Bila orang kata TAK BOLEH, anda katakan BOLEH!
Teringat saya 3 tahun lepas ketika buku saya baru keluar di pasaran, dan orang ramai belum lagi mengenali saya, saya memasang cita-cita untuk sering keluar TV/Radio/majalah dan menjalankan seminar serata Malaysia.
Bila saya beritahu orang, ini jawapannya:
- Tak boleh… Usahawan Internet tidak mempunyai tempat di media sebab Internet banyak yang dilihat negatif
- Tak boleh… Suara saya halus/perlahan sangat untuk TV & radio (ini orang media yang kata!)
- Tak boleh… Workshop Jutawan Internet tidak akan berjaya punya sebab terlalu mahal untuk “orang kita”
Dan seribu satu lagi “Tak boleh”. Sekiranya saya makan hati dengan semua “tak boleh” yang dilemparkan, sudah pasti, tidak lah saya berada di mana saya kini.
Dalam psikologi manusia, ia adalah lebih mudah melihat yang negatif (TAK BOLEH) terlebih dahulu daripada positif (BOLEH). Oleh itu, sekiranya anda tunjukkan idea anda kepada orang lain, ianya amat mudah mendapat jawapan “Tak boleh” berbanding dengan “BOLEH!”
Tanggungjawab anda adalah, tak kira apa orang kata, anda tetap perlu fikirkan “BOLEH!”. Bagaimana pula pengalaman anda?
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Ini adalah ujian mentaliti untuk menjadi seorang usahawan berjaya.
Bagi saya, senjata utama untuk melepasi halangan tersebut ialah “passion” atau keinginan yang kuat untuk sesuatu perkara.
slmt pg ,
biasa lah tu…
mereka suka yang negatif dari yang positif…
manusia kadang2 suka menjatuhkan sesama sendiri…
yang penting, percaya dengan diri sendiri…
yakin diri kita…mesti BOLEH!
han
Setiap kali datang TAK BOLEH, biarkan saja dan JUST DO IT.
Kadang-kadang TAK BOLEH datangnya dari diri sendiri!
So, just move on. Bak kata orang putih “Don’t be afraid of moving, be afraid of standing still”
Dalam dunia ini, lebih banyak orang gagal berbanding orang yang berjaya. Orang yang gagal merupakan mereka yang sentiasa berfikiran negatif dan takut gagal.Manakala orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berfikiran positif dan berani menghadapi risiko untuk berjaya.
Pengalaman saya…. Saya juga menerima komen yang lebih kurang sama iaitu perniagaan saya tidak akan berjaya kerana harga produk yang mahal(RM140) untuk dibeli oleh rakyat Malaysia.
Walhal dalam masa yang sama, kerusi OSIM yang bernilai RM15,000 lebih, masih ramai yang membelinya di Malaysia. Jadi, jangan putus asa dengan kata-kata sebegini. Teruskan menjual, Insya Allah pasti ada yang membeli. Harga mahal atau murah tidak penting, kemahiran dan strategi menjual itu yang penting.Bak kata Robert Kiyosaki dalam bukunya “The Business School”, “Kemahiran menjual itu merupakan kemahiran paling penting dalam perniagaan.”
saya dulu pun camtu..
semua orang kata tak boleh…saya semat dalam hati “mesti boleh”…dan sekarang alhamdullilah semuanya boleh-boleh aja
Boleh > Semua perkara boleh kita lakukan bezanya susah atau senang, bertepatan dengan undang-undang atau tidak dan adakah ianya sah disisi agama.
kalau “tak boleh” kita “boleh” kan juga! spt mr Dlie kata, perlu bertepatan dgn undang2 & agama!
-irfan
betul tuh, memang senang sangat dapat “tak boleh” daripada “boleh”. mcm yang saya wat nih, masa mula2 wat, ramai yang kata tak boleh, tapi saya jadikan anda sebagai antara mentor saya, dan saya teruskan create dalam mind saya BOLEH..dan sekarang, memang saya dah capai denga perkataan yang simple tapi beri kesan yang hebat untuk berjaya mencapai segala impian..
p/s: kalau tak boleh, naper muzaffar BOLEH pergi angkasa 😉 so, set boleh dalam minda, pasti boleh capai apa yang orang negatif kata tidak boleh 😉
Saya ada terbaca dua pendapat mengenai apa yang kita mahukan:
Pendapat 1: Elakkan daripada memberitahu kepada orang lain agar mereka tidak memperlekehkan impian-impian kita. Atau dalam perbincangan di sini, orang akan kata TAK BOLEH. Jadi, untuk elakkan mendengar kata-kata negatif tu, jangan beritahu orang apa impian kita.
Pendapat 2: Beritahu pada orang lain. Tujuannya agar kita bermotivasi atau ada “tekanan” untuk mencapai impian tersebut. Kalau tak tercapai, ‘malu’lah sebab dah cakap macam-macam.
So, pada pandangan Abg Irfan sendiri, cara mana satukah yang paling bagus? Atau melihat pada keadaan juga?
Pengalaman saya: Saya buat kerja saya jer. Orang suka atau tak, nak kata apa ke, tu masalah mereka, bukan masalah saya. 😀
– zul
Benar tu IR, kalau kita pegang sgt dengan kata tak boleh, pasti saya tak dapat apa yang saya kecapi hari ini.
Sama juga, dulu org kata, membeli online nih bahaya, banyak penipu.
menjual secara online juga org kata bahaya seperti ramai penipu..
tapi saya tekadkan hati.. dan akhirnya kata-kata org tak hanyalah kata-kata sahaja.
Seronok rupanya menjana pendapatan sebenar di internet nih.. 😀
Dulu masa akak mula2 nak berniaga pun ada beberapa orang kata Tak Boleh Lah… Macam2 yang mereka kata tetapi akak jadikan kata2 tu sebagai salah satu motivasi untuk terus bekerja keras. Akak yakin kalau niat kita betul, insyaallah akan berjaya.
Pada masa yang sama kita juga boleh analisa pendapat2 luar dan jadikan yang negative ke positive kerana kadang-kala ianya boleh mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.
tepat sekali kata saudara irfan ni..!
jiran saya berhenti kerja dari syarikat swasta,kemudian menjalankan perniagaan menjual ais krim dari rumah..katanya nak beli kereta besar..boleh ke?
memang boleh!!sekarang ni dah ada 3 buah kereta besar kat depan rumah..
walaupun hanya jual aiskrim malaysia(20 sen sebatang tu..),tak mustahil nak jadi JUTAWAN!!
MALAYSIA BOLEH!!
sy pun mengalami perkara yg sama, lebih banyak orang berkata tak boleh dari boleh, tp saya set kan dalam minda sy yang sy boleh melakukan, sy tak hiraukan apa orang ckp kerana akan melemahkan motivasi saya, yang penting sy tahu apa yg boleh lakukan.
fuhhh penin.. jenuh dibuatnye…sakit otak komer…
tapi jgn makan hati sgt…. hati kering adalah penawarnya 🙂
apa yg mampu difikirkan oleh minda kebiasaannya tidak mustahil untuk dicapai…dan ikut guideline al-quran & sunnah
sure gempak beb !!
wa caya lu .. CAYALAH !!!
pernah dengar orang kata kat seseorang, memang dia tak boleh jadi kontraktor, tengok tu dah naik kapchai skang! tapi setahun kemudian orang itu pakai BMW. diorang tak tahu hakikat seorang kontraktor. kontraktor ni kalau “lesen” dia berjalan, dia pakai BMW,tapi kalau lesen dia tak jalan,dia pakai kapchai..kalau lesen dia jalan semula, dia pakai BMW semula.. lepas tu kalau lesen dia tak jalan lagi, dia naik kapchai lagi. sehinggalah dia kenal ramai
orang dan banyak network..baru maintain beb dan insyAllah tak jatuh lagi.!!!
boleh = boleh blah
tak boleh = boleh sebenarnya
renung2kan lah..
Berkongsi pengalaman. Perkataan tidak boleh yang wujud dalam karier saya.
1. Tidak boleh! Tulisan awak tidak akan dibaca kerana tidak ada ‘title’ (Master, PhD, Prof)
2. Tidak boleh! Awak terlalu muda dan tidak boleh menulis buku.
3. Tidak boleh! Penerbit mana hendak menerbit untuk awak.
Sebahagian tidak boleh datang daripada minoriti rakan dan ahli keluarga. Tidak boleh menjadi boleh akhirnya.
2006 : 3 buah buku
2007 : 1 buah buku
2008 : 4 buah buku. (Insya Allah, ada 4 lagi dalam proses)
3 tahun menafikan Tidak Boleh, hasilnya 8 buku. Dengan Doa Tuan Puan, insya Allah 12 buku.
Mohon doa Irfan dan bloggers lain.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com
Jangan lupa undi Zamri Mohamad ya!
boleh dan tak boleh 2 kita yang tentukan..
bukan orang lain…
kalau kita terlalu amik psing sgt kata2 org sekeliling, maka kita sendiri yang akan ketinggalan..
so, jangan katakan kita tak boleh..
kita sebenarnya boleh!
Kebanyakan sangkaan adalah dosa,
elakkan diri kamu syakwasangka..
-ahli fikir-
Kuatkan jiwa, kuatkan semangat bila orang kata TAK BOLEH…Lama-kelamaan PASTI BOLEH =)
kata-kata orang lain mungkin betul, tapi kita lebih tahu sebab kita kenal siapa diri kita, jadi jiwa kena kental
yes..selalu dapat komen kata ‘tak boleh’..yang penting Allah yang bantu kita.Takkan kita nak kata Allah tak boleh pulak.
Terima kasih. Saya bersetuju dengan tuan irfan. Ramai orang suka skeptikal pd diri sendiri dgn mengatakan tak boleh setiap masa.