Saya suka menonton cartoon/animasi terutama Disney punya. Dan baru-baru ni saya menonton Kungfu Panda. Tip hari ini ada spoiler untuk Kungfu Panda, kalau anda belum tengok lagi, dan tak mahu terbaca spoiler… tak perlu baca tip hari ini 😉
Â
Â
The best thing about Disney punya movies, mesti ada mesej-mesej motivasi/inspirasi sebagai tema cerita. Salah satu favourite saya adalah dari “Meet The Robinsons”
Tema cerita ini adalah untuk meraikan kegagalan & jangan putus asa. tema yang digunakan adalah “Keep moving forward!”. teringat saya satu scene dimana budak (watak utama) yang merupakan seorang pencipta, gagal dalam ciptaannya. Apa yang jadi adalah, keluarganya sorak gembira dan celebrate/meraikan kegagalan tersebut!
Mesejnya adalah, kalau tak gagal, takkan capai kejayaan… “Keep moving forward!” sebab itu kegagalan adalah satu yang positif dalam keluarga “Meet the Robinsons”.Â
Dan yang terbaru adalah “Kungfu Panda”. Mesej yang disampaikan adalah “The secret is… YOU!”. Dimana watak Panda berusaha mencari “rahsia” dalam Kung-fu. Akhirnya, panda pun dapat rahsianya yang merupakan sebuah scroll lama yang memberi reflection kepada dirinya sendiri (macam cermin). Maka…
Sebenarnya tiada rahsia untuk mencapai kejayaan… tetapi, rahsianya adalah cerminkan diri anda sendiri! “The secret is… YOU!”
Mr Walt Disney adalah seorang yang amat kreatif dan bermotivasi tinggi. Walaupun sudah tiada, tetapi, cerita-cerita Disney tetap menyampaikan mesej-mesej motivasinya melalui filem-filem mereka.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
motivasi! dimana kamu??? erm dengar cite movie ni kelakar ye IK? teringin jgk nk tengok 🙂
Wow! bestnya movie ni. Bila IK sebut tentang “Keep Moving Forward”, saya teringat ada sorang pakcik cerita..tokeh dia, seorang apek cina selalu cakap tips ni pada dia:
“Bila lu jumpa solang (sorang) plospek (prospek), dia kata “tanak” dengan lu punya balang (barang), lu jangan susah hati..
Lu pergi jual pada olang (orang) lain pulak. Dia pun kata “tanak” juga..Takpaa..!! Lu jangan susah hati. Lagi banyak olang kata “tanak”, lu makin dekat dengan olang yang akan kata “nak” lo.
Jadi, kalau olang kata “taknak”..Tak apa…Jangan susah hati…Cari orang lain..
Nanti laaaast sekali, lu MESTI jumpa sama olang yang kata “nak!”
Towkeh ni ajarkan tips ni pada semua salesman dia (kira macam bagi motivasi laa).
Tapi tips ni memang berkesan. Susah nak down bila teringat kata-kata ni.. 🙂
Sekadar berkongsi,
Majlis Impian
saya setuju dgn abg Irfan..:)
cerita2 cartoon mmg byk faedahnya jika
kita menonton dari sudut pandangan positif..
saya suka mengambil pelajaran drpd cerita2 cartoon dan aplikasikan dlm khidupan sy..
hasilnya, selepas sy menonton saya akan rasa lebih bermotivasi dan mood pun best aje!
(1st time bg comment)-
salam
betul tu! kartun & animasi bukan cerita ‘kosong’
currently saya dan anak2 suka tonton ‘little einstein'(playhouse disney ch)
banyak pengajaran yg boleh dipelajari dari animasi tersebut
sesuai utk pre-schoolers
(ceh! promosi la pulak)
‘little einstein’ setiap hari 10.30am
(playhouse disney ch)
Memang betul… kartun juga mampu beri motivasi pada diri walaupun rekaan semata-mata… dari dulu sampai sekarang saya peminat kartun Naruto sebab dia tak putus asa dalam menempuh segala rintangan walaupun kadangkala dia give up pada musuhnya…
http://www.incomeautomatik2u.com
sy pun baru tengok kungfu panda
memang best jalan ceritanya…mengajar manusia untuk terus berusaha mencapai kejayaan…dragon worrior.
Sentiasa mencari kelebihan diri sendiri dan jangan lemah di sebabkan kegagalan…
Hi IK.. this is my first post.. ;).. sy pn sk tgk cartoon jg.. I recommend BEE Movie.. Beri inspirasi kpd sy utk keluar dr “comfort zone” & be an uncommon man..
One thing saya respect about IK is his sensitiviti dalam apa yang dilakukannya.
Dengan membaca IK boleh mencatatkan perkara2 penting yang boleh dihighlightkan.
Begitu juga dengan menonton movie termasuklah kartun
Ketika on-air rancangan Jutawan di R24 pun, saya sedari sesuatu yang IK selalu mencatatkan intipati perbincangan…
Keep up Doc!
Salam IK!
Ha, kali ini IK menonton, saya juga menonton Kungfu Panda! Hahaha… memang best lah animasi tu, banyak mesej yang berguna jika kita semua hayati. Saya juga mengambil mesej dari rebutan skroll lama itu untuk fikirkan semula kelebihan yang ada pada kita yang kita tidak pun menyedarinya akan dalam kehidupan kita terutama dalam menentukan bisnes yang boleh dijalankan dengan kaedah yang lebih baik.
Sebagai manusia masing-masing mempunyai kelebihan yang terpendam di dalam diri yang kita sendiri tidak menyedarinya. Semoga kita semua dapat terus perkasaka diri kita menghadapi dunia yang semakin mencabar ini…
sekian, wassalam.
Adios!
http://www.glowglokal.com
http://dayaglokal.blogspot.com
Cerita kartoon wayang mat salleh ni memang di buat secara pro dan bermutu tinggi, sebab tu laa selalunya box office.
sy pun minat cartoon tak kira umur berapa pun
xsemestinya sesuai untuk kanak2 jer
cartoon blh buat sy release tension
sy suka sin chan….moral cerita sin chan walau senakal mana pun sin chan mak bapa dia tetap syg dia
satu lagi detective conan…buat sy turut berfikir bagaimana nak selesaikan sesuatu kes dalam cartoon tu
minat tp xwajib tengok..utamakan perkara yg utama…itu hiburan sampingan bila berkesempatan shj
saya suka tip apek cina yg disampaikan oleh “majlis impian” tu
bukan tip dari IK jer boleh dapat tp juga tip dari peminat tip 1minit yg lain. bagus sgt
Famili saya suka sangat cerita Shrek…it was the first movie we watched together..
My mother give me a lovely blouse when i just got 4 A’s in exam instead of 5 A’s.She said that the present is not because of the result but because of your hard work..thanks mak,i love you!
Saya pun dah tengok kartun Kung Fu Panda. Kelakar mmg kelakar tapi yang paling penting kartun itu juga penuh dengan mesej2 motivasi. Antaranya ialah.
– Potensi dalaman yang kita sendiri tak dapat jangkakan
Dalam cerita ini, Po merasa gerun dan takut untuk berhadapan dengan Tai Lung kerana merasakan The Furous Five yang lebih gagah darinya pun tak dapat menewaskan Tai Lung tapi kesudahannya, Po berjaya menewaskan Tai Lung.
-Tiada kesilapan dalam membuat keputusan.
Ramai di kalangan kita merasa kesal apabila keputusan yang mereka putuskan berakhir dengan kegagalan lantas merasakan keputusan mereka untuk berbuat demikian adalah satu kesilapan. Dalam cerita ini Master Oogway berulangkali menyatakan kepada kawannya yang juga guru kung fu kepada Po bahawa tiada ‘kemalangan’ dalam beliau membuat keputusan.
-Tiada ‘rahsia resipi istimewa’ dalam mengecapi kejayaan
Untuk mesej seperti ini rasanya sudah ada dalam mesej seperti di atas namun akan saya terangkan sekali lagi. Dalam kita menempuh kehidupan seharian kita, kita sering kagum dengan beberapa orang yang mempunyai pencapaian yang agak luar biasa dan kita sering tertanya-tanya, apakah formula yang menyebabkan mereka ini mempunyai pencapaian yang agak menggagumkan sedangkan hakikatnya ialah diri kita sendiri yang menjadi ‘Ramuan Rahsia Istimewa’ untuk berjaya dalam hidup.
-Yakinlah dengan apa yang terjadi pasti akan membawa rahmat pada masa akan datang.
Master Oogway memberitahu kepada kawannya bahawa beliau perlu yakin bahawa Po akan membawa keamanan kepada Peace Valley dan kepadanya juga.
Bagi siapa yang dah tengok filem ini, anda akan faham akan penjelasan moral di atas. Kadang2 mesej yg disampaikan oleh kartun, kita boleh manfaatkan dalam kehidupan seharian kita untuk berjaya.
Salam…lame betul rs tak singgah di Blog ni…
byk pengajaran yg boleh kite amik dari filem ini…jgn lupe tgk beb..:)
salam ik,
kartun animasi banyak memberi inspirasi yg baik,still ramai yg tak realise part best tu.’Son Goku’ pun asal bukan power selalu kalah je pastu jadi lagi power.kenapa ya?
Salam IK,
Pada pandangan saya, tidak semua hiburan berbentuk animasi boleh dijadikan modal motivasi. Adakalanya, nilai yang disampaikan tidak masuk akal!
Dalam Kung Fu Panda, memang ada nilai yang menarik. Nilai yang sangat universal. Percaya!
Kita sebenarnya mampu melakukan yang terbaik sekiranya kita ‘percaya’ kita mampu melakukannya!
Salam!
Alamak!. IK dah tengok KFP. Saya jugaklah yang terlewat. Sebelum baca tip ni pun, ada dah nampak dlm suratkhabar Mingguan Malaysia tentang komen filem tu. Ada disebutkan tentang elemen motivasi tu. Bila IK sentuh tentangnya, berkobar-kobar lagi le. Ditambah dgn komen-komen positif yang lain. Silap-silap ke panggung jugalah kami sekeluarga. Insayaallah. Rezeki anak-anak lah tu.
Wassalam.
Salam!
Maaf, ada ralat dalam komen saya sebelum ni. Komen yang di baca tu, dalam Kosmo, ruangan Vazz. Maklum le tiap ujung minggu ada 2 naskah.
Wassalam.
Saya suka tengok anime naruto. Ceritanya boleh buat saya bersemangat sebab watak, jalan cerita dan muziknya cukup hebat.
Walter Elias Disney kalau tak silap namanya, warga Amerika bermula dari pelukis watak kartun (animator ke) akhirnya membina empayar filemnya sendiri. Kisah hidupnya sendiri memberi banyak motivasi.
Kepada sesiapa yang berminat dgn disney kartun/disney DVD, spt Baby Einstein, Little Einstein, bolehlah lawat laman web saya.
@email yourbabywish@yahoo.com
best giler………………………………