 6 tahun lagi, mesti r internet.. hehe..
Salam IK,
Nak tanya….ada lagi tak full day workshop kat S’pore. I’m too late to discover your site.
Hopefully IK boleh adakan lagi di S’pura.
Please………
oowhh…mantap…dr kecik dh cite2 die..
cite2 sy dulu mase kecik nk jadi docter…tp besar2 ni jadi engineer lak…maybe x cukup talent nk jadi dokter kot….huhu…
Obama ini menggerakkan apa yang saya panggil sebagai I.D.E.A
I= Imagination (berangan-angan mahu jadi presiden)
D= Direction (Meletakkan angan-angan pada satu arah)
E= Effort (Usaha untuk mencapai angan-angan)
A= Application (Aplikasi teknik yang diketahui dan dipelajarinya)
Hiduplah IDEA Obama menjadi Realiti
ZAMRI MOHAMAD
Penulis buku sepenuh masa di Malaysia
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
http://www.zamrimohamad.com
Apabila seseorang mempunyai cita-cita, InsyAllah akan terbina motivasi untuk memenuhi impian atau cita-cita tersebut pada masa akan datang. Seperti Law of Attraction yang dipopularkan oleh sebuah buku bestseller “The Secret” telah membuka minda ramai orang seluruh dunia tentang satu “kuasa” yang ada di dalam diri kita yang membolehkan kita mencapai sesuatu impian dengan hanya bermula melalui berfikir mengenainya dan disusuli dengan usaha yang mantap, InsyAllah kejayaan akan datang.
Sekadar berkongsi pendapat.
http://www.resumeweassist.com/blog
Tips on effective career marketing
Kadangkala cita-cita semasa di sekolah rendah di pengaruhi oleh keadaan persekitaran dan boleh berubah-ubah. Ada juga cita-cita yang tidak masuk akal seperti menjadi superhero yang boeh terbang seperti Superman.
Itulah sebenarnya cita-cita saya dahulu kerana terpengaruh kerana terlalu suka baca buku komik superman. Bila di fikir-fikir memng tak masuk akal. Apabila dewasa cita-cita saya berubah mengikut keadaan semasa dan logik supaya mudah di realisasikan.
Semasa saya kecil tiada kemudahan internet. mungkin sebab itu saya tidak bercita-cita menjadi jutawan internet. Syukurlah apa yang ada sekarang namun belum berpuashati lagi, maklumlah manusia ni jarang yang mudah berpuashati dengan apa yang ada sekarang samada dari segi harta ataupun amal ibadat………ARB Dagang
waktu kecil cita-cta jadi wartawan. he.he.he sekarang udah kesampaian walaupun dengan perjuangan yg berat.
hehe.he.he.he.
Salam.. cita-cita sya masa sekolah rendah nak jadi cikgu… 🙂 akhirnya memang jadi cikgu.. tapi masa tu cita-cita hanya ikut-ikutan saja.. Walau jadi apapun sekarang, yang penting jangan lupa destinasi akhir manusia….
Salam IK..
Cita-cita saya dari kecil adalah ingin menjadi Usahawan yang berjaya..
Mungkin saya mewarisi sifat abah saya.. =)
Seperti sekarang saya bekerja dan part time Usahawan.. =)
Thanks IK atas ilmu2 yg diberi cukup bermakna bagi saya yg masih muda & mencari ilmu2 bsns..
Cita-cita saya masa kecik dulu nak jadi polis.Bila dah besar sikit tukar nak jadi cikgu pulak.Bila dah makin besar jadi pensyarah.Sekarang pulak nak jadi peniaga online 🙂
Cerita mengenai cita2 masa kecik2 dulu memang mcm2 dan saya nampak kawan2 pun bila cikgu nak isi borang rekod murid kawan2 akan cakap macam2, ada yang nak jadi bomba, polis, saintis, tentera dan sebagainya. Saya pun mcm 2 juga. hehehe. Namun setelah sekolah menengah start form 1 dan form 5 saya telah didedahkan oleh pihak sekolah bahawa setiap pelajar wajib mengambil subjek komputer dan wajib lulus.
Maklum saja lah tempat saya sekolah pun sekolah cina ” Sekolah menengah jenis kebangsaan cina ” dan saya dah terdedah pada pembelajaran subjek komputer dan telah memasang niat bila dah dewasa nanti saya nak jadi programmer ataupun bidang yang berkaitan dengan komputer, alhamdulillah kini bidang saya juga adalah dalam bidang IT dan Multimedia Application.
Dengan adanya ilmu yang saya pelajari saya bakal melancarkan produk terbaru dan laman web saya untuk pasaran tempatan, Kerana saya juga telah pernah memasuki workshop dr.irfan khairi untuk menambahkan ilmu dalam bisnes internet. Anda bagaimana? dah masuk workshop beliau untuk memulakan bisnes internet?erm!
Jadi tunggu dan lihat sahaja produk yang akan dilancarkan nanti.
Salam kejayaan dari saya.
Sedikit mengenai cerita cita:
Setiap orang perlu mempunyai angan-angan, impian dan cita. Mungkin anda rasa hairan adakah cita2 itu seperti angan2 ataupun impian?
Apa pendapat irfan mengenai hal ini.
Semasa sekolah menengah saya ada mengikuti kelab kaunseling dan juga komputer dan guru saya menceritakan mengenai cita2. Untuk mencapai cita2 itu kita perlu ada angan-angan dan perlu ada impian dan kemudian ada cita2. Oleh itu sejauh manakah angan2 dan impian itu mempengaruhi cita2 kita? Obama juga mempunyai angan2 dan impian dan akirnya cita2 beliau sudah tercapai.
Jawab jangan tak jawab.
cita2 waktu kecil..sudah tentulah guru.
sebab itulah role model saya ketika kecil (selain dari ibu bapa)
tapi, sejak 10 tahun lepas im in food biz, alhamdullilah..
cita2 terkini nak jadi penyanyi..hehehe
boleh?
cheerio!
Assalamualaikum. Bagi saya sejak kecil memang dunia saya adalah didalam “kepompong” itu. Apa yang biasa saya lihat adalah rumah, sekolah, klinik, balai polis. So, bila cikgu mintak tulis 3 pilihan “besar nak jadi apa?”. Jawapannya lebih kurang mcm IK, cikgu, jururawat & polis wanita. Tapi, bila dah keluar dari kepompong(mcm rama-rama), cita-cita dah makin tinggi, “nak jadi usahawan”. So, kawan-kawan doakan semoga impian saya menjadi kenyataan. Untuk IK, terima kasih atas ilmu yang dikongsikan. Semoga saya berjaya mengaplikasikannya. Kalau masih stuck!, saya tanya lagi ye?. Sekian, terima kasih.
Salam Admin dan all friend,
Pada saya masih beum terlambat utk kita kejar cita2 kita. Yg penting ada perancangan,matlamat dan usaha.
Rasa br IK pun telah terangkan pada mula2 tips nie ditulis. Beliau bermula dengan ingin berjaya dan bekerjaya sendiri.
Nah!! Sekarang ini hasilnya. Masa yang diambil sejak di bangku sekolah menenagh dan dipraktikkan bila bekerja bersama mereka yg memberi dorongan iaitu bos-bosnya dahulu.
Kalau silap harap diperbetulkan. 🙂
“…dan budak2 perempuan pula Pembaca berita, Pramugari & Cikgu ” ( Amboi IK tepat kena hidung 😉 )
Ini semua cita2 saya masa kecil2 dahulu… Alhamdulillah saya berjaya jua merasai salah satu daripada cita2 tersebut… Namun kuasa Tuhan lebih dari segala2nya, walaupun saya telah meninggalkan kerjaya itu, saya lebih bahagia dengan apa yang saya usahakan sekarang…Perjalanan hidup yang Tuhan tentukan ada hikmahnya…yang penting never give up&sentiasa menimba ilmu!!!
NNJ
http://www.perekaweb.com
http://www.bizkutraya.com
dulu obama geti ckp indo tak? huhu..
harap2 kepimpinan obama boleh memperbetulkan kesilapan bush
dulu die didaftarkan sebgai Penganut Islam tp sayang…die skang bkn lgi org Islam
salam kepada Irfan & semua,
saya pulak masa kecil bercita-cita nak jadi pilot kapal terbang, tapi bila besar ‘ter’jadi ‘pilot’ Kren Menara la pulak…hehe.
Assalamualaikum.
Alhamdullillah kesihatan yang diberi oleh Allah SWT yang maha Esa,dapat lagi saya lawat blog ni.
huhh.. Rupanya dari sekolah rendah lagi cita-cita obama tu.
Dan, Good Luck atas lirik lagu baru yang IK cipta.
Faizul…
Betul, dulu2 mana ada istilah programmer. Tak tau pun akan wujud satu pekerjaan baru. Macam usahawan juga, dulu org panggil berniaga, lepas tu businessman, sekrg usahawan pula. Mungkin lepas ni akan wujud lagi berbagai kerjaya baru dgn gelaran baru.
Cita2 masa kecil dulu nak jadi pilot tapi sekrg jd IT expert plak. Camne tu? Tp jauh disudut hati masih mengidam nak bawa kapal terbang.
Bagi saya, cita-cita tidak akan tercapai selagi diri sendiri tidak memecahkan tembok penghalang dalam minda bahawa kita boleh mencapainya.
saya mmg dari sek men dah minat berniaga..
dulu jual kerepek, mak buat..home made..
skang jual pakaian di internet..tapi masih baru lagi..
diharap kwn2 yang dah berjaya dpt memberi nasihat di :
http://www.teratakniaga.com/forum/viewtopic.php?f=18&t=452&sid=8264b56694224d070c5832d40798788d
a’kum
Ik…. 🙂
fahmi suka ngan barack obama….
i have a dream….:)