Bukan semua berita baik apabila anda berjaya!

Salah satu program TV favourite saya ketika ini adalah Rockstar: Supernova. Sebuah rancangan reality TV mencari penyanyi rock untuk kumpulan Supernova yang dianggotai oleh veteran-veteran rockers- Tommy Lee (Motley Crue), Jason Newsted (Metallica) & Gilby Clarke (Guns n Roses). Saya suka sebab sejak dulu memang minat dengan mereka… rockers old-school la katakan!;)

Saya baru ingin mula menulis tip kejayaan hari ini, apabila Dave Navarro (host/rockers) memberi satu nasihat yang amat baik kepada peserta.

“If you succeed, you need to have a thick skin. You will be a living target. You will have a bulls-eye behind your back”

Betapa benar kata-kata itu yang datangnya dari seorang rockers yang berjaya. Ia akan apply kepada anda juga!

Adakah anda sanggup menghadapi perkara-perkara negatif yang akan datang bersama kejayaan?

Apabila seseorang itu berjaya, akan bertambah mereka yang memusuhi anda. Makin ramai yang akan dengki dengan pencapaian anda. Makin ramai yang akan melemparkan kata-kata yang tidak berasas kepada anda. Dan paling sering sekali adalah, makin ramai yang akan cuba menjatuhkan anda apabila anda sudah berjaya!

Nasihat yang sama terdapat di dalam buku klasik “Thick Face, Black Heart: The Asian Path to Thriving, Winning and Succeeding” oleh Chin Ning Chu yang mengatakan, untuk menjadi seorang yang berjaya, anda perlu sedia menerima perkara-perkara negatif ini. Dalam erti kata lain, sekiranya anda sanggup menghadapi orang-orang tidak suka anda, maka, anda akan pergi lebih jauh!

Bukan hendak menakut-nakutkan anda untuk mencapai kejayaan, tetapi,lumrah hidup, ini yang akan berlaku– selain dari Dave Navarro dan buku Chin Ning Chu, pengalaman saya juga turut bersetuju dengan keadaan ini 🙂

Adakah anda sanggup? Apa yang anda akan lakukan sekiranya ini terjadi kepada anda? Mungkin juga, pengalaman anda sendiri telah membuktikan ini?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

28 thoughts on “Bukan semua berita baik apabila anda berjaya!

  1. Assalamualaikum.

    Ramai yang akan menarik kaki seseorang yang berjaya agar sama-sama jatuh. Mengapa tidak ramai yang berlumba untuk berjaya bersama?

    Wassalam.

  2. saya bersetuju dengan idea yang mengatakan kejayaan juga datang dengan perkara2 negatif. seorang pakcik dalam 50 an pernah bercerita kepada saya, dahulunya dia membuka sebuah syarikat kecil. walaupun kecil itu sudah memadai untuk menampung keluarnganya. Namun ada saja orang yang dengki dengan beliau, beliau telah dilemparkan tuduhan palsu menipu pelanggan2 beliau dan akhirnya syarikatnya mengalami kerugian akibat perbuatan khianat tersebut. kini pakcik tersebut menjual pisang goreng di tepi jalan bersama2 dengan isterinya.

  3. cikgubiz >> tepat sekali. bila dalam proses mencapai kejayaan, berbagai2 rintangan. Bila sudah berjaya, segalanya sudah jadi “tak lut” dah…

    mdpai>> menarik juga cerita ini dan ada pengajaran. dalam kes ini, adakah pakcik tersebut tidak cukup kuat menghadapi rintangan dan give up? pembaca tip satu minit pula bagaimana? adakah anda akan give up kepada mereka yang cuba menjatuhkan anda?

  4. Positif-negatif,baik-buruk,bulan-matahari,lelaki-perempuan,kiri-kanan,depan-belakang,bla bla bla

    Memang hidup ni semuanya Allah jadikan berpasangan.Kita sendiri perlulah belajar menanganinya.

  5. Memang dunia perniagaan penuh dengan cabaran dan dugaan.Kita kena bersedia untuk menerima kutukan dan kritikan. Kena expect masalah akan timbul dan kena selalu bersedia.

  6. Assalamualaikum,

    Insya-Allah…semoga pembaca tip 1 minit semua tak give up menghadapi cabaran dan rintangan.
    kena belajar tebalkan muka..pekakkan telinga dari sekarang.

    p/s: ambo kagum dengan keberanian penjual² selalu datang offer barang² time kita makan tuh.mereka nie memang sudah lali dengan rejection/tolakan.

  7. Bagi saya “PEOPLE CAN MAKE DOWN BUT I NEVER DOWN,BECAUSE I KNOW WHO I AM”.. Sampai bila nak berhenti percakapan orang tentang kita. Hanya tuhan dan diri kita tahu sejauh mana kia mampu melangkah.

  8. Saya pernah mengalaminya.. ketika sebelum saya menceburkan diri dengan perniagaan internet, saya bekerja sebagai ahli pemasaran sebuah syarikat swasta.

    Saya telah dihantar oleh boss untuk mengikuti kursus, dipendekkan cerita.. seorang rakan berlainan bangsa berasa irihati dengan kejayaan saya mencapai prestasi baik.. akhirnya saya mengambil keputusan meninggalkan syarikat tersebut apabila rakan ini mengaibkan saya dengan menyebarkan berita bahawa saya ingin menjatuhkan syarikat.

    Macam-macam..

  9. mesti bersedia untuk menghadapi kemungkinan dikhianati…. thank Irfan.

    saya pernah dicabar oleh seorang pakcik,,,
    katanya: kalau kau nak anak aku kene ada RM 20,000 cast money. ini cabaran yang paling hebat……….

  10. Orang akan dengki apabila kita mencapai kejayaan. Namun , ia seperti kata Irfan..adalah lumrah hidup….kita yang ada pengalaman …dalam mendapatkan kejayaan itu…ilmu sudah ada dlm tangan kita dan di dalam dada….jika kita terjatuh kerana dengki orang..kita sentiasa boleh bangun insyallah…tetapi orang yang dengki itu akan tetap tidak ke mana dalam hidup mereka..cuba mesti sentiasa ingat…semangat untuk bangkit itu janganlah ada yang terlupus…semangat sentiasa kena amat kuat…amat kuat.

  11. Saya berpegang kepada :

    Big people talk about ideas,
    Average people talk about things,
    Small people talk about other people.

    Jadi, fikirkan kita di mana?
    Kalau kita yang pertama, tak payah nak layan yang ketiga.

  12. Bila salah seorang antara kita yang sudah berjaya,pasti ada yang ingin ‘menjatuhkanya’. Itulah lumrah kehidupan.

    Tapi sedarkah kita,berapa ramaikah antara kita yang sanggup menolong rakan-rakan mereka atau sesiapa sahaja yang ‘jatuh’ tersungkur untuk ‘bangun’ semula.

    Sama-sama fikirkan.

  13. bila baca post hasrul, rasa macam ada gak betulnya..rasa macam saya ni kira avg people la…

    nak kena jadi big people jgk…big segi fizikal dah jadi dah…lepas kawin 3 bln dah tambah 3 kilo.. 🙂

  14. jiwang karat? Osman Affan http://www.3dalam1.com tu jiwang karat. Saya old school rocker 🙂

    Nasihat penutup… kalau ada kesempatan, baca buku â€Thick Face, Black Heart: The Asian Path to Thriving, Winning and Succeeding” oleh Chin Ning Chu. Buku klasik boleh didapati dikedai2 buku utama.

  15. Adeh… patut la pans je telinga dua tiga hari ni, kena tuduh jiwang karat rupanya… takpe, ni pun cabaran bila nak berjaya jugak sebenarnya… 🙂

    Satu point daripada saya, kalau kita dah berjaya, orang mungkin kata macam-macam. Tapi saya sedih tengok yang sedang berusaha untuk berjaya, tapi mengata kat orang lain macam-macam. Ini saya namakan, ‘mengutuk untuk berjaya…’ 🙂

  16. Kejayaan itu akan lebih bermakna bila kita melepasi segala halangan untuk mencapai kejayaan itu…Success is challenges

  17. Ramai yang akan dengki dengan kejayaan kita esp. the people that tend to think they’re more superior than us. Perkara ni kalau nak difikirkan, a lot of possibilties yg akan berlaku ke atas diri kita if mereka ni melakukan sesuatu di luar jangkaan kepada diri kita. Anyway on a postive note, maybe they will learn from us and kita akan tolong diorang untuk improve and move on together.

  18. Idea-idea dok memang bernas, saya amat teruja.. Setiap pagi sebelum start kerja saya pasti baca dulu web doc sebagai pembakar motivasi..Yealah semangat tu kejap naik kejap turun..Bila ada halangan sikit mulalah down balik.. harap-harap saya akan terus bersemangat dengan tip-tip yang ada disini..

  19. Salam ..

    Seram saya membayangkan sikap buruk manusia yang dengki dan khianat pada anda. Seperti kata anda, manusia terdorong untuk melakukan sesuatu berdasarkan 2 perkara….

    Semuga Allah melindungi anda dari sifat dengki dan khianat… Aminn!!

  20. sy stdn u ambik course usahawn..best gk dengar opinion korang..smgt jadi nyer..smoga sukses sume,amin

  21. sy suka dgn kata2 hikmat dari org2 yg berjaya. tp yg musykilnya kenapa kata2 hikmat dari omputeh je..???carilah kata2 hikmat dari org2 yg berjaya pada zaman Rasulullah,itu kan lebih baik.

  22. SAYA pun rasa gitu..KEHIDUPAN MEMANG BEGITU.rasa macam dah sedia hadapi di saat saya dah jadi somebody nanti.saya setuju hasrul..apa kita dapat kalu jd yg ketiga..Baik jadi yg boleh MAKE MORE MONEY..hidup sekejap jer!!sampai masa kitakan kesana jua….

Leave a Reply

Your email address will not be published.