Cabaran Minggu Berfikir Positif

Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.

Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.

Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Comment di Tip Satu Minit juga perlu positif šŸ™‚

Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!

Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?

Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaranĀ 7 hariĀ ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).

Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.

Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.

Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.

Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!

Bermula Cabaran Minggu Berfikir Positif! Siapa yang sanggup menyahut cabaran ini?

**********

IKLAN: Sekiranya anda ingin menjalankan apa sahaja perniagaan Internet tetapi tidak mempunyai modal, sertai Workshop Perniagaan Internet.

Di seminar ini, saya akan kongsikan strategi:

  1. Bagaimana anda boleh mendapatkan produk secara percuma
  2. Membina laman web tanpa bayaran
  3. Melakukan promosi perniagaan yang mendapat beribu pelawat TANPA sebarang MODAL!
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

60 thoughts on “Cabaran Minggu Berfikir Positif

  1. Assalamualakum Tuan Rumah,

    Artikel di atas memang kena pada masanya..
    Sudah separuh tahun berlalu…tentu perasaan perlu recharge semula..untuk terus bertenaga memburu impian

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard, Work Smart & Creative”

    Assalamualaikum

  2. Saya seringkali kalah dengan pemikiran negatif..kadangkala persekitaran menghala saya ke arah negatif..mungkin juga matlamat saya sangat tinggi..saya cuba untuk fokus kepada satu matlamat dan berfikir positif..terimah kasih irfan kerana membangunkan minda saya setiap hari melalui tips satu minit..

  3. berfikiran positif adalah sesuatu yang susah untuk diperaktikkan, walau apapun satiap yang susah itu ada senangnya.didiklah diri kita supaya berfikiran positif beserta dengan usaha, lambat laun akan berjaya.

  4. Buat Tuan Punya -StrategiBisnes.com.

    Terima kasih kerana sudah membeli dam membaca buku BERFIKIR GAYA TRUMP hasil nukilan saya.

    Moga ilmu yang terdapat di dalamnya akan berguna buat kita membina kebahagiaan dan kejayaan hidup yang kita impikan.

  5. Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!

    btul..! saya stuju sgt2..
    saye tgl kt asrama..alhmdulillah, saye seorg yg bfikirn positif..
    dan yg lg hebat, kwn2 saye skarang, kalo nk ckp, msti ckp yg positif2 je..kalo nk TERckp yg negatif pn, msti diorg ckp cmni ‘positif2..astaghfirullah’..
    IK, u r totally rite…! people, lets practice it…!! =)

  6. hai…thanks too all reads…
    yang sebenar ye semua jenis perniagaan baik n bagus..x kira peniagaan ape MLM ke konvesional ke….yg penting usaha terus kn perjuangan n sentiasa berfikiran positif…ade sesetengah org bila x berjaya tu yg jd sentiasa negatif salah kn upline ckp upline tipu tuduh upline mkn duit dia sedang kn sendiri x nk usaha sentiasa harap kn org lain cr kn duit utk dia gila ke…lps tu bt report polis fitnah mcm2 x pasal2 menyusah kn org lain sekali…mane biznes dia belajar ni bkn pelaburan saham tggu duit dtg…hope pada yg berfikiran negatif nie ubah lh pemikiran klu nk terus sama2 berjaya bkn cr salah orang lain tp tingkat kn usaha n belajar mcm mane nk terus maju…ok bye…

  7. walaupun sudah lama cabaran ini n tak ada post bagi tahun 2011 namun saya akan sahut cabaran ini..4.02 minit petang..31.3.2011 saya start mula bfikiran positif..apa yang negatif datang akan saya tempis..insya allah mudah2an berjaya..amiin..

  8. saya sahut cabaran fikir positif,,, saya selalu negatif…..saya mula hari ni… Semoga hidup saya akan bersinar…dengan izin Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.