Interesting question daripada zul semalam:
Saya ada terbaca dua pendapat mengenai apa yang kita mahukan:
Pendapat 1: Elakkan daripada memberitahu kepada orang lain agar mereka tidak memperlekehkan impian-impian kita. Atau dalam perbincangan di sini, orang akan kata TAK BOLEH. Jadi, untuk elakkan mendengar kata-kata negatif tu, jangan beritahu orang apa impian kita.
Pendapat 2: Beritahu pada orang lain. Tujuannya agar kita bermotivasi atau ada “tekanan” untuk mencapai impian tersebut. Kalau tak tercapai, “˜malu”™lah sebab dah cakap macam-macam.
So, pada pandangan Abg Irfan sendiri, cara mana satukah yang paling bagus? Atau melihat pada keadaan juga?
Pendapat saya:
“Beritahu pada orang lain. Tujuannya agar kita bermotivasi atau ada “tekanan” untuk mencapai impian tersebut. Kalau tak tercapai, “˜malu”™lah sebab dah cakap macam-macam.”
Sebabnya, bukan sekadar memberi tekanan & malu kepada kita sahaja, malah proses berkongsikan idea kita dengan orang lain juga boleh mengembangkan idea tersebut menjadi idea yang lebih baik. Sebagai tambahan, bila dengar yang “tak boleh” kita boleh tahu sebab apa dan sudut pendapat sesetengah orang kata “tak boleh”
Contoh daripada semalam:
- “Tak boleh! Usahawan Internet tidak mempunyai tempat di media sebab Internet banyak yang dilihat negatif”…. penyelesaiannya, saya jadikan strategi dan approach media dengan kesan-kesan positif perniagaan internet
- “Tak boleh! Suara saya halus/perlahan sangat untuk TV & radio” … penyelesaiannya saya pelajari teknik-teknik komunikasi berkesan supaya memenuhi citarasa media.
- “Tak boleh! Workshop Jutawan Internet tidak akan berjaya punya sebab terlalu mahal untuk “orang kita”” … penyelesainnya saya timbulkan kesedaran kepada orang ramai bahawa “orang kita” bukannya corot sangat- ramai yang berpendapatan agak baik dan sanggup melabur untuk ilmu. suatu yang membanggakan orang2 kita!
So, bila kita kongsikan idea kita dengan orang lain, kita juga dapat belajar dari orang lain walaupun orang lain bersikap negatif. Kita positifkan balik 😉
Kalau kita simpan idea sendiri! takut2 kita pula yang syok sendiri dengan idea tersebut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Tak silap saya, ada postkan mengenai hal ini dulu yang mana sebarang bentuk idea yang kita ada, cerita pada orang…
Dengan bercerita, pelbagai pendapat yang akan kita dengar, dari situ kita boleh improve dan lebih memahami kehendak masyarakat.
Ya, saya setuju dengan pendapat mesti share dengan orang.. tujuannya untuk meletakkan diri kita in-line dengan apa yang kita suarakan.. seperti sedia maklum, setapak kita nak melangkah ke hadapan, seribu tangan menarik ke belakang..
jadi, bila kita sudah kongsi dengan orang lain tentang impian kita. kita akan letak diri in-line, dan komitmen padu akan bertambah.. kita akan sentiasa memastikan projek berjalan.. dan sentiasa memikirkan cara how-to make it sucess… 🙂
kalau kita simpan, akan wujud satu perasaan.. ala, kau try je, ada rezeki ada la.. berbeza kalau impian.. its a must! 🙂
Pendekatan yang sama diajar dalam buku bestselling ‘The Secret’. Beritahu orang lain dan akan ada orang datang membantu untuk mencapai tujuan kita.
Selain dari itu, sebagai seorang Muslim, kita pun ada cara sendiri ie doa dan solat sunat di waktu tgh malam.
ada betUlnya kedua2 pendapat ini.macam saya.saya beritahu ibu saya sendiri tentang rancangan saya nak berniaga menerusi internet dan menjadi jutawan.mak sya kurang memberi pandangan.kalau beri pandangan pun,berbau negatif.terasa hati jugak dengan sikapnya.tapi tak menyalahkannya kerana ibu saya buta komputer.
memandangkan saya dah bg tahu bnyk perancangan tentang cita2 saya ni..dan dengan sikapnya yg buat tak tahu,saya rasa semakin bermotivasi utk membuktikannya apalagi bila teringat pepatah JANGAN BERLARI SEBELUM PANDAI BEJALAN
Saya juga setuju memberitahu apa yang kita sasarkan.
Ini akan menjadi motivasi yang sangat tinggi kepada diri sendiri.Ia akan menjadikan kita MENCARI JALAN untuk mencapainya, walau pun dipandang mustahil.
Biarlah apa orang kata. Bak kata orang, “Tak mati pun kita dengan kata-kata” 🙂
Harimau x malu doc..
hehe..
Memberitahu pada orang lain:
1. Beritahu pada orang yang sama impian dengan kita.
2. Beritahu pada orang yang negatif
Beritahulah impian dan keinginan kita kepada orang yang sama kehendak, keinginan, sama jalan dan sama pemikiran. Atau paling kurang, mereka yang boleh menerima perkongsian kita itu secara positif (boleh bagi support).
Pendek kata, elakkan beritahu pada orang yang sudah jelas akan melemahkan semangat kita. Tapi tak salah nak bagitahu pada mereka ini kalau kita benar2 ada ‘burning desire’ yang tinggi.
Ada satu pepatah inggeris berbunyi, “Birds of a feather flock together”. Bermaksud, sentiasalah bersama dengan mereka yang seiringan dengan usaha kita.
Memang kita tak dapat mengelak orang2 yang negatif berkata TAK BOLEH pada impian kita, tapi dalam masa yang sama perbanyakkan bersama dengan orang2 yang sama impian dan usaha dengan kita. So, tak ada lah sampai tertekan sangat dengan kata2 TAK BOLEH itu.
Thanks Abg Irfan for your reply.
ps. Jangan lupa ‘kongsikan’ impian dan keinginan kita dengan ALLAH. Bukan setakat boleh bagitahu, boleh minta macam-macam lagi dengan DIA. 😉
Saya tersangatlah setuju dengan pendapat ..Opps.. Irfan Khairi…(rebranding):)
Kita perlu beritahu pada semua orang impian dan matlamat kita. Ini kerana ianya amat membantu dalam meningkatkan motivasi dalam mencapai matlamat dan impian yang telah anda war-warkan.
Seandainya anda mulai kehilangan arah dan masih belum mencapai apa yang anda impikan, mungkin mereka akan bertanyakan tentang matlamat anda sebelum ini. Sama ada dalam bentuk pertanyaan atau pun sindiran(ini lagi baik) ianya mampu menyedarkan anda yang hampir tertidur.
Jadi secara tak langsung ianya dapat membantu membakar kembali api motivasi untuk mencapai matlamat anda.
Salam kekayaan,
Thinkerich
saya memang setuju dengan pendapat bagi tau org lain impian kita…bila kita leka..orang lain akan mengingatkan impian kita..:)
syed mokhtar albukhairy selalu berkata,”jangan malu,kita bukannya mencuri.”
ayat ni juga my bro selalu pesan kat saya sejak dari kecil lagi.
Ini kisah saya,
1999-Saya mula bekerja sebagai guru.
2002-Saya beritahu rakan pejabat saya nak berhenti jadi guru.
2004-Saya hantar surat letak jawatan. Lucunya 2 bulan lepas itu tarik balik, sebab tukar bisnes daripada sales&servis komputer kepada MLM
2005-Mulakan bisnes MLM secara serius
2006-Sekali lagi kata nak letak jawatan depan kawan-kawan. Kena perlekeh sakan.
2007-Betul-betul letak jawatan dengan pendapatan 4X daripada gaji terkahir saya.
Pengajaran = beritahulah orang lain bahawa kita memang boleh. Mereka ketawa tak apa. Mereka keji pun tak apa. Hanya kita tahu apa yang kita hendak. Kita beritahu bukan sebab nak tunjuk-tunjuk. Kita beritahu sebab untuk mendapat kekuatan untuk diri sendiri. Lagi orang kutuk lagi kuatlah kita.
Saya pernah kena , pak sedara cakap sendiri kat saya camni “Orang yang buat duit kat internet tu kaya sebab diorang dapat ‘jerung besar’ , dapat jerung besar baru boleh kaya!”
Hahaha, nak tergelak pun ada , pasal income saya ni pun melebihi belanjar rokok dia sebulan , tak perlu nak dapat jerung besar.
Bak kata otai gayapos malaysia “Jeff Paul menjadi jerung besar dalam kolam yang kecil”
Tengok oranglah, kekadang kita bagi tau kekadang tak , first dia tak faham , second dia tak faham third dia langsung tak kan faham! Nanti mulalah ayat dia kuar camni “main apa skang nih?” , “baper banyak main”
.
Setakat nih saya lum sedia lagi nak cakap paper kat orang lain sebab kekadang saya boleh ‘down’ . tu yang best .
Gak gak hati tu keras go on jer lah kan…
Betul tu smartzul, ingin berkongsi bersama dalam buku secrets of millionaire mind ada mengatakan ” associates with positive and successful people” bagi membakar semangat kita untuk maju kedepan dan menjadi seorang yang berjaya.
Mereka yang bersikap dan berkata TIDAK BOLIH tu , jangan dijadikan penyebab takut akan kegagalan, jadikan ia sebagai satu cabaran dan kekuatan anda sepertimana dalam petikan buku yang sama mengatakan orang yang berjaya sentiasa “act inspite of fear”.
Kepada semua, kita buktikan kemampuan kita!
Saya setuju dengan pendapat Irfan..
Kajian ada menunjukkan bahawa apa yang selalu kita cakap akan tertanam dalam minda separa sedar kita.Ini secara kita tidak sedari, anggota, pemikiran dan tumpuan kita akan sentiasa terjurus kepada matlamat kita.
Saya masih ingat kata-kata Irfan mengenai minda separa sedar kat PWTC yang lalu.Kalau tidak silap isinya lebih kurang begini….
“Kita perlu tulis matlamat kita.Ini akan menanamkan matlamat ke dalam minda separa sedar kita” (Betulkan jika saya tersilap)
Jadi bila dah tulis, kemudian cakap pula kepada ramai orang, Insya Allah impian lebih cepat menjadi realiti.Tapi masalahnya ramai orang nak tulis matlamat pun malas. So, tak mustahillah impian hanya tinggal angan-angan.
” Impossible Is Nothing “
Saya lebih bersetuju dengan pendapat 1;elakkan daripada memberitahu orang lain tentang impian kita.Ini kerana:
1)Impian saya sering kali berubah-ubah,bukan sengaja mengubah-ubah tetapi keadaan semasa yang mengubahnya..Saudara Irfan sendiri dahulunya pernah bercita-cita umtuk menjadi kartunis malah lemah dalam kemahiran yang membabitkan angka.Pastinya tidak terfikir untuk berniaga tapi keadaan telah mengubahnya.
2)Keadaan masyarakat kita sendiri yang suka ‘mengata’ dan dengki bila orang lain berjaya.Kawan sering nasihat…”tak payah dengar la apa orang kata,lantak dia la nak kata apa”…bagi saya,’apa orang kata’ boleh memberi pengaruh yang besar sama ada menaikkan atau men’down’kan malah membinasakan seseorang.
Mengikut pengalaman saya,elakkan daripada memberitahu adalah lebih baik & berkesan malah bebas pd sebarang tekanan.Lagi satu,bila impian tersebut berjaya dicapai akan menjadi lebih GEMPAK!!
Nak tanya skit, kalau nak buat business punya website brapa min costnya?
Assalamualaikum Irfan…
Sy pun selalu diperlekehkan oleh orang sekeliling bila sy beritahu mereka matlamat sy utk menjadi millionaire!
Memang betul tiada tekanan bila kita xberitahu org ttg matlamat kita.
Tapi bila org yg telah berjaya (Irfan) nasihatkan supaya beritahu org ttg matlamat kita, kenapa kita tak nak ikut jika kita ingin berjaya seperti dia?
Tq…:-)
Ps: Dah beberapa hari sy tak visit blog ni sbb rumah xde api br hr ni ok semula. Bkn xbyr bil tp sebab berlaku kerosakan kat bilik elektrik di tkt G flat ni.
Hmm saya penah beritahu org impian saya.. ingin jalankan business.. sy beritahu ttg business mlm yg saya jalankan. Tapi diperlekehkan oleh rakan serumah. Mula2 tahan lagi, tapi kalo dah selalu sgt, boleh ‘down’ saya.
So, better senyap n buat diam2. bile dah berjaya, baru tunjuk kat org…
am i right??
takde sape yang menggagalkan diri kita KECUALI diri kita sendiri..
kita takkan gagal kalo org kata kita gagal..
kita takkan jadi kaya dengan hanya ada org kata kita kaya..
Org kata ape.. xde gunanya.. yg penting ape kita kata tentang diri kita sendiri ^^
Always positive thinking,
lets motivate yourself..
be confident but beware,
avoid from too confident..
-shah khan-
Abang Irfan saya selalu nak jadi cam abang saya nak minta bantuan abang bleh komen tak blog saya kalau bleh la