Saya sering di tanya soalan ini, tetapi,belum berkesempatan untuk menjawabnya:
Bagaimanakah cara terbaik untuk maintain motivasi? Selalunya, pada mula terasa motivasi yang amat tinggi. Tetapi, lama kelamaan, motivasi seakan hilang dan tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu…
Jawapannya mudah sahaja. Motivasi akan hilang apabila momentum anda hilang.
Bayangkan satu kereta api sedang bergerak dengan amat laju. Momentumnya amat tinggi sehingga ianya adalah amat sukar untuk berhenti secara tiba-tiba. Anda juga perlu menjadi seperti kereta api yang laju bergerak untuk maintain momentum anda.
Apabila anda terasa tiba-tiba bersemangat dan bermotivasi, katakan untuk memulakan perniagaan Internet, dengan serta-merta lakukan sesuatu dan jangan berhenti. Jangan biarkan sehari…atau dua hari anda tanpa melakukan sesuatu dalam memulakan perniagaan Internet anda. Sekiranya anda berhenti, momentum akan menurun. Apabila momentum menurun, motivasi juga akan turut hilang.
Kadangkala ada masanya tiba-tiba anda terpaksa berhenti atas sebab yang tidak dapat dielakkan untuk beberapa hari (katakan terpaksa pergi outstation), teruskan juga momentum anda dengan sering memikirkan atau menulis nota dan idea tentang apa yang anda ingin lakukan.
Momentum tidak semestinya berbentuk fizikal, tetapi juga mental. Teruskan momentum walaupun dalam kepala. Dan sekiranya ini terjadi, minda separuh sedar anda yang akan meneruskan momentum anda!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
fufu,
Moga-moga kite dapat maintain momentum dlm diri kite,supaya semangat dan motivasi untuk berjaya tidak hilang.
Selalu juga terasa motivasi atau semangat berkurangan apabila tidak dapat membuat sebarang sale untuk sesuatu tempoh. Mulalah datang pelbagai fikiran negatif.
Untuk menaikkan kembali motivasi, saya dapatkan semula informasi tentang kejayaan orang lain.
Betul apa yang katakan.Motivasi saya pun kurang kalau saya tidak tumpukan perhatian kepada perniagaan.Bagi pendapat saya,saya selalu buka website yang memberi saya motivasi seperti blog ni dan beberapa lagi blog yang memberi motivasi.Kalau ada segmen motivasi di radio dan tv saya ikut juga dengar.. secara tak langsung saya akan terus bermotivasi
Kejayaan dalam apa jua bentuk boleh dijadikan motivasi.
Kegagalan juga dapat memotivasikan kita untuk terus berusaha.
Asas kepada momentum ialah pergerakan. Tahap kelajuan pergerakan menentukan momentum.
Maknanya, kejayaan harus berterusan dan kegagalan jika berterusan juga harus disusuli dengan usaha yang berterusan.
saya pun tgh berfikir apa yg nak dibuat selama 10 hari ketika beraya di kg nanti (tiada talian internet)
nampaknyanya, saya kenalah membaca balik semua tips tapi , boleh ka saya copy ke laptop saya? selain itu, saya akan melihat slot motivasi pagi tv3 dan membaca buku dare to fail, ok ka ?
Saya sama ngan Hapisol
Balik kampung raya tak dapat surf internet
Tapi kan Irfan dah cakap
Gunakan minda separa sedar
Insyaallah saya akan mengekalkan momentum ini.
Tata
hilang motivasi ni mungkin disebabkan oleh beberapa pekara.
1- sales menurun atau takde langsung..
2- Terlalu sibuk dengan kerja lain dan tiada masa untuk memantau bisness internet.
3- Teknik pengurusan bisnes yang tidak betul..
3- macam-macam lagi la bergantung kepada individu..ehehehehe
So,untuk mengelakkan daripada berlaku kehilangan motivasi ni…saya jadikan pengurusan bisnes internet sebagai rutin kerja harian saya..paling tidak dalamsehari tu saya akan luangkan setengah jam untuk kerja-kerja update website, planning dan looking for new ideas. Jadi kita akan sentiasa mempunyai perhatian dan ingatan terhadap progress bisnes internet ni. bila ia menjadi satu rutin, motivasi bukan lagi menjadi satu masalah….
Nak kekalkan motivasi..kene positif..cam x de Internet kat kg…maybe boleh promosi sendiri..baca tips .satu hari saya mesti baca tips dan cuba amalkan…Thanks
Kelemahan saya adalah motivasi dari segi mental.. Mcm maner ingin membiar orang yang suka menjatuhkan kita?? Bleh tlg jawab ??
Kadang-kadang naik fed-up juga bila bukak email takde yang nak oder, kat mana silap pun tak tahu. Nak kata promosi, dah macam-macam buat. Masa tu lah semangat merudum. Tapi bak kata kena banyak cara untuk promosi bukan setakat 2, 3 cara kena macam-macam cara. Semangat pulih kembali bila ada yang bertanya walau tak beli. Itu tak jadi masalah. Mula-mula kena kenal-kenal. Tak kenal maka tak cinta.
Momentum dlm kepala (mental) tu yg paling penting terutamanya bg part-timer mcm saya ni. Walau pun kat ofis/tempat kerja full-time, kalau ada masa, saya akan sentiasa memikirkan ttg perancangan bisnes internet saya :). Thanks!
i setuju kini ni ibarat keretapi yang berpandukan momentum. keretapi ialah bdn n momentum pulak sbg akal fikiran manusia. jika nak senang n berjaya cuiba sampai dpt yg kita hajati.bkn bersandarkan pd org lain
Itu memang betul. Motivasi pasti ada pasang surutnya. Baca tip-tips irfan ni, boleh menaikkan motivasi. Naik, naik dan naik….
Salam IRfan dan semua!
Memang betul, kita kena pastikan momentun kita berterusan. Jangan biarkan ia turun
Lagi satu cara untuk mengekalkan motivasi bagi DIk Mal,by avoiding negative things,thoughts, that could pull us backwards.
Nice tips! Thanks !
Dik Mal
Ampang, Selangor
http://norakmal.blogspot.com
Motivasi Nie bgs…tp 2lah masa motivasi semangat berkobar-kobar,tp bila dah naik boring mulalah,motivasi pun hilang…Selalunye momentum akan turun bila kita menghadapi dugaan kerja yang susah..bila kena keje yg cerewet ataupn susah mulalah momentun kita akan turun…
From BLOG DIRECTORY
http://replymf.googlepages.com/blogdirectory
Ini adalah salah satu topik yang amat saya gemari. Motivasi yang tinggi pada saya semestinya bermula dari dalam diri kita sendiri. Saya telah memulakan perniagaan sejak 2 tahun yang lalu. Namun asam garam pernigaan ada masa pasang dan surutnya seperti ‘cycle life’ begitulah yang terjadi pada motivasi saya namun apa yang jelas semakin banyak cabaran yang meruntuhkan motivasi saya bila motivasi tersebut datang balik ia akan naik ke tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Walaupun saya belum mencapai kejayaan sebagaimana yang saya dambakan namun saya sentiasa positif terhadap apa jua peluang yang diberikan pada saya. Peluang adalah satu motivasi sebenarnya.
kenapa semangt/azam saya mula2 jer tinggi n berkobar2,tp sekarang da berkurang?mcm mana nk kekal kan semangat tu sehingga matlamat tercapai?