3buntu

Bila terjumpa jalan buntu…

Rintangan dan dugaan tidak dapat dipisahkan dalam perjalanan mencari kejayaan. Adakalanya rintangan yang datang telalu besar cabarannya sehingga rasa tertekan dan ingin putus asa. Ke kiri tidak betul, ke kanan juga tidak menjadi. Di hadapan adalah jalan buntu dan tidak tahu bagaimana hendak kita teruskan perjalanan lagi.

3buntu

Berikut adalah 3 perkara yang perlu dilakukan apabila terjumpa jalan buntu…

1. Apabila terjumpa jalan buntu…

Pastinya jiwa terasa stress. Dalam keadaan stress ini, minda tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan sukar untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Ketika keadaan ini, anda perlu berhenti dari melakukan apa apa. Waktu ini bukanlah waktu untuk membuat sebarang keputusan.

Cari ketenangan dengan berehat. Ia mungkin mengambil masa beberapa jam, atau beberapa hari untuk anda fikir dengan lebih sempurna dalam keadaan yang tenang. Lakukan apa yang anda suka yang menenangkan jiwa, seperti beriadah, melihat alam, pergi ke pantai, beribadat di masjid, membaca Al Quran dan sebagainya.

Lapangkan dada dalam mencari ketenangan oleh kerana dalam apa sahaja masalah pastinya ada penyelesaiannya. Namun penyelesaian tidak akan datang ketika keadaan tertekan memikirkan jalan yang buntu.

2. Apabila terjumpa jalan buntu…

Minta bantuan dan pendapat dari mereka yang berpengalaman. Apa sahaja masalah pastinya ada penyelesaiannya. Dan pastinya penyelesaian tersebut pernah dilakukan oleh orang yang lain dalam keadaan yang sama. Waktu ini bukanlah waktu untuk menjadi ego dalam meminta bantuan atau pendapat orang lain.

Mungkin bantuan secara langsung tidak dapat diberi (Contoh, masalah kewangan dan meminta pinjam wang dari orang lain), tetapi pastinya bantuan dari segi pendapat dapat diberikan (Seperti, masalah kewangan dan mencari nasihat bagaimana hendak keluar dari masalah tersebut).

Minta pendapat dari mereka yang lebih berpengalaman untuk mengetahui selok belok dan pilihan untuk keluar dari masalah tersebut.

3. Apabila terjumpa jalan buntu…

Solat Istikharah untuk diberi petunjuk Allah swt jalan penyelesaian terbaik. Sebelum tidur, dalam keadaan yang tenang, dirikan solat Istikharah dan minta petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan apabila berdoa…

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan…) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan…) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.

Dan berserah kepada Allah swt!

[PENGUMUMAN] Mulakan perniagaan kecil anda bersama kami di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang mendapat sambutan amat hebat dan telah melahirkan ramai usahawan-usahawan Internet. Pengambilan terbaru bermula tidak lama sahaja lagi. Dapatkan maklumat lanjut dan daftar di http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277

Program ini juga boleh diikuti 100% secara online sekiranya anda jauh dari Kuala Lumpur. Klik di sini.

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Bila terjumpa jalan buntu…

  1. InsyaAllah… setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya…. yg penting mesti bertenang, mencari org yg pakar juga berpengalaman dan berdoa serta berserah kepada Allah kerana ujian itu datangnya dari Dia dan hanya Dia sahaja yg tahu jln penyelesaiannya… oleh itu kita mestilah memohon pertolongan dan memberi pentunjuk dariNya

Leave a Reply

Your email address will not be published.