Burger mana lagi sedap?

Hari ini saya ada soalan penting untuk anda. Bukan main-main punya soalan ini 🙂 tetapi ada pengajaran yang amat hebat!

Soalan cepu emas untuk anda jawab…

Burger mana lagi sedap; burger McDonald’s atau burger yang di gerai tepi jalan? 🙂

OK. Soalan ni mudah sahaja… sebab rata-rata ramai akan kata burger gerai kat tepi jalan lagi sedap kan?

Soalan sebenarnya adalah…

Mengapa McDonald’s lebih berjaya walaupun burgernnya kurang sedap berbanding burger gerai? (walaupun McDonald’s bermula dengan gerai juga)

Silap-silap burger yang anda buat sendiri lagi sedap dari McDonald’s kan?

Konsep penting ni, esok saya akan jawab. Sebelum tu…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

74 thoughts on “Burger mana lagi sedap?

  1. Sebab McD mempunyai logo serta slogan yang mudah diingat pengguna. Selain itu McD mempunyai warna korporatnya yang tersendiri. McD juga menyediakan pelbagai promosi dan barangan percuma pada setiap perayaan. Misalnya beli burger dapat percuma permainan. Kanak-kanak pasti suka. McD juga menyediakan promosi yang mantap. Serta servis yang cepat.

  2. Sebab dia dan “branding” nama McDOnald. Bila ingat burger mesti ingat McDonald. Jadi psikologinya manusia ni bila dah ada nama tak sedap pun dah jadi sedap.
    Then pasal sistem penyediaan dia yang sitematik. Kalau kita pergi kat mana-mana kat MCdonald pun kita akan rasa environment yang sama, thats y it make us feel good to buy. Lagipun slogan dia yang menarik “Im Love it”.

  3. Saya ada 4 jawapan untuk soalan itu…
    1. Branding (Penjenamaan)
    2. Promosi
    3. Promosi
    4. dan Promosi
    Rasanya itulah 4 kunci utama kejayaan McD (Sorry, unable to stick to the Power of 3). Actually, kalau nak revise balik tips yg beri terdahulu, banyak yg bersangkutan dengan perniagaan McD ni. Tapi istimewanya ni sebab beliau always melihat sesuatu dari sudut yg berbeza. That’s why dia berupaya menjadi jutawan, dan sebahagian besar kita tidak… 😀

  4. betul kata nick. sebab marketing plan mcd yang mantap, selain dari promosi dan kepelbagaian dalam produknya. mcd selalu mengubah rasa burgernya supaya pelanggan tidak bosan menikmati burger mereka.

    barangkali peniaga gerai tepi jalan boleh meniru idea mcd!

  5. wah… pagi-pagi pun dah ramai post message!

    ok, ni clue.

    Bukan branding, bukan warna, bukan slogan, bukan marketing plan, bukan promotion, bukan big budget… (walaupun semua ni penting- semua ni external; membuat pelanggan memilih McDonald’s).

    Tetapi sesuatu yang mereka lakukan secara dalaman (internal; membolehkan McDonald’s berkembang maju). In fact, anda sendiri boleh nampak dengan mata anda ketika anda sedang order di McDonald’s… apa yang mereka buat di dapur tu?
    Rasanya, tip (jawapan) ni tak pernah keluar lagi di Tip-Satu-Minit 🙂

  6. Betul semua pendapat diatas.

    Bagi saya McD berjaya kerana ia sentiasa berubah mengikut keadaan berbanding peniaga ditepi jalan. Kerana jika kita tidak mahu berubah, satu masa nanti kita akan pupus macam dinosour….

  7. Kalau tak silap saya, McD ni mengamalkan satu sistem quality Control keatas product mereka yang sangat sistematik dan rigid.Jaminan mutu sebegini sudah pasti memberi keyakinan kepada pelanggan nya /penguna product mereka. Rasa rasa nya kalau satu burger tu tak laku dalam 10-15 minit..terus buang..bagus punya QC kan betui ke ?

  8. beidi_mat >> bukan jawapan yang dicari, tapi dah dekat. Gerai burger lagi la hebat quality. Kalau orang order, masa tu jugak dia buat depan kita… sedap pulak tu 🙂

    teruskan mencari jawapan!

    clue dari beidi_mat – sistematik… rigid… 10-15 minit

  9. beidi_mat, you could be right. Probably QC is the one, among the best in the industry. Cara mereka berpakaian, tahap kebersihan yg tinggi, cara penyediaan yang teliti, semua ini memberi keyakinan yang tinggi pada pelanggan. Kerana utk mendapat keyakinan itulah mereka meletakkan dapur mereka secara terbuka, supaya boleh dilihat oleh pelanggan mereka. That has to be THE ONE… kan ?

  10. Pendapat Darin,
    Sebab McD berkembang
    1) Marketing Plan
    2) Pembungkusan
    3) Sistem Kerja
    4) Kualiti produk

  11. Assalamualaikum.

    Wah, cepatnya penuh komen hari ni.
    mesti sebab tajuk menarik ditambah pulak senang kasi komen.
    Sampaikan tuan punya blog ( Ifran Khairi) pon join sekali berkomen.

    Pendapat saya pulak, sebab McD punya pelayan ceria2 selalu. Tambah dengan premis perniagaan dia pon nampak ceria.

    Wassalam.

  12. Saya rasalah cara penyediaan burger tersebut
    yang cepat. Pelanggan tak perlu menunggu terlalu
    lama cth : sampai 1/2 jam. Mereka menyediakan dengan pantas. Sebab itulah McD tu fast food sebab segala-galanya “fast”.

  13. Irfan Khairi : “zoomer > almost there!”

    Waduh… still not there yet? Pening nak memikirkannya ni…

    Is it “commitment”? Sebab bila kita lihat ke dapur, apa yg dapat kita lihat ialah tahap komitmen pekerjanya yg sangat tinggi, yg secara otomatik menjana keyakinan pelanggan atas produk yg dihasilkan.

  14. emm..dia sengaja open kan dia punye penyediaan makanan untuk menunjukkan kpd pelanggan bahawa mereka iaitu McD adalah “PAKAR BURGER”…

  15. Bagi saya Macdonald mengutamakan servis yang lebih baik kepada pelangan-pelangannya berbanding dengan burger yang dijual di gerai.Keselesaan,kepantasan,kemesraan,dan kebersihan menjadi polisi utama yang ditekankan oleh Macdonald khas untuk pelangan-pelangannya.

  16. Bukan sebab location ker? Heh.. sebab Ray Kroc ada bgtau satu group MBA student yang business utama dia ialah real estate. Sume kedai2 dia terletak dilokasi paling strategik.. (excited nk tahu jawapan.. :-P)

  17. “The answer is obvious: McDonald’s is excellent at business systems. The reason so many talented people are poor is because they focus on building a better hamburger and know little to nothing about business systems.”

  18. saya rasa dah dapat ..jawapan nya.
    Rujuk balik tip 11/8/2006..”PENGGUNAAN KUASA TIGA”
    I’M LOVING IT……….CAMNA? BETUL LAH TU

  19. Assalamualaikum,
    saya rasa peniga tepi jln ni tak boleh nak lawan yang mcD punya kerana, yang gerai ni setakat jual burger jer lah,
    diorang ni tak der marketing plan,…
    yang dia tau pukul 6.00 bukak gerai pastu pukul 2.00am tutup.
    tak kisah berniaga gerai pun janji handle business tu kearah komersil biar nampak profesional….
    apa2 pun kita tunggulah jawapan nya esok yer…
    bye2….

  20. 2 kali jawab tak pe ke doktor?
    Budak-budak suka burger kat McD sebab dapat alat permainan percuma dalam promosi mereka seperti Hello Kitty dan Racing Turbo Car. Betul kan !

  21. Takde ke staff Mcd yang boleh jawab soalan ni?
    atau Tauke Ramly Burger ke, mungkin dia tahu jawapannya sebab ramai orang kata Ramly Burger lagi sedap dari Mcd, malaysian style gitu..saya rasa jawapannya ialah sebab burger gerai tepi jalan lagi sedap sebab dia buat “customised” ikut order customer, nak special ke, daging lebih ke, cheese lebih ke, apa pun boleh , mcd tak macam tu. lagipun nak beli mudah pakai kain pelikat pun bole beli burger kat tepi jalan, tapi jarang nampak orang pi Mcd pakai kain pelikat.

  22. Saya rasa sebab mcd ni mempunyai marketing planning yang bagus selain dia menyediakan training untuk setiap francais dan promosi yg hebat.

    Mcd juga mempunyai pelbagai jenis burger dan juga makanan lain macam bubur mcd, ayam goreng mcd etc.

    Lastly, pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan makanan tu.

  23. thinx out the box….apa yer..apa orang buat kat dapur..biasanya memasak la kan…betul tak..tp kat mcdonald dia buat apa kat dapur ek..(time balik kelate jer dapat pergi mcD ni..tu pun jarang2)

    cepat pakat pikir…????..tapi slah satu sebab dia MCD sediakan tandas dalam kedai dia ..dan saper2 bleh guna…tak semestinya customer..

    sedang pikir lagi ni….

  24. Saya rasa jawapannya ialah sebab orang kat dapur Mcd tak buat macam-macam kerja. Specialisation gitu, satu orang satu kerja.So, dia orang kira dah expert, pejam mata pun boleh buat kerja. Bila semua orang expert & excellent kat bahagian masing-masing in the end the output mesti excellent product. Betoi ke ?

  25. Sebab Perkataan itu sendiri.
    Mc Donald’s.

    Sebut Mc Donald’s – Semestinya Burger.

    Tapi sebut Ali Burger kat Subang yang sedap dan original.Orang kenal tak.
    Tak kenalkan..
    Kekuatan Mc Donald’s hanya pada nama.Burger..biasa je…

    Contoh lain – Siti Nurhaliza / Datuk K
    Apek / Senario
    2 contoh kekuatan pada nama tersebut.

  26. haaa..saya pernah kerja di McD! jawapannya, simple saja…McD berjaya buak kerana faktor luaran, tetapi dalama, staaf, management dan di punya training system..

  27. sebab diaorang takde chef khusus. infact they’re chefless. Semua orang boleh masak. Semua orang boleh buat semua task. Betul ke?

  28. Balik kena pergi McD kat Skudai..skodeng apa mereka buat..esok sure jawapan Darin sama dengan jawapan .

  29. Semuan jawapan anda adalah betul, mana ader burger yang sedap dalam dunia..ni . kecuali burger masakan wife saya jer hehe.Senangjer jawapan dia, mana ader sedap burger MD, yang sedapnya bila makan boleh tengok awek2 kat situ, itu yang nak sangat pegi makan MD tu..yang penting pelaris tu, sedap NO 2.

  30. Rasanya dia menggunakan pembalut yang berkualiti. Kalau kat gerai, selalunya pakai tisu. Betul tak ?? Bila makan nanti tak adalah melekat kat burger. Hehehe.

    Mungkin juga kat McD, mereka pakai topi, jadi rambut tak adalah masuk dalam burger bila memasak. Hehehe.

  31. the answer i think… because McD has become some kinda LIFESTYLE. Yes, they’ve created the lifestyle. That’s the answer!

  32. Mana jawapannya nih, x sabar dah nih..tak bleh tido la mlm ni kalo mcm nih..saya ada perangai kronik, selagi x dpt jwpn x bleh lupa,..mesti dok pk jgk..tolong lah bg jwpan ..

  33. askum, bagi saya,
    mcd lebih berjaya sebab diorang ada prinsip 4P’s dalam marketing…
    dalam sesebuah perniagaan R&D adalah nombor, manakala marketing adalah perkara yang paling utama. jadi individu yang ingin berjaya jgn hanya buat R&D… ciptala marketing plan yang bagus…
    semoga burger malaysia akan berjaya ….

  34. askum
    menarik juga nak tau jawapannya…agaknya pasal time management dan multitasking kot….kalau ikut kan ray kroc actual business diorang bukan le burger tu tapi property….
    mari kita tunggu jawapan sifu…tunggu….

  35. Ermm…Mc Donalds ade sistem sendiri dan KFC pun ade sistem sendiri…Masing-masing menggunakan strategi….Thanks

  36. saya rasa lah..dia open dapur dia untuk kita tengok nak tunjukkan dia expert dalam buat burger dan ada pengkhususan,macam selalu cakap mesti ada fokus dan niche

  37. …kalau dah lapar semua burger sedap! hehehe…tapi bila kat TV duk suap kita, duk henyak kita dengan Iklan yang sama je. Dengan sendirinya otak kita akan membuat keputusan automatically, Mc Donald! Mc Donald! …cuba kat Iklan TV tu, Burger Irfankhairi! Burger Irfankhairi!! Burger Irfankhairi! …saya rasa, saya mesti pilih Burger IrfanKhairi! Amacam? Boleh?

  38. yer laa kalu pasal teki teka nak jawab soklan nih mesti bomm banyak yang respond… saya nak respond jugak ler..

    lebih kurang dengan duplikasi jugak ler..

    kena tiru orang yang telah berjaya…

    macam rupa dengan MLM jugak…

    kalu tak tiru orang yang berjaya, macam mana kita nak dapatkan hasilnya. kalu dah join dengan MLM, tak buat apa yang sepatutnya kita buat. tak dapat hasil lumayan ler…

    sekadar tengok iklan aje laaa…

    burger sendiri pun best jugak wooo…

    bleh francaisekan kita punya burger jugak. macam burger rusly. JUTAWAN SENYAP… hehhe

    ada lagi teka teki??? nak jawab nih…

  39. ok…lebih senang jika dikatakan, burger mac donald lebih mahal dari burger jalanan dan siapa ada wang lebih, mau bergaya dengan status tentu pilih mac donald…tapi kalu tak ada wang..hah burger tepi jalan jadi pilihan utama asalkan perut terisi dengan tak kira siapa asalkan namanya burger. Mat Salleh pun makan burger tepi jalan..tapi bila pakai tali leher…kenalah masuk mc donald..tak payah pakai selipa jepun?

Leave a Reply

Your email address will not be published.