Cabaran Minggu Berfikir Positif

Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.

Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.

Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Comment di Tip Satu Minit juga perlu positif πŸ™‚

Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!

Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?

Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaranΒ 7 hariΒ ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).

Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.

Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.

Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.

Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!

Bermula Cabaran Minggu Berfikir Positif! Siapa yang sanggup menyahut cabaran ini?

**********

IKLAN: Sekiranya anda ingin menjalankan apa sahaja perniagaan Internet tetapi tidak mempunyai modal, sertai Workshop Perniagaan Internet.

Di seminar ini, saya akan kongsikan strategi:

  1. Bagaimana anda boleh mendapatkan produk secara percuma
  2. Membina laman web tanpa bayaran
  3. Melakukan promosi perniagaan yang mendapat beribu pelawat TANPA sebarang MODAL!
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

60 thoughts on “Cabaran Minggu Berfikir Positif

  1. Sudah tentu kita pernah alami situasi ini, Saya pernah mengalami saat keruntuhan semangat dan kenyakinan. Hari yang ingin dilalui terlalu berat rasanya. Bila saya duduk seorang diri termenung saya sendiri berfikir kenapa saya perlu memikirkan pasal kesusahan?

    Selain sejadah menjadi teman apabila kesusahan, saya selalu teringat penulisan di dalam buku Rahsia Jutawan Internet terbongkar dan selalu menjadikan ia sebagai rujukan. Kenapa? Sebab buku ini adalah antara titik tolak saya kearah kejayaan dan kesenangan.

    “Jika kita selalu pikir susah dan sukar mencari wang, maka susahlah hasilnya.. Tetapi jika kita pikirkan kita boleh senang walaupun kita sedang menghadapi kesusahan, InsyaAllah kita akan dipermudahkan”

    Kepada mereka yang kurang keyakinan.. praktikkan untuk berfikiran positif.. betul tak En Irfan Khairi a.k.a ? πŸ˜€

  2. tahniah irfan, saya sekarang ni dah lakukan perkara yang irfan cabar ni, tahniah kerana memberi cabaran kepada bangsa melayu untuk berubah, kita hidup sebenarnya di kuasai oleh apa yang kita fikir, kalau kita fikir tak boleh betul2 jadi tak boleh, kalau kita fikir boleh, betul2 jadi boleh, siapa yang control siapa, pernah tanya diri dan muasabah diri tak?, apa yang kita tanam hari ni itulah esok yang kita tuai, apa yang kita fikir hari ni, itulah yang esok kita hadapi, kawan-kawan semua nak jadi positif kena jaga hati dan bersangka baik terutama sekali dengan cuaca dan masa ( allah ) dan yang penting sentiasa maafkan orang lain. tahniah semoga kawan2 berjaya di dunia dan akhirat, insyaalah. SEMOGA KAWAN2 SEMUA DAN IRFAN DIAMPUNI DAN DIRAHMATI ALLAH JUA,AMIN. JUMPA KITA SEMUA DIPUNCAK KEJAYAAN.SAYA CADANGKAN KAWAN2 BACALAH BUKU ” IKUT HATI ANDA -MENCARI TUJUAN HIDUP DAN KERJAYA ” HASIL TULISAN AN EW MATTHEWS, TERJEMAHAN BAHASA MALAYSIA OLEH ADIBAH AMIN, BACA JAGAN TAK BACA, BELI JANGAN TAK BELI, LEPAS NI BOLEH KONGSI PANDANGAN TENTANG BUKU INI, BOLEH GITU IRFAN.

  3. Berfikir positif, bersifat positif dan bertindak positif. Jangan sesekali kita lemah.

    Ayuh anda renunglah sejarah Rasulullah. Betapa sukarnya baginda untuk mengembangkan Islam. Dihina, diancam, ditindas, terpaksa berperang dengan musuh dan maca-macam lagi, tetapi baginda positif, baginda kteatif, baginda bersifat positif, baginda tabah untuk mengembangkan siar Islam.

    Contohilah Rasulluluh berniaga, belajar dari Abdul Rahman bin Auf berniaga, bermula dari mencari tempat berniaga, barangan yang dijual, doa yang diamalkan, usaha yang dibuat, akad semasa jual beli, zakat, sedekah jariah dari keuntungan yang diperolehi, sumbangan kepada agama dan lain-lain.

    Apa tunggu lagi, kita sahut cabaran Irfan untuk berfikiran positif

  4. Saya sudah lama berfikiran positif. Sekarang saya sahut cabaran untuk mem’positif’kan orang disekeliling saya terutama Isteri saya.. πŸ™‚

  5. suatu ketika dulu,saya pernah mengalami satu situasi dimana berhadapan dgn kegagalan.hanya allah saja yg tahu betapa hancurnya hati ini tika itu.saya selalu berfikiran negatif.

    seseorang telah mengangkat dan membakar semangat saya yg ketika itu sudah tiada menjadi sekuat mungkin.saya cuba dan saya cuba menyahutnya sepositif yg boleh.

    hari ini saya bersyukur dan berterima kasih padanya kerana tidak jemu2 memberi semangat kpd saya.sekarang,saya belajar utk menjadi positif seperti yg ckpkan.

    sbg pengajaran,kita seharusnya belajar dgn seseorang atau guru yg boleh membawa kita ke arah yg lebih positif bukan sebaliknya.

  6. terima kasih atas tips bg tu. saya selalu berfikiran negatif, hasilnya…apa yg saya rancangkan kadangkala tak berhasil :(.mulai sekarang, saya akan terus berfikiran positif!! (berazam nih)

  7. bila rasa down, cepat2 saya pergi blog ni sebab memang akan jadi positif. Sekarang hari -hari saya fikir positif sahaja sebab ada motivator yang tak jemu bagi nasihat. Saya nak ikut macam doktor juga. mesti boleh!

  8. Positif! Positif! Positif! Positif! Positif! Positif! Positif! Everyday! 24-7!

    Mari usaha membentuk diri positif! Pasti akan terbentuk peribadi yang cemerlang. Selesai nanti, teruskan pula sehingga 40 hari!

    Apa yang saya pernah lalui, apabila hendak sesuatu tabiat buruk disingkirkan, hendaklah latih buat selama 40 hari, dan diteruskan. Saya telah laluinya, dan memang berkesan, Alhamdulillah!

    Jadikan latihan Irfan selama 7 hari ini sebagai STARTER @ batu loncatan ke arah membentuk diri menjadi bakal jutawan, Insya Allah πŸ˜‰

  9. saya nampak kita ini bila diberi sedikit motivation atau cabaran , kita rasa berkobar-kobar utk melakukannya. Rasa macam tak sabar nak capai objektif tersebut. Bila seseorang memikirkan yang positif , mereka merasa berupaya untuk mencapai sesuatu yang kita fikir dulu banyak halangannya. Saya rasa kira perlu terapkan semangat, titipkan dalam mental dan hati kita, tulis disetiap sudut yang boleh kita lihat, insyaalah kita akan berjaya , walaupun kejayaan itu belum pasti bila akan hadir.

  10. Manusia yang senantiasa berfikir positif adalah manusia yang mendapatkan nur illahi yang dapat diterapkan dalam hidup, karena dengan berfikir positif kita terhindar dari segala kehancuran, fitnah, dan amarah. hindari diri dari segala ranjau2 kehancuran. terutama mata yang selalu tertuju pada yang mudharat.

  11. Saya selalu beranggapan negatif terhadap suami saya yang menjalankan perniagaan kerana selalu mengalami kerugiaan dan ditipu oleh kawan-kawan. Terima kasih saya akn cuba menjadi seorg yg positif selepas ini.

  12. Betul,kalau kita sentiasa berfikiran positif kita akan bergerak ke hadapan..berbanding jika fikir negatif.Negatif memang merosakkan pemikiran kita.

  13. “Seperit mana pun kehidupan, anggaplah ia adalah dugaan & cabaran yang mematangkan diri demi mempersiapkan minda 7 fizikal untuk mengorak langkah ke esokan harinya… “

  14. Dat’s rite we have to think positive. Dont think negative..Say NO to NEGATIVE THINGKING.. Say YES to POSITIVE MINDS!!! CHAYO (10 X)

  15. saya baru saja bertengkar dengan calon suami saya .. sudah banyak hal yang saya lakukan dengan negative thinking .. tapi kali ini, saya akan berusaha utk menjadi calon pendamping yang berfikiran positive .. terima kasih atas saran nya .. smoga saya berhasil meyakinkan dia dan Tuhan ..

  16. alhamdulillah….tindakan telah saya pratikkan kini, memang ada kesannya, terima kasih kepada Tuhan yang mengizinkan diri kita untuk mempositifkan apa jua yang berlaku.

  17. Segala tip yg IK beri selalu saya praktikkan. Alhamdulillah..salah satu matlamat saya telah saya capai..Adakalanya fikiran negatif ini hadir juga dlm diri kita..Hanya kita sahaja yg boleh menepisnya agar hilang dari fikiran kita.. FOKUS..FOKUS..FOKUS..

  18. Memang banyak kesan dari fikiran positif ni, segala perkara kita akan rasa senang dan selesa kerana tanpa ada apa-apa rasa yang sangsi, kecewa, cemburu, takut, sedih dan sebagainya. Dalam Islam sendiri kita disuruh berbaik sangka dan dilarang berburuk sangka jadi konsep ini samalah dengan pemikiran positif dan negatif

  19. saya pun nak join sekali la.

    IK, saya berminat sangat la tentang seminar nak buat bisnes internet tanpa modal tu, tapi saya di Sabah…jauh sangat.Mungkin IK boleh buat ebook dengan harga yang berpatutan. Bolehlah saya mula buat BizInt dalam masa terdekat ini.

  20. Selain berfikir secara positif, kita kena bertindak mengubah cara hidup ke arah yang lebih positif. Kurangkan menonton tv dan lebihkan membaca buku yang berkaitan dengan kerjaya kita. Saudara IK adalah contoh terbaik.

  21. Baiklah IK πŸ™‚

    Saya akan sahut cabaran IK !
    Saya nak berfikiran positif sepanjang masa !
    Saya dah tak mampu mengawal fikiran saya kerana saya melihat semua perkara positif belaka!

  22. semalam baru beli buku berfikir gaya Trump. Apa yang ditekankan beliau adalah kita perlu berfikir positif setiap hari kerana tiada orang yang akan melakukannya untuk kita. Jadi banyakkan membaca dan mendengar nasihat dari individu berjaya yang positif.

  23. sentiasa berfikir positif..yezzaa..
    sentiasa bersangka baik pun positif juga tapi bukan mudah. apa yang penting jangan cepat putus asa.

  24. ya… perlu sahut cabaran. kalau seminggu anda boleh berfikir positif, ia aokan menjadi satu tabiat baru anda dan mengubah hidup anda selama-lamanya!

    -ik

  25. fikiran & tindakan positif SAYA sepanjang 7 hari ini
    ——————————————-
    Setiap kali menerima tugas – TENANG

    Apabila TUGAS jadi BANYAK- SABAR, itu tanda kita adalah anggota yang DIPERCAYAI & PENTING.

    Buat kerja dengan TELITI – ENJOY!! dgn amanah itu..

    Tq irfan : )

  26. kenapa kebanyakan komen dari tahun 2006 lagi. ada guna mesin perentas masa ke (back to the future). tapi tak pe, yang penting dapat maklumat dan tips bernas dari kawan2.

    ramai orang bercakap berkenaan berfikir positif, tapi bagaimana CARA untuk berfikir positif. adakah hanya dengan bersangka baik itu dapat menjadikan kita positif. ada tak contoh atau CARA lain yang boleh dijadikan panduan berfikir positif.

    ada satu kes di mana seseorang itu anggap dirinya sentiasa berfikir positif tetapi tidak pada tindakannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.